Inklusif merupakan perkataan yang biasa disebut oleh guru terutama guru-guru yang terlibat dalam program integrasi pendidikan khas bermasalah pembelajaran.Namun kini ianya seolah-olahnya sinonim dengan sistem pendidikan di negara ini. Ianya seperti tidak dapat dipisahkan dari sistem pendidikan formal di sekolah-sekolah bentuan penuh kerajaan. Namun konsep sebenar inklusif perlu difahami agar nilai sebenar inklusif dapat diukur dalam bentuk yang mudah untuk ditafsirkan.
Dalam Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif Dan Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas (National Conference Inclusion and Special Education Needs)menyatakan bahawa..."istilah inklusif mula digunakan untuk menerangkan sejauhmana pelajar dengan keperluan pendidikan khas benar-benar diintegrasikan. Ia merujuk kepada sejauhmana sesebuah sekolah atau komuniti menerima pelajar demikian sebagai ahli penuh kumpulan dan menilai sumbangan mereka..."(Zalizan,2009).
Pendidikan inklusif bukan merupakan suatu strategi yang terpisah untuk dipergunakan dalam mendidik anak bermasalah pembelajaran.Ianya lebih merupakan sebuah proses dan tujuan yang menggambarkan kualiti atau karakteristik tertentu dari konsep pendidikan untuk semua. Pendidikan inklusif juga adalah merupakan cara untuk mencapai konsep pendidikan untuk semua, dan konsep pendidikan untuk semua merupakan cara untuk mencapai inklusif.
Pendidikan inklusif bertujuan untuk mengubah sistem sekolah,tetapi bukan untuk memberi stigma dan label kepada individu atau kelompok pelajar tertentu ataupun untuk mengubahnya. Ianya dilaksanakan dengan melihat faktor kepelbagai, dengan mengidentifikasi hambatan belajar yang dihadapi individu atau pun kelompok pelajar.
Pendidikan inklusif sebanarnya adalah lebih luas daripada persekolahan. Masyarakat atau orang perseorangan lebih cenderung berfikir bahawa pendidikan adalah sekolah, dan sekolah adalah struktur yang kaku, yang tidak dapat diubah. Jika demikian halnya, akan sukar bagi pendidikan inklusif untuk sesuai dengan model tersebut. Pendidikan inklusif sebenarnya menuntut kita untuk berfikir secara kreatif tentang cara melibatkan semua pelajar dalam satu sistem yang dapat mencakupi sekolah, program nonformal, pendidikan berasaskan rumah dan kelompok-kelompok kecil untuk belajar Bahasa Isyarat atau bahasa ibunda, dan dapat melibatkan seluruh masyarakat secara keseluruhannya.
Pendidikan inklusif merupakan sebahagian dari tujuan yang lebih luas untuk menciptakan suatu masyarakat yang Inklusif.Pendidikan inklusif bukan hanya menyangkut berkenaan metod dan sistem, tetapi menyangkut nilai-nilai dan keyakinan mendasari tentang pentingnya menghargai dan menghormati perbezaan, tidak mendiskriminasi dan berkolaborasi dengan orang lain untuk menciptakan dunia yang lebih adil.
(Aziz Poniran 2010)
No comments:
Post a Comment