Friday, March 12, 2010

Profil Pemprosesan Kognitif Pelajar Pintar Cerdas Akademik di Sekolah Menengah

Profil Pemprosesan Kognitif Pelajar Pintar Cerdas Akademik di Sekolah Menengah

Apakah matlamat kajian?
Matlamat kajian ialah mengkaji proses pemprosesan kognitif Pelajar Pintar Cerdas dan menentukan perancangan yang bersesuian bagi menonjolkan bakat dan mencapai potensi sebenar mereka.

Bagimana pengkaji mengukur konsep yang dikaji?
Konsep yang dikaji diukur dengan cara penaakulan induktif iaitu mefokuskan kepada data permulaan. Kemudian menganalisis data memperolehi corak-corak tertentu dan seterusnya membuat hipotisis tentatif untuk dijadikan teori.

Siapa sample dalam kajian?
Sampel dalam kajian ini ialah 33 orang Pelajar Pintar Cerdas Akademik yang mendapat pemcapaian A dalam peperiksaan PMR di sebuah sekolah berasrama penuh di Selangor.

Apakah rekabentuk kajian?
Rekabentuk kajian ialah menggunakan kaedah persampelan dengan instrumen persampelan purposif bagi mengukur proses kognitif iaitu PASS ( Palanning, Attention, Stmultaneous dan Successive) bermaksud Proses Perancangan, Proses Perhatian, Proses Serentak dan Proses Berturutan)

Adakah terdapat kekuatiran dari segi etika dalam kajian tersebut?
Dalam kajian tersebut tidak terdapat kekhuatiran dari segi etika kerana semua sampel yang digunakan adalah atas persetujuan serta telah sedia maklum akan tujuan dan matlamat kajian. Semua maklumat biodata sampel adalah menjadi rahsia bagi pihak pengkaji. Ianya adalah juga hanya untuk menguji prototaip yang dihasilkan untuk mendapatkan hasil kajian.

Apakah keputusan kajian?
Pelajar Pintar Cerdas yang mendapat skor tinggi dalam skala Perhatian juga tinggi dalam skor Berturutan.
Sebaliknya mendapat skor rendah dalam skala Perancangan dan Serentak
Terdapat Pelajar Pintar Cerdas yang kurang pencapaian dalamn skala Serentak dan skala Perancangan.
Pencapaian yang tinggi dalam proses kognitif Perhatian dan Berturutan.
Dalam proses kognitif skor yang tinggi dalam skala Perancangan dan skala Serentak.
Dalam proses kognitif ini juga pencapaian rendah dalam skor skala Perhataian dan Berturutan.
Terdapat dua jenis Pelajar Pintar Cerdas.
- Pelajar yang baik dalam skala Serentak (penaakulan) juga bijak dalam membina strategi.
- Pelajar yang kurang keupayaan menaakul dan menggunakan proses kognitif Perhatian dan Serentak.

Apakah rumusan dan implikasi kajian?
Pendidikan di sekolah perlulah menitikberatkan kepada potensi kanak-kanak.
Pendidikan juga tidaklah hanya mementingkan sukatan pelajaran sehingga kepentingan serta keperluan unik pelajar terabai.
Ibu bapa pelajar juga perlu diberi kesedaran tentang potensi sebenar dan keperluan sebenar anak-anak.
Ibu bapa juga orang penting dalam memberikan sokongan dan bimbingan kepada anak-anak dalam bidang-bidang yang menunjukkan bakat mereka.
Perlu ada kolaborasi antara pihak guru dan ibu bapa dalam memberi bimbingan untuk mencapai potensi sebenar pelajar.
Guru juga perlu lebih berilmu, berkemahiran dan mempunyai kesedaran dalam mengadaptasikan perancangan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pemprosesan kognitif pelajar.
Guru perlulah bertindak sebagai pemudah cara dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar perlu disedarkan dengan konsep pembelajaran mengaitkan secara semulajadi di mana pelajar digalakkan secara lisan idea atau kaedah bagaimana suatu masalah itu diselesaikan.
- Mencari idea-atau jawapan berkaitan perjalanan dunia ini.
- Berfikir mengikut disiplin tertentu.
- Menggabungjalin pelbagai pemikiran dan pelbagai ilmu.
- Penghasilan ilmu peribadi.
Latihan dalam perkhidmatan perlu bagi guru untuk sentiasa memperolehi maklumat dan idea baru justeru merangsang teknik serta kaedah yang lebih baik dalam memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran.

No comments:

Post a Comment