Tuesday, March 23, 2010

Pelaksanaan Program Inklusif Bagi Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Yang Akan Menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan

Pengenalan

Dalam memenuhi keperluan semasa masa kini ramai ibu bapa akan berlumba-lumba untuk mengejar impian masing-masing dalam hidup. Dalam bidang pendidikan sudah pastinya impian mengejar kerjaya akan menjadi agenda penting dalam hidup. Langkah pertama untuk tujun tersebut adalah pendidikan dan peperiksaan. Ianya adalah seumpama lesen untuk memperolehi sesuatu kerja. Begitu jugalah dengan inspirasi ibu bapa bagi pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran di SMK Jalan Junid, Muar yang inginkan anak-anak berkeperluan mereka memenuhi hasrat mereka. Memenuhi kehendak dan keperluan ibu bapa dan pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran yang ingin melihat anak-anak mereka berjaya dalam peperiksaan awam telah menjadi satu agenda baru di SMK Jalan Junid, Muar.

Objektif

Pelajar dapat belajar dan menyiapkan kerja kursus di dalam kelas aliran perdana mengikut keperluan mata pelajaran yang dikhususkan.

Matlamat

Pelajar dapat menduduki peperiksaan awam dengan selesa dan memperoleh keputusan lulus dalam mata pelajaran yang diambil.

Misi PIPKSMKJJ

Membangunkan modal insan, berkeperluan khas yang cemerlang dengan menyediakan pendidikan yang berkualiti, relevan dan holistik, perkembangan potensi diri ke tahap optimum, keupayaan berdaya saing dan kebolehupayaan, menyemai nilai-nilai murni sebagai warga yang bertanggungjawab dan perkongsian dengan pelbagai pihak untuk menjadikan mereka insan yang berdikari, berjaya dalam hidup dan mencurah bakti kepada masyarakat dan negara.

Visi PIPKSMKJJ

Pendidikan Berkualiti Menjana Potensi Pelajar Berkeperluan Khas

Objektif

  1. Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid dengan keperluan khas
  2. Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas
  3. Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas
  4. Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini
  5. Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas

Piagam

" Memperkembang potensi pelajar berkeperluan khas ke tahap yang optima selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)."

  1. Mewujudkan program pembelajaran yang menggalakkan perkembangan jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial (JERIS)
  2. Sentiasa peka terhadap kebajikan anak-anak istimewa.
  3. Mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi menggalakkan proses pembelajaran yang lebih berkesan.
  4. Sentiasa mengkaji dan menilai tahap keupayaan anak-anak istimewa berdasarkan program yang dirancang.
  5. Menyediakan aktiviti untuk pelajar dan keluarga PKBP bagi mengeratkan hubungan antara ibu bapa dengan guru-guru.

Falsafah Pendidikan Negara

Pendidikan Di Malaysia Adalah Satu Usaha Berterusan Ke Arah Memperkembangkan Lagi Potensi Individu Secara Menyeluruh Dan Bersepadu Untuk Mewujudkan Insan Yang Seimbang Dan Harmonis Dari Segi Intelek, Rohani, Emosi Dan Jasmani Berdasarkan Kepercayaan Dan Kepatuhan Kepada Tuhan.

Usaha Ini Adalah Bagi Melahirkan Rakyat Malaysia Yang Berilmu Pengetahuan, Berketerampilan, Berakhlak Mulia, Bertanggungjawab Dan Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri Serta Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian Dan Kemakmuran Masyarakat Dan Negara

Falsafah Pendidikan Khas

"Falsafah Pendidikan Khas mempunyai matlamat yang sama dengan falsafah pendidikan biasa yang meliputi semua aspek pendidikan. Ia menyediakan perkembangan optima kanak-kanak dengan keperluan-keperluan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat."

Ianya satu usaha berterusan lahirkan insan berkemahiran, berhaluan, berupaya, berdikari, mampu merancang, dan mengurus kehidupan, serta menyedari potensi diri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif.

Falsafah pendidikan bagi kanak-kanak khas juga menyediakan peluang-peluang yang sama kepada kanak-kanak ini seperti yang diberi kepada kanak-kanak biasa untuk perkembangan psikologi dan sosial yang seimbang.

Pendidikan Khas Bermaksud Kaedah-Kaedah Yang Dibentuk Khusus Untuk Memenuhi Keperluan Kanak-Kanak Yang Mengalami Pelbagai Kecacatan / Kurang Upaya. Kaedah-Kaedah Tersebut Meliputi Juga Aspek-Aspek Pengajaran Dan Pembelajaran, Latihan Jasmani Dan Juga Pendidikan Yang Berteraskan, Hospital Dan Institusi.

Kurikulum Bagi Pendidikan Khas Juga Adalah Sebahagian Daripada Kurikulum Biasa Yang Diubahsuai Bagi Memenuhi Keperluan-Keperluan Khas Bagi Murid-Murid Yang Mengalami Pelbagai Kecacatan / Kurang Upaya.

Huraian Falsafah Pendidikan Khas

  • Melaksanakan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Khas Memperseimbangkan peluang-peluang pendidikan dalam aspek peruntukan kewangan, pakar khidmat sokongan Khas peruntukan fizikal, pembangunan dan lain-lain.
  • Menyediakan perkembangan kemahiran intelek dan psikomotor secara menyeluruh dan bersepadu untuk menghasilkan individu yang terpelajar dan seimbang dalam masyarakat.
  • Menekankan Pendidikan Bagi Semua (Education for all).
  • Segala program yang dirancang dan dibentuk hendaklah berlandaskan kebolehan kefungsian, bukan kepada kategori / labeling.
  • Memperkukuhkan keadaaan bahawa kanak-kanak dengan keperluan-keperluan khas pada asasnya adalah kanak-kanak dan pergaulan berterusan dengan kanak-kanak biasa adalah berfaedah; kelas khas rancangan percantuman, normalisasi, persekitaran yang tidak terhad, intergrasi sosial, integrasi berfungsi, integrasi setempat dan pengsealiran (mainstreaming).
  • Menghasilkan individu yang mempunyai kesedaran, semangat, kesetiaan, aspirasi dan nilai yang tinggi agar dapat bersatu dan membentuk perpaduan di kalangan masyarakat majmuk.
  • Menghasilkan sumber tenaga manusia untuk pembangunan ekonomi negara.
  • Menyediakan individu yang mempunyai nilai moral yang tinggi, sahsiah yang baik, bertanggungjawab, berdisiplin dan progresif agar dapat memberi sumbangan dalam pembangunan bangsa dan negara.
  • Menyediakan kanak-kanak dengan keperluan-keperluan pendidikan khas dengan program seperti yang diberi kepada kanak-kanak biasa dan belajar bersama-sama mereka.
  • Pendidikan khas adalah sebahagian dari pendidikan biasa dengan pengubahsuaian dimana perlu.
  • Melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (IEP).
  • Mewujudkan norma-norma yang berteraskan keperluan-keperluan khas dari aspek tenaga pendidikan khas dan tenaga khidmat sokongan khas seperti jurupulih pertuturan/bahasa, guru khas audiologi/guru khas pakar perunding, guru khas beredar (interact teacher) dan lain-lain.
  • Menekankan pendekatan pendidikan dan pemulihan yang terdiri daripada pasukan multi disciplinary.
  • Menekankan pembekalan perkhidmatan-perkhidmatan yang bersifat pencegahan awal daripada yang bersifat pemulihan.
  • Mewujudkan program transisi bagi murid-murid dan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas untuk mendapatkan penyesuaian dalam budaya kerja.
  • Menghasilkan program-program yang berteraskan pra-vokasional dan vokasional supaya murid-murid dan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas mempunyai kemahiran-kemahiran bekerja sendiri.
  • Menghasilkan perkhidmatan-perkhidmatan program yang menekankan kepada pelbagai model perkhidmatan.
  • Menentukan supaya pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan khas rancangan percantuman sekolah biasa terlibat dalam cadangan kombinasi mata pelajaran efektif di tingkatan IV untuk persediaan peperiksaan SPM.
  • Menentukan perlaksanaan kombinasi mata pelajaran efektif di tingkatan IV di sekolah menengah khas untuk persediaan SPM.
  • Menentukan supaya sebilangan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat penglihatan dan rabun dapat mengambil peperiksaan SPM(Vokasional).
  • Menentukan pelajar-pelajar dengan keperluan pendidikan khas cacat pendengaran di sekolah menengah pendidikan khas mengambil peperiksaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Kementerian Sumber Manusia.
  • Menentukan sebilangan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat pendengaran di SMP Khas Vokasional mengambil peperiksaan SPMV dan MLVK.
  • Menentukan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat pendengaran di kelas-kelas khas rancangan percantuman mengambil peperiksaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Kementerian Sumber Manusia di bawah sayap Vokasional.

Program Transisi Sekolah Ke Kerjaya

Program transisi sekolah ke kerjaya adalah merujuk kepada program yang membimbing pelajar bermasalah pembelajaran ke arah mendapatkan pekerjaan dan hidup berdikari dengan kemahiran-kemahiran vokasional, kemahiran sosial dan kemahiran hidup seharian.

Di peringkat sekolah menengah, pelajaran kemahiran hidup haruslah diajar kepada pelajar bermasalah pembelajaran bersama-sama dengan pelajaran latihan vokasional yang melibatkan latihan sambil bekerja bagi melengkapkan pelajar-pelajar dengan kemahiran sebagai orang dewasa dan tanggungjawab (Cronin & Patton, 1993).

Mengikut Phillippa Russel, Pengarah Majlis Kanak-kanak Kurang Upaya memetik John Fish dan Jean McGinty (1992) sebagai berkata,’ suatu fasa atau perubahan masa antara masa remaja dan masa dewasa di mana berlaku pemisahan pendidikan dan pengurusan. Semasa fasa transisi terdapat perubahan tanggungjawab daripada zaman kanak-kanak kepada alam dewasa, daripada sekolah ke pendidikan lebih tinggi, dan daripada kongkongan zaman kanak-kanak kepada orang dewasa yang bertanggungjawab’.

Rasional Program

Menyediakan kemahiran dalam diri pelajar-pelajar khas secara langsung dalam bidang tertentu mengikut kesesuaian dan tahap keupayaan mereka.

Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

Pendidikan Khas Bermaksud Kaedah-Kaedah Yang Dibentuk Khusus Untuk Memenuhi Keperluan Kanak-Kanak Yang Mengalami Pelbagai Kecacatan / Kurang Upaya. Kaedah-Kaedah Tersebut Meliputi Juga Aspek-Aspek Pengajaran Dan Pembelajaran, Latihan Jasmani Dan Juga Pendidikan Yang Berteraskan, Hospital Dan Institusi.

Kurikulum Bagi Pendidikan Khas Juga Adalah Sebahagian Daripada Kurikulum Biasa Yang Diubahsuai Bagi Memenuhi Keperluan-Keperluan Khas Bagi Murid-Murid Yang Mengalami Pelbagai Kecacatan / Kurang Upaya.

Kategori dan Ciri-ciri Kanak-kanak Khas Bermasalah Pembelajaran

Autisme

  • Perlakuan yang bongkak
  • Ketawa dengan tiba-tiba
  • Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap.
  • Tidak mengenali bahaya.
  • Tidak merasai kesakitan.
  • Menangis dan marah tanpa sebab.
  • Permainan yang luar biasa.
  • Tidak mahu didakap.
  • Tidak dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.
  • Berkelakuan seperti orang pekak.
  • Tiada perhubungan mata bila bercakap.
  • Memutar barang.
  • Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal.
  • Tingkah laku aktif keterlaluan.
  • Tidak mahu terima pelajaran biasa.
  • Mengigit kuku, hisap jari dan mencederakan diri.
  • Takut dan cemburu berlebihan.

Sindrom Down

  • ulut yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat.
  • Lidah yang tebal, kasar dan pendek, serta cenderung terjelir.
  • Mata sentiasa berair dan merah.
  • Mata sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada kedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata.
  • Bentuk muka yang kecil.
  • Bahagian kepala leper.
  • Tangan yang lebar dan pendek serta garisan tapak tangan satu melintang.
  • Majoriti berambut lurus dan lembut.
  • Jari dan tangan lebar yang pendek dan berbonggol.
  • Berbadan gempal dan rendah.
  • Badan yang agak bongkok.
  • Suka bermanja, bermain dan gembira.
  • Dapat bergaul dengan baik.
  • IQ di antara 30 hingga 80.
  • Kecacatan dapat dikesan sebaik selepas lahir.

Cacat Akal Ringan

1. Adiot

Tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin mencederakan diri sendiri.

2. Imbersil

Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih.

3. Moron

Perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas.

Perkembangan mental hanya 23% daripada kadar biasa.

Lambat berjalan dan lambat bercakap.

4. Lembab

Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan situasi sekolah biasa.

Cacat Akal Berat

  • Kesukaran ketika makan dan selalu muntah.
  • Mengigit sesuatu dalam mulut dan tidak mahu mengeluarkannya.
  • Air liur yang meleleh tanpa kawalan.
  • Sukar bernafas.
  • Sukar tidur dan terjaga waktu malam.
  • Selalu menangis.
  • Sukar bercakap dan memahami orang lain.
  • Suara terlalu lembut atau sengau.
  • Tidak menoleh jika dipanggil dan tidak bertindak balas terhadap bunyi.
  • Kebingungan pada cahaya lampu, bunyian dan sentuhan.
  • Tidur yang berlebihan.
  • Kanak-kanak yang pendiam dan menyendiri.

Hyperaktif

  • Aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan.
  • Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna.
  • Tidur yang tidak tetap.
  • Terlalu kerap menangis atau ketawa.
  • Sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan.
  • Mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut.
  • Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang.
  • Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya.

Hypoaktif

  • Murang dan menyendiri.
  • Aktiviti fizikal yang pasif.
  • Tiada respond pada persekitaran.
  • Suka termenung.
  • Tidak suka bergaul atau berinteraksi.
  • Menundukkan muka bila nama dipanggil.
  • Suka bermain sendirian.
  • Suka berkhayal.

Spastik

  • Sejenis kecacatan atau ketidaksempurnaan anggota tubuh badan.
  • Tidak mencapai objek yang ditunjukkan.
  • Tidak berupaya mengangkut badan.
  • Tidak berupaya berpijak atau berdiri.
  • Tidak berupaya memegang objek.
  • Tidak berupaya mengurus diri.

Pintar Cerdas

  • Kebolehan yang luar biasa.
  • Mempunyai masalah psiko-sosial seperti masalah kelakuan dan emosi.
  • pergaulan dengan kanak-kanak lain.
  • Perkembangan bahasa yang lambat.
  • Perbendaharaan kata yang kemas.
  • Tidak perlukan banyak tunjuk ajar ketika belajar.
  • Kemukakan soalan yang bertalu-talu.
  • Suka bergaul dengan orang yang lebih tua.
  • Suka mencari helah.

RANGKA KONSEP KEMASUKAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN UNTUK PEPERIKSAAN PMR/SPM

(Aziz Poniran,2010)

No comments:

Post a Comment