Monday, February 14, 2011

MENGINKLUSIFKAN MURID- MURID BERMASALAH PERKEMBANGAN DI DALAM KELAS BIASA: FAEDAHNYA DARI SEGI PENDIDIKAN.

Matlamat kajian ini adalah untuk mengenalpasti faedah dan kepentingan inklusif kepada murid-murid yang mempunyai atau tidak mempunyai masalah perkembangan semasa berada di tahap awal persekolahan. Ini termasuklah kajian- kajian yang mengukur kedua- dua faedah yang boleh di dapati daripada kedua- dua bidang akademik dan bukan akademik. Bidang akademik ini termasuklah literasi, matematik dan lain- lain serta bukan bidang akademik seperti kemahiran asas hidup iaitu komunikasi dan kemahiran motor.

Mendidik bermakna untuk mengembangkan dan cultivate manakala mengajar didefinisikan sebagai untuk mengetahui mengenai sesuatu sebab, menunjukkan bagaimana sesuatu perkara terjadi dan untuk membimbing. Pendidikan mengandungi lebih daripada arahan di dalam subjek- subjek akademik manakala pengajaran mengandungi lebih dari sekadar memberi di dalam konteks akademik. Pendidikan perlu mengembangkan keseluruhan kanak- kanak dan cultivate kesemua kemahiran, tingkahlaku dan pengetahuan yang diperlukan bagi menjayakan integrasi masyarakat.

Sekolah perlu menyediakan peluang kepada murid- muridnya untuk meneroka, membuat model, pengalaman dan mempelajari kesan dan akibat sesuatu tindakan. Ini penting untuk semua populasi murid- murid yang berkeperluan khas atau tidak. Namun secara khususnya ia penting kepada murid- murid bermasalah dari segi perkembangan kerana mereka ini sering menghadapi masalah dengan sosial, emosi, komunikasi, motor dan perkembangan tingkahlaku sebagai tambahan kepada pembelajaran akademik. Oleh itu program inklusif yang mensasarkan kepentingan untuk mendidik kanak- kanak ini perlu merangkumi semua domain yang terdapat di dalam kehidupan.

Matlamat kajian ini adalah untuk mengenalpasti faedah dan kepentingan program inklusif kepada murid- murid yang mempunyai atau tidak mempunyai masalah perkembangan semasa berada di tahap awal persekolahan. Ini termasuklah kajian- kajian yang mengukur kedua- dua faedah yang boleh di dapati daripada kedua- dua bidang akademik dan bukan akademik. Kajian ini juga akan mengambilkira maklumat yang diperolehi daripada kajian literatur yang mepunyai hubungan dengan teknik pengajaran dan konteks pendidikan yang terbukti dapat mewujudkan program inklusif yang lebih efektif dengan cara menyediakan pembelajaran optimal kepada murid- murid yang normal dan berkeperluan khas.

INTERAKSI SOSIAL DAN FAEDAH PENDIDIKAN

Berdasarkan kajian- kajian lepas, para pengkaji mendapati kesempatan untuk berinteraksi dengan rakan sebaya yang normal juga dapat memberi faedah dari segi akademik. Brinker dan Thorpe (1984) telah menulis satu artikel seminar yang meneroka mengenai kadar interaksi sosial. Mereka telah menilai kadar interaksi sosial rakan sebaya yang tipikal dan sampel mereka terdiri daripada 245 orang pelajar berkeperluan khas yang teruk.
Hunt, Staub, Alwell dan Goetz (1994) telah membuat penyelidikan terhadap pencapaian akademik murid- murid yang mempunyai kecacatan teruk dan pelbagai di dalam konteks kumpulan pembelajaran koperatif di kelas inklusif. Mereka membuat demonstrasi secara empirikal bahawa murid- murid berkeperluan khas mampu menguasai asas komunikasi dan kemahiran motor menerusi interaksi rakan sebaya yang normal. Rakan- rakan sebaya yang normal membantu murid- murid khas dengan cara menunjukkan tanda- tanda tertentu.

Pada hari akhir kajian di dapati setiap murid- murid yang mempunyai kecacatan teruk didapati mampu menunjukkan sikap berdikari, komunikasi yang diharapkan dan tindakbalas motor. Mereka juga membuat generalisasi kemahiran ini semasa sesi seterusnya dan semasa pembelajaran koperatif di bilik darjah. Peluang berinteraksi dengan rakan sebaya yang normal memberi peluang kepada murid- murid dengan pelbagai kecacatan memperolehi kemahiran asas komunikasi dan motor. Berdasarkan keadaan ini, di dapati peluang berinteraksi dengan rakan sebaya yang normal di kelas inklusif memberi kesan kepada pendidikan terhadap yang murid- murid berkeperluan khas dari segi perkembangan.

PENEMPATAN BILIK DARJAH DAN FAEDAHNYA TERHADAP PENDIDIKAN

Meta analisis dan kajian komparatif yang membandingkan faedah pendidikan murid- murid yang berkeperluan khas dari segi perkembangan di kelas inklusif dan kelas khas yang diasingkan mendapati tiada perbezaan atau kesan positif bagi kelas inklusif.

Sebagai contoh, Cole dan Meyer (1991) yang membuat kajian longitudinal untuk mencari kelebihan kelas inklusif bagi murid- murid berkeperluan khas yang teruk mendapati tiada perbezaan yang significant di dalam masa 2 tahun di dalam domain tradisional kemahiran manipulatif, koordinasi motor kasar dan halus, komunikasi dan tingkahlaku adaptif di kalangan murid- murid di dalam kelas inklusif dan kelas khas.

Bagaimanapun murid- murid di dalam setting integrasi menghabiskan masa yang kurang di sekolah berbanding di dalam komuniti. Dapatan ini amat mengejutkan kerana pada kebiasaannya setting yang spesifik mampu memberi kelebihan di dalam aktiviti melibatkan kemahiran hidup, vokasional dan tempat kerja di dalam komuniti. Dapatan juga mendapati bahawa mereka ini yang berada di dalam setting integrasi menghabiskan banyak masa berhubung dengan guru pendidikan khas seperti yang dibuat di dalam setting segregasi atau kelas khas.

Berdasarkan dapatan ini, pendapat yang mengatakan setting yang diasingkan memberikan lebih banyak arahan terus dan intensif telah menjadi persoalan kepada penyelidik. Penyelidik membuat kesimpulan bahawa integrasi terbukti memberi kelebihan kepada outcomes social dan tingkahlaku dan dengan ini ia memberikan bidang akademik, fungsional dan kemahiran asas arahan yang seimbang.

Kebanyakan kajain- kajian yang mengkaji tentang hubungan di antara penempatan kelas dan faedah pendidikan mendapati terdapat kesan positif bagi inklusif. Pada tahun 1985 dan 1986, Wang dan Baker telah mentadbirkan analisis meta dan menganalisa rekaan bentuk dan efficacy mainstreaming sebagai pendekatan pendidikan bagi membantu kanak- kanak yang berkeperluan khas. Lebih 50% daripada murid- murid telah dikategorikan sebagai terencat akal, 25% lagi termasuk kategori kecacatan pelbagai, 19% pula bermasalah pendengaran dan 3% bermasalah pembelajaran.

Dapatan kajian mencadangkan murid- murid berkeperluan khas di kelas mainstream menunjukkan peningkatan akademik yang lebih baik berbanding murid- murid berkeperluan khas di kelas yang diasingkan.

Pada tahun 1994 sehingga 1995, Baker, Walberg dan Wang telah menyelidiki semula setting yang paling berkesan bagi pendidikan murid- murid khas. Kesan saiz 3 meta analisis itu mendapati terdapat kesan positif bagi pendidikan murid- murid khas yang berada di kelas inklusif. Ini merupakan dapatan yang significant yang menyatakan tiada satu pun meta analisis mempunyai kesan sosial dan pembelajaran yang negatif di kelas inklusif.

Helmstetter, Curry, Brennan dan Sampson- Saul (1998) membandingkan penggunaan masa arahan murid bermasalah perkembangan di kelas pendidikan khas dan kelas biasa. Semua peserta meluangkan masa di kelas inklusif dan sebahagian lagi di kelas khas. 58% berada di kelas khas manakala 35% lagi di kelas inklusif.

Dapatan kajian juga mengkaji konteks arahan yang menyediakan 6 murid- murid khas kecacatan teruk dan 6 orang rakan sebaya yang di bilik darjah yang sama. Murid- murid dengan kecacatan teruk adalah 13 kali lebih daripada rakan sebaya normal menerima arahan terus secara ekslusif semasa di bilik darjah dan 23 kali lebih banyak menerima arahan dengan ratio 1:1. Pada masa yang sama tiada perbezaan significant terhadap kualiti arahan guru terhadap 2 kumpulan ini.

Kenyataan ini mencabar pernyataan yang menyatakan murid- murid khas tidak mampu menerima arahan di kelas biasa. Kajian juga mendapati terdapat peningkatan akademik yang dibuat oleh 3 orang pelajar autisma di dalam kajian berkaitan transisi. Murid-murid ini belajar kemahiran akademik seperti membaca, menulis, memadan, meneyurih, mengira dan lain- lain. Pada akhir tahun, seorang murid khas yang tidak mampu berkomunikasi secara lisan atau dalam bentuk penulisan di dapati mampu berkomunikasi dalam bentuk penulisan mudah. Selepas diinklusifkan murid khas ini di dapati menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan di dalam pertuturan, bacaan dan penulisan.

FAEDAH AKADEMIK YANG DIPEROLEHI OLEH MURID- MURID NORMAL DI KELAS INKLUSIF

Terdapat banyak persoalan yang diperkatakan mengenai kesan kehadiran murid- murid bermasalah perkembangan ( tingkahlaku mencabar) di kelas biasa. Kajian dibuat bagi mendapatkan maklumat samada kehadiran murid- murid khas di kelas inklusif memberi kesan terhadap masa yang digunakan untuk memberi arahan, kelas yang mempunyai murid- murid khas kecacatan teruk dan murid- murid normal akan dibandingkan di antara satu sama lain.

Purata masa dan masa yang digunakan untuk arahan memberi arahan dibandingkan di antara kedua- dua kelas. Di dapati tiada perbezaan peratusan masa di dapati di kalangan murid- murid tipikal yang terlibat di dalam arahan di kedua- dua kelas. Ini merupakan dapatan yang significant yang mengatakan bahawa kehadiran murid- murid khas dengan kecacatan teruk dan tingkahlaku mencabar didapati tidak memberi kesan negatif terhadap jumlah penggunaan masa kanak- kanak normal.

Penilaian telah dibuat terhadap pencapaian murid- murid khas dan murid- murid normal di dalam konteks kumpulan koperatif matematik di kelas inklusif. Pelajar tipikal diajar untuk menunjukkan tanda- tanda/ cue, membantu komunikasi secara spesifik dan kemahiran motor terhadap murid- murid khas dengan kecacatan teruk di dalam aktiviti kumpulan koperatif. Dapatan mendapati bahawa interaksi dan bantuan rakan sebaya tidak memberi kesan negatif kepada pencapaian rakan sebaya di dalam pencapaian objektif akademik. Murid normal di dalam kumpulan eksperimen koperatif menunjukkan pencapaian yang sama dan seimbang dengan rakan sebaya kumpulan koperatif yang tidak mengandungi murid- murid khas.

KONTEKS ARAHAN DAN TEKNIK PENGAJARAN YANG MEMPROMOSIKAN PENCAPAIAN AKADEMIK DI KELAS INKLUSIF

Pernyataan yang menyatakan inklusif memberikan faedah kepada murid- murid khas dan murid- murid normal telah membawa kepada penyelidikan terkini bagi memastikan dengan jelas lagi mengenai konteks yang sesuai, teknik dan bentuk kurikulum yang membantu pembelajaran semua murid- murid . Di antara adaptasi yang sering digunakan ialah kumpulan yang fleksibel, pembelajaran koperatif, pembantu rakan sebaya, peluang membuat keputusan, maklumbalas aktiviti yang fleksibel dan pengajaran kolaboratif. Penggunaan teknologi dan penyertaan masyarakat telah meningkatkan efficacy inklusif pada semua pelajar.

PENYERAGAMAN ARAHAN

Logan ( 1997) telah membuat kajian mengenai kesan interaksi dan kontekstual variable terhadap pencapaian akademik pelajar. Pengkaji mendapati tingkahlaku yang berhubungan adalah tinggi apabila rakan sebaya bertindak sebagai tutor murid- murid khas. Ini membuktikan bahawa dengan memberikan banyak peluang kepada kumpulan kecil atau rakan pelajar , kelas inklusif dapat meningkatkan tingkahlaku berhubungan dan pencapaian akademik murid- murid khas dan normal.


PEMBELAJARAN KOPERATIF DAN TUTOR RAKAN SEBAYA

Di dalam program pembelajaran koperatif, kaedah memberi arahan seperti arahan terus, arahan kumpulan kecil, peranan dan akauntabiliti individu telah disatukan di dalam pendekatan pembelajaran berasaskan kumpulan. Penilaian yang dilakukan adalah berasaskan penilaian individu iaitu semua pelajar akan diberi kertas kerja secara individu untuk menilai apayang telah dipelajari atau berdasarkan pencapaian kumpulan.

Program tutor rakan sebaya adalah terbentuk daripada pembelajaran koperatif. Pelajar bersama- sama belajar dengan pelajar tipikal memainkan peranan sebagai tutor kepada murid- murid khas. Program yang menggunakan pelajar normal sebagai tutor terbukti lebih efektif di dalam pengajaran akademik, kemahiran manipulatif, komunikasi dan kemahiran sosial kepada murid- murid khas.

ADAPTASI ARAHAN

Adaptasi arahan digunakan untuk menjayakan program inklusif bagi murid- murid khas. Ia sering digunakan bagi murid- murid khas seperti melibatkan penyediaan pilihan aktiviti, material, kumpulan dan kaedah maklumbalas. Apabila murid diberikan tugasan alternatif seperti penyampaian lisan, pemain peranan, mural atau projek kreatif, mereka akan dapat menggunakan kekuatan pembelajaran mereka berbanding kelemahan mereka.

MERANCANG KOLABORATIF

Rancangan kolaboratif amat penting untuk membantu murid berkeperluan khas di dalam konteks kelas biasa. Rancangan kolaboratif di antara guru di kelas khas dan kelas biasa adalah amat penting di dalam perancangan pendidikan kanak- kanak khas. Pengajaran teknik- teknik dan bahan- bahan penilaian daripada kedua- dua kelas khas dan kelas biasa boleh disepadukan untuk menentukan adaptasi arahan yang terbaik bagi seseorang individu. Kajian menunjukkan murid- murid normal boleh dijadikan sumber perancangan dan boleh menjadi ahli kumpulan perancangan pendidikan.

KURIKULUM DAN PENILAIAN BERASASKAN PENCAPAIAN

Program yang mengambilkira kekuatan pelajar berbanding memfokuskan terhadap pemulihan adalah lebih baik bagi pencapaian akademik dan tingkahlaku murid- murid khas dan normal.Jenis penilaian ini membenarkan guru menentukan samada kaedah pengajaran guru meningkatkan pencapaian guru dan merancang aktiviti dan pengajaran yang progresif kepada pelajar berdasarkan kekuatan dan keperluan pelajar.
Penggunaan penilaian berasaskan pencapaian telah terbukti secara significant meningkatkan pencapaian akademik murid- murid khas dan murid- murid normal.

ARAHAN BERASASKAN KOMUNITI

Penglibatan komuniti dan penggunaan komuniti sebagai setting natural bagi arahan telah dipromosikan sebagai sesuai di kelas inklusif. Murid- murid dengan kecacatan perkembangan mempunyai kesukaran membuat generalisasi. Murid- murid normal juga mendapat faedah dari kesempatan ini dengan melihat applikasi natural kemahiran yang mereka pelajari di kelas seperti contoh penggunaan matematik untuk aktiviti membeli belah atau penggunaan konsep peta untuk perkhemahan di hutan. Program mentor juga dapat membantu murid- murid cara mengaplikasi kemahiran dan pengetahuan ke kehidupan dan persekitaran sebenar.


KESIMPULAN

Matlamat kajian ini adalah untuk menyediakan kajian pendek dan pedagogi yang mempunyai hubungan dengan kejayaan inklusif di kalangan murid- murid bermasalah perkembangan di bilik darjah sekolah rendah. Kajian ini secara ringkasnya menjelaskan mengenai faedah- faedah inklusif bagi murid- murid berkeperluan khas. Adalah amat penting bagi para pendidik untuk menilai dan mengimplimentasikan strategi dan konteks yang sesuai di dalam pendidikan bagi membina program inklusif yang lebih berkesan. Banyak kajian yang dijalankan telah mengenalpasti pilihan arahan yang lebih berkesan bagi bilik darjah yang diinklusifkan. Ini termasuklah penggunaan di dalam konteks pendidikan seperti strategi kumpulan , teknik, kurikulum dan kaedah penilaian. Penggunaan startegi- strategi ini ternyata dapat membantu dan memberi kejayaan kepada kanak- kanak khas dan kanak- kanak normal. Pada tahun- tahun yang akan datang kajian- kajian yang dibuat akan membincangkan tentang konteks dan strategi yang diimplementasikan serta kesannya terhadap sosial dan akademik bagi kedua- dua pihak iaitu kanak- kanak khas dan kanak- kanak normal.

(Aziz Poniran, Febuari 2011)




1 comment: