Perkembangan Fizikal
Perkembangan fizikal pelajar yang dikaji adalah seperti kanak-kanak lain yang normal. Tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan perkembangannya lambat atau terencat. Dari segi berat badan juga bertambah mengikut kadar yang diharapkan seperti kanak-kanak normal. Hingga kini tumbesaran fizikalnya adalah lebih ketara dengan menunjukkan ketinggian dan perkembangan badan yang besar.
Kekuatan tenaga fizikal yang ditunjukkan adalah lebih daripada pelajar-pelajar normal. Faktor-faktor makanan yang diberikan kepada pelajar tersebut menyumbang kepada pertumbuhanan fizikal yang baik. Keistimewaan pelajar ini adalah mempunyai wajah keanak-anakan.
Dalam konteks ini teori yang dinyatakan oleh Piaget adalah berasaskan kepada kematangan biologi iaitu perubahan-perubahan biologi adalah telah diprogramkan oleh gen dalam setiap individu. Ianya berlalu secara normal kecuali disebabkan oleh kebuluran atau deprivasi.
Perkembangan Kognitif
Tingkah laku yang ditunjukkan oleh pelajar tersebut adalah berasaskan kepada perkembangan dan kebolehan kognitif kanak-kanak yang berumur 5 tahun. Kanak-kanak tersebut gemar menunjukkan sesuatu yang dilihat secara sepontan atau meminta diambil perhatian. Apabila melihat sesuatu akan segera memanggil guru atau rakan-rakan untuk sama-sama melihat dan menunjuk ke arah objek tersebut.
Seterusnya pelajar tersebut akan menunjuk-nunjuk sambil menyebut objek yang dilihat secara berulang-ulang. Jika diberi respon akan merasa seronok segera berhenti menunjuk dan menyebut. Kelebihan pelajar ini adalah mudah mengingati nama-nama guru terutamanya guru pendidikan khas. Jika dia tidak pasti nama guru tersebut dalam perbualananya dia akan segera bertanya rakan yang ada di sebelahnya.
Teori Piaget menyatakan bahawa dalam pengalaman fizikal pelajar ini aktiviti yang dilakukan ke atas persekitaran adalah untuk membina pengetahuan. Pengalaman yang konkrit adalah penting bagi membentuk skema yang berkesan.
Perkembangan Bahasa
Sebutan sesuatu objek atau sebarang perkataan adalah jelas dan meyakinkan pendengar. Pelajar ini seronok menyebut nama objek yeng menarik perhatiannya secara sepontan dan berulang-ulang. Perkembangan bahasanya begitu baik. Kekerapan perbualannya dengan rakan-rakan sebaya menyumbang kepada pemerolehan perbendaharaan kata yang baik. Bahasa yang digunakan oleh ibu bapa dan keluarganya di rumah juga memberi kesan yang positif kepada pelajar ini.
Dalam hal ini pemikiran kanak-kanak untuk memahami dunia bahasa sangat bergantung kepada aktiviti-aktiviti sensori dan motor seperti melihat, mendengar, menggerak, menyentuh dan merasa. Dalam tahap perkembangan ini Piaget meletakkan tahap tersebut dalam tahap sensori motor di mana pelajar ini belajar mendengar dan melihat kelompok keluarganya berbahasa dan boleh melakukan peniruan untuk diadaptasikan secara langsung.
Perkembangan Komunikasi
Perkembangan komunikasi pelajar ini adalah baik dan sempurna. Pelajar ini akan menjawab setiap pertanyaan yang diajukan oleh guru atau rakan. Juga akan bertanya semula jika dia tidak berasa yakin tentang pertanyaan yang diajukan tadi. Kegemarannya bertanya lebih kerap jika ingin kepastian sesuatu yang dilihat. Ini dilakukan olehnya untuk mencari kepastian yang mendalam tentang perkara tersebut. Bertanya berterusan jika tidak diberi perhatian dan jawapan yang sewajarnya. Interaksi verbal yang aktif.
Namun begitu ada kalanya berlaku logik satu hala di mana pelajar ini tidak boleh memahami bagaimana langkah-langkah dalam suatu tugasan dapat disongsangkan. Terkadang juga pelajar ini akan bermonolog kolektif iaitu pertuturan bersendirian. Dalam keadaan tersebut Piaget mengkategorikannya dalam tahap perkembangan praoperasi dalam umur 2 hingga 6 tahun.
Perkembangan Sosial
Perkembangan sosial bagi pelajar ini begitu baik dan sempurna mengikut perkembangan konitifnya. Pelajar ini sangat dan mudah mesra terutama dengan rakan-rakan sekelasnya. Kemesraannya jelas dengan tidak mengambilkira umur rakan-rakan yang ada di sekelilingnya terutama di sekolah. Gemar juga berpegang-pegang tangan dengan rakan yang gembira bersamanya. Kemesraanya juga dapat dilihat dengan guru-guru pendidikan khas terutamanya.
Gemar juga melihat dengan penuh perhatian tingkah laku rakan-rakan dan cuba berinteraksi dengan sepontan untuk mengambil bahagian dalam situasi tersebut. Rakan-rakan yang bersamanya akan menerimanya dengan mudah dan menunjukkan rasa gembira. Pelajar ini juga mudah menerima arahan guru terutama jika guru meminta melakukan sesuatu pertolongan. Begitu juga gemar membantu rakan-rakan lain.
Dalam teori Piaget perkembangan pelajar ini adalah menjurus kepada pengalaman sosial. Ianya memberi peluang tambahan kepada kanak-kanak untuk membina pengetahuan. Di samping itu juga menguji pengetahuan (skema) denga pengetahuan orang lain contohnya permainan kumpulan, pembelajaran kooperatif dan aktivit kokurikulum.
Perkembangan Emosi
Pelajar ini menunjukka perkembangan emosi yang baik dan stabil. Ini dapat dilihat dengan melihat reaksi wajah yang sentiasa ceria dalam jangka waktu sepanjang berada di sekolah. Hanya sekali sekala akan menunjukkan kemurungan jika tiada respon daripada guru mengenai suatu yang dirasakan menjadi perhatiannya dan apa yang dilakukannya adalah sangat benar baginya. Dalam hal yang sedemikian Piaget mengklasifikasikan pelajar ini sebagai egosentrisme.Sentiasa dalam keadaan seronok dan selesa dengan semua aktiviti yang dijalankan bersama rakan-rakan sekelasnya.
Kadang kala akan bercakap-sendiri dengan jelas jika rakan-rakan lain memperolehi sesuatu benda sedangkan dia tidak memperolehinya. Dia merasakan seperti tidak berapa puas hati dan cuba untuk mendapatkkan dengan mendekati rakan-rakannya sambil memegang dan membelek objek yang diperolehi rakannya tadi. Tidak menunjukkan rasa ingin memberontak jika dia tidak memperolehinya. Kadang-kala menunjukkan sikap merajuk jika ditegur apabila melakukan sesuatu yang negatif.
Dalam situasi yang sedemikian tahap formal umur 12 tahun ke atas berlaku pada pelajar ini di mana egosentrisme remaja mengambil tempat dalam dirinya. Pelajar ini terlalu memberikan perhatian kepada idea-idea mereka sendiri tanpa menghiraukan idea atau pandangan orang lain samada rakannya atau juga guru.
Adaptasi Dengan Persekitaran
Keluarga
Hasil temu bual dengan ibu bapa pelajar tersebut didapati bahawa pelajar ini mendapat kasih sayang yang sepenuhnya daripada keluarga. Dua orang abang serta dua oranag kakaknya juga mengambil peranan yang sama seperti ibu dan ayahnya memberikan perhatian terhadapnya. Aktiviti-aktiviti lazim iaitu menolong ibu bapa di rumah diajar oleh keluarga dan ini dapat dilihat sikapnya yang suka membantu kerja-kerja guru di sekolah.
Tidak ketinggalan juga pelajar ini diberikan bilik khas di rumah untuk bebas bermain dengan barang-barang permainan yang digemarinya. Peruntukan masa diberi untuk bermain dan membantu ibu bapanya di rumah. Memberi keseimbangan aktiviti diutamakan dalam kehidupannya di rumah oleh ibu bapanya dan keluarga. Sangat manja dengan keluarga kerana belaian yang diberikan oleh semua ahli keluarga menjadikan pelajar ini stabil dari segi emosinya. Kasih sayang yang diterima cukup untuk pelajar ini hidup dengan gembira.
Pelajar ini juga akan lebih aktif apabila diberikan pujian dan sokongan kepada setiap perkara yang berjaya dilaksanakan. Kakak dan abang pelajar ini gemar bergurau dengannya. Ini menjadikan pelajar ini gemar juga bergurau mesra dengan rakan-rakan sekelasnya tidak kira di mana dia berada ketika itu. Ini menjadikan dia disenangi oleh kebanyakan rakan-rakan di sekolah.
Rakan Sebaya
Sikapnya dengan rakan sebaya adakah positif. Begitu mesra dan mudah untuk bertegur sapa serta berbual mengenai sesuatu yang dilihat secara sepontan tidak kira rakannya itu lelaki atau perempuan. Biasanya topik yang diberikan reaksi sepontan ada perkara-perkara yang mudah yang berada dan berlaku di depan mata. Respon antara rakan sebayanya baik sehinggakan membawa kepada gurauan dan bertepuk-tepuk tangan dan memegang tangan atau bahu rakannya. Kadang-kadang lebih asyik seronok hingga dia terlupa rakannya itu lelaki atau perampuan. Reaksi dan tingkahlakunya sama apabila terlalu gembira. Pelajar ini juga memberikan respon positif kepada teguran rakan sebayanya yang ketika itu bersamanya.
Sekolah
Di sekolah pula pelajar ini patuh kepada semua arahan guru. Dia akan cuba melakukan sesuatu untuk menari perhatian guru-guru dan rakan-rakan. Kerap bertanya berulang-ulang perkara yang diarahkan dan cuba melaksanakan arahan tersebut. Tahu peraturan yang perlu dipatuhi di sekolah. Memberi respon terhadap teguran guru jika menunjukkan tiangkah laku yang kurang baik. Patuh dan tekun melakukan kerja yang diberi oleh guru kelasnya. Sekali sekala menunjukkan sikap yang memberi isyarat supaya guru dekat dengannya ketika membuat aktiviti di kelas.
Dalam kes pelajar ini penggunaan simbol oleh guru dalam aktiviti pembelajaran adalah satu perkara yang mustahak di mana ianya agak mudah untuk difahami. Inilah yang berlaku kepada pelajar tersebut. Dia mudah untuk memahami sesuatu yang diajar jika digunakan atau dibantu dengan penggunaan simbol yang sesuai secara langsung. Keadaan ini menepati kepada saranan Piaget iaitu pada tahap praoperasi 2 hingga 6 tahun penggunaan simbol adalah dititikberatkan. Begitu juga dengan aktiviti-aktiviti berbentuk sensori dan motor dalam proses pembelajaran pelajar ini akan memberikan respon apabila dapat memegang objek yang disediakan bersesuaian dengan topik. Tahap sensori motor pelajar ini begitu aktif dan menjadikannya sentiasa dalam keriangan.
Komuniti
Ada sebilangan pelajar aliran biasa di sekolah juga memberikan respon positif kepada pelajar ini. Ada kalanya pelajar ini memberikan pertolongan kepada pelajar aliran biasa jika diminta. Kebiasaanya dia akan meminta izin daripada guru pendidikan khas yang berada di situ. Pelajar ini juga gemar mengambil bahagian aktiviti-aktiviti yang berbentuk fizikal di mana ianya memerlukan kekuatan fizikal untuk melakukkanya. Pelajar ini akan menunjukkan bahawa dia mampu melakukan suatu kerja berbanding rakan-rakan lain. Ianya akan lebih komitmen lagi jika diberikan pujian dan dibanding-bandingkan dengan rakan-rakan lain semasa aktiviti sedang berjalan.
Kekuatan Pelajar
Dalam melihat semua aspek yang dijelaskan di atas pelajar ini memang mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Ianya membantu dalam memberikan kekuatan kepada diri pelajar tersebut. Antara kekuatan yang ada pada pelajar tersebut ialah:
Mudah patuh kepada arahan yang diberikan secara sepontan.
Memberikan respon yang positif kepada setiap perkara atau situasi ketika itu.
Mampu melakukan sesuatu perkara dengan tekun dan memberikan perhatian sepenuhnya.
Mudah menjawab soalan yang diajukan.
Gemar juga menegur rakan-rakan lain jika melakukan sesuatu yang kurang elok di depan matanya berdasarkan kepada perkara yang dilarang kepadanya.
Dapat melakukan suatu aktiviti jika ditunjukkan secara maujud.
Akan lebih bermotivasi jika sentiasa diberi pujian dan sokongan.
Kelemahan Pelajar
Terdapat juga beberapa kelemahan pada pelajar ini berdasarkan pemerhatian tingkah lakunya. Antara kelemahan pelajar ini ialah:
Mudah merajuk jika tidak dilayan oleh rakan-rakan dan guru mengenai perkara yang diberi perhatian olehnya.
Mudah juga terikut-ikut dan meniru samaada perbuatan atau percakapan rakan-rakan tanpa dapat menilainya.
Masih juga gemar melompat-lompat jika terlalu gembira. Ini akan memberi kesan negatif jika ketika itu pelajar ini berada di tepi parit kelas. Ianya bahaya jika tergelincir dan terjatuh. Dia akan terlupa di mana dia berdiri ketika itu jika terlalu gembira. Ini akan membahayakan keselamatan pelajar tersebut.
Ada kalanya pelajar ini tidak dapat melakukan penaakulan yang logik.
Begitu juga tidak berlakunya berfikiran secara logik terhadap objek-objek yang dimanipulasikan (hands on thinking)
Penaakulan abstrak tidak dapat dilakukan olehnya.
Penaakulan hipotetikal (berfikir apa yang mungkin ) juga tidak dapat dilakukan oleh pelajar ini.
Perkaitannya Dengan Teori Jean Piaget
Dalam kes pelajar tersebut, banyak perkara yang diperhatikan mempunyai kaitan dengan teori perkembangan Piaget. Dari segi umurnya pelajar ini lebih mirip kepada perkembangan peringkat 2 hingga 7 tahun. Banyak aktiviti dan persepsi pelajar tersebut yang dilakukan melibatkan perkara-perkara yang berada dalam lingkungan umur tersebut iaitu peringkat praoperasi.
Menurut proses perkembangan kognitif kanak-kanak akan menjadi lebih sempurna menerusi kebolehan asas berlandaskan tahap beikut:
Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan sesuatu tingkahlaku yang jelas seperti boleh mengira.
Namun bagi pelajar ini mematuhi peraturan dan arahan juga menunjukkan perkembangan mental yang jelas kerana dia dalam kategori khas bermasalah pembelajaran.
Melalui latihan yang berulang-ulang, rangkaian tingkahlaku telah dikukuhkan dan digeneralisasikan hingga menjadi skema tingkahlaku yang stabil.
Bagi pelajar ini perkara yang diajar di rumah oleh ibu bapa dan keluarganya memberikan impak kepada tingkahlakunya apabila berada di sekolah.
Perkara-perkara umum telah benar-benar difahami oleh seseorang individu untuk menunjukkan bahawa sesuatu pengukuhan tingkahlaku menjadi asas seperti gambaran mental.
Dalam hal ini operasi yang berlaku mestilah berasaskan kepada tiga fenomena mental yang begitu penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Ini yang terjadi kepada pelajar tersebut dalam kes ini.
Ingatan adalah suatu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan semula memorendum mengenai peristiwa yang telah berlaku dahulu. Bayangan pula adalah suatu proses yang disebabkan oleh situasi yang statik. Kebiasaannya pandangan dan pendengaran dikumpulkan dan diletakkan di dalam mental. Dalam keadaan tersebut Piaget juga telah membahagikan tahap praoperasi kepada tahap prakonseptual ( umur 2 hingga 4 tahun) dan tahap praoperasi (umur 4 hingga 7 tahun).
Pada tahap prakonseptual kanak-kanak masih belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama kerana belum mampu untuk menyusun perancangan yang ada dalampemikirannya.Kecerdasan pada tahap ini pada kebiasaannya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap hubungan antara peristiwa yang berbeza. Kandungan utama dalam proses kognitif pada tahap ini ialah egocentrism, sebab akibat, peningkatan perolehan bahasa dan pembentukan identiti diri.
Dalam kes pelajar ini ianya ada kaitan dengan teori Piaget yang menyatakan bahawa kanak-kanak biasanya belajar secara bersendirian daripada minat dalaman diri mereka terhadap dunia kehidupan. Kanak-kanak sangat ingin mengetahui tentang dorongan yang baik dan tidak sesuai dengan struktur kognitif yang ada. Piaget juga menyatakan bahawa kanak-kanak membina struktur kognitif sendiri semasa mereka membuat penyelesaian masalah secara dalaman. Dalam proses ini, pemikiran mereka akan melalui beberapa siri kerangka perubahan yang disebut stage.
Peringkat-peringkat ini menunjukkan kepada jenis-jenis masalah baru yang akan memberi keseronokan dan menambah rasa keinginan mengetahui lebih lanjut dalam aktiviti yang melapasi tahap semasa mereka ketika itu. Perbezaaan yang berlaku ini memerlukan peniruan. Kanak-kanak secara sep sesuatuontan akan tertarik kepada model yang mempunyai tingkahlaku yang sedikit komplek daripada tingkahlaku mereka sendiri. Oleh yang demikian dilihat kanak-kanak akan kerap rapat dengan orang yang lebih dewasa dan cuba untuk melakukan sesuatu perkara yang sama. Maka setiap peringkat kanak-kanak akan menentukan sendiri model –model yang akan mereka perhatikan dan diikuti.
Tingkahlaku model pelajar dalam kes ini berkait dengan satu teori Piaget iaitu mempunyai dua peringkat penilaian moral iaitu aspek yang menekankan tentang niat dan kesan tingkahlaku kanak-kanak. Kanak-kanak sering kali menilai perbuatan yang salah berdasarkan akibat yang akan diterima. Manakala penilaian kanak-kanak yang lebih dewasa adalah berdasarkan niat disebalik sesuatu perbuatan itu. Contohnya seorang kanak-kanak akan mengatakan jahat jika seorang budak dengan tidak sengaja terlanggar dan pecah 10 cawan yang disusun jika dibandingkan dengan seorang budak yang hanya cuba mencuri dan memecahkan sebiji cawan.
Kanak-kanak akan menunpukan kepada akibat bilangan cawan yang pecah. Sebaliknya kanak-kanak yang lebih dewasa melihat pada sebab atau akibat terhadap suatu perbuatan yang dilakukan.
(Aziz Poniran, Febuari 2011)
Rujukan
Abd Majid Mohd Isa, Rahil Mahyuddin, (1997), Psikologi Pendidikan 1,
Pertumbuhan & Perkembangan,
Bee, H. 2004. The Developing Child. 10th Edition. New York : Longman Inc.
Berk, L. E. 2006. Child Development. Ed ke 7. Bpston: Allyn & Bacon.
Creswell, W. John. 2005. Educational Research : Planning, Conducting, and valuating
Quantitative and Qualitative Research. New Jersey : Pearson Education.
DiBattista. D., & Sheperd, M. 1993. Primary school teachers’ beliefs and advice to
parents concerning sugar consumption and activity in children. Psychological Reports, 72, 47-55.
Hajah Hasnah Udin, (1988).Bimbingan Kanak-kanak Luar Biasa, DBP.
Kail, R. 2003. Child Development. New Jersey : Pearson Education.
Kos, J..M., & Clarke, V.A. 2001. Is optimistic bias influenced by control or delay ?
Health Education Research : Theory and Practice, 16, 533-540.
McDewit & Ormrod. 2005. Child Development. New Jersey : Pearson Education
Shore, C. 2004. The Many Faces of Childhood : Diversity in Development. New
Jersey : Pearson Education.
Welch, K. 2004. Development: Journey Through Childhood and Adolescence. New
Jersey : Pearson Education.
Zakay, D . 1996. The relativity of unrealistic optimism. Acta Psychologica, 93, 131.
Abd Majid Mohd Isa, Rahil Mahyuddin, (1997), Psikologi Pendidikan 1,
Pertumbuhan & Perkembangan,
Abd Majid Mohd Isa, Rahil Mahyuddin, (1997), Psikologi Pendidikan 1,
Pertumbuhan & Perkembangan,
Bee, H. 2004. The Developing Child. 10th Edition. New York : Longman Inc.
Berk, L. E. 2006. Child Development. Ed ke 7. Bpston: Allyn & Bacon.
Creswell, W. John. 2005. Educational Research : Planning, Conducting, and valuating
Quantitative and Qualitative Research. New Jersey : Pearson Education.
DiBattista. D., & Sheperd, M. 1993. Primary school teachers’ beliefs and advice to
parents concerning sugar consumption and activity in children. Psychological Reports, 72, 47-55.
Hajah Hasnah Udin, (1988).Bimbingan Kanak-kanak Luar Biasa, DBP.
Kail, R. 2003. Child Development. New Jersey : Pearson Education.
Kos, J..M., & Clarke, V.A. 2001. Is optimistic bias influenced by control or delay ?
Health Education Research : Theory and Practice, 16, 533-540.
McDewit & Ormrod. 2005. Child Development. New Jersey : Pearson Education
Shore, C. 2004. The Many Faces of Childhood : Diversity in Development. New
Jersey : Pearson Education.
Welch, K. 2004. Development: Journey Through Childhood and Adolescence. New
Jersey : Pearson Education.
Zakay, D . 1996. The relativity of unrealistic optimism. Acta Psychologica, 93, 131.
Abd Majid Mohd Isa, Rahil Mahyuddin, (1997), Psikologi Pendidikan 1,
Pertumbuhan & Perkembangan,
No comments:
Post a Comment