Saturday, January 15, 2011

Penilaian Dalam Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

Penilaian Dalam Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PIPK) SMKJJ

Dalam kontek Malaysia Penataksiran dan penilaian adalah suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya.

Manakala, menurut Popham (2000), beliau berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran.Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. lanya hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

Menurut Mokhtar Ismail, pentaksiran ialah langkah untuk menentukan tahap sejauhmana seseorang memiliki sifat tertentu. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran merupakan proses yang melibatkan pengumpulan data-data kuantitatif mengenai pembelajaran atau perubahan perlakuan pelajar akibat daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Nilai kuantitatif ini melambangkan tahap atau kedudukan pencapaian pelajar dalam sesuatu aspek yang dinilai.

Pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah untuk memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya.Ia juga dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid danmerangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuaimengikut tahap kebolehannya.

Sukatan pelajaran di dalam program pendidikan khas bermasalah pembelajaran dilaksanakan dalam pelbagai bentuk pilihan atau beralternatif. Ianya mengambila kira kesesuaian pelajar yang mengalami pelbagai ketidakupayaan. Dalam mengikuti proses pengajaran dan pembalajaran terdapat juga pelbagai kaedah pembelajaran yang menekankan kepada keupayaan atau potensi setiap pelajar. Dalam hal yang sedemikian untuk melihat dan mengenengah serta menonjolkan potensi diri pelajar, kaedah belajar berorentasikan situasi sebenar persekitaran dan pengalaman diutamakan. Alternatif yang dipilih adalah lebih menjurus kepada kehidupan semasa dan selepas tamat persekolah. Ianya diharapkan akan membantu pelajar menghadapi masa depan di alam luar lingkungan sekolah untuk hidup berdikari dan mempunyai pendapatan sendiri.

Program yang dilaksanakan ini lebih dikenali sebagai transisi sekolah ke kerjaya. Di samping itu kemahiran-kemahiran asas bahasa dan matematik juga diutamakan. Pembelajaran yang berbentuk merentas kurikulum ini juga faktor penting untuk pelajar mengadaptasikan bahasa dan matematik dalam situasi sebenar. Ianya memberikan impak yang begitu besar kepada kehidupan mereka kelak.

Dalam merealisasikan program tersebut perlunya suatu bentuk penilaian yang efaktif dan berkesan bagi menilai keupayaan sebenar pelajar samada mereka telah menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar. Oleh yang demikian alternatif yang diambil adalah dengan cara menilai dalam bentuk senarai semak bagi setiap kemahiran yang diajar. Ianya bersesuaian dan selaras dengan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) bagi setiap pelajar. Penilaian tersebut mengambilkira keseluruahan kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar yang berbeza kaupayaan. Ianya juga dapat diterjemahkan dalam bentuk data bernombor dan gred dengan berpandukan bentuk skala Likert. Konsep dan kenyataan tersebut dapat dilihat dalam rangka konsep penilaian kurikulum PIPK dan jadual pemarkahan. Dalan rangka konsep dinyatakan bagaimana proses pelaksanaan penilaian dilakukan dan jadul pemarkahan pula memperlihatkan teknik menilai secara terperinci.

Pelbagai bentuk dan cara penilaian yang perlu dilaksanakan mengikut kesesuaian pelajar. Namun ianya adalah berasaskan kepada fokus utama yang diberikan kepada pelajar. Secara umumnya bahan- bahan untuk penaksiran dan penilaian adalah berbentuk komunikasi lembaran kerja dan folio. Pentaksiran memberikan murid, ibu bapa dan guru maklumat yang terperinci tentang perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya.

Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut. Akhirnya penilaian dapat dilakukan untuk melihat potensi sebenar pelajar. Skala yang difikirkan sesuai perlu digunakan dalam proses penilaian dalam bentuk nombor atau abjad yang menggambarkan keadaan sebenar potensi pelajar. Ianya bolehlah digunapakai sebagai panduan penempatan semula pelajar dalam kelompok sebenar di kelas bermasalah pembelajaran dan bagi membina semula rancangan pendidikan individu (RPI) pada tahap sebenar kemampuannya.

(Aziz Poniran, Jan 2011)