Saturday, April 10, 2010

Fikir-fikirkan

Kita memenuhi kehendak pendidikan khas bukan pendidikan khas memenuhi kehendak kita.
Perkara utama dan menjadi asas yang perlu difikirkan juga diambil tindakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas bermasalah pembelajaran adalah bagaimana mengurus tingkahlaku serta emosi pelajar.
Sukatan pelajaran mengikut keperluan pelajar pendidikan khas bukan pelajar mengikut sukatan pelajaran pendidikan khas.
Pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran belajar dalam projek yang dilaksanakan.
Kita perlu mengawal emosi pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran bukan pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran mengawal emosi kita.
Kita beri harapan kepada pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran atau pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran beri kita harapan dalam tugas.
Kita beri inspirasi kepada pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran atau pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran beri inspirasi kepada tugas kita.
Sama ada kita tahu atau faham tentang pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Ia akan mempengaruhi dalam memenuhi hala tuju konsep sebenar pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran.
Kita perlu melatih otak yang hidup bukan memaksa otak yang telah mati. Itulah potensi yang ada dalam diri pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran.
Kita bukan hendak jadikan pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran golongan profesional berakademik tinggi tetapi hanya hendak jadikan dia mahir kendiri untuk menghadapi hidup masa depan dalam bidang yang termampu olehnya.
Kita perlu menyediakan orang yang akan menyambut pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran di luar sekolah. Apakah kita bersedia ke arah itu?.
Kita perlu melihat dan mengkaji potensi sebenar pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran dengan menyedikan pelbagai aktiviti atau projek yang mnjurus kepada kebolehan pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran untuk diikuti oleh mereka.
Ubahsuailah program untuk menyediakan diri pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran dengan perkara yang perlu mereka pelajari.
Hidup tidak pernah selesai dengan masalah, tetapi kita perlu menyelesaikan masalah untuk hidup. Begitu jugalah kita tidak pernah selesai memikirkan keperluan untuk pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran kerana mereka perlukan kita untuk menyelesaikan hidup untuk mereka.
Kita perlu sesuaikan diri untuk hidup pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Oleh itu kita perlu sentiasa berfikir untuk pelajar menyesuaikan diri dengan keadaan hidup di kalangan masyarakat yang jauh berbeza dengan mereka.

(Aziz Poniran, 2009)

No comments:

Post a Comment