Sunday, July 24, 2011

Falsafah

Hidup Biar Berkat
Rezeki Mudah Dapat
Sikit Tak Kurang
Banyak Tak Lebih
Jiwa Tenang
Hati Terang
Kerja Senang
Tak Susah... tak Senang
Biasa Susah...jadi Senang
Orang Biasa
Nak Buat Luar Biasa
Jadi Macam Biasa
Biasa-biasa aje...
Simple & Positive Thinking

(Aziz Poniran, Julai 2011)

Tuesday, July 5, 2011

Tersirat Tersurat

Rasa hati...biasalah kena tabah
Tak rasa apa-apa...memanglah sebab tak kena
Rasalah...untuk menilai
Resah...sebab tak beres
Gelisah...sebab tak terhurai
Lega...sebab dah terbarai
Laga...itulah punca
Benci...tak sepatutnya
Suka...berpada
Tengok balik...dirilah punca
Ada nista...bukan tengok siapa
Tapi...macamana nak lerai
Buka lom tentu terang
Tutup lom tentu gelap
Zahir tak tentu sama
Ikat tak tentu kuat
Cantik lom tentu molek
Rasanya...lom tentu betul
Kalau ya...kebetulan

Agaknya...mungkin jauh dari hakikat
Mungkin…agaknya `juga tak tepat
Berlonggok-longgok
Berselirat
Berlipat-lipat
Selidiki sampai ke urat
Menjerat hakikat
Menyinar makrifat

(Aziz Poniran, Julai 2011)

Friday, July 1, 2011

Arah Tuju Budak Kita

Budak-budak kita apa?
Guru…
Hakim…
Peguam…
Doctor…
Jurutera…
Pengurus wang…
Juruteknik…
…dan lain-lain…
yang mesti ada …
…sijil…
diploma
ijazah
master
phd
…boleh?…lagi bagus…
…kita kena tuju ke situ…
Tetapi…
Kita kena ingat…
Siapa budak kita…
…kena kena tunjukan dia…
…jalan dia…
…lorong dia…
…haluan dia…
…hidup dia..
dia ada hati…
dia ada emosi…
dia ada macam-macam rasa lagi…
macam orang lain…
sesuai dengan dia…
agar boleh…
…menegur umpama guru
…buat keputusan umpama hakim
…membela umpama peguam
…jaga kesihatan umpama doctor
…menilai umpama jurutera
…beri khidmat umpama juruteknik
…tak ditipu bila di pasar
…tak dihina di khalayak
…tak sumbang bila beramai
…tak kekok bila menyumbang
Boleh…
…berjalan tanpa dipimpin
…bergerak tanpa dibantu
…makan tanpa disuap
…minum tanpa dituangkan
…memberi apa yang ada
…memberi bila diminta
…melaksana bila perlu
…urus diri tanpa bantuan
…hidup bukan ehsan
…berdiri bukan bergantung
…menghargai tanpa diminta
…kenal harga diri
…kenal peribadi
…berdiri sendiri berdikari.

(Aziz Poniran, Julai 2011)