Wednesday, April 21, 2010

Kenangan Di Fasa 4 Tambahan BBB/UKM

Imbauan mengeletek hatiku. Rakan-rakan karib semasa menuntut di UKM Bangi. Rakan-rakanku yang tinggal bersama di rumah sewa di fasa 4 Bandar Baru Bangi. Ingin kukenang dan kusebut namamu. Tingkat 2 (syare room) Samdani maran, Yusof ganu, Zulhaninisan kelate, Tingkat 1 (syare room) Halim Perdana Kesuma kulai, Yusof kedah, Idrus Sham selangor,(syare room) Nik Azmi ganu, Zulkifli selangor, (open room) Hamizar Perlis, aku sendiri. Tingkat bawah (classic room) Masnawi nogori9, Hamzah kulai (vip room). Kamu semua masih dalam ingatanku dan tak mungkin aku lupakan.
Suka duka hidup merantau dan "study" bersama rakan-rakan demi segulung skrol sarjana muda tetap menjadi ulam hidupku hingga kini. Keperitan dan kenikmatan sebagai "student u" selama 3 tahun membuatkan ianya seolah-olah baru semalam aku lalui. Rasanya ingin sekali aku kembali bersama mereka dan berjuang untuk jauh lebih maju dari sekarang. Pun begitu aku percaya rakan-rakanku telah berjaya dalam kerjaya masing-masing dan mungkin telah menjawat jawatan yang penting. Tahniah untuk rakan-rakanku. Tanpa mereka siapalah aku.
Samdani dan usup ganu..aku tabik dan ungkapan terima kasih tidak terkira sebab tanpa kau..rasa kebulur kami semua tiada obatnya. Kaulah pencetus resepi tiap hari sewaktu pulang kuliah. Hati kau ikhlas dalam persahabatan dan masakan. Kepada yang lain-lain aku juga mengucapkan terima kasih tak terhingga kerana punyai peranan yang tidak kurang pentingnya dalam hidup semasa di kampus.
Buat Idurs Sham..aku tak akan lupa dengan kau. Akulah punca kau hampir putus nyawa biarpun kau ada "penyambung nyawa" yang sentiasa mendampingi kau. Asapan sambal jawa aku membuatkan kau sesak nafas di hujung nyawa. Namun kau masih anggap aku kawan bukan lawan kau. Aku mohon ampun banyak-banyak kerananya. Kini tiap kali aku makan sambal jawa pasti mengimbau peristiwa itu. Kau tetap dalam ingatan.
Zul Halim..aku rindu nasyid yang sentiasa berkumandang dalam kamar kau. Kau punya keistimewaan tersendiri, study dengan diiringi bunyian nasyid. Bila agaknya nak buat master?. Tahniah kepada kau Usup ganu kerana telah mendapat skrol Sarjana. Aku menanti rakan-rakan lain untuk ke Ijazah Sarjana. Kini aku menanti juga rakan-rakan untuk mendapatkan ijazah tertinggi Doktor Falsafah (PhD).
Halim Perdana Kesuma kau adalah klasik bagiku. Kau tetap tenang walau ribut melanda. Klasik Nasional adalah jiwa kau. Kepada Hamzah kau tetap tak berubah dengan kewibawaan yang sentiasa menonjol sebagai pengulu dan pemimpin. Teruskan perjuanganmu dengan mata penamu. Masnawi, kau juga punya keistimweaan yang unggul. Kau tetap menggeletek hatiku dengan bait-bait ayat mombastik. DJ kau masih bertapak dalam jiwa. Teruskan bakat yang ada untuk menceriakan suasana di mana kau berada. Untuk kau Zulhaninisan, kau masih muda dengan apa yang kau ada dan kau alami. Kau mudah menerima pengalaman dan ilmu daripada rakan-rakan. Yusof kedah, kau cukup tenang walau ada permasalahan yang ada. Aku tetap "respect". Buat kau Hamizar yang punya abang angkat dalam kelompok kita, teruskan dengan ilmu komputer. Moga terus maju. Nik Azmi ganu kau tetap di hati. Gelak dan celoteh kau tetap mengingang di telingaku. Apa kabo Jaguh kau. Semoga semua terus maju.
Rakan-rakan yang aku ingati.. banyak detik manis yang kita harungi semasa digelar "student u".Rasanya ingin aku bertemu semula rakan-rakan semua dalam Alumni Fasa 4. Kini aku masih lagi mengulangi tempat lama di UKM dalam mengharungi kesukaran dan keperitan dalam mencapai impian untuk digelar Doktor Falsafah. Aku masih seperti dulu melayari lebuh raya dari Muar ke Bangi dengan motosikal kesayanganku. Pernah aku mengalami kemalangan di lebuh raya berhampiran Melaka ketika hampir menamatkan Ijazah Sarjana. Namun syukur kepada Allah kerana aku hanya mengalami patah tangan kiri sahaja. Pun begitu aku dapat menamatkan pengajian Sarjana dalam tempoh 4 semester. Jutaan terima kasih kepada semua pensyarah yang membimbing aku.
Bagiku apa yang aku miliki dan yang bakal aku miliki bukan fokus utama dalam hidupku. Ianya hanyalah laluan untuk aku lebih berfikiran matang dan lebih bersikap disiplin serta tahu, faham dan memahami perkara yang dilakukan. Perkara yang penting dalam mencapai matlamat adalah proses untuk mencapai suatu matlamat itu. Dalam proses inilah aku belajar seribu satu macam perkara yang memnunjuk arah ke matlamat sebenar. Aku mahu putaran roda hidupku lengkap tanpa ada ruang kosong yang mendiami ruang lingkup kehidupan. Ruang kosong inilah yang akan aku penuhi dengan limpahan ilmu yang aku timba walaupun ianya sukar dan kepenatan aku ceduk dengan mengharungi pelbagai rencam hidup realiti.
Kepada rakan-rakanku janganlah berputus asa dalam mengharungi cabaran hidup. Ianya hanyalah bersifat sementara. Jika tabah kemenangan akan memihak kepada kita. Rakan-rakanku..kaulah pencetus laluan impianku dan kau tetap dalam ingatan. Inilah tatapan awal untuk rakan-rakanku yang dulunya serumah di Fasa 4 Tambahan BBB. Aku doakan semua rakan-rakanku berjaya dalam kehidupan dan kerjaya. Aku menyusin 10 jari mohon maaf sekiranya ada tersilap kata, tersalah bahasa dan kecanggungan tingkah ketika bersama dulu.

No comments:

Post a Comment