Friday, February 13, 2009

Apakah pandangan anda tentang isu yang dikaitkan dengan dasar serta pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia

Apakah pandangan anda tentang isu yang dikaitkan dengan dasar serta pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia

Akta Pendidikan Khas
Penggubalan kepada akta perlu dibuat untuk memberikan keutamaan kepada kesempurnaan dalam bidang pendidikan khas. Ianya akan memberi keutamaan kepada guru untuk mendapatkan pembantu di dalam kelas khas. Perjawatan dalam pendidikan khas juga perlu dikemaskini dan dipelbagaikan untuk memenuhi keperluan menangani masalah pendidikan khas itu sendiri.
Kewangan yang diperuntukan oleh kementerian tidak selaras di antara negeri. Ini adalah kerana ada negeri yang tidak memberikan elaun pendidikan khas kepada guru yang terlibat. Contohnya di Selangor hanya pada tahun 2000 baru bermulanya pemberian elaun khas tersebut, sedangkan peruntukan telah diluluskan pada 1.4.1989.
Pendidikan di sekolah vokasional hanya diperuntukkan kepada pelajar-pelajar yang mengalamai masalah pendengaran sahaja. Tiada peruntukan bagi pelajar-pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran.

Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
Perlaksanaan rancangan pengajaran individi (RPI) tidak seragam di setiap negeri. Oleh itu kecelaruan penulisan rancangan oleh guru-guru terutamanya yang tidak mendapat kursus khas berlaku. Kesalahan kerap diletakkan kepada para guru pendidikan khas dalam penulisan RPI oleh pihak pentadbir dan Pegawai Pendidika Daerah (PPD).
Ianya juga diambil daripada luar negara yang kurang sesuai dengan iklim pendidikan di Malaysia.

Bahasa Isyarat
Terdapat juga ketidakseragaman dalam penggunaan bahasa isyarat. Ianya dapat dilihat di mana Jabatan Kebajikan Masyarakat, Dewan Bahasa Dan Pustaka serta Kementerian Pendidikan mengeluarkan buku bahasa isyarat yang berbeza. Ini menambahkan kecelaruan penggunaannya terutama oleh kanak-kanak khas.
Terdapat juga pihak yang meletakkan bahawa tanggung jawab sepenuhnya kanak-kanak khas di bawah kelas pendidikan khas. Ianya tiada pekeliling yang menegaskan hal tersebut.

Intervensi
Perlaksanaan intervesi awal tidak dijalankan dengan sepenuhnya di mana tiada pakar yang sebenarnya dikhususkan. Ianya hanya dirujuk kepada para doktor biasa di hospital atau pusat kesihatan kerajaan.

Hala tuju pelajar
Tiada penjelasan yang sebenarnya kedudukan pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran khasnya di manakah arah yang perlu dituju setelah tamat tempoh belajar di kelas-kelas pendidikan khas di sekolah. Tiada penentuan jurusan yang sebenarnya untuk pelajr-pelajar khas ini yang menjurus ke alam pekerjaan.

Perjawatan
Perlantikan pegawai di jabatan pendidikan naegeri (JPN) kebanyakannya adalah di kalangan yang tiada asas langsung dalam pendidikan khas. Maka terdapat kekeliruan dan salah faham dalam menangani masalah pendidikan khas di peringkat negeri, daerah mahupun sekolah.
Pegawai yang di lantik adalah daripada bidang pra-sekolah di mana agak janggal apabila mereka membuat pemantauan di sekolah apatah lagi untuk menangani pelbagai konflik dalam pendidikan khas di sekolah khasnya.
Di samping itu gred jawatan DG5 masih terdapat di sekolah di mana guru-guru khas tersebut sepatutnya telah diletakkan di kalangan pentadbir kerana kepakarannya. Tiada peruntukan jawatan khas untuk mereka.

Peruntukan
Peruntukan yang diberi oleh kementerian pendidikan ke sekolah tidak terus sampai ke tangan penyelaras pendidikan khas. Ianya melalui laluan yang sukar iaituke meja pentadbiran sekolah. Ini mengakibatkan berlakunya enyalahgunaan peruntukan oleh pihak pentadbir di mana peruntukan tersebut banyak dialihkan kepada pelajar-pelajar biasa. Ini berlaku adalah akibat salah anggap pihak pentadbir kepada pelajar-pelajar khas bahawa pelajar-pelajar khas ini tiada sumbangan untuk mempertingkatkan prestasi akademik sekolah.
Ada juga sesetengah sekolah yang mempunyai kelas percantuman pendidikan khas tidak telus dalam menurunkan peruntukan ke kelas khas sebagaimana yang sepatutnya. Jika penyelaras pendidikan khas tidak peka peruntukan perkapita setiap pelajar khas di mana peruntukannya lebih tinggi berbanding pelajar-pelajar biasa, maka peruntukan selebihnya yang patut diterima telah digunakan untuk keperluan lain.

Maklumat
Biasanya maklumat yang dihantar ke sekolah agak lewat. Ini mungkin disebabkan beberapa faktor. Antaranya terdapat faktor birokrasi. Ini berlaku disebabkan tindakan yang diambil oleh pegawai JPN, PPD dan pihak sekolah diambil sambil lewa. Kelewatan ini berlaku akibat daripada kurangnya perhatian dan tumpuan yang diberikan kepada kelas pendidikan khas. Mereka beranggapan bahawa kelas pendidikan khas tidak penting dan diletakkan pada kelas ketiga.
Ada sesetengah maklumat pula langsung tidak sampai ke tangan pihak penyelaras pendidikan khas. Keadaaan ini tambah mengusutkan lagi hubungan antara penyelaras pendidikan khas dengan pihak pentadbir. Pihak pentadbir menganggap penyelaras pendidikan khas tidak melaksanakan tugas sepertimana yang telah diarahkan namun pada hakikatnya penyelaras sebenarnya tidak menerima langsung sebarang maklumat untuk melaksanakan program tersebut.

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD)
Terdapat beberapa masalah yang timbul dalam penyeliaan pegawai-pegawai dari PPD di sekolah. Sebilangannya datang ke sekolah khasnya ke kelas pendidikan khas akan menimbulkan beberapa isu. Berlakunya pertindihan dan kekalutan arahan tehadap guru tentang sukatan pelajaran perlu dihabiskan tanpa mengira keadaan pelajar khas itu sendiri. Ketidakfahaman inilah yang sering mengganggu kelancaran perjalanan kelas pendidikan khas yang mana ianya bertentangan dengan kehendak Jabatan Pendidikan Khas (JPK).
Berlaku juga kekangan tentang maklaumat daripada pihak PPD. Maklumat yang diperlukan oleh mereka sering sampai di tangan penyelaras pendidikan khas lewat dan tempoh yang diperlukan untuk memenuhi maklumat tersebut dimahukan dalam keadaan segera. Ini menimbulkan ketidaksempurnaan dalam proses penyiapan maklumat kerana dibuat dalam keadaan tergesa-gesa.

Pentadbiran dan kewangan
Keengganan pihak pentadbir juga adalah punca timbulnya isu di dalam pendidikan khas. Terdapat Guru Besar yang cuba menyembunyikan peruntukan kewangan pendidikan khas daripada dikeluarkan kepada pihak penyelaras pendidikan khas. Kesulitan sebegini menyukarkan pihak penyelaras untuk menjalankan sebarang program yang dirancang. Stigma atau labeling pihak pentadbiran ataupun pihak kaki tangan terhadap guru penyelaras menambahkan lagi isu perjalanan pendidikan khas di sekolah.

Keperihatinan pihak pentadbiran
Pihak pentadbir sering memandang ringan peranan yang dimainkan oleh guru-guru pendidikan khas di sekolah. Pihak sekolah lebih memilih dan mementingkan pencapaian akademik di kelas-kelas aliran biasa. Lebih mendukacitakan ialah pemberian prestasi guru-guru pendidikan khas adalah pada tahap rendah.
Sememangnya tiada sumbangan dalam prestasi akademik pada sekolah tetapi sebenarnya guru-guru pendidikan khas adalah sama seperti guru-guru biasa. Apa yang membezakan ialah bidang tugas serta tanggung jawab dalam bidang kerja.

Salah faham
Ketidakfahaman tugas yang dilakukan oleh guru pendidikan khas menimbulkan salah faham di kalangan guru-guru di sekolah. Oleh kerana tiada peperiksaan di kalangan pelajar khas, guru-guru pendidikan khas hanya perlu menjaga pelajar-pelajar khas ini dari segi makan, minum serta mengajar sedikit kemahiran mereka beranggapan tugas guru pendidikan khas mudah. Maka timbullah krisis tidak puas hati di kalangan guru-guru kelas biasa.

MASYARAKAT
Masyarakat masih kurang berpengetahuan dalam bidang pendidikan khas ini. Ini menjadikan mereka mudah mudah melabel kanak-kanak khas ini sebagai orang yang tiada berguna di mata masyarakat dan membawa beban dalam hidup. Perasaan tertekan serta malu di kalangan ibu bapa kanak-kanak khas ini membuatkan mereka hilang punca serta semangat untuk mendidik sebaik mungkin anak mereka hilang. Maka tiada tindakan yang sewajarnya diambil oleh ibu bapa ini untuk memberikan pendidikan sempurna pada kanak-kanak tersebut bagi melangsungkan hidup pada masa akan datang.

RUMUSAN
Setiap isu yang timbul mempunyai sebab atau punca. Pemilihan cara menangani masalah yang timbul harus diberikan perhatian agar perkhidmatan dapat diberikan dengan sebaik yang mungkin kepada masyarakat khasnya dan kepada negara amnya. Kepercayaan masyarakat terhadap pendidikan khas akan dapat disemai.
Kearifan dan ketrampilan dalam menyelesaikan masalah akan dapat menghapuskan isu yang timbul seterusnya akan mengembalikan imej yang pudar serta memberi sinar baru dalam anjakan ke arah kecemerlangan selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas




No comments:

Post a Comment