Saturday, April 10, 2010

Kerja..siapa..nampak

Kerja... Siapa nampak?
Siapa...nampak kerja?
Nampak, saya kerja?
Kerja siapa...nampak?
Nampak kerja siapa?
Nampak...kerja siapa?

Kerja... Siapa nampak?
...rifleksi diri tentang siapa yang nampak anda kerja, Persoalan siapa nampak anda sedang bekerja. Ianya lebih kepada intrapersonal di mana anda perlu bertanggungjawab terhadap kerja yang dilakukan. Walau apa pun anda perlu sedar bahawa Tuhan sentiasa nampak anda kerja. Ini akan membawa kepada kejujuran dan keikhlasan kerja.

Siapa...nampak kerja?
...refleksi tentang individu yang dilihat oleh orang lain dengan persoalan di mana antara anda dan rakan-rakan setugas. Jawapan ada pada orang lain yang melihat tanggungjawab yang dilaksanakan. Anda tidak perlu menunjuk-nunjuk setiap tugas yang dilaksanakan. Tugas dan tanggungjawab adalah amanah yang wajib tanpa perlu diharap akan dilihat oleh orang lain. Tuhan Maha Melihat.

Nampak, saya kerja?
...refleksi diri yang agak angkuh jika ditafsirkan secara terus. Ianya juga boleh dilihat dari sudut lain di mana ianya seolah-olah sedang menyatakan bahawa anda sedang bekerja dan tidak mahu diganggu. Ianya menafsirkan bahawa anda sedang dalam kosentrasi atau fokus kepada tugas dan tanggungjawab yang sedang dilaksanakan.

Kerja siapa...nampak?
...refleksi bahawa persoalan yang ditimbulkan menyatakan tugas telah dilaksankankan. Persoalan ini menjurus kepada rasa puas hati atau pun sebaliknya. Jawapannya ada pada individu yang melihat dan menilainya. Maka perlulah anda melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik dan sempurna.

Nampak kerja siapa?
...refleksi bahawa di antara anda dan rakan-rakan setugas yang mana lebih dominan. Ini akan menonjolkan pelbagai persoalan yang lebih besar. Lazimnya ia berpaksikan kepada kerja yang hebat atau sebaliknya. Persoalan ini perlu diungkai untuk menjadikan kerja yang dilaksanakan lebih baik dan sistematik.

Nampak...kerja siapa?
...refleksi persoalan yang bersifat positif atau negatif. Ianya juga merifleksi diri tentang tugas yang telah dilaksankan.Persoalan yang wujud adalah memperlihatkan keegoan diri tantang tugas yang telah dibuat. Ianya memperlihatkan ketidakikhlasan dalam menjalankan tugas. Apa sebenarnya di sebalik pelaksanaannya hanya individu itu yang tahu. Ingat... Allah Maha Tahu. Persoalan ini juga memperlihatkan bahawa tugas yang telah dijalankan dinyatakan oleh seseorang untuk tujuan panduan atau contoh agar ianya diterima oleh orang lain dalam melaksanakan amanah.

...rumusnya adalah anda perlu rifleksi, telus, amanah serta ikhlas dalam melaksankankan tugas dan tanggungjawab agar objektif tercapai dengan sempurna. Kita perlu ingat bahawa kita ada pelanggan yang memerlukan perkhidmatan yang terbaik.

(Aziz Poniran, 2010)

No comments:

Post a Comment