Tuesday, August 17, 2010

Siapa Aku

Siapa
Ada yang tak tahu
Ada yang tak kenal
Ada yang buat tak tahu
Ada yang buat tak kenal
Asasnya siapa
Siapa yang nak diambil tahu
Siapa yang nak dikenal
Siapa yang nak tahu
Siapa nak kenal
Ada yang tak nak diketahui
Itu rahsia
Ada yang tak nak diambil tahu
Itu macam kecewa
Ada yang tak nak dikenal
Itu merendah diri
Itu nak elak bongkak diri
Ada yang tunjuk diri
Sebabnya dia tahu
Ada yang sembunyi diri
Sebabnya dia tahu
Ada yang tak tunjuk diri dan tak sembunyi diri
Itu lagi dia tahu
Siapa aku
Aku tengok orang tengok
Aku tengok lom tentu orang tengok
Aku tak tengok lom tentu orang tak tengok
Aku tak tengok lom tentu orang tengok
Aku kata asyik ditengok
Tak apa
Nak tengok... tengoklah
Tak nak tengok...pun tak apa
Apa yang aku tengok adalah diri aku
Siapa aku?
Jawablah dalam hati
Seadanya aku
Tak perlu orang kenal aku
Tak perlu orang tahu aku
Dengan ilmu aku
Moga aku kenal aku.

(Aziz Poniran, Ogos 2010)

No comments:

Post a Comment