Wednesday, April 14, 2010

Cuba

Cuba...
Perkataan yang sering dipanculkan daripada bibir. Ianya memberi kesan yang tidak kurang pentingnya dalam sesuatu situasi terutama apabila melibatkan sesuatu tindakan. Namun iaya tidaklah semudah diucap. Ianya memerlukan kuderat jasmani dan rohani yang mantap kerana akan melangkaui lingkungan hidup situasi biasa. Natijahnya akan dirasai sama ada positif atau negatif. Persoalan natijahlah yang akan menjadi dasar kepada perubahan pemikiran apabila hendak mencuba sesuatu. Orang yang berani dan tekal dengan pendirian pada kebiasaannya akan mengarungi situasi sedemikian. Untuk memecah kebiasaan memang sukar dalam keadaan biasa. Tapi jika tidak berani untuk memecah kebiasan maka jadilah kita dalam hidup yang biasa. Kita sedar bahawa keadaan hidup biasa kurang dugaan atau tidak ada cubaan samasekali. Namun jika kehidupan dicabar atau tercabar dengan cita rasa untuk hidup lebih berjaya dari kehidupan biasa maka bersedialah mengorak langkah menempuh rintangan hidup tanpa menoleh. Jadikan tolehan kita itu untuk memastikan apa yang ada di belakang sebagai pembuka laluan untuk orang lain. Niat perlu ikhlas, langkah perlu jujur, tindakan perlu hikmah, fikir perlu fokus, buang rasa takut, campakkan rasa ragu dan ketepikan rasa bimbang. Ianya pasti akan memecahkan tembok kebiasaan yang biasanya sukar untuk difahami. Inilah yang dikatakan Tak cuba...tak tahu, Nak cuba...nak kena tahu, Bila nak cuba...setakat kita tahu, Cubalah...atasi cubaan. Cubalah.......
(Aziz Poniran,2010)

No comments:

Post a Comment