Pro-aktif
Maksudnya mengambil tanggungjawab terhadap sesuatu perkara dan bukannya menuding jadi kepada orang lain atau persekitaran yang menimbulkan halangan dan masalah.
Mula dengan wawasan di dalam minda
Bina wawasan berdasarkan prinsip "utara-benar". Cipta satu pernyataan misi hidup anda dan bayangkan kesudahan misi anda itu. Minda anda perlu membayangkan kejayaan pencapaian misi tadi untuk merangsang diri anda melakukan langkah-langkah yang sesuai ke arahnya.
Utamakan yang utama
Dalam usaha mencapai sasaran jangka panjang, keluarkan kerja-kerja yang bersifat segera tetapi tidak penting untuk mencapai sasaran anda. Bahagikan tugas dan rancangan dengan sebaiknya agar anda tidak perlu memperincikan semua perkara.
Fikirkan Menang-Menang
Apabila menghadapi kebuntuan terutamanya apabila bertembungan kepentingan dengan orang lain, fikirkan penyelesaian yang memberi manfaat kepada setiap pihak. Dengan itu, keberhasilan penyelesaian itu akan mudah dicapai.
Dengar dahulu sebelum berkata
Sebelum anda meminta orang lain mendengar permintaan atau nasihat anda, dengar terlebih dahulu perihal latarbelakang mereka. Apabila latarbelakang mereka diketahui anda, anda dapat memikirkan satu penyelesaian yang memudahkan mereka menerimanya.
Sepadukan usaha
Amalkan kerja dalam kumpulan. Jika hal ini menjadi tabiat, pencapaian anda akan menjadi berganda kerana faktor kekuatan kumpulan mengatasi kekuatan individu.
Tajamkan pedang
Dari masa ke semasa, amalkan peningkatan diri supaya kadar produktiviti dapat ditingkatkan selaras dengan perubahan masa.
Bagi Yang Sedang Belajar...
Bertanggung jawab atas diri kamu sendiri.
Tanggung jawab merupakan kayu pengukur sederhana di mana anda sudah mulai berusaha menentukan sendiri keutamaan, waktu dan sumber-sumber yang dipercayai dalam mencapai kejayaan belajar.
Pusatkan diri anda terhadap nilai dan prinsip yang anda percaya.
Tentukan sendiri mana yang penting bagi diri anda. Jangan biarkan teman atau orang lain menentukan kamu apa yang penting.
Kerjakan dulu mana yang penting.
Kerjakanlah dulu keutamaan-keutamaan yang telah anda tetapkan sendiri. Jangan biarkan orang lain atau hal lain memecahkan perhatian anda dari tujuan sebenar anda.
Anggap diri anda berada dalam situasi "co-opetition" (bukan situasi "win-win" lagi).
"Co-opetition" merupakan gabungan dari kata "cooperation" (kerja sama) dan "competition" (persaingan). Jadi, selain sebagai teman yang membantu dalam belajar bersama dan banyak memberikan masukkan / idea baru dalam mengerjakan tugas, anggaplah dia sebagai saingan anda juga dalam kelas. Dengan begini, anda akan selalu terpacu untuk melakukan yang terbaik (do your best) di dalam kelas.
Pahami orang lain, maka mereka akan memahamimu.
Ketika anda ingin membicarakan suatu masalah akademik dengan guru, misalnya mempertanyakan nilai matematik atau meminta dispensasi tambahan waktu untuk mengumpulkan tugas, tempatkan diri anda sebagai guru tersebut. cuba tanyakan pada diri anda, hujah apa yang paling baik untuk diberikan ketika berada dalam kedudukan guru tersebut.
Cari penyelesaian yang lebih baik.
Bila kamu tidak mengerti bahan yang diajarkan pada hari ini, jangan hanya membaca ulang bahan tersebut. Cuba cara lain. Misalnya, diskusikan bahan tersebut dengan guru, teman, kelompok belajar atau dengan pembimbing akademimu. Mereka akan membantu anda untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik.
Tatang dirimu sendiri secara berterusan.
Dengan cara ini, belajar akan terasa mengasyikkan, dan mungkin anda mendapatkan idea-idea yang cemerlang.
No comments:
Post a Comment