Dengar tak mesti percaya
Lihat tak mesti betul
Cakap tak mesti betul
Arah tak mesti ikut
Rasa tak mesti sedap
Hidu tak mesti harum
Ambil tak mesti baik
Terima tak mesti elok
Fikir tak mesti telus
Dengarlah apa kita nak
Lihatlah apa kita nak
Cakaplah apa kita nak
Arahlah apa kita nak
Rasalah apa kita nak
Hidulah apa kita nak
Ambillah apa kita nak
Fikirlah apa kita nak
Terimalah apa seadanya
Dengar perlu timbang
Lihat perlu sahih
Cakap perlu benar
Arah perlu jelas
Rasa perlu nilai
Hidu perlu waspada
Ambil perlu ampunya
Terima perlu hak
Fikir perlu telus
Aziz Poniran
Jun 2011
No comments:
Post a Comment