PEMBANGUNAN KERJAYA PROFESYEN KERJA SOSIAL: PELUANG DAN CABARAN
Kerja Sosial
Pembangunan sosial merupakan satu pendekatan utama dalam membincangkan kebajikan sosial. Memang tidak dapat dinafikan, kebajikan sosial tidak boleh dipisahkan dari perspektif pembangunan sosial. Fokus pembangunan sosial bukan sahaja memberi barangan, perkhidmatan atau pemulihan, tetapi ditujukan kepada masyarakat yang lebih luas dengan matlamat untuk membaiki dan meningkatkan kualiti hidup manusia, dan dipandang juga sebagai satu pendekatan untuk mempromosikan kebajikan manusia (Midgley, 1994; Macarov, 1995; dan Boer & Koekkoek, 1992). Pendekatan pembangunan sosial berfungsi untuk membentuk kerjasama antara kerajaan dengan organisasi bukan kerajaan mengenai etika sosial yang berkaitan dengan tanggungjawab sosial, politik, ekonomi untuk mengurangkan atau membasmi kemiskinan (Midgley, 1995).
Kerja sosial adalah memupuk perubahan sosial, menyelesaikan pelbagai masalah perhubungan antara manusia serta membebaskan manusia ke arah kesejahteraan hidup. Prinsip asas kerja sosial adalah prinsip kemanusiaan dan keadilan. Kerja sosial adalah berkaitan rapat dengan perkembangan potensi manusia. Kerja sosial adalah sesuatu yang amat diperlukan dalam keadaan dunia yang sedang mengalami perubahan sosio-ekonomi dan politik yang pesat dalam bentuk globalisasi dan ledakan teknologi maklumat.
Profesion ini masih baru tetapi perkara-perkara yang perlu diselesaikan adalah sebaya dengan sejarah manusia itu sendiri. Ini dapat dilihat contohnyanya kemiskinan, pelacuran dan juga tingkahlaku devian individu dalam masyarakat. Bermulanya sejarah kerja sosial dapat dikaitkan dengan pembentukan Charity Organisation di England dalam tahun 1860an yang bertujuan menyelesaikan masalah kemiskinan yang ketara dalam masyarakat Victoria Inggeris walaupun ketika itu berada dalam kemewahan.
Hasil daripada pendekatan dan pemikiran tersebut, di Amerika dan England ramai di kalangan para pekerja amal di pelbagai Charity Organisation menganggap kerja mereka sebagai satu kerjaya sebagaimana mereka melihat pengamal undnag-undang, perubatan dan juga agama thelogy.
Status Kerja Sosial Semasa
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan adalah agensi terbesar kerja sosial yang menggunakan tidak kurang daripada 3,000 orang pekerja ketika ini di Malaysia. Hanya satu pertiga daripada tenaga kerja tersebut terlibat secara langsung dengan kerja-kerja kes sosial. Sebahagian lainnya adalah pekerja sokongan dan bukan bertaraf taknikal dan professional. Terdapat hampir 200 buah badan-badan sukarela kebajikan yang menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan berperanan memberi perlindungan dan jagaan kepada mereka yang memerlukan khususnya anak-anak yatim, golongan kurang upaya, warga tua, kanak-kanak miskin dan bermasalah, wanita yang memerlukan perlindungan, dan khidmat bantuan ketika berlakunya sesuatu bencana alam. Teori kerja sosial ini memberikan satu konteks asas dan pendekatan-pendekatan intervensi (Bisman, 1994). Antara teori dan pendekatan yang dikembangkan dalam bidang kerja sosial ialah hubungan, penilaian, komunikasi, pemerhatian, dan intervensi (Bisman, 1994; Johnson, 1995).
Terdapat di kalangan sektor swasta dan pusat-pusat pengajian tinggi awam yang memberikan ruang amalan kerja sosial untuk dijalankan dan sebahagian besarnya dari segi input pendidikan dan latihan. Di peringkat antarabangsa kerja sosial adalah setaraf dengan lain-lain kerjaya dan kegiatan mereka bukan lagi dilihat dari perspektif perkembangan kerja sosial tempatan. Di peringkat antarabangsa kerja sosial adalah setaraf dengan lain-lain kerjaya dan kegiatan mereka dilihat sebagai sebahagian daripada institusi dan pembangunan sosio-ekonomi itu sendiri. Ianya adalah lebih dinamik dan tinggi kredibilitinya dalam pelbagai perkhidmatan yang diberikan.
Di Jepun usaha menangani cabaran alaf baru disebabkan faktor penuaan penduduknya suatu reformasi kebajikan masyarakat telah dilakukan di mana perkhidmatan kebajikan masyarakat diubah daripada konsep "medical model" yang memberi fokus kepada perlindungan hak memilih dan kaedah membantu pengguna dalam usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka. Perkhidmatan kebajikan masyarakat yang diamalkan tersebut, merupakan tanggungjawab setiap individu yang lain dalam masyarakat dan merupakan matlamat pengurusan kebajikan masyarakatnya.
Tujuh elemen dalam reformasi tersebut, iaitu:
1. Mewujudkan perhubungan yang setaraf di antara pengguna dan penyelia
perkhidmatan.
2. Membentuk sistem sokongan yang sepadu dalam komuniti bagi memenuhi
pelbagai keperluan individu.
3. Memperkenalkan berbagai penyelia perkhidmatan (service providers) bagi
memenuhi kepelbagaian keperluan.
4. Meningkatkan kualiti dan keberkesanan perkhidmatan bagi mendapatkan
kepercayaan pengguna.
5. Ketelusan pengurusan perkhidmatan kebajikan melalui perkongsian
maklumat.
6. Tanggungan bersama dan adil dalam peningkatan kos.
7. Membentuk budaya kebajikan dengan penglibatan komuniti.
Bagi merealisasikan reformasi tersebut lapan undang-undang yang melibatkan kerja sosial telah diubah iaitu:
1. Social Welfare Service Law.
2. The Daily Life Security Law.
3. The Child Welfare Law.
4. The Law for the Welfare of the Physically Handicapped.
5. The Law for the Welfare of Mentally Handicapped.
6. Minsei-inn (community volunteer) Law.
7. The Law Concerning Retirement Payment To Workers In Private Social
Welfare Institutions.
8. The Public Pawnshop Law.
Dasar Pembangunan Negara Semasa
Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) menumpukan kepada peningkatan keutuhan dan daya saing negara. Dalam tempoh 2001-2010, usaha akan dilaksanakan untuk mempertingkatkan kualiti pembangunan dan menjana pertumbuhan tinggi yang mampan supaya rakyat menikmati kemakmuran. Perpaduan negara akan terus menjadi tonggak pembangunan dan kepelbagaian masyarakat Malaysia dari segi kumpulan etnik, bahasa, budaya dan agama akan diambilkira dalam memupuk sebuah masyarakat yang lebih harmoni, bertolak ansur dan dinamik.
Kualiti kehidupan rakyat dipentingkan, maka ianya digubal berasaskan Dasar Wawasan Negara (DWN) yang menekankan kepada perpaduan negara, membina bangsa Malaysia yang progresif, dan makmur serta hidup dalam harmoni bersatu padu dan saksama. Pertumbuhan ekonomi akan terus digalak dengan usaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Ketidakseimbangan sosial, ekonomi dan wilayah akan dikurangkan
Ianya juga mengalurkan teras pembangunan bagi meningkatkan capaian dan mutu perkhidmatan sosial bagi memenuhi mutu hidup dan memenuhi harapan penduduk serta meningkatkan penggunaan teknologi produktiviti. Masyarakat Malaysia akan juga dibangunkan atas konsep ekonomi berasaskan pengetahuan. (K-economi dan juga K-society). Pekerja sosial semasa di negara ini perlu meningkatkan kepelbagaian kebolehan mereka bagi menyahut tuntutan pembangunan semasa baik di negara ini mahupun di peringkat antarabangsa.
Peluang dan Cabaran
Banyak peluang dalam memajukan kerjaya kerja sosial di negara ini. Komitmen negara terhadap pembangunan anggota masyarakatnya melalui pelbagai dasar perlu dilihat sebagai aset bagi memantapkan lagi kerjaya kerja sosial.
Undang-undang kebajikan masyarakat diwujudkan dengan gabungan beberapa akta yang berkaitan kerja sosial. Amalan kerja sosial tempatan pada masa ini perlu dikaji semula sesuai dengan penggubalan dasar sosial negara yang bakal dilaksanakan kerajaan sedikit masa lagi. Kaedah yang memberikan fokus kepada perkhidmatan kebajikan dan sosial yang berkualiti dan kerjaya dengan memberikan hak memilih dan perlindungan kepada pengguna perkhidmatan yang diberi.
Pelbagai tuntutan antarabangsa yang melibatkan kanak-kanak dan warga tua, wanita dan juga lain-lain golongan yang memerlukan pembelaan, para pekerja sosial. Mereka perlu dilengkapkan dengan kepelbagaian kepakaran bidang yang berkaitan. Pengkhususan dalam bidang kerja sosial perlu juga diperluaskan kepada bidang ICT, perundangan, komunikasi, perancangan sosial, ekonomi khususnya yang berkaitan pengurusan mikro kredit dan "entrepreneurship" dan juga kesihatan. Maka lulusan kerja sosial bukan sahaja mampu malah boleh bertindak dengan berkesan ketika menangani isu "cross border" dan "transnational issue" seperti alam sekitar, gelaja Aids, "sex trade" dan juga memahami keperluan pekerja asing. Sehubungan ini juga kurikulum kerja sosial perlu dilihat untuk diperluaskan dan dipertingkatkan kepada "broad knowledge based". Kaedah latihan juga perlu diperkukuhkan dengan "cross cultural practicum".
Kesimpulannya
Pembangunan kerjaya kerja sosial amat penting ianya dilihat dari perspektif yang positif memandangkan falsafah dan prinsip kerja sosial itu sendiri adalah sesuatu yang positif dan berasaskan komitmen nilai universal yang tinggi. Kekuatan serta ketahanan seseorang pekerja sosial bergantung rapat kepada semangat "entrepreneur sosialnya" yang ingin mencuba menghasilkan pelbagai kaedah, pendekatan serta modaliti pengurusan perkhidmatan yang mampu dimanfaat secara optimum oleh mereka yang memerlukan khususnya dan anggota masyarakat amnya. Penglibatan kerajaan perlu diurus secara profesional dalam semua aspek kebajikan sosial, agar peningkatan kualiti hidup manusia tercapai (Midgley, 1995).
Masyarakat secara umumnya berpuas hati dengan kemudahan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan penjagaan golongan tua, perumahan masyarakat, peluang pendidikan, kesihatan, dan keselamatan sosial. Ini menunjukkan kerjaya kerja sosial mendapat sokongan kerajaan dan telah memainkan peranan yang baik dalam menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat. Selain itu, didapati indikator yang penting dalam menentukan kepuasan hidup seseorang individu seperti jaminan pendapatan, persekitaran kerja, hubungan kejiranan, penjagaan kesihatan, ruang peribadi dan taraf pemakanan masyarakat masih lagi kurang.
Seseorang pekerja sosial tidak boleh melihat bidang kerjayanya sebagai satu pergantungan kepada ihsan pekerjaan yang disediakan oleh pihak kerajaan atau pihak yang berwajib semata-mata, tetapi sebagai pekerja sosial sewajarnya mampu menghasilkan inisiatif baru yang dapat mewujudkan suatu kerjaya yang tersendiri, sekaligus menepati kehendak prinsip kerja sosial itu sendiri untuk berdikari.

Rujukan:
1."Commitment to Welfare" - Richard M Titmuss
2."From Charity To Social Work in England and United States" - Kathleen Woodroofe
3."Progress and Prospect of Social Welfare Reform in Japan" - Masaaki Hirano, Advisor to Japanese Ministry of Health and Welfare. (Social Welfare and Social Development in the New Millenium)
4."Social Entrepreneurship in a Changing World" - Dr. Tan Ngoh Tiong - National University of Singapore
5."Social Work in The Corporate Sector" - Keek Seng Bee
6.Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga 2001-2010

No comments:
Post a Comment