Friday, March 12, 2010

Kecacatan Komunikasi Berkaitan dengan Pendidikan, Bahasa dan Kebahasaan Orang Pekak

Kecacatan Komunikasi Berkaitan dengan Pendidikan, Bahasa dan Kebahasaan Orang Pekak

Kumpulan yang dikaitkan dengan ketidakmam­puan seorang berkomunikasi dengan menggunakan bentuk bahasa sebagaimana yang ditu­turkan oleh masyarakat adalah dikatatan sebagai orang pekak, gagap, sumbing, penghidap afasia dan seumpamanya. Kelompok jenis kecacatan komu­nikasi adalah kepada kecacatan artiku­lasi, kecacatan suara, kecacatan kelancaran, dan kecacatan berbahasa.

Penulisan ini cuba untuk mema­parkan beberapa kajian tempatan berkaitan dengan pendidikan bahasa dan kebahasaan terhadap orang pekak. Orang pekak dikelompokkan dalam kumpulan kecacatan berbahasa. Ini diharapkan mampu untuk membantu pengkaji-pengkaji bagi melihat per­kembangan dan pembangunan yang telah diusahakan sebelumnya. Seterusnya di­harap ia dapat membantu golongan ini dalam meningkatkan semua aspek kemahiran berbahasa, akademik dan kualiti hidup.

Kebahasaan orang pekak di Ma­laysia kurang mendapat tempat berbanding dengan kajian terhadap bahasa yang digunakan oleh golongan berpendengaran. Untuk mendapat gambaran ber­kaitan orang-orang pekak dan bahasanya dalam masyarakat, perlu diteliti catatan awal yang berkaitan dengannya.

Salah satu sumber ialah dengan melihat penulisan masyarakat tradisi Melayu. Catatan awal berkaitan dengan orang pekak hanya dapat dibaca peranannya melalui naskhah-naskhah teks sastera Me­layu lama dalam bentuk bahasa per­bandingan dan simpulan bahasa.

Antara simpulan bahasa yang popular ialah; "pekak badak", "berat telinga", "berat mulut" dan seumpamanya (Abdullah Hussain, Kamus Istimewa Peribahasa Melayu 1993). Manakala bahasa perban­dingan yang sering terdapat dalam teks kesusasteraan Melayu lama seperti yang berikut: "yang pekak pelepas bedil, yang buta penghembus lesung, yang bisu penggetah ayam, yang lumpuh penghuni rumah." (Kamus Dewan, 1986: 853).

Antara teks yang memuat­kannya seperti Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Hikayat Malim Dewa. Perban­dingan tersebut memberi gam­baran bahawa setiap individu memainkan peranan mengikut kadar masing-masing dalam satu­-satu masyarakat. Dari segi mela­kukan tugas masyarakat, orang­-orang yang cacat tidak kurang pentingnya dan tidak pula disisihkan.

Penggunaan bahasa oIeh orang pekak boleh dikatakan tidak ada dan aspek bentuk komunikasi yang digunakan oleh orang pekak, dapati isvaratlah yang dominon kerana bahasa isyarat merupakan bentuk bahasa sejati dengan kelebihan manusia.

Sebelum seorang, sama ada pekak atau berpendengaran meng­gunakan bahasa lisan, bavi ter­lebih dahulu menggunakan ba­hasa gerak badan (isvarat bagi komunikasi mudah. Kajian ahli psikolinguistik mendapati bahasa isvarat adalah bentuk komunikasi pertama yang digunakan berbanding dengan bahasa lisan oleh seseorang kanak-kanak, Di samping itu gerak bibir sebagai bahasa pertuturan juga digunakan oleh orang Pe­kak.

Kebo­lehan berkomunikasi dengan gerak bibir sebagai bahasa pertuturan banvak bergantung kepada kemampuan orang pekak mendengar walaupan pendengaran mereka tidak seperti kebolehan orang berpen­dengaran mendengar. Daripada data-data kajian memperlihatkan bahawa kemahiran menggunakan kedua-dua kornunikasi tersebut ,sukar dikuasai.

Di Malaysia, kajian ilmiah tentang bahasa pelajar pekak masih di peringkat permulaan. Kebanvakan usaha yang dapat dirujuk ialah kertas-kertas semi­nar dan artikel-artikel tentang masalah bahasa pelajar pekak.

Kekurangan pembabitan penulis dalam hal ini adalah disebabkan kesukaran rnenghayati bahasa isyarat. Alam budaya orang pekak vang berteraskan pada bahasa isvarat menjadi penghalang untuk ahli bahasa menjalankan pe­nvelidikan. Pun begitu kita berharap akan ada ahli bahasa tempatan yang berminat untuk membuat kajian selanjutnva ke­rana mereka memiliki kepakar­an dari segi membuat penye­lidikan emperikal dan bermutu.

Usaha-usaha ke arah ini sangat bermanfaat untuk menyalurkan hak pendidikan kepada golongan ini. Kini usaha telah dilakukan di mana penggubalan buku kod tangan yang standard dihasilkan dan digunakan di seluruh negara. Ianya diguna pakai di Malaysia dan digubal sedemikian rupa bagai kegunaan di sekilah rendah dan menengah. Ianya dapat membantu golongan pekak ini dalam memahami apa juga maklumat yang ada di sekitarnya dan sama-sama berkongsi pengalaman seperi orang berpendengaran biasa.

Pendidikan bagi kanak-kanak pekak di negara ini bermula dengan cara tidak formal mengikut budaya masyarakat. Bagi masyarakat Melayu yang memiliki anak pe­kak, mereka menghantar anak mereka mengaji al-Quran kepada guru-guru agama sama seperti anak-anak yang lain. Pengajaran pula adalah berdasarkan kepada kemampuan dan kebolehan anak pekak tersebut. Pengalaman pe­nulis semasa mengaji al-Quran yang salah seorang rakan adalah pekak menyaksikan bahawa murid pekak tersebut diajar oleh guru sebagaimana yang diajar kepada murid berpendengaran. Manakala murid pekak tadi membunvi bunvi suara yang termampu sambil menggerakkan bibirnya. Bunyi­-bunyi bacaan al-Quran tidak jelas dan tidak difahami oleh sesiapa pun. Usaha tersebut adalah yang terbaik pada ketika itu.

Usaha pendidikan secara sistematik dan formal pramerdeka telah dilakukan oleh beberapa orang cendekiawan Golongan mereka ini telah menubuhkan sebuah seko­Iah khas untuk kanak-kanak pekak di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Federation mg of Malava School for the Deaf" pada tahun 1954. Telah diusahakan oleh badan­-badan sukarela dan persendirian.Ia menyediakan tempat untuk pelajar­ 10 pelajar pekak. Bilangan pelajarnya semakin bertambah terutamanya apabila kerajaan telah mengambilalih corak pen­didikan yang harus diberikan kepada golongan tersebut.

Sehingga kini, terdapat 67 buah sekolah yang menyediakan tempat bagi pelajar pekak mengikuti persekolahan. Sekolah-sekolah menengah dan rendah ada yang berbentuk khas iaitu semua pelajar adalah pelajar pekak, berbentuk percantuman iaitu pelajar pekak belajar di sekolah biasa. Ianya berbentuk inklusif. Ianya selaras dengan perkembangan dqri pem­bangunan dalam pendidikan untuk golongan ini dalam dan luar negara.

Hampir 43 tahun pen­didikan secara formal untuk kanak-kanak pekak dilaksana­kan di negara ini tetapi penge­tahuan masvarakat tentangnya tidak tersebar luas. BiIangan mereka yang terbabit dalam pen­didikan ini terlalu kecil dan sentiasa tidak mencukupi. Lazimnya, ibu bapa yang mem­punyai anak yang pekak, dan para guru yang sentiasa berkurangan yang terbabit dalarn pendidikan ini.

Bahasa kanak pekak akan hilang se­dangkan kanak-kanak normal meneruskan proses pemerolehan bahasa pada peringkat berikutnva. Ini berlaku adalah akibat kecacatan pen­dengaran yang dialami oleh kanak-­kanak pekak yang tidak mem­bolehkan mereka mengadap­tasikan dan meniru bunvi bahasa daripada persekitaran. Semasa kanak-kanak normal memperoleh bahasa verbal, kanak-kanak pekak masih berada di tahap ber­komunikasi dengan membentuk gerak badan sahaja.

Teori Pembelajaran Sosial berkaitan pemerolehan bahasa menvatakan bahawa kanak-kanak yang pekak teruk tidak dapat mendengar bunvi suara, tidak mengalami pemerolehan dan perkembangan bahasa verbal. Tetapi kerana desakan keperluan bahasa sebagai alat komunikasi, kanak-­kanak pekak akan mencari alternatif lain untuk berkomu­nikasi. Salah satu cara yang diperoleh adalah dengan meniru gerak bibir manusia normal yang ada di persekitaran mereka. Pro­ses ini sangat sukar dan memakan masa yang lama tetapi bukan sesuana vang mustahil. Selain kebolehan berkomunikasi oleh kanak-kanak pekak seperti isya­rat, pertuturan dan bacaan bibir adalah akibat daripada proses meniru model oleh kanak­kanak pekak terhadap alam sekitar.

Teori-teori pemerolehan bahasa menyatakan bahawa setiap aliran teori tersebut mempunyai hujah dan pentafsiran tersendiri yang dapat menyokong dan menguatkan gagasan masing­-masing. Ketidakmampuan pe­merolehan bahasa verbal di kalangan kanak-kanak pekak dijadikan hujah dan bukti oleh aliran behaviorisme bahawa bahasa lisan diperolehi manusia dengan dipelajari bukanny dinuranikan. Jika dinuranikan, masakan kanak-kanak pekak yang tidak berkemampuan mendengar bahasa tidak mampa mengluarkan bahasa verbal. Ini membuktikan bahawa pe­merolehan dan perkembangan bahasa verbal sangat berkait rapat dengan kemampuan mendengar. Walau hagaimanapun, bahasa isyarat yang dimiliki dan di­gunakan oleb orang pekak me­miliki ciri-ciri yang sama dengan bahasa lisan. Bahasa isvarat ada sistem pembentukan, sistem avat dan seumpamanva dijadikan hujan oleh aliran kognitif bahawa bahasa dinuranikan, bahasa yang digunakan oleh orang pekak bukan merupakan kebolehan dan ­pada proses pembelajaran. Aspek pem­bentukan konsep dan persepsi di kalangan bayi pekak dengan yang normal. pada per­mulaannya adalah hampir sama.

Usaha yang berterusan dalam pendidikan perlu dilakukan dalam membantu dan membela bagi keperluan golongan ini. Setakat ini belum ada satu pendekatan yang dianggap mantap yang boleh digunakan bagi meningkatkan pencapaian akadernik. Kaedah cuba jaya masih dilakukan dalam memastikan pelajar-pelajar pekak dapat bersama memperolehi kejayaan seperti pelajar-pelajar biasa.

Pendekatan dalam pengajaran bahasa kepada kanak-kanak pekak melihat kepada ciri-ciri tertentu iaitu seperti bagaimana sikap orang pekak itu sendiri terhadap kepentingan penggunaannya yang ada tujuan dan matlamat tersendiridalam berkomunikasi dengan masyarakat sekitar.

Berteraskan keadaan semasa pendidikan untuk orang pekak di Malaysia, pendekatan isyarat ada­lah paling sesuai digunakan seba­gai medium penyampai ilmu atau bahasa persekolahan.

Walaupun pendekatan penga­jaran bahasa silih berganti, pen­capaian akademik pelajar-pelajar pekak masih berada di tahap rendah. Selain itu, tidak ada peni­lajan dilakukan oleh mana-mana pihak tentang keberkesanan setiap pendekatan tersebut. Walau bagaimanapun, dengan penstrukturan baru Kementerian Pendidikan yang meletakkan pen­didikan khas di bawah satu jabat­an yang diketuai oleh pegawai tinggi kementerian berpangkat Timbalan Ketua Pengarah, diha­rapkan satu perubahan besar da­pat dilakukan bagi membantu go­longan ini mendapat pendidikan terbaik sesuai dengan kebolehan dan potensi yang ada pada golongan ini.

Pencapaian Bahasa

Kajian-kajian mengenai penca­paian kemahiran bahasa dila­kukan telah meneliti aspek kefahaman pelajar pekak, didapati pelajar pekak mudah memahami perkataan dan ayat yang berbentuk suruhan, tegahan berbanding dengan percakapan pendek, bercerita, pantun dan lakonan. Didapati juga kanak­kanak ini lebih cepat memahami dan menguasai bahasa isvarat berbanding dengan pembacaan bibir. Ayat-ayat yang digunakan oleh pelajar tersebut jaga berbeza dengan struktur ayat yang di­gunakan oleh orang normal, ter­dapat tansur-unsur seperti peng­guguran imbuhan.

Dalarn kajian tersebut, Sulaiman tidak menjelaskan Ciri-Ciri seperti pemilihan sampel, kaedab kajian dan sebagainya yang menve­babkan kajiannva tidak lengkap. Tidak ada kajian selanjutnya dilakukan oleh pengkaji lain untuk melihat penemuan-pene­muan selanjutnya berkaitan de­ngan hal-hal yang ditemui be­liau.

Dalam kajian berkaitan mendapati bahawa bahawa lebih daripada 95 peratus sampel dapat menguasai perbendaharaan kata yang diuji. Pelajar perempuan lebih tinggi penguasaannya. Daripada aspek semantik mendapati bahawanpenulisan pelajar berkenaan banyak dipengaruhi oleh gejala-gejala kepekakan yang menyukarkan kefahaman penggunaan bahasa. Juga terdapat penambahan perkataan tidak bermakna dan pengguguran imbuhan. Semuanva menggambarkan kesukaran pelajar pekak dalam menyatakan sesuatu idea melalui perkataan dengan medium tulisan.

Dalam kajian yang lain mereka tidak dapat menyampaikan idea melalui penulisan dengan baik di mana ayat-ayat vang digunakan banyak yang salab dari segi strukturnya. Daripada 1dan 2 ayat yang dihasilkan 65.6 peratus daripadanva adalah salah. Kajian tersebut memperlihatkan bahawa pelajar pekak dapat menggunakan pelbagai jenis ayat bahasa Melayu dalam penulisan. Mereka dapat menyampaikan idea berdasarkan tajuk yang diajar.

Pada keseluruhannya orang pekak menggunakan bahasa isyarat tersebut berbeza antara seorang penutur dengan penutur yang lain. Gejala ini berlaku adalah disebabkan oleh pengaruh sempadan bangsa dan latar budaya yang berlainan. Orang pekak yang tinggal di tempat yang bahasanya berlainan tidak mampu memahami bahasa isyarat antara satu sama lain kerana bahasa isyarat yang digunakan tidak sama dengan bahasa mengikut budaya dan bangsa lain. Ianya serupa dengan bahasa yang digunakan oleh orang berpendengaran biasa bila bertemu dengan bahasa orang yang berlainan bahasa.

Kajian-kajian tempatan mem­perliharkan bahawa bahasa yang digunakan oleh orang pekak bukan sahaja berlainan kerana mereka menggunakan bahasa isvarat tetapi penulisannya juga berbeza dengan bahasa Melayu. Ini mnvebabkan terdapat kesukaran berkomunikasi bukan sahaja antara orang pekak dengan orang normal tetapi di kalangan orang pekak itu sendiri. Daripada aspek pemerolehan bahasa orang pekak jauh tertinggal dan masih lemah dalam pendidikan berbanding dengan orang berpendengaran biasa.
Bibliografi
Abdullah Yusoff. (1993a) Kesalahan Struktur Ayat Di Kalangan Pelajar Pekak Jurnal Dewan Bahasa, 37:3, 220-228.

Abdullah Yusoff (1993b) Struktur Ayat BM: Satu Kajian Kes Terhadap Pelajar Pekak. Jurnal Dewan Bahasa. 37:3, 516-524

Abdullah Yusoff (1995) Mengajarkan Bahasa Kepada Pelajar-pelajar Pekak. Jurnal Dewan Bahasa. 39:6, 543-553.

Abdullah Yusoff (1995b) Sukarnya Menulis Sebuah Karangan. Pelita Bhasa. Jun, halaman 20-21.

Abdullah Yusoff. (1996) Pemaparan Idea Dalam Karangan: Kajian Kes Terhadap Karangan Pelajar Pekak . Jurnal Dewan Bahasa, 40: 4, 321-336.

Abdullah Yusoff. (1997) Pembentukan Bahasa Isyarat Di Kalangan Pelajar Pekak. Kuala Lumpur: Fakulti Bahasa Moden: Universiti Malaya. (Dissertasi M.A)

Abdullah Yusoff (2002a) Perbualan Abdullah dengan Teh Kean Hoe dan Amir & Ibu Amir berkaitan dengan “Penguasaan BM” dalam “Sambutan Hari Orang Pekak Pulau Pinang”. Secara bebas.

Abdullah Yusoff (2002b) Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar Pekak. Dewan Bahas. Jun halaman 36-41.

Abdullah Yusoff (2004) Kepentingan Ejaan Jari Dalam Komunikasi Orang Pekak. Dewan Bahasa. Januari.

Abdullah Yusoff (2004a) Perbualan Abdullah dengan Prsiden Persekutuan Orang Pekak Malaysia Mohamad Sazali Shaari berkaitan dengan “Penguasaan BM” dalam “Persidangan Keluarga Pekak Bahagia di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur 13 Ogos 2004”. Secara bebas.

Abdullah Yusoff (dlm persiapan) Deaf Children And Their Writing. Birmingham: University of Birmingham (PhD Thesis Submitted To The University OF Birmingham, England).

Abdullah Yusoff & Che Rabiaah Mohamed (2002) Proses Pendengaran dan Implikasi Kecacatannya Terhadap Berbahasa. Dewan Bahasa, Ogos halaman 54-59.

ABS Research Group (1995) A Dictanary of Pakistan Sign Language. Karachi: Anjuman Behbood.

Adams, J. (1997) (2nd edt.) You and Your Child. Washington: Clerc Books Gallaudet University Press.

Berita Minggu 10 Oktober 2004.

British Deaf Association (1992) Dictionary of British Sign Language/English. London: Faber & Faber.

Chua, T. (1970) Special Education in Malaysia, Jurnal Kementerian Pelajaran Malaysia. 15:37, 95-98.

Chua, T. (1976) Communication for Hearing-handicapped People in Malaysia, in Oyer, Herbert (edt). Communication for the Hearing Handicapped: An International Perspective, 471-493.

Chua, T. (1977) Strength & Weakness in the Education Programme for the Deaf in Malaysia, in Proceeding of the First National Symposium on Deafness 1977. Kuala Lumpur.

Chua, T. (1991) Methods of Teaching Deaf Children in Singapore and Malaysia. Singapore: Institute of Education, Singapore.

Conrad, R. (1979) The deaf School Child. London: Harper Row.

Deawan Bahasa dan Pustaka (1983) Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Goh, & Teh, (1990) Analisis Semantik Terhadap Karangan Oleh Pelajar Pekak. Jurnal Dewan Bahasa. 34:11, 873-879.

Goh, & Teh, (1993) Bahasa Tulisan Pelajar Pekak: Analisis Struktur Sintaksis Ayat Berdasarkan Teori Tatabahasa Transformasi Genaratif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Hassan Ahmad (1999) Dasar Bahasa dan Pembangunan Negara Malaysia, Jurnal Dewan Bahasa. 43:9, 783-797.

Harris, T., & Hodges, R. (1995) The Literacy Dictionary: The Vocabluary Of Reading & Writing. Delaware: International Reading Association.

Izani, D. (1995) Perbandingan Penulisan Karangan Antara Pelajar Pekak Dengan Pelajar Normal: Satu Kajian Kes . Jurnal Dewan Bahasa. 39: 11, 980-989

Kementerian Pendidikan Malaysia (1985) Komunikasi Seluruh Bahasa Malaysia Kod Tangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Magantar Simanjuntak (1987) Pengantar Psikolinguistik Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mcintire, M. (Ed) (1994) The Acquisition Of American Sign Language By Deaf Children. Burtonsville: Linstok Press.

Nik Safiah, K. (1978) Bahasa Malaysia Syntax: Some Aspects Of Its Standardization. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kreshan & Terrell (1983). The Natural Approach Language Acquisition In The Classrom. Oxford: Pergamon Press.

Kretschmer, R. & Kretschmer, L. (1978) Language Development And Intervention With The Hearing Impaired. Baltimore: University Park Press.

Kyle, J. & Woll, B. (1985). Language In Sign: An International Perspective On Sign Language. London: Croom Helm.

Marschark, H., (1997) Raising And Educating A Deaf Child. Oxford: Oxford University Press.

Maher, J. (1996) Seeing Language In Sign. Washington: Gallaudet University Press.

Mohd Hashim Omar (1985) Meeting special education need of the hearing impaired in Malaysia: Its challenges in the Eighties, Paper presented at the International Congress on Education of the Deaf, University of Manchester, England.

Nik Safiah Karim (1993) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Paul, P. (1998) Literacy And Deafness: The Development Of Reading, Writing And Literate Thought. Boston: Allyn & Bacon.

Paul, P. & Quigley, S (1994) Language And Deafness. San Diego: Singular Publishing Group.

Persekutuan Orang Pekak Malaysia (2000) Bahasa Isyarat Malaysia. Kuala Lumpur: Persekutuan Orang Pekak Malaysia.

Selena Yahya (1989) A Radical Reappraisal Needed to Guide Future Direction. Dalam “Proceeding of 2nd Asian Pecific Conference 0n Deafness Jakarta, Indonesia, July 31 August, 1989, 72-80.

Shukdev Singh (1982) The Training of Teachers of the Deaf in Malaysia. Dalam “Procceeding of International Congress on Education of the Deaf, Hamburg 1980. Vol. 1, 796-816.

Sutton-Spence, R. & Woll, B. (1999) The Linguistics of British Sign Language: An Introduction. Cambridge: Cambridge Universiti Press.

Teng, S., (1986) Beberapa Aspek Akademik dan Psiko-Sosial Murid Cacat Pendengaran di Sekolah Percantuman di Negeri Johor (A Study of Some Aspect of Academic and Psycho-Sosiol of Hearing Impaired Students in Johor). Kuala Lumpur: University Malaya. (Unpublished M.A Thesis).

Raman, N. (1993) Kesalahan Bahasa dalam Karangan Bahasa Melayu Murid Sekolah Rendah Jenis Kkebangsaan Tamil. Jurnal Dewan Bahasa. 37: 5, 457-466.

Watson, L. (1996) Spotlight on Special Education Needs: Hearing Impairment. England: NASEN Enterprise Ltd.

Watson et al (1999) Deaf and Hearing Impaired Pupils in Mainstream School. London: David Fulton Publisher.

Woo, C., (1989) Pencapaian dan Kesalahan dalam Penggunaan Imbuhan Bahasa Melaysia di Kalangan Pelajar Cina Tingkatan Satu. Kuala Lumpur: University Malaya. (Tidak diterbitkan).

Volterra & Erting (1994) From Gesture To Language In Hearing And Deaf Children. Washngton: Gullaudet University Press.

Zeshan, U. (2000) Sign Language In Indo-Pakistan: A Description Of A Signed Language. Amstradam: John Benjamins Company

No comments:

Post a Comment