Friday, March 12, 2010

PERKEMBANGAN METAKOGNITIF DENGAN REFLEKSI PEMBELAJARAN

PERKEMBANGAN METAKOGNITIF DENGAN REFLEKSI PEMBELAJARAN

Pengalaman-pengalaman seperti menulis kes dan analisa melalui pembelajaran akan menjadi lebih efektif jikalau pelajar perguruan mempunyai peluang untuk berfikir dan berfleksi terhadap pengalaman pembelajaran mereka sendiri. Guru-guru baru yang telah mempunyai pengalaman dengan kanak-kanak ataupun mempunyai peranan mengajar sebelum menjadi guru pendidikan akan lebih mendapat manafaat daripada pengalaman-pengalaman tersebut.Refleksi daripada pembelajaran mereka, juga akan dapat membantu guru-guru baru memulakan langkah pertama dalam membuat kesimpulan tentang pengajaran dan pembelajaran yang jelas – bahagian paling kritikal menguji mereka, seperti yang dibincangkan dalam tajuk ini.
Di Universiti San Jose State dalam kursus pembelajaran, kerja kursus pertama seorang guru pendidik adalah bertanya kepada pelajar perguruan yang berpotensi menjadi guru untuk menerangkan pengalaman belajar yang paling hebat ( samaada diluar atau di dalam sekolah ) dan pengalaman belajar yang kurang berjaya dan membandingkan kontra keduanya. Pelajar perguruan tidak hanya diminta untuk menerangkan tentang pengalaman ini tetapi juga diminta untuk menganalisanya untuk mengenalpasti karekter pengalaman pembelajaran yang bagus dan begitu juga yang tidak bagus.Dalam beberapa program, pelajar perguruan mungkin akan di tanya soalan seperti ini sebagai asas untuk refleksi yang telah ditulis: “ Secara am apakah keadaan pembelajaran dan strategi mengajar yang kamu fikirkan membolehkan kamu belajar dengan efektif? Fikir kembali kepada masa yang spesifik dimana kamu telah mencuba untuk belajar sesuatu tetapi merasakan kamu tidak dapat pemahaman yang mendalam tentangnya atau menjadi tidak mahir. Apakah keadaan semulajadi sesuatu situasi pembelajaran? Apakah yang menghalang pembelajaran kamu? Apakah perasaan kamu? Bolehkah kamu membayangkan apa yang telah membenarkan kamu untuk belajar secara efektif? Sekarang fikir kembali masa dimana kamu berjaya belajar sesuatu yang sangat mencabar. Apakah keperluan ataupun ski yang kamu telah cuba untuk belajar? Apakah yang menyebabkannya menjadi sukar? Apakah yang membolehkan kamu berjaya untuk mahir didalam skil yang sukar ini? “


Sekali pelajar berpeluang untuk mengenalpasti beberapa kunci kriteria bagi pengalaman pembelajaran yang baik didalam sejarah pendidikan mereka, mereka selalunya lebih bersedia untuk berfikir apa yang dipelajari didalam program persediaan guru mereka mengenai pembelajaran. Konsep zon bagi perkembangan yang terdekat mungkin mempunyai lebih dalam apabila pelajar perguruan sendiri mempunyai pemikiran tentang caranya, sebagai contoh mereka belajar untuk memasang kereta dengan bapa mereka didalam kursus untuk beberapa tahun. Konsep seperti bahasa isyarat adalah yang lebih kuat, misalannya apabila guru berpeluang untuk menulis tentang bagaimana peluang berbincang kekuatan dan kelemahan penulisan mereka dengan sokongan guru dapat menolong mereka belajar dan menulis dengan baik. Pelajar perguruan selalu berupaya untuk menghargai pengalaman pembelajaran semulajadi yang lebih baik kepada pelajarnya sendiri selepas mempunyai peluang untuk menjadi “metacognitive” tentang pengalaman mereka.

Dengan menggunakan idea utama daripada kursus pembelajaran, termasuklah penilaian berterusan, metakognitif , pengetahuan utama, dia kemudiannya telah berjaya mengenalpasti beberapa strategi yang dapat digunakan dimasa hadapan untuk membawa pelajar kepada penjelasan yang lebih teoritikal dan lebih kukuh dan pemahaman yang lebih mendalam tentang evolusi. Misalannya dia telah membincangkan bagaimana dia telah menggunakan penilaian bertulis untuk mengenalpasti bagaimana baikkah pemahaman seorang pelajar selepas hari pertama dan untuk menguji perkembangan pemahaman mereka. Penilaian ini berkemungkinan mendedahkan beberapa pemahaman dan konsep yang salah dimana dia tidak pernah di hadapinya sehinggalah ke hari ini. Dia juga mencadangkan bahawa penilaian nombor yang berbeza ( selain daripada menggunakan karangan sebagai penilaian yang biasa dijalankan ) juga telah membawa para pelajar lebih menghubungkaitkan tentang perbezaan antara dua teori. Dia membangkang jika pelajar diminta untuk membandingkan teori berkaitan tulisan, pelajarnya akan lebih boleh mencapai kebijaksanaan dan menjadi lebih teliti didalam pembentangan teori.

Itu adalah penting untuk menekankan bahawa kes-kes ini adalah hasil daripada pemikiran secara berhati-hati dan analisa terhadap kursus bagi beberapa draf, termasuk maklumbalas daripada rakan sebaya, pemberi arahan dan beberapa ‘persidangan’ dimana pelajar perguruan telah membincangkan penafsiran yang ditimbulkan, kajian menganalisa kes-kes yang telah ditulis untuk kursus yang telah didemonstrasi melalui penulisan, pelajar perguruan beralih daripada menyimpulkan secara bulat-bulat mengenai pembelajaran pelajar (pelajar tidak faham, pelajar tidak mencuba dengan bersungguh-sungguh: guru perlu masa yang lebih) kepada mahir, Proses peafsiran pembelajaran berdasarkan teori(Harmmerness dan lain-lain, 2002). Melalui analisa kes ini, pelajar perguruan boleh mula membuat perbandingan mengenai keadaan semulajadi pembelajaran, bagaimana pembelajaran “dilihat” untuk menyokong dan menilainya- pemahaman adalah penting untuk membantu bakal guru berfikir tentang pembelajaran dalam terma yang lebih kompleks daripada menjadi ‘lightbulb’ dalam pemikiran pelajar.

Tambahan lagi penyebab kepada pra perkhidmatan guru mungkin akan memberikan lebih keberkesan jika mereka berpeluang untuk memantau pembelajaran mereka didalam kursus, untuk membantu mereka menghargai bagaimana pemikiran tentang seseorang yang mempunyai pelajaran boleh memudahkan kefahaman yang lebih baik. Untuk lebih cepat didalam kedua – dua kursus iaitu “Bagaimana orang belajar di Verderbilt ” dan “Prinsip pembelajaran di Stanfort” , pelajar telah bertanya untuk tulisan tentang (tindakbalas) refleksi pembelajaran mereka selepas setelah lengkap tulisan kes kurikulum atau cabaran kursus. Ini akan mengalu - alukan mereka untuk meningkatkan kesedaran tentang pembelajaran mereka dan memberi maklumbalas kepada pemberi arahan tentang apa yang berguna, apa yang lebih berguna dan apa yang mereka mahu untuk belajar.



No comments:

Post a Comment