Tuesday, March 23, 2010

PIPK BP SMK Jalan Junid

PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH

PEMBELAJARAN SEK. MEN. KEB. JALAN JUNID, MUAR, JOHOR

1. Sejarah Penubuhan

Kelas Khas ini telah dibuka pada Januari 1997 dengan seorang guru dan 3 orang pelajar.SMKJJ merupakan sekolah menengah pertama di Daerah Muar yang telah diberi mandat untuk melaksanakan program di peringkat sekolah menengah buat julung kalinya Kini pada tahun 2010, SMKJJ mempunyai pelajar berkeperluan khas seramai 72 orang dengan keupayaan guru seramai 15 orang dan diterajui oleh seorang Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas.

2. Falsafah Pendidikan Negara

Pendidikan di malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

3. Falsafah Pendidikan Khas

Pendidikan khas di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah pendidikan negara.

4. Matlamat Pendidikan Khas

Matlamat falsafah pendidikan khas adalah sama dengan falsafah pendidikan kebangsaan dan meliputi semua aspek pendidikan. Ia menyediakan satu landasan untuk perkembangan optima pelajar berkeperluan khas agar mampu berfunsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri dan menyesuaikan diri dalam masyarakat.

5. Definisi Pendidikan Khas

Pendidikan khas bermaksud kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan / kurang upaya. Kaedah-kaedah tersebut meliputi juga aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani dan juga pendidikan yang berteraskan, hospital dan institusi. Kurikulum bagi pendidikan khas juga adalah sebahagian daripada kurikulum biasa yang diubahsuai bagi memenuhi keperluan-keperluan khas bagi murid-murid yang mengalami pelbagai kecacatan / kurang upaya.

6. Definisi Pendidikan Khas Dalam Konteks Malaysia

Pendidikan yang menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran pengembangan (development skill). Pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yang menekankan kecacatan dan ketidakbolehan ( medical deficit model ).Penguasan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan kepada peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid / pelajar dengan keperluan-keperluan khas adalah seperti berikut :

Kebolehan kognitif, perkembangan tingkah laku sosial / perkembangan kemahiran sosial, penguasaan bahasa lisan / pertuturan, penguasaan membaca, kemahiran matematik, kemahiran pertumbuhan asas manusia, kemahiran berdikari, kemahiran keusahawan, kebolehan penglihatan, kebolehan pendengaran. Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindak balas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini dengan mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya, kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat.

7. Objektif

Setiap murid diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka :-

Menguasai kemahiran berkomunikasi, menguasai kemahiran berinteraksi dan menyesuaikan diri dalam masyarakat, mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam persekitaran, menjaga kesihatan dan keselamatan diri, menguruskan hal-hal kehidupan seharian, mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi, memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni mengambangkan potensi, bakat, daya kreatif dan intelek. membolehkan murid melakukan praktis asas dan dapat menjalankan kerja dengan sendiri menguasai kemahiran-kemahiran asas ke arah bidang kerjaya

8. Konsep

Pendekatan baru menekankan kepada kebolahan, kefungsian, `kemahiran, perkembangan, penguasaan dan pencapaian dalam pengembangan kemahiran-kemahiran (developmental), Pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yang menekankan kepada kecacatan dan ketidakbolehan.Pendidikan khas ialah pendidikan yang disediakan khas untuk murid dan pelajar dengan keperluan khas. Mereka adalah dalam kategori bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran, bermasalah pembelajaran dan pintar cerdas. Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran adalah berdasarkan peringkat kebolehan individu murid/pelajar dengan keperluan khas:

Kebolehan kognitif perkembangan tingkahlaku dan kemahiran sosial, penguasaan membaca, penguasaan matematik, penguasaan bahasa lisan / pertuturan, kemahiran pertumbuhan asas manusia, kemahiran berdikari, kemahiran keusahawan, daya penglihatan dan tingkat kebolehan pendengaran

9. Warta Kerajaan

[Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997]

Berkuat Kuasa Pada 1 Januari 1998

Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mangajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas.

10. THE WORLD DECLARATION ON AEDUCATION FOR ALL 1990

setiap kanak-kanak dengan keperluan khas mempunyai hak yang sama bagi menyatakan kehendaknya terhadap pendidikan dan ibu bapa mereka mempunyai hak menentukan jenis pendidikan yang sesuai bagi anak mereka…”

11. Misi

Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid dengan keparluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari , berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan Negara.

12. Visi

Murid-murid dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

13. Objektif

Setiap pelajar diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk mereka;

- Menguasai kemahiran berkomunikasi

- Menguasai kemahiran bergaul

- Mengetahui dan memperkambangkan perasaan ingin tahu hal-hal diri dan

alam sekeliling

- Menjaga Kesihatan dan Keselamatan diri

- Mengurus hal-hal kehidupan harian

- Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif

- Melibatkan diri dalam kegiatan Rekreasi

- Memahami keperluan perkembangan jasmani dan menguasai keupayaan

motor

- Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni

- Mengambangkan potensi, bakat dan daya kreativiti.

14. KURIKULUM

1. Akademik

- Bahasa Melayu

- Bahasa Inggeris

- Matematik

2. Pengurusan Kehidupan

- Pengurusan Diri

- Pengurusan Tingkah laku

- Pengurusan Emosi

- Kemahiran Hidup

- Asas Usahawan

3. Sosial, Riadah & Kreativiti

- Pendidikan jasmani

- Pendidikan Seni & Muzik

- Sains Sosial & Alam Sekitar

- Pndidikan Komputer (IT)

4. Kerohanian Dan Nilai-Nilai Murni

- Pendidikan Islam

- Pendidikan Moral

15. PROGRAM TRANSISI KE KERJAYA

1. Bengkel - Kayu

2. Jahitan - Sulaman,- Cross Sticth, -Manik

3. Keusahawanan - Kedai Otak-otak, Ais krim dan Roti

- Pembungkusan dan menjual makanan ringan

4. Kraf Tangan - Anyaman (gulungan kertas),- Batik Perspek,- Arca (Plaster of Paris)

5. Pertanian - Tanaman Pokok Tahun, - Semaian Polibeg

6. Fetigasi - Sayuran

7. Ternakan Ikan Keli

8. Seni Taman (Lanskap)

9. Simen Fero dan Wakaf

10. Seni Mural

11. Masakan - Roti,- Biskut

RUMUSAN

Segala aktiviti yang dilaksanakan adalah berdasarkan perancangan strategik bagi setiap program. Ianya diubahsuai mengikut keperluan dan kekuatan pelajar dari masa kesemasa. Ianya juga sebagai garis panduan yang dilaksankan mengikut iklim sekolah. Ianya adalah alternatif dan fleksible dari segi konsep pengajaran dan pembelajaran.

No comments:

Post a Comment