Thursday, August 19, 2010

Kenali Dunia



Dunia...
Macam-macam ada
Macam-macam syurga
macam-macam ada
macam-macam neraka
macam-macam ada
macam syurga
macam-macam ada
macam neraka
macam-macam ada
boleh senyum
boleh masam
boleh ketawa
boleh muram
boleh termenung
boleh terkejut
macam-macam ada
senyum dengan siapa
masam kenapa
ketawakan apa
muramkan apa
menungkan apa
terkejutkan apa
macam-macam ada
senyumkan yang disuka
senyum sedekah
masam yang tak digemar
muka tak lawa
ketawakan yang lucu
muramkan yang tak dapat
menungkan masa lalu
menungkan masa depan
menungkan masa kini
termenung berfikir
terkejutkan hal tak diduga
terkejutkan hal tak disangka
terkejut diri tak sedia
macam-macam ada
boleh lihat
boleh dengar
boleh sentuh
boleh rasa
boleh serta
boleh tolak
macam-macam ada
apa yang boleh dilihat
apa yang boleh didengar
apa yang boleh disentuh
apa yang boleh dirasa
apa yang boleh ditolak
apa yang boleh diserta
macam-macam ada
lihatlah apa yang perlu
dengarlah apa yang patut
sentuhlah apa yang wajar
rasalah apa yang halal
tolaklah apa yang haram
sertalah apa yang diredha

(Aziz Poniran, Ogos 2010)

No comments:

Post a Comment