Ada hati seperti diulit
Ada jiwa seperti diusap
Sama hati…sehati
Sama jiwa…sejiwa
Itulah persahabatan
Itulah kesepakatan
Itulah kesepaduan
Itulah kesetiaan
Itulah penyembuh duka melerai lara
Ada idea dikongsi
Ada idea diamati
Ada idea dibaiki
Itulah sihatnya akal
Itulah bersihnya anggapan
Itulah terangnya fikiran
Boleh menerima
Boleh memberi
Itulah pendapat
Itulah kesempatan
Itulah huraian
Itulah tenteramnya kalbu
Itulah tenangnya emosi
Mencongak masa depan
Mencorak masa hadapan
Menentu arah tujuan
Menoleh ke belakang
Meneliti kecacatan
Melihat kepincangan
Menampal ketembusan
Mengisi kekosongan
Melebar jalanan
Membuang sangkutan
Melerai jeratan
Merata laluan
Membina sokongan
Membentuk rumusan
Hati...Jiwa...Akal...Idea…Rasional
(Aziz Poniran, Ogos 2010)
No comments:
Post a Comment