Sunday, March 28, 2010

Konsep Inklusif Pendidikan Bagi Pelajar Berkeperluan Khas

Konsep Inklusif Pendidikan Bagi Pelajar Berkeperluan Khas


Teori pemikiran sejagat menunjukkan bahawa trend pada 10 tahun dahulu golongan yang menghadapi pelbagai kategori ketidakupayaan telah menginstitusikan mereka dalam pendidikan. Maka apa yang dapat dilihat adalah terdapatnya jurang lebih besar diinstitusi pendidikan.jika dbandingkan dengan aliran golongan pelajar di aliran perdana. Walau bagaimanapun perlu diingat bahawa golongan istimewa tersebut adalah insan yang mempunyai hak yang sama seperti orang lain dalam memperolehi pendidikan. Pengintegrasian dalan sekolah dan proses inklusif berlaku secara langsung di mana sistem pendidikan inklusif memastikan semua kanak-kanak mempunyai hak yang sama rata untuk pendidikan berkualiti dalam masyarakat sekolah mereka tanpa mengira faktor jantina, ketidakupayaan, latar belakang, keadaan kesihatan dan lain-lain keadaan (Glossary on Terminologies,2009)Watterdal/Skjorten/Sletmo/Hauschiki/Tahir.

UNESCO telah menyatakan bahawa sekolah adalah institusi yang memberikan pendidikan kepada setiap insan. Semua pelajar yang tercicir daripada arus perdana juga perlu memperolehi hak berpendidikan. Ianya meliputi golongan asli dan juga pendatang. Pendidikan khas adalah ruang yang disedikan oleh pihak kerajaan untuk menempatkan golongan yang berkeperluan khas dan kepelbagaian keupayaan. Dalam merealisasikan kenyataan tersebut sokongan moral sangat perlu terutama daripada kalangan guru yang berfungsi secara langsung dengan sistem pendidikan di institusi pendidikan khasnya di negara ini.

Konsep pendidikan untuk semua telah bermula secara tidak formal, kemudian wujudnya konsep sekolah dan diikuti dengan memformalisasikan pendidikan secara rasmi di institusi pendidikan di negara ini. Ianya terbahagi kepada beberapa fasa. Pada fasa pertama pendidikan ini diberikan kepada sesiapa sahaja yang berminat namun ianya tidaklah menjadi suatu yang wajib. Pada fasa kedua pula konsep pendidikan ini mula berkembang di mana semua kanak-kanak dalam keperluan khas diberikan peluang dan ruang untuk belajar dengan mengikuti model yang terancang. Apabila akta pendidikan diwartakan pada tahun 2003 fasa ketiga mula memainkan peranan dan menjadi undang-undang dalam pendidikan di mana telah mula menjadi wajib bagi semua kanak-kanak tidak mengira bagaimana keupayaan mereka. Ianya terus menjadi agenda negara di mana pada fasa keempat pula semua kanak-kanak wajib bersekolah di sekolah rendah dan menengah termasuklah kepada golongan berkeperluan khas yang dahulunya peluang untuk mereka terhad. Namun sejauh mana ianya dilaksanakan adalah menjadi tanggungjawap warga yang telibat secara langsung dalam institusi pendidikan.

Namun pada masa kini juga terdapat institusi institusi lain yang menawarkan pembelajaran bagi golongan berkeperluan khas seperti Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Institusi tersebut banyak dibuka di setiap daerah setiap negeri bagi memudahkan peranan perkhidmatannya disebarkan dan dimanfaatkan oleh golongan berkeperluan khas.

Sebagai masyarakat yang prihatin terhadap pendidikan khasnya kepada golongan berkeperluan khas ini perlunya kita membentuk satu sistem sokongan yang lebih luas untuk golongan tersebut. Inya akan membantu membina kehidupan yang lebih ideal dan realistik di luar pagar institusi pendidikan bersama masyarakat yang juga mempunyai pelbagai ragam. Gabungan dua dunia realistik akan dirasai secara langsung oleh golongan berkeperluan khas.

Konsep pendidikan untuk semua telah dilaksanakan mengikut akta 1996 dan menjadi undang-undang di mana semua kanak-kanak boleh didik. Ini tidak mustahil ada kemungkinan semua kanak-kanak yang berkeperluan khas akan ada tempat di semua sekolah rendah dan sekolah menengah dengan satu tujuan iaitu memperloehi pendidikan secara formal. Tidak dinafikan setiap sekolah akan mengadakan peperiksaan yang bertujuan untuk menilai potensi akademik kepada palajar-pelajarnya. Inilah sistem di negara ini yang melihat keupayaan akademik bersaluran peperiksaan menjadi agenda utama dalam sistem pendidikan aliran perdana.

Bagaimana pula bentuk sistem pendidikan dan penilaian yang dilakukan terhadap golongan berkeperluan khas yang belajar bersama di institusi yang sama? Persoalan ini ada jawapan dan penyelesaiannya. Ianya melibatkan kurikulum dan penilaian yang pelbagai bentuk mengikut keupayaan setiap pelajar. Ianya juga bersifat berterusan dan spesifik meliputi bidang sosial, psikomotor serta kemahiran hidup. Bentuk penilaian juga adalah berbeza dimana ianya lebih bersifat alternatif berdasarkan kepada konsep dan falsafah pendidikan khas. Secara amnya dapat dijelaskan bahawa bentuk pembelajarannya adalah menjurus bagaimana golongan ini mampu hidup berdikari tanpa meminta belas ikhsan dengan tiket kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).Unit Pendidikan Khas di institusi pendidikan telah diberi amanah untuk merealisasikan konsep tersebut. Ianya adalah bertanggung jawab dalam memikir dan mencari atau mencipta alternatif yang bersesuaian dengan golongan berkeperluan khas di situasi persekitaran mereka. Ianya adalah lebih telus dan realiti serta adil untuk setiap individu yang ada di institusinya.

UNESCO telah menyatakan bahawa kanak-kanak mampunyai hak sama rata sama ada ianya upaya atau tidak upaya. Dalam melihat sekolah adalah satu institusi pendidikan formal, bagai program inklusif yang berlaku di institusi tersebut bolahlah dinyatakan bahawa sekolah mesra kanak-kanak dan bercirikan kepada keperihatinan kepada kanak-kanak. Ianya juga adalah satu proses yang bermula daripada kita sendiri berdasarkan persepsi kita sendiri. Bagaimana membina persepsi adalah berpaksikan pengetahuan yang mendalam dalam diri individu terhadap pendidikan khas.

Asas kepada inklusif adalah kanak-kanak dalam kelas yang sama di institusi yang sama dan mengalami proses pembelajaran yang sama. Berbanding asas integrasi adalah pendidikan khas di institusi yang sama dan mengalami proses pembelajaran yang berbeza. Faktor yang perlu diambil berat dalam menginklusifkan pelajar berkeperluan khas di dalam kelas aliran perdana adalah perlunya persediaan yang sepenuhnya dari segi mental pelajar tersebut. Persediaan guru kelas dan guru mata pelajaran yang akan menerima pelajar tersebut juga perlu diambil kira. Ini adalah bertujuan supaya pelajar berkeperluan khas yang terlibat boleh mengikuti kurikulum dan mampu berinteraksi secara langsung tanpa ada syarat."Inclusive education is a consept that allow students with special needs to be placed and received instruction in the mainstream classes and being taught by mainstream teachers" (Manisah, Ramlee & Zalizan, 2006).

Dalam proses inklusif ini persekitaran sekolah perlu diubahsuai untuk pelajar berkeperluan khas dan bukan pelajar diubahsuai untuk menghadapi situasi persekitaran sekolah tersebut. Pengubahsuaian ini perlu berlaku selaras dengan keperluan pelajar tersebut. Impak kepada ketidaksediaan atau ketidakfahaman akan wujud ketidaksuaian. Maka apa yang akan berlaku adalah bermulanya penyingkiran pelajar berkeperluan khas apabila mereka keluar sekolah. Sebab utama penyingkiran adalah tidak faham atau tidak tahu atau tidak pernah tahu keadaan sebenar individu berkeperluan khas yang wujud di dalam masyarakat.

Kurikulum yang disediakan adalah lebih kepada persediaan untuk golongan berkeperluan khas ini hidup dalam masyarakat umum. Kanak-kanak dilatih dan diasuh untuk menghadapi hidup sebenar dil luar lingkungan sekolah. Maka masyarakat diubahsuai supaya golongan berkeperluan khas ini mampu menyesuaikan diri. Dalam proses inklusif yang dilaksanakan sekolah diubahsuai dengan keperluan pelajar berkeperluan khas dengan menggunakan model sosial.

Dalam membina sokongan kepada pelajar berkeperluan khas yang mengikuti program inklusif, kesan ketidakupayaan akan dapat dilunturkan dengan sokongan jitu daripada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan program dalam institusi sekolah. Pengesanan ketidakupayaan perlu dilakukan dan didiagnosis seawal 4 tahun dan diinstitusikan di sekolah. Asas kepada sistem sokongan aadalah sekolah dan komuniti. Ini bermakna kanak-kanak sentiasa dalam pengawasan ibu bapa, guru, pentadbir dan masyarakat. Faktor sokongan inilah yang akan memberikan keyakinan kemahiran sosialdan kemahiran berbahasa dengan rakan-rakan tipikal. Ianya akan mengurangkan rendah diri golongan berkeperluan khas dan beransur-ansur meningkatkan keyakinan diri. Sokongan barasaskan sekolah juga melibatkan guru sumber, alat bantuan fizikal, guru bimbingan kaunseling, pusat sumber serta Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG).

Kesimpulannya dapat dinyatakan bahawa pelaksanaan adalah satu proses, amalannya adalah perlu diutamakan, ukuran pendidikan bagi golongan berkeperluan khas adalah di luar sekolah, penjanaan adalah di dalam sekolah. Maka hala tuju sebenar untuk golongan berkeperluan khas ini adalah untuk menyediakan diri menyambung hidup di dunia luar sekolah yang memperlihatkan kecacabarbaan masyarakat atau komuniti. Mahu tidak mahu perjalanan hidup sentiasa memerlukan persediaan yang cukup untuk mengharunginya.

No comments:

Post a Comment