Cuba kita renung sejenak dua perkataan yang hampir sama, namun ianya berbeza maksud dan konsep
Pada asasnya susah adalah sesuatu perkara yang memang tidak digemari oleh setiap individu. Pada pandangan umum susah ditafsirkan sebagai perkara yang menjadi beban diri untuk melaksanakannya. Ianya menjadi fikiran individu yang mengalami situasi tersebut. Individu tersebut akan berusaha sedayaupaya untuk melepaskan diri dari jeratan susah ini. Ianya dilihat sebagai bebanan fikiran dan tindakan. Namun begitu di sebalik susah ini, ianya mengandungi hikmah yang sangat tinggi nilainya. Susah ini akan menjadi seseorang itu lebih berjaya dalam mengharungi hidup. Pengalaman susah ini memberikan pedoman yang menjadi panduan dalam menghadapi masa hadapan. Belajar dari susah juga menjadikan seseorang itu lebih matang dalam tindakan yang bakal diambil. Pepatah yang direka oleh golongan orang melayu lama memang bertepatan dalam memberikan garis sempadan hidup iaitu 'Bersusah-susah dahulu Bersenang-senang kemudian'. Maka susah itu perlu dialami oleh semua individu tidak kira peringkat umur. Iaya akan memberikan pengalaman yang sempurna untuk berjaya dalam hidup. Justeru itu tidak ada kesenangan tanpa susah.
Dalam konteks menyusahkan pula ianya memberikan tafsiran yang juga berbeza. Pada dasar dan kebiasaanya menyusahkan adalah perkara yang melibatkan orang lain. Ianya memberikan impak yang mengaitkan situasi tersebut dengan individu atau kumpulan orang di sekitarnya. Ianya akan menjadi isu di luar diri individu. Ianya mungkin akan memberikan label kepada individu tersebut sebagai seorang yang memberi masalah kepada orang lain. Maka dalam hubungan ini menyusahkan akan memberikan 'penyakit' kepada orang lain.
Kesimpulannya biarlah kita susah kerana susah itu akan mengajar seribu satu macam perkara untuk menjadi senang. Janganlah kita menyusahkan orang lain dengan tindakan kita yang pada kita fikir ianya senang untuk kita namun ianya menyusahkan orang lain. Janganlah kita dilabel sebagai orang yang menyusahkan kesenangan hidup orang lain.Ingatlah apabila kita menyusahkan orang lain, janganlah kita menyalahkan orang lain jika ditakdirkan kita susah.Pada hakikatnya susah dan menyusahkan adalah garapan hidup yang perlu kita fikirkan agar ianya tidak menjadi susah.
(Aziz Poniran. 2010)
No comments:
Post a Comment