Pelaksanaan Program Inklusif Sukan Olahraga Bagi Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SMK Jalan Junid, Muar
Pengenalan
Profil Kecerdasan Pelbagai bagi setiap individu adalah merangkumi atau memiliki kelapan-lapan kecerdasan yang telah dinyatakan oleh Howard Garner. Namun tahap setiap kecerdasan ternyata berbeza-beza antara individu. Kita seharusnya sentiasa melihat perkembangan diri pelajar dan peka serta berhati-hati dalam menghuraikan profil kecerdasan seseorang sebagai langkah melihat kecerdasan yang tinggi dalam bidang tertentu. Seseorang yang dianggap mempunyai kecerdasan lemah dalam dalam sesuatu kecerdasan mungkin akan menunjukkan kecerdasan tinggi setelah menerima pendedahan dan peluang memperkembangkannya.
Beliau mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang hayat. Menurut Garner, manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Setengah orang mungkin mencapai tahap yang tinggi dalam setengah kecerdasan dan tahap yang rendah dalam yang lain, manakala ada orang yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam hampir kesemua lapan kecerdasan ini. Hampir semua orang boleh diperkembangkan dalam kelapan-lapan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi, jika keadaan-keadaan seperti penggalakan, pengayaan dan pengajaran adalah sesuai (Armstrong, 1994). Kelapan-lapan kecerdasan adalah saling berkait secara kompleks bila seseorang melakukan sesuatu aktiviti.
Dalam merealisasikan matlamat tersebut unit pendidikan khas bermasalah pembelajaran SMK Jalan Junid mencadangkan supaya pelajar yang berpotensi dan berbakat dalam bidang olahraga khasnya diberi peluang yang sewajarnya untuk menyemai bakti kepada sekolah dengan menginklusifkan pelajar dalam bidang sukan. Diharapkan usaha ini mampu mengubah dan menyangkal persepsi negatif terhadap keupayaan serta program pembelajaran dalam bidang pendidikan khas bermasalah pembelajaran.
Objektif
Pelajar dapat memperkembangkan potensi kenistatik yang khusus dan menguasai teknik secara menyeluruh dalam bidang olahraga.
Matlamat
Pelajar dapat meningkatkan stamina dan meningkatkan pencapaian dalam bidang olahraga yang disertainya. Pelajar juga dapat diberi peluang untuk mengembangkan potensi diri dengan menyertai pelbagai kejohanan dalam dua iaitu bidang pendidikan khas dan pendidikan aliran perdana.
Rasional Program
Menyediakan kemahiran dalam diri pelajar-pelajar khas secara langsung dalam bidang tertentu mengikut kesesuaian dan tahap keupayaan mereka.
Misi PIPKSMKJJ
Membangunkan modal insan, berkeperluan khas yang cemerlang dengan menyediakan pendidikan yang berkualiti, relevan dan holistik, perkembangan potensi diri ke tahap optimum, keupayaan berdaya saing dan kebolehupayaan, menyemai nilai-nilai murni sebagai warga yang bertanggungjawab dan perkongsian dengan pelbagai pihak untuk menjadikan mereka insan yang berdikari, berjaya dalam hidup dan mencurah bakti kepada masyarakat dan negara.
Visi PIPKSMKJJ
Pendidikan Berkualiti Menjana Potensi Pelajar Berkeperluan Khas
Objektif
- Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid dengan keperluan khas
- Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas
- Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas
- Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini
- Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas
Piagam
" Memperkembang potensi pelajar berkeperluan khas ke tahap yang optima selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)."
- Mewujudkan program pembelajaran yang menggalakkan perkembangan jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial (JERIS)
- Sentiasa peka terhadap kebajikan anak-anak istimewa.
- Mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi menggalakkan proses pembelajaran yang lebih berkesan.
- Sentiasa mengkaji dan menilai tahap keupayaan anak-anak istimewa berdasarkan program yang dirancang.
- Menyediakan aktiviti untuk pelajar dan keluarga PKBP bagi mengeratkan hubungan antara ibu bapa dengan guru-guru.
Falsafah Pendidikan Negara
Pendidikan Di Malaysia Adalah Satu Usaha Berterusan Ke Arah Memperkembangkan Lagi Potensi Individu Secara Menyeluruh Dan Bersepadu Untuk Mewujudkan Insan Yang Seimbang Dan Harmonis Dari Segi Intelek, Rohani, Emosi Dan Jasmani Berdasarkan Kepercayaan Dan Kepatuhan Kepada Tuhan.
Usaha Ini Adalah Bagi Melahirkan Rakyat Malaysia Yang Berilmu Pengetahuan, Berketerampilan, Berakhlak Mulia, Bertanggungjawab Dan Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri Serta Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian Dan Kemakmuran Masyarakat Dan Negara
Falsafah Pendidikan Khas
"Falsafah Pendidikan Khas mempunyai matlamat yang sama dengan falsafah pendidikan biasa yang meliputi semua aspek pendidikan. Ia menyediakan perkembangan optima kanak-kanak dengan keperluan-keperluan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat."
Ianya satu usaha berterusan lahirkan insan berkemahiran, berhaluan, berupaya, berdikari, mampu merancang, dan mengurus kehidupan, serta menyedari potensi diri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif.
Falsafah pendidikan bagi kanak-kanak khas juga menyediakan peluang-peluang yang sama kepada kanak-kanak ini seperti yang diberi kepada kanak-kanak biasa untuk perkembangan psikologi dan sosial yang seimbang.
Pendidikan Khas Bermaksud Kaedah-Kaedah Yang Dibentuk Khusus Untuk Memenuhi Keperluan Kanak-Kanak Yang Mengalami Pelbagai Kecacatan / Kurang Upaya. Kaedah-Kaedah Tersebut Meliputi Juga Aspek-Aspek Pengajaran Dan Pembelajaran, Latihan Jasmani Dan Juga Pendidikan Yang Berteraskan, Hospital Dan Institusi.
Kurikulum Bagi Pendidikan Khas Juga Adalah Sebahagian Daripada Kurikulum Biasa Yang Diubahsuai Bagi Memenuhi Keperluan-Keperluan Khas Bagi Murid-Murid Yang Mengalami Pelbagai Kecacatan / Kurang Upaya.
Huraian Falsafah Pendidikan Khas
- Melaksanakan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Khas Memperseimbangkan peluang-peluang pendidikan dalam aspek peruntukan kewangan, pakar khidmat sokongan Khas peruntukan fizikal, pembangunan dan lain-lain.
- Menyediakan perkembangan kemahiran intelek dan psikomotor secara menyeluruh dan bersepadu untuk menghasilkan individu yang terpelajar dan seimbang dalam masyarakat.
- Menekankan Pendidikan Bagi Semua (Education for all).
- Segala program yang dirancang dan dibentuk hendaklah berlandaskan kebolehan kefungsian, bukan kepada kategori / labeling.
- Memperkukuhkan keadaaan bahawa kanak-kanak dengan keperluan-keperluan khas pada asasnya adalah kanak-kanak dan pergaulan berterusan dengan kanak-kanak biasa adalah berfaedah; kelas khas rancangan percantuman, normalisasi, persekitaran yang tidak terhad, intergrasi sosial, integrasi berfungsi, integrasi setempat dan pengsealiran (mainstreaming).
- Menghasilkan individu yang mempunyai kesedaran, semangat, kesetiaan, aspirasi dan nilai yang tinggi agar dapat bersatu dan membentuk perpaduan di kalangan masyarakat majmuk.
- Menghasilkan sumber tenaga manusia untuk pembangunan ekonomi negara.
- Menyediakan individu yang mempunyai nilai moral yang tinggi, sahsiah yang baik, bertanggungjawab, berdisiplin dan progresif agar dapat memberi sumbangan dalam pembangunan bangsa dan negara.
- Menyediakan kanak-kanak dengan keperluan-keperluan pendidikan khas dengan program seperti yang diberi kepada kanak-kanak biasa dan belajar bersama-sama mereka.
- Pendidikan khas adalah sebahagian dari pendidikan biasa dengan pengubahsuaian dimana perlu.
- Melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (IEP).
- Menekankan pendekatan pendidikan dan pemulihan yang terdiri daripada pasukan multi disciplinary.
- Menekankan pembekalan perkhidmatan-perkhidmatan yang bersifat pencegahan awal daripada yang bersifat pemulihan.
- Menghasilkan perkhidmatan-perkhidmatan program yang menekankan kepada pelbagai model perkhidmatan.
Lapan Kecerdasan
Kecerdasan –kecerdasan yang dikemukakan oleh Garner adalah seperti berikut :
Kecerdasan | Cerdas dalam | Pekerjaan |
Bahasa | Menulis karangan, sajak, puisi, pantun dan memberi ucapan | Penulis, penyajak, penceramah |
Logik Matematik | Menaakul, kiraan, membuat analisis | Saintis, jurutera, akauntan |
Ruang | Mencorak, melukis, mengukir | Pelukis, pengukur |
Muzik | Mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, memain alat muzik | Pencipta lagu, penyanyi, pemain alat muzik, peminat muzik |
Kinestetik | Gerakan, tarian, lakonan, sukan, memain permainan | Atlit, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon |
Interpersonal | Perhubungan manusia | Diplomat, ahli politik, peniaga |
Intrapersonal | Nilai murni, pendirian, falsafah | Pengarang, penyajak, ahli falsafah |
Naturalistik | Mengecam sifat semula jadi, memburu dan pertanian | Pemburu, petani, ahli sains semulajadi |
Perkara Asas Yang Dicadangkan Dalam Melaksanakan Program Inklusif Sukan
Bagi melaksanakan program inklusif sukan bagi pelajar integrasi pendidikan khas bermasalah pembelajaran SMK Jalan Junid dengan unit kokurikulum SMK Jalan Junid perkara berikut adalah perlu dipertimbangkan:
- Jika ada sesuatu latihan atau pertandingan yang dijadualkan pada waktu yang sama, keutamaan hendaklah diberikan kepada program intergrasi pendidikan khas.
- Acara yang boleh disertai oleh pelajar pendidikan khas tersebut ialah 100 meter, 200 meter, 4 X 100 meter dan lompat jauh.
- Guru pengiring dari pendidikan khas perlu ada bersama pelajar pada setiap program yang dilaksanakan.
- Pengawasan dari mula hingga akhir sesuatu program adalah tanggungjawab bersama.
- Peralatan sukan pendidikan khas boleh diguna bersama.
Namun jika sekiranya terdapatnya keperluan yang memerlukan pertimbangan semula persetujuan maka perundingan bersama antara unit pendidikan khas dengan unit kokurikulum berhubung dengan penyertaan pelajar tersebut dalam mewakili sekolah di semua peringkat boleh dilaksanakan untuk mencari jalan yang terbaik. Perkara yang diutamakan dalam program tersebut adalah kolaborasi sihat antara semua pihak terlibat. Ianya akan memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat khasnya kepada sekolah SMK Jalan Junid, Muar.
LAMPIRAN:
Profil Pelajar
Nama Pelajar
Senarai Semak Surat dan Dokumen Berkaitan
Surat-surat Berkaitan Dan Berformat
No comments:
Post a Comment