Sunday, May 30, 2010

Cakap-cakap

Cakap...sesiapa pun boleh bercakap.Samada ada individu itu kecil atau besar. Cakap dengan sebutan bersuara atau cakap tanpa sebutan atau bahasa isyarat. Cakap memang boleh. Tapi ingat... tidak semua yang kita cakap itu benar dan tidak semua yang kita cakap itu tidak betul. Cakaplah apa yang hendak diluahkan. Dengan cakap kitalah yang akan menceriakan suasana atau mengeruhkan keadaan. Bertanggungjawablah dengan apa yang kita cakapkan. Tidak semua yang dicakapkan mampu dilaksanakan. Dengan cakaplah juga akan mengubah identiti individu sama ada akan dihormati atau akan disisihkan secara langsung atau tidak langsung. Dalam senario semasa, ramai individu yang mula pandai bercakap. Namun kandungan percakapannya perlu dinilai secara total. Kesan dari percakapan akan memberi impak yang besar dalam hidup individu atau kelompok masyarakat. Kesan kepada idiologi pemikiran juga akan berlaku. Jika cakap kita berfakta dengan alasan yang kukuh berdasarkan analisis dan kajian ianya akan mengubah corak pemikiran sejagat. Jika sebaliknya, cakap kita hanya berlandaskan situasai, rasa hati dan kehendak kelompok komuniti tanpa meneliti dalam bentuk ilmiah tanpa berlandaskan perundangan serta keagamaan maka kesan buruk akan melanda pemikiran sejagat. Dalam hal sedemikian siapakah yang perlu bercakap?. Persoalan ini akan dijawab oleh pakar. Kepakaran seseorang akan memecahkan persoalan percakapan. Semua orang boleh bercakap tentang penyakit, tetapi hanya yang ada kepakaran sahaja yang mampu merawat penyakit tersebut. Maka dalam percakapan ini juga hanya pakar dalam sesuatu bidang akan bercakap tentang sesuatu isu. Kajian ilmiah yang dirujuk dalam menyelesaikan sesuatu isu akan memberikan penarapan yang sejajar dengan persoalan yang dibongkar. Pengiktirafan kepada kepakaran seseorang akan memberikan nilai tambah yang sempurna dalam menyelesaikan soal sesuatu isu. Maka interpetasi yang terkawal dapat disebarkan dengan baik dan sempurna. Mengekplotasikan lidah secara sempurna akan membina jiwa dan minda dalam isu global. Namun jika pengekplotasian lidah secara semberono akan meretakkan minda dan membunuh jiwa. Maka akan berlakunya kekeliruan yang mendangkalkan pemikiran dalam menilai kesahihan isu. Maka berhati-hatilah dalam melahirkan percakapan. Dengan bercakap kita akan membina diri serta sahsiah, membetulkan situasi silap, meleraikan prasangka, membangunkan komuniti organisasi dan membentuk generasi yang berani bersuara dalam menegakkan kebenaran serta menyangkal kebathilan. Namun ingatlah, nilailah dengan berfikir secara rasional apa yang dicakapkan dan cakaplah dengan keadaan rasional agar tiada hati yang tersinggung. Mulalah bercakap di akhir pemikiran.

(Aziz Poniran, Jun 2010)

Wednesday, May 19, 2010

Alasan

Alasan memang banyak jika hendak dinyatakan. Pelbagai alasan diberi untuk mengukuhkan kenyataan. Kenyataan jadi kukuh jika alasan yang diberi adalah berdasarkan fakta. Fakta merupakan alasan yang paling baik dan mudah untuk diterima oleh pendengar. Tidak kurang juga alasan diberi adalah sebagai langkah untuk membela diri. Alasan berfakta akan menamatkan permasalahan yang timbul disebabkan sesuatu isu. Penerima alasan juga ada pellbagai alasan untuk tidak menerima alasan dan juga untuk menerima alsan. walau bahagaimanapun alasan adalah merupakan perkaran yang perlu dinyatakan jika berlakunya persoalan untuk memastikan ianya benar atau sebaliknya. Maka sebagai individu yang bertanggungjawab ke atas apa yang diamanahkan tidak perlulah memberi alasan jika ianya tidak dilaksanakan dengan baik. Maka tiada alasan untuk lari dari tanggungjawab. Namun ada kalanya individu perlu menyatakan alasan yang munasabah dengan berfakta dalam mempertahankan kebenaran dan menegakkan sesuatu yang tidak benar. Pada hakikatnya alasan adakalanya perlu dan adadakalanya tidak perlu langsung dinyatakan. Pada kebiasaanya alasan mudah diberi dan sukar diterima. Alasan juga ada masanya sukar diberi dan mudah diterima. Apa yang paling malang adalah individu yang sentiasa memberikan alasan dalam banyak hal terutamnya dalam soal tugas dan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan. Beruntunglah individu yang tiada alasan dalam melaksanakan kewajiban yang diamanahkan. ...Siapa kita?...

(Aziz Poniran, Mei 2010)

Monday, May 17, 2010

Apa Yang Pasti?

Tidak ada yang tak pasti. Tidak ada juga yang pasti. Persoalan pati atau tidak pasti hanyalah Allah Pasti mengetahuinya. Apakah yang tersirat dalam perkara pasti dan tidak pasti?. Pengisian yang bagaimana untuk mengungkai kepastian yang wujud dalam ketidakpatian? Pascakepastian adalah proses untuk mengenalpasti setiap ketidakpastian untuk mencari jawapan dalam kepastian. Namun ianya perlulah berlandaskan kepada panduan yang telah digariskan oleh para sarjana yang mengkaji dan menganalisis tentang kepastian sesuatu perkara. Setiap yang diragui pasti ada penyelesaian jawapan. Setiap yang pasti ada jawapan yang merujuk kepada kesahihan. Lazimnya ketidakpastian akan menimbulkan keraguan, timbul pula persoalan, mencipta pelbagai versi prasangka, mencetuskan rangkaian tanggapan dan akhirnya membentuk persoalan yang memerlukan jawapan. Maka dalam kita mencari suatu kepastian sewajarnya kita..
...kenal dan pasti perkara yang wujud..
...kenal dan pasti masalah yang ada..
...mencari maklumat perkara berkaitan secara menyeluruh..
...mencari dan kenalpasti faktor utama yang mempengaruhi perkara yang hendak rungkai..
...Menganalisa data penyumbang kepada ketidakpastian perkara yang wujud..
...menilai analisa yang telah dibuat..
...merangka teknik dalam rangkaian perkara yang difokuskan..
...mencadangkan tanggapan yang dirasakan memberikan peranan utama perkara yang difokuskan..
...memikirkan kesan atas ketidakpastian dan kepastian yang wujud..
...bersifat objektif..
...berfikiran positif..
...pengenalpastian dalam konteks menyeluruh..
...menilai dalam konteks ilmiah..
Pastinya jawapan kepada ketidakpastian akan menggambarkan kesahihan yang menberikan jawapan pasti. Maka dalam apa jua keadaan tidak ada perkara tidak pasti. Perkara yang tidak pasti adalah perkara yang belum ada jawapan pasti. Dalam konteks Islam perkara tersebut adalah sinonom dengan perkataan "InsyaAllah"..Ianya memberikan gambaran yang menyatakan bahawa takdir sebenar daripada Allah SWT dengan disertai usaha serta tawakkal. Yang pastinya kita berserah kepada ketentuan dan ketetapan Allah SWT.

(Aziz Poniran, Mei 2010)

Guru

Guru...
Guru...Cikgu...Penggilan keramat hingga kiamat. Guru atau cikgu punya maksud yang mungkin sama dan mungkin berbeza. Apa pun tugas lebih kurang sama. Mungkin tugas guru lebih, mungkin juga tugas cikgu lebih, juga mungkin kerja guru kurang, mungkin juga kerja cikgu kurang. Tak mungkin kerja dan tugas guru serta cikgu kurang. Apa buktinya? Banyak bukti secara akli atau realiti. kehidupan semakin menjadi-jadi dan tidak kurang juga kematian yang menjadikan kehidupan ada ruang kosong untuk diisi. Setiap nyawa yang lahir atau telah dilahirkan tetap ada cikgu atau guru secara langsung untuk dicontohi. Ibu bapa, keluarga, sanak saudara, rakan taulan, jiran tetangga, komuniti kampung, kelompok masyarakat desa, pekan dan bandar, pusat jagaan, sekolah dan institusi pendidikan menjadi wadah pengajaran dan pembelajaran. Apa yang berbeza adalah ianya memberi contoh yang baik atau sebaliknya. Setiap yang diajarkan dan setiap yang mengajar berperanan menterjemahkan secara ilmiah berlandasakan fitrah yang berpandu Sunnah dan al-Quran. Natijahnya dapat dilihat samada individu itu berjiwa murni atau lara. Kesimpulannya dalat dijelaskan bahawa guru dan cikgu adalah pencetus idea, fesilitator dan pencerna tingkah laku untuk manusia memanfaatkan kehidupan secara luhur. Selamat Hari Guru 2010.

Cuba fikirkan...
...Bukan kepada SIAPA betul tetapi kepada APA yang betul...
...Perubahan bukan kerana hendak berubah tetapi MENGAPA perlu berubah dan APA yang perlu diubah...
...Mengutamakan konsep KITA (teamwork) mengatasi pemikiran AKU (egoistic and individualistic)...
"Walk My Talk'...cakap serupa buat bukan sebutan rhetoric tanpa bukti nyata terperi..
...Menganggap penghalang sebagai 'challenge' yang wajib ditangani secara objektif,profesionalisme,hikmah dan bijaksana...

Terima kasih tak terhingga kepada semua guruku. Semoga sejahtera sentiasa.

(Aziz Poniran, Mei 2010)