Friday, March 12, 2010

Satu Tinjauan ‘Prevalence’ Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran pada Tahap 1 Sekolah Rendah Mengikut Persepsi Guru.

Satu Tinjauan ‘Prevalence’ Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran pada Tahap 1 Sekolah Rendah Mengikut Persepsi Guru.

Apakah matlamat kajian?
Matlamat kajian ialah;
Menganggarkan peratus kanak-kanak yang mengalami masalah dalam pembelajaran berdasarkan persepsi guru kelas di kalangan murid-murid berumur 7 hingga 9 tahun.
Menganggar peratus kanak-kanak berdasarkan jenis masalah yang dialaminya.
Mencari jawapan perkaitan masalah yang dialami kanak-kanak berdasarkan kawasan, jantina dan umur.
Menumpukan kepada konsep sebenar keperluan pendidikan khas mengikut rangka rujukan berdasarkan keadaan-keadaan yang bermasalah yang wujud di dalam kelas biasa.

Bagimana pengkaji mengukur konsep yang dikaji?
Konsep yang dikaji diukur dengan cara menganalisis data dari senarai semak dapatan berdasarkan latar belakang murid iaitu nama, tarikh lahir, jantina, bangsa dan lokasi sekolah sementara aspek-aspek perkembangan kanak-kanak ialah pembelajaran awal, kemahiran asas, penggunaan bahasa, pengurusan diri, kemahiran sosial dan ciri-ciri tingkahlaku.

Siapa sample dalam kajian?
Sampel dalam kajian ini ialah kanak-kanak berumur 7 hingga 9 tahun yang berada di tahap 1 sekolah rendah di tujuh zon di Malaysia iaitu Utara, Timur, Barat, Selatan, Sabah dan Sarawak dan Wilayah Persekutuan, iaitu Kedah, Kelantan, Johor, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.


Apakah rekabentuk kajian?
Rekabentuk kajian ialah analisis data Senarai Semak Perkembangan Kanak-kanak menggunakan kaedah tinjauan.

Adakah terdapat kekhuatiran dari segi etika dalam kajian tersebut?
Dari segi etika ianya tidak menyalahi dan dalam kajian tersebut pihak yang terlibat hanyalah mewakili bagi pihak satu populasi yang dicadangkan. Namun begitu berkemungkinan ada pihak yang kurang berpuas hati dengan hasil dapatan kerana ianya melibatkan banyak faktor sosio ekonomi serta permasalahan tingkah laku yang abstrak

Apakah keputusan kajian?
Keputusan kajian ialah;
Murid-murid tahap 1 menghadapi masalah dalam
- Pembelajaran Awal
- Penguasaan Kemahiran Asas
- Penggunaan Bahasa
- Pengurusan Diri
- Kemahiran Sosial
- Ciri-ciri Tingkahlaku.

Murid-murid luar bandar yang paling ramai menghadapi masalah yang dikaji.
Golongan murid-murid lelaki mengambil tempat tertinggi dalam masalah ini.
Peratusan murid tahun 1 dan 2 menghadapi masalah yang hampir sama berbanding murid tahun 3 yang mana penurunan peratusannya.

Apakah rumusan dan implikasi kajian?
Rumusan dan implikasi kajian ialah:
Murid-murid tahap 1 memerlukan pendidikan khas mengikut kesesuaian masalah yang mereka hadapi.
Murid-murid tahap 1 memerlukan satu bentuk pengubahsuaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran sesuai mengikut keperluan mereka.
Kebanyakan murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran juga mengalami masalah tingkahlaku.
Guru-guru perlu mengubahsuai konteks pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada pembentukan sikap, keyakinan, konsep kendiri, motivasi dan kepercayaan terhadap kebolehan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment