"The mediocre teacher tells; the good teacher explains;
The superior teacher demonstrate; the great teacher inspires."
- William A. Ward
Pendahuluan
Guru dianggap sebagai satu profesion yang paling murni. Ia juga dikatakan satu profesion yang paling unik. Namun berbeza daripada profesion yang lain seperti doktor, peguam dan arkitek, guru tidak mempunyai satu badan khas yang mengawal profesionalisme pengamal-pengamalnya selain daripada Unit Tatatertib Jabatan Negeri. Di Malaysia, adakalanya guru yang dianggap melanggar etika perguruan tidak akan diambil tindakan pecat atau lesen mengajar guru berkenaan ditarik balik.
Oleh itu, di pihak guru, mereka harus mempunyai kualiti-kualiti yang boleh melahirkan pelajar-pelajar yang dikehendaki oleh ibu bapa, masyarakat, sektor-sektor pekerjaan dan aspirasi negara secara umumnya. Ini disebabkan sifat-sifat dan kualiti seorang guru akan memberi impak kepada para pelajar, ibu bapa dan rakan-rakan seprofesion. Antara kualiti-kualiti tersebut adalah mempunyai ilmu dan berjaya mempraktikkannya serta mempunyai rasa hormat dan bersikap penyayang terhadap anak-anak muridnya (Feeny, Christensen, 1979) berperawakan yang baik, bertenaga, bersifat humor, fleksibel dan peka (Feeny, Christensen & Moravcik, 1996). Sementara Bottery (dalam Cribb, Gewirtz, 2001) mencadangkan guru-guru bertindak sebagai penjaga dan pengantara nilai kepada kanak-kanak.
Di dalam perbincangan tajuk ini, kita akan melihat kepada pengertian etika secara umum sebelum kita meninjau etika perguruan secara lebih dekat. Perbincangan juga akan melihat prinsip-prinsip etika perguruan dengan terperinci dan nilai etika yang harus ada kepada seorang pegawai pendidikan sebelum kita mengupas isu-isu yang berkaitan dengan etika perguruan dengan lebih lanjut.
Pengertian Etika
Apabila kita membicarakan etika, satu perkataan yang sinonim dengannya ialah moral, yang sangat berkait rapat malah seringkali diberi pengertian yang sama. Kita lihat perkaitan di antara etika dan moral dalam penjelasan di bawah.
Etika berasal dari perkataan ethos dalam bahasa Greek. Mengikut Kamus Dwibahasa Dewan (2002), ethos bermaksud nilai moral, sistem kepercayaan, budaya atau keperibadian sesuatu bangsa. Manakala etika membawa pengertian satu sistem atau prinsip moral. Ia tidak lari daripada satu lagi kata sinonimnya iaitu moral yang diertikan sebagai prinsip apa yang dikatakan betul dan apa yang dikatakan salah. Feeny, Christensen & Moravcik (1996) meminta para profesional supaya bertindak dengan penuh beradab kerana ia mencerminkan perkara yang betul dan salah.
Thiroux (2001), pula melihat etika sebagai satu teori mengenai tindakan individu, penafsirannya terhadap sesuatu kejadian dan mengapa individu bertindak sedemikian. Ia juga merupakan satu falsafah mengenai moral yang mementingkan tindakan seseorang individu bukannya.
Dapatlah kita membuat rumusan bahawa etika sebagai satu landasan nilai-nilai mulia yang harus dipatuhi oleh kelompok-kelompok umum yang mana nilai-nilai baik atau salah itu bersifat sejagat. Etika sebagai disiplin falsafah yang memberi perhatian khusus kepada penilaian kritikal terhadap norma dan garis panduan tindakan individu yang piawai, yang mewajarkan tindakannya Etika bertindak melicinkan dan memperkukuhkan nilai-nilai, kepercayaan dan tanggungjawab dalam sesuatu profesion. Ia mampu menjadi satu norma dan standard perlakuan-perlakuan ahli organisasi dan interaksi antara ahli-ahli organisasi tersebut Dengan kata lain, etika bertindak sebagai cermin tingkah laku moral manusia.
Teori-teori Berkaitan Etika
Teori consequentialist , menurut Strike & Soltis (1998) mementingkan kesan daripada satu-satu keputusan tindakan yang diambil. Oleh itu sesuatu tindakan perlakuan akan dianggap bermoral jika ia membawa kesan yang lebih baik daripada tindakan alternatif. Namun begitu apakah kayu pengukur untuk menilai tahap kesan sesuatu tindakan dengan kesan alternatif yang tidak dilakukan? Adakah berlakunya penghakiman yang benar-benar sempurna?
Bertentangan dengan teori di atas, teori nonconsequentialist melihat peraturan moral seharusnya bersifat sejagat. Menurut Strike & Soltis (1998) semua manusia mesti dilayan sama sahaja. Sesuatu tindakan yang dianggap salah akan tetap salah biar apapun justifikasi ataupun alasan untuk melakukan kesalahan itu. Pasti pendokong teori yang diperkenalkan oleh Immanuel Kant ini tidak bersetuju dengan amalan mercy killing. Menurut kepercayaan golongan Kantian lagi, niat berbuat jahat sudah mencukupi untuk kita mengatakan seseorang itu tidak beretika.
"In law a man is guilty when he violates the rights of others. In ethics he is guilty if he only thinks of doing so." -- Immanuel Kant dalam http://www.suhsd.k12.ca.us/edtech/healthtech/t-ethics.htm
.
Satu lagi teori yang dikemukakan ialah teori virtue. Foo (2005) menggunakan istilah keperibadian mulia untuk menjelaskan teori ini. Teori ini disarikan daripada falsafah Aristotle tentang keperibadian mulia manusia yang terbahagi kepada keperibadian mulia bersifat intelektual dan bersifat moral. Keperibadian mulia bersifat intelektual merangkumi kemampuan seseorang untuk memahami, menaakul dan membuat penilaian. Manakala yang bersifat moral pula menghendaki manusia agar berkelakuan baik seperti jujur, tabah dan pemurah.
Pernyataan Masalah
Sekolah sebagai agen sosialisasi yang paling penting bertindak untuk melahirkan warga yang mempunyai nilai-nilai sosial ( Mukherjee, 1978). Selain daripada itu ia berfungsi sebagai sebuah institusi pembangunan sumber manusia yang melahirkan komoditi modal manusia yang mempunyai sahsiah yang terpuji (Institut Aminudin Baki, 1997). Kamarudin Kachar (1989) pula menegaskan, peranan yang harus dimainkan oleh pemimpin pendidikan untuk melaksanakan dasar sistem pendidikan negara agar matlamat-matlamatnya tercapai. Pemimpin sekolah, terutamanya, harus memiliki kecekapan, kebolehan dan sifat-sifat adil, amanah, berdedikasi, berdaya usaha, bertanggungjawab, berdisiplin berakhlak tinggi.
Jelas kepada kita bahawa penerapan nilai dan moral terpuji harus ada dalam diri setiap insan yang bernama guru. Nilai dan moral terpuji ini menjadi garis panduan kepada guru-guru yang diikat dalam istilah etika perguruan. Profesion perguruan Malaysia juga mempunyai etika perguruannya sendiri dikenali dengan nama Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia. Ia dikendong setiap waktu mengajar oleh guru-guru, namun tidak pasti sama ada ia tercicir atau tidak.
Masalahnya, walaupun kita mempunyai etika, peraturan dan undang-undang, masih berlaku banyak kes pelanggaran etika perguruan sama ada oleh guru-guru atau pengetua. Radzuan Hassan (1997) membangkitkan isu rasuah di kalangan pentadbir sekolah. Abdullah Bakri (1990) pula menimbulkan persoalah pengabaian tugas oleh guru-guru dan pengetua terutama dalam soal pelaksanaan pengajaran. Akhir sekali, Asnah Abdul Hamid (1996) menambah kepincangan di kalangan profesional perguruan yang gagal menjadikan nilai dan etika profesional sebagai garis panduan semasa menjalankan tugas dan melaksanakan tanggungjawab profesional mereka.
Pernyataan-pernyataan di atas cukup merunsingkan masyarakat terutama apabila kes rasuah, kes rogol, kes mencederakan pelajar dan sebagainya yang melibatkan subjek guru menjadi topik hangat di dada akhbar yang melihat kes-kes begini sebagai satu sensasi. Oleh itu kupasan penulisan ini akan berusaha untuk mengenengahkan isu-isu yang melibatkan etika profesion perguruan serta mencadangkan beberapa amalan yang mampu menanganinya.
Kepentingan Etika Kepada Guru
Sebagai satu profesion, dunia perguruan akan berubah dari masa ke semasa. Nilai, peranan dan tanggungjawab guru juga akan turut berubah. Guru sebagai satu entiti yang begitu unik kerana pelanggan guru itu bukan sahaja pelajar, malah ibu bapa, masyarakat, sektor-sektor pekerjaan, ahli-ahli politik dan negara merupakan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan di dalam dunia pendidikan.
Kod etika dikatakan sebagai cornerstones of a true profession (David Freitas, dalam http://sdmultimedia.com/icce/CodeTE9.htm ) Dalam pengurusan Pendidikan pula, etika yang baik mampu mengujudkan budaya kerja yang cemerlang dan hasilnya ialah ia berjaya mengeluarkan para pelajar yang bakal menjadi ahli masyarakat yang berkualiti
Kod etika dapat membantu pentadbir sekolah memberi argumentasi terhadap masyarakat jika mereka mempunyai pemahaman tentang kod etika guru ini.Selain itu, etika perguruan juga dapat berfungsi sebagai panduarah dalam membantu guru melaksanakan apa yang dianggap betul. Dengan itu, guru mampu menjadi role model kepada anak-anak muda.
Masyarakat memandang tinggi profesion-profesion yang lain dan melihat guru sebagai satu profesion tidak setaraf doktor atau peguam atau jurutera yang mempunyai etika yang tetap dan dikawal oleh satu badan pemantau yang berhak menghukum ahli-ahlinya. Jadi etika perguruan amat penting untuk mengembalikan keyakinan masyarakat bahawa amalan profesionalisme perguruan berasaskan persetujuan bersama.
Menurut Feeny, Christensen & Moravcik (1996), kod etika mampu bertindak sebagai panduan kepada pengamal apabila wujudnya dilema dan membantu pengamal melaksanakan tugas-tugas mereka. Selain daripada itu, kod etika dapat meyakinkan masyarakat tentang amalan-amalan professional sesuatu profesion.
Moral Seorang Guru
Apakah yang dikehendaki daripada seorang guru? Persoalan ini mungkin amat sesuai juka kita melihat kualiti-kualiti guru dan tanggungjawab yang bebani ke atas guru.
Cribb & Gewirtz (2001), mengharapkan guru bertindak sebagai orang perantara ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka menyerapi nilai-nilai yang sesuai dengan anak-anak mereka yang bersifat passive imbiver. Guru-guru, selain bertindak sebagai in loco parentis, juga dikehendaki menyampaikan dan mengindoktrinasikan para pelajarnya ke arah kebaikan. Beliau juga menegaskan guru dalam membimbing pelajar harus bertindak sebagai fasilitator dan mewujudkan suasana yang dapat memberi faedah kepada mereka bila mereka keluar dari sistem pendidikan nanti.
Feeny & Christensen (1979) meletakkan beberapa syarat untuk menjadi guru yang berwibawa. Beliau harus memahami nilai-nilai yang perlu ada pada seseorang guru seperti berilmu dan mempunyai rasa hormat serta menyayangi kanak-kanak. Ini selari dengan prinsip-prinsip etika seorang guru yang wajib berilmu dan menyediakan kanak-kanak ke arah menjadi insan yang berguna dan warganegara yang berdikari. Prinsip Lieberman ( dalam Foo, 2005) juga meletakkan tanggungjawab melahirkan warga yang berhemah kepada ibu bapa. Maksudnya di sini pihak sekolah perlu berinteraksi dengan masyarakat secara mesra, penuh kerjasama dan sikap yang membina.
Selain daripada itu, dalam perlaksanaan sesuatu inovasi ke arah meningkatkan kualiti pelajar, Black (2001) memohon jasa baik masyarakat supaya memberikan kebebasan kepada pihak sekolah dan guru untuk melaksanakan perubahan supaya mereka dapat bekerja tanpa tekanan. Inilah bentuk kerjasama yang diperlukan seorang guru dari masyarakat, bukan sahaja sokongan dan bantuan kewangan.
Kesimpulannya, seorang guru dengan pendapatan yang tidak setimpal (Foo, 2005) harus menjalankan tugas-tugas yang semakin lama semakin membebankan. Inilah yang mempengaruhi ramai guru terutama di Barat meninggalkan profesion ini.
Akauntabiliti Seorang Guru
Secara umumnya terdapat beberapa perkara yang wajar diambil perhatian oleh seorang guru berkaitan dengan akauntabiliti guru ini. Mengikut Foo (2005) seorang guru harus mengelakkan diri daripada mengindoktrinasikan pelajarnya dengan apa-apa fahaman atau kepercayaan atau falsafah yang dipegangnya. Mereka mempunyai ruang dan peluang yang cukup luas untuk melakukan perkara ini.
Menjauhi amalan matlamat menghalalkan cara merupakan satu tangungjawab kerana ia bertentangan dengan objektif utama pendidikan iaitu memindahkan ilmu dan menanam nilai-nilai murni. Dalam isu penilaian, terdapat sekolah yang berusaha untuk meningkatkan peratus kelulusan. Mereka akan melakukan apa sahaja, termasuklah mengeluarkan nama pelajar yang dijangka gagal daripada daftar calon sekolah kepada calon persendirian. Ini amalan tidak beretika seorang guru.
Menilai pelajar secara adil dan saksama. Adalah menjadi satu amalan tidak beretika jika seseorang guru membuat penilaian berasaskan faktor bangsa, agama, kedudukan dan sebagainya. Sistem penilaian peperiksaan awam sekarang banyak memberi ruang kepada guru-guru membuat penilaian bagi subjek-subjek seperti bahasa, Sains Tulen, Kemahiran Hidup dan sebagainya. Dikhuatiri guru akan menggunakan ini untuk merosakkan seseorang pelajar dengan cara yang tidak bertanggungjawab.
Terdapat banyak sekali kes, walaupun tidak ada data khusus, di mana pihak sekolah memaparkan markah atau gred yang diperolehi pelajar kepada umum seperti melekatkan rekod pencapaian pelajar di papan kenyataan. Sebenarnya ini menyalahi etika keguruan yang memberi hak kerahsiaan kepada pelajar.
Menggunakan kuasanya secara bijaksana. Semua guru mengharapkan kedudukan autonomi mereka dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Sekiranya kuasa ini tidak digunakan dengan bijak pasti berlaku penyelewengan dan ini tidak sihat kepada organisasi pendidikan dalam usaha memartabatkan profesion perguruan.
Prinsip-prinsip Etika Profesional
Mengikut Lieberman (1956) prinsip-prinsip Etika Profesion Perguruan harus merangkumi prinsip tanggungjawab guru terhadap pelajar, perkongsian dengan ibu bapa, interaksi dengan masyarakat, mutual respect dengan majikannya dan hubungan sesama rakan sekerja.
Dalam profesion perguruan, seorang guru bertanggungjawab membawa para pelajar ke arah pemerolehan ilmu dan seterusnya menyediakan mereka ke arah amalan demokrasi. Guru juga berperanan membantu mereka mencapai kebahagiaan hidup, menjadi orang yang berguna kepada masyarakat dan negara dan individu yang berdikari. Ini merupakan prinsip etika professional dalam hubungan antara guru dan murid.
Dalam hubungan antara guru dan ibubapa pula, ahli-ahli profesion perguruan berkongsi tugas dengan ibu bapa membentuk perlakuan kanak-kanak ke arah matlamat akhir yang diterima masyarakat. Keberkesanan kaedah pengajaran bergantung kepada hubungan kerjasama antara sekolah dan rumah. Guru menggesa ibubapa sentiasa mengawasi aktiviti pelajar di rumah seperti membuat kerja rumah, manakala ibubapa pula mengharap guru agar dapat menjadikan anak-anak mereka manusia yang berjaya.
Profesion perguruan melibatkan bukan sahaja tingkah laku guru secara peribadi tetapi juga merangkumi interaksi sekolah dengan masyarakat. Hubungan guru dengan masyarakat harus berlangsung dalam suasana mesra, bersifat kerjasama, dan sikap yang membina. Masyarakat sentiasa mengharapkan sekolah supaya melahirkan ahli masyarakat yang mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara. Guru-guru pula perlukan masyarakat di luar agar menyediakan peluang-peluang untuk anak-anak didik mereka apabila mereka tamat persekolahan seperti menyambung pelajaran atau bekerja.
Ahli-ahli profesion perguruan tidak dapat lari daripada tanggungjawab berkaitan dengan kariernya. Tanggungjawab ini bersifat tanggungjawab di antara pekerja dengan majikan. Adalah amat molek jika hubungan ini bersifat mutual respect dan saling mempercayai agar tugas dapat dilaksanakan dengan ikhlas. Jika amalan ini berjaya dilaksanakan, pemantauan dan arahan daripada pihak atasan akan berlangsung dalam jumlah yang sangat minimum dan guru-guru akan merasai bahawa mereka merupakan individu yang sangat meyakinkan pihak atasan.
Adalah dikatakan profesion perguruan berbeza daripada profesion-profesion yang lain. Salah satunya kerana keunikan hubungan antara seorang guru dengan rakan sekerjanya. Ada keunikan hubungan dan kualiti professional antara sesama guru. Kerjasama antara guru dengan rakan sejawat mampu memecahkan halangan yang sebesar manapun, terutama bila ia melibatkan prubahan dalam kurikulum dan system pendidikan.
Prinsip oleh Lieberman ini diakui oleh Sufean Hussin (1996). Menurutnya, tanggungjawab professional guru meliputi tanggungjawab terhadap pelajar; rakan sejawat dan profesion perguruan; masyarakat dan negara; dan ibu bapa. Malah Sheila Worley dalam http://teacherweb.com/HI/MaryknollSchool-HighSchoolDivision/t.stm, New York State United Teachers dalam http://www.highered.nysed.gov/tcert/resteachers/codeofethics.htm, guru-guru Association of Unity Churches dalam http://www.unity.org/education/ltcode.html, David Freitas dalam http://sdmultimedia.com/icce/CodeTE9.htm, Kod Etika Guru-guru Minnesota dalam http://education.state.mn.us/html/012969.htm, Kod Etika Guru oleh Alabama Education Association dalam http://www.shelbyed.k12.al.us/gbu.htm dan Tatasusila (Etika) Profesion Perguruan Malaysia memperakui tanggungjawab guru terhadap pelajar, ibubapa, rakan sejawat, profesion perguruan, masyarakat dan negara dalam pembinaan etika perguruan.
Foo (2005) yang merumuskan kod etika universal oleh Larry Colero pula membincangkan enam prinsip yang perlu dalam pembentukan kod etika perguruan. Pertama beliau melihat prinsip kesaksamaan dimana setiap guru mesti melayan semua pelajar tanpa mengira bangsa, agama atau kepercayaan. Sifat adil juga penting dalam mengambil apa-apa tindakan terhadap para pelajar tanpa mengambil kira jantina, fahaman politik, tempat asal, latar belakang pelajar, kemampuan akademik dan sebagainya.
Kedua, prinsip keterbukaan di mana sifat jujur sangat diutamakan. Selain dari pada itu, seorang guru tidak wajar mengaibkan rakan-rakan sejawatan mereka dan tidak harus melobi dengan apa cara sekalipun untuk mendapat kenaikan pangkat atau markah yang tinggi dalam penilaian prestasi tahunan.
Prinsip seterusnya berkaitan dengan prinsip kerahsiaan dimana guru diminta supaya menghormati hak kerahsiaan para pelajar. Pelajar tidak harus dimalukan atau direndah-rendahkan dengan mendedahkan maklumat-maklumat yang boleh memalukan atau menjatuhkan maruah atau merendahkan nilai diri dan jati diri pelajarnya.
Prinsip ketekunan pula menghendaki guru mengesan potensi pelajar-pelajarnya dan sedia menerima perbezaan individu pelajar dan seterusnya menjadikan ia asas untuk membimbing mereka ke arah kecemerlangan.
Prinsip kelima ialah prinsip kesetiaan terhadap profesionnya yang menegah seorang guru daripada melakukan perkara-perkara yang tidak sopan. Prinsip ini turut menuntut seorang guru bertindak sebagai ibu bapa ganti dalam usaha membentuk tingkah laku pelajar ke arah matlamat yang ingin dicapai.. Akhir sekali guru dilarang mengajar sesuatu yang boleh merosakkan ke[pentingan pelajar, ibu bapa dan negara.
Prinsip terakhir dalam pembentukan etika perguruan ialah prinsip mengelakkan konflik kepentingan peribadi. Guru-guru disaran agar mengutamakan kepentingan pelajar lebih daripada kepentingan masyarakat, persatuan atau peribadi. Prinsip ini turut melarang guru mengiklankan kelas-kelas tuisyen yang beliau mempunyai kepentingan di dalamnya. Juga guru tidak boleh menerima atau meminta hadiah daripada pelajar dan ibu bapa berkaitan dengan tugas-tugas keguruannya.
Prinsip Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia
Prinsip Pertama: Niat yang Betul
Prinsip ini menuntut agar setiap warga Kementerian melaksanakan tugas dengan niat yang betul, sebagaimana yang dituntut oleh agama, selaras dengan nilai kerja yang dicadangkan. Terdapat empat jangkaan nilai kerja yang diharapkan daripada amalan prinsip pertama ini, iaitu:
Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), misi, matlamat dan objektif Kementerian Pelajaran Malaysia;
Ikhlas menyempurnakan tanggungjawab terhadap agama dan negara;
Memberikan sumbangan bermutu; dan
Sentiasa membarui niat untuk kebaikan.
Prinsip Kedua: Perlakuan yang Baik
Berdasarkan prinsip ini, semua warga Kementerian diseru agar melaksanakan tugas dengan sempurna untuk mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi. Warga Kementerian diminta agar mengamalkan nilai-nilai yang berikut semasa melakukan tugas mereka.
Menunjukkan penampilan diri, pertuturan dan perbuatan yang terbaik sepanjang masa;
Memberikan kepuasan kepada pelanggan; dan
Menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi.
Prinsip Ketiga: Penggerak ke arah Kebaikan
Setiap warga Kementerian Pelajaran Malaysia diseru supaya menjadi penggerak ke arah kebaikan. Berikut merupakan apa yang disarankan berdasarkan prinsip ini.
Menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju, berdaya saing dan dapat mendorong seseorang melakukan kebaikan;
Berusaha agar hasil kerja dan amalan dapat menonjolkan cirri-ciri kecemerlangan dan ketinggian kualiti yang menjadi sumber inspirasi kepada rakan sejawat; dan
Sentiasa berusaha untuk menjadi pekerja yang baik.
Prinsip Keempat: Mengotakan Apa yang Dikatakan
Prinsip ini menuntut agar semua warga Kementerian sentiasa berusaha melaksanakan apa yang dikatakan. Aspek ini amat penting kerana salah satu elemen yang amat penting dalam pengurusan organisasi hari ini ialah memenuhi keperluan pelanggan dan memberikan kepuasan kepada mereka. Untuk mematuhi prinsip ini, perlakuan-perlakuan seperti yang berikut haruslah menjadi amalan:
Sentiasa menunjukkan ketekalan dalam tanggapan, pengucapan dan tindakan, sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain;
Apa yang dilakukan mesti sesuai dengan apa yang diucapkan; dan
Sentiasa menepati apa yang dinyatakan dalam piagam pelanggan.
Prinsip Kelima: Berdisiplin dan Beradab
Warga Kementerian hendaklah sentiasa melakukan aktiviti yang berperaturan, mulia, berdisiplin dan beradab. Semua warga Kementerian perlu mengamalkan perlakuan-perlakuan seperti berikut:
Sentiasa menjaga adab sopan seperti yang terkandung dalam ajaran agama;
Sentiasa mematuhi peraturan dan arahan perkhidmatan; dan
Sentiasa berpandukan prosedur serta kaedah yang sesuai dan betul.
Nilai-nilai Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia
Nilai Pertama: Amanah
Secara umumnya, amanah bermaksud sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas tanpa menyalahkan kuasa dan kedudukan Berikut merupakan beberapa amalan amanah yang dikemukakan:
Sentiasa menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab, tanpa menyeleweng dan cuai;
Bersikap jujur serta setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan;
Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan serta tidak menggunakan masa pejabat untuk urusan peribadi;
Berdisiplin dan mengawal diri serta tidak melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap dirinya; dan
Bertanggungjawab melaporkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
Nilai Kedua: Benar
Nilai benar telah ditafsirkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai benar pada niat dan perbuatan. Antara perlakuan yang diharapkan daripada warga Kementerian yang memperlihatkan nilai ini adalah seperti yang berikut:
Mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan, tanpa niat yang tersembunyi mahupun mengharapkan balasan;
Bercakap benar dan menepati janji, tidak bercakap bohong dan mungkir janji;
Bersedia untuk mempelajari atau menerima nasihat daripada orang lain dengan tidak bersikap sombong atau angkuh;
Memberikan atau menerima arahan yang jelas serta tepat dan tidak mengelirukan; dan
Rela berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaan bersama.
Nilai Ketiga: Bijaksana
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mentafsirkan nilai bijaksana sebagai menggunakan pemikiran dengan bijaksana dengan membuat keputusan dan tindakan yang sesuai dengan masa serta keadaan. Amalan-amalan yang diperakukan termasuklah:
Menggunakan seluruh potensi, keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas dengan cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah;
Sentiasa berusaha menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti;
Mempunyai fikiran dan pertimbangan yang rasional dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengikut perasaan serta emosi; dan
Sentiasa meningkatkan ilmu, kepakaran dan profesionalisme.
Nilai Keempat: Bersyukur
Bersyukur bermaksud perasaan dan perlakuan yang menunjukkan penghargaan atas nikmat atau pemberian yang diterima. Perlakuan-perlakuan yang dicadangkan ialah:
Sentiasa menghargai anugerah yang diterima tanpa menganggap kejayaan-kejayaan sebagai hak;
Bersedia memberikan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya tanpa sebarang prasangka, berdendam atau menabur fitnah;
Tenang menghadapi masalah dan reda menerima ketetapan, kegagalan dan ujian serta tidak berputus asa; dan
Berpuas hati dengan nikmat yang diperolehi seperti ganjaran yang diterima dan kemudahan yang disediakan.
Nilai kelima: Dedikasi
Dedikasi bermaksud berminat dan rela mengorbankan masa serta tenaga secara berterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti. Amalan-amalan atau nilai yang diharapkan adalah seperti berikut:
Bekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta bersedia untuk menerima tugas dengan tidak mencari helah;
Sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan perkhidmatan;
Tekun dan rajin serta bersikap positif dalam melaksanakan tugas dan memastikan hasil kerja sentiasa berkualiti;
Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sabar, teliti dan ceria, tidak cuai atau merungut; dan
Cergas dan pantas bekerja dan hasilnya menepati kehendak organisasi.
Nilai keenam: Ikhlas
Ikhlas bermaksud menunaikan tanggungjawab dengan suci hati untuk menghasilkan kerja yang terbaik tanpa mengharapkan ganjaran atau balasan. Amalan-amalan yang mencerminkan nilai ini adalah seperti berikut:
Menerima tanggungjawab dengan rela, hati yang suci, tidak berpura-pura atau berusaha mengelakkan daripada tanggungjawab;
Menjalankan tugas semata-mata untuk mencapai matlamat organisasi, bukan kerana pangkat, kedudukan atau mendapat perhatian orang lain; dan
Memberikan layanan yang baik, tanpa mengira pangkat, status atau kedudukan dan tidak bersikap pilih kasih.
Nilai Ketujuh: Penyayang
Nilai penyayang membawa maksud perasaan dan perlakuan yang menunjukkan sikap memahami, menghargai serta mengambil berat. Ia dapat ditunjukkan seperti berikut:
Bersifat pemaaf dan penyayang, tidak berdendam, sombong atau suka
meninggi diri;
Menganggap setiap orang mempunyai harga diri yang perlu dihormati
tanpa sebarang prasangka buruk;
Bertimbangrasa dan suka mengambil berat dalam melaksanakan tugas;
Menjadikan organisasi sebagai sebuah keluarga besar yang penuh mesra; dan
Bersifat simpati dan empati dalam menjalankan tugas seharian.
Pematuhan Etika Perguruan
Apabila kita membincangkan isu pematuhan etika perguruan, satu perkara yang harus kita perbincangkan ialah Perintah Am Bab D - Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Ini disebabkan semua penjawat awam adalah tertakluk kepada perintah ini termasuklah guru. Kita lihat Bahagian II, Peraturan 4 (2) secara terperinci kerana ia sangat signifikan dengan isu yang bakal kita bincangkan nanti.
Perintah Am Bab D; Bahagian II, Peraturan 4 (2)
Seorang pegawai tidak boleh:
(a) membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya;
(b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya;
(c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa –
(i) dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya hingga menjejaskan kegunaannya sebagai seorang pegawai awam; atau
(ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri;
(d) berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam;
(e) kurang cekap atau kurang berusaha;
(f) tidak jujur atau tidak amanah;
(g) tidak bertanggungjawab;
(h) membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan berhubungan dengan perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu adalah tuntutan sendiri atau tuntutan anggota-anggota perkhidmatan awam yang lain;
(i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah; dan
(j) cuai dalam melaksanakan tugasnya.
Profesion perguruan di Malaysia juga mempunyai kod etikanya yang dikenali dengan nama Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia. Lampiran etika ini terdapat di bahagian awal Buku Rancangan Mengajar guru-guru. Kita perhatikan etika berkenaan.
Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia
1. Tanggungjawab Terhadap Pelajar.
1.1 Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.
1.2 Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
1.3 Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
1.4 Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
1.5 Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
1.6 Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberi contoh yang baik kepada pelajar.
2. Tanggungjawab Terhadap Ibubapa
2.1 Menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak-anak mereka.
2.2 Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.
2.3 Menggangap semua maklumat yang diberikan oleh ibubapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkan kepada sesiapa kecuali mereka yang berhak mengetahuinya .
2.4 Memberi maklumat kepada ibubapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibubapa secara teliti dan bijaksana.
2.5 Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi pelajar.
2.6 Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibubapa atau penjaga mereka.
3. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara
3.1 Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukunegara.
3.2 Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai-nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
3.3 Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4. Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Perguruan
4.1 Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibubapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
4.2 Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
4.3 Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggung-jawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
4.4 Sentiasa berusaha membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan.
4.5 Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
4.6 Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
1. Isu Penilaian
Apabila kita menyentuh isu penilaian, kita harus berbalik kepada persoalan asas iaitu, apa tujuan penilaian dalam aspek persekolahan. Bagi guru-guru di sekolah kita telah dilatih dengan objektif sesuatu penilaian iaitu sebagai satu kayu pengukur apakah pelajar telah mahir dengan dengan pengajaran kita. Hasil daripada analisis itu, guru dapat membuat sesuatu seperti program pengayaan atau pemulihan. Atau mencari di mana kekuatan yang boleh kita perkukuhkan atau kelemahan yang harus diperbaiki.
Namun kita telah biasa dengan fenomena yang melihat penilaian terhadap prestasi akademik pelajar mencerminkan apa yang telah guru buat selama ini. Penilaian pentadbir, Pejabat Pendidikan Daerah, ibu bapa serta masyarakat menjadi tekanan kepada guru, dan yang paling serius jika ia menjadi asas kepada penilaian prestasi. Lalu guru-guru sekarang ini mengajar tidak lagi bertujuan untuk mengembangkan potensi-potensi individu tetapi supaya para pelajarnya lulus cemerlang. Sekolah tidak lagi menjadi institusi untuk membentuk peribadi pelajar, tetapi sebagai sekolah tuisyen percuma.
Situasi begini menimbulkan isu yang lain pula, iaitu, sekolah harus meningkatkan pencapaian akademiknya atau menerima penangan daripada pihak atasan. Berbagai cara dilakukan untuk meningkatkan peratus pencapaian seperti menjadikan calon sekolah sebagai calon persendirian, menghalang pelajar menduduki peperiksaan, dan yang paling dahsyat membantu pelajar semasa peperiksaan.
Keadaan ini bertentangan dengan etika perguruan. Lihat Prinsip Etika KPM mengenai niat yang betul, iaitu, berusaha “memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, misi, matlamat dan objektif KPM”, Nilai Etika KPM berkaitan dengan nilai amanah iaitu “sentiasa menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab, tanpa menyeleweng dan cuai”, Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia; bahagian Tanggungjawab Terhadap Pelajar; ceraian kedua, iaitu, “Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama” .
Satu lagi isu berkaitan ialah kebolehpercayaan ujian (Foo, 2005). Sistem pendidikan di negara kita telah menetapkan di akhir tahun keenam pelajar menduduki UPSR; di tahun kesembilan, PMR; dan kesebelas SPM.. Ini merupakan peperiksaan awam yang akan diduduki oleh semua calon serentak mengikut jadual yang ditetapkan dan dinilai secara standard. Di pihak sekolah pula, pelajar diajar oleh guru yang berbeza, kaedah berbeza, masalah berbeza, latar berbeza, kemudahan berbeza, pendedahan berbeza walaupun kurikulumnya sama. Bukankah ini menimbulkan isu kebolehpercayaan dalam sistem penilaian peperiksaan awam negara.
Satu lagi persoalan yang boleh dibincangkan di sini ialah penilaian guru terhadap dirinya sendiri. L. Dee Fink (1999), dalam satu artikelnya menyebut:
“Assuming that no one is perfect and therefore everyone has room for improvement, evaluation is the means by which we try to identify which aspects of our teaching are good and which need to be changed. The question then arises as who should take responsibility for doing this evaluation. My believe is that evaluation is an inherent part of good teaching. Therefore it is the teacher himself or herself who should take primary responsibility for doing the evaluation." atas talian
http://www.angelfire.com/journal2/fakir_zamani/ceramah7.htm
Ini memberi implikasi bahawa guru harus menanamkan satu semangat “belajar sepanjang hayat” di dalam diri mereka kerana ilmu semakin bertambah, inovasi di dalam mahupun di luar dunia pendidikan berlangsung dengan pesat. Ilmu ICT, contohnya, harus dikuasai oleh guru. Kita berharap agar tidak terdapat guru-guru yang tergolong dalam golongan laggard ataupun menjadi penentang kepada pembaharuan-pembaharuan.
Kementerian Pelajaran disarankan agar mencari satu mekanisme terbaik untuk mengatasi persoalan-persoalan ini. Pemantauan berterusan mungkin satu pendekatan terbaik untuk meminimakan isu ini. Pihak pentadbir sekolah harus menjalankan tugas yang diamanahkan seperti kerja pemantauan proses P & P secara lebih agresif.
Selain daripada itu, Bahagian Penilaian dan Peperiksaan di Jabatan Pelajaran Negeri atau pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia harus turun padang memantau apa yang dibuat oleh Setiausaha Peperiksaan di sekolah-sekolah. Kita tidak mahu, kes dipapar di akhbar, barulah pihak berkenaan melatah, “kita akan mengambil tindakan tegas terhadap sekolah terbabit”, satu kenyataan retorik.
Disarankan juga sistem penilaian berasaskan sekolah yang ada sekarang ini distrukturkan semula bagi mengatasi masalah kebolehpercayaan ujian. Mekanisme yang diwujudkan sekarang ini walaupun mempunyai kebaikan, tetapi sering disalahgunakan oleh guru-guru penilai di sekolah. Akibatnya, markah yang diperolehi oleh para pelajar masih diragui kesahannya.
2. Isu Nilai Amanah
Satu isu besar bagi sektor awam terbesar negara kita ialah menjaga lebih daripada 100 000 pegawai-pegawainya dan penempatannya pula sehingga ke tempat-tempat yang cuma boleh dilalui melalui helikopter, bot, atau berjalan kaki selama dua atau tiga hari. Amat sukar mengawal semua guru, dan tidak mustahil ada guru mengambil kesempatan daripada situasi-situasi begini. Terdapat guru yang berniaga serta memiliki lesen kontraktor (walaupun atas nama ahli keluarga). Di kawasan pedalaman, ramai guru aktif dengan politik kepartian. Kadang kala mereka terlalu memberi tumpuan kepada politik hingga mengabaikan tugas di sekolah. Mereka ini menjawat jawatan dalam parti di peringkat cawangan dan bahagian. Dengan menggunakan pengaruh jawatan, mereka memperolehi ganjaran lumayan di arena politik. Buletin Online (Okt 2005) dalam http://buletinonline.net/modules menceritakan kes seorang guru yang aktif berpolitik dan memperoleh kontrak dari saluran politik sehingga mengabaikan tangungjawab profesionnya. Ini merupakan satu contoh tipikal pelanggaran etika perguruan.
Kita lihat kod etika KPM dalam Nilai Amanah:
Sentiasa menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab, tanpa menyeleweng dan cuai;
Bersikap jujur serta setia kepada organisasi tanpa
menyalahgunakan kuasa dan kedudukan
dan peruntukan dalam Perintah Am Bab D(c)
ii. dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi
faedahnya sendiri
dan Tatasusila Profesion Perguruan Perkara 4; ceraian ii , iaitu,
“tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.”
Perkaitan dengan isu di atas, nilai amanah juga merupakan satu percanggahan besar terhadap amalan rasuah. Kita lihat rajah di bawah yang menunjukkan kepincangan di kalangan pegawai-pegawai “kolar putih”.
Jadual 1: Bilangan Kes Jenayah Kolar Putih (1988 – Jun 1991)
Jenis Jenayah
1988
1989
1990
Jun 1991
Pecah Amanah
Penipuan
Pemalsuan
Wang Palsu
Kad Kredit
Lain-lain
1886
2730
355
238
-
232
381
1831
255
1466
-
129
983
1991
348
685
63
318
460
550
110
264
17
115
Jumlah
5441
4062
4388
1516
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Bukit Aman Kuala Lumpur
Daripada jadual di atas kes-kes seperti pecah amanah, penipuan dan pemalsuan dokumen di kalangan pegawai-pegawai tinggi kerajaan adalah tinggi. Data pihak polis ini adalah lebih rendah daripada yang sebenarnya. Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (2002), dalam http://myschoolnet.ppk.kpm.my/arkib/a_berita/tatatertib.htm., yang mengendalikan kes-kes melibatkan guru siswazah, banyak kes-kes tatatertib yang tidak dihantar atau lewat sehingga lebih setahun kepada pihak Pihak Berkuasa Tatatertib SPP. Daripada laporan ini, nyata sekali perlakuan pelanggaran etika berlaku oleh pihak tertuduh dan di peringkat pegawai yang bertanggungjawab.
Badan Pencegah Rasuah, seperti yang dilaporkan oleh Marzita Abdullah (2004), dalam http://www.mypendidik.net/portal/modules pula melaporkan kebanyakan pentadbir pendidikan melakukan penyalahgunaan kuasa secara sengaja. Beberapa kes seperti penerimaan wang daripada kontraktor, pemberian tiket kapalterbang, pembiayaan hotel dan pemalsuan dokumen kerja pembaikan dilakukan dengan sengaja oleh pentadbir sekolah. Sebagai pegawai perkhidmatan awam mereka telah melanggar tata kelakuan dan tatatertib Perintah Am Bab D; Bahagian II; Peraturan 4(2) dalam hal-hal berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa.
Adalah disarankan guru-guru tidak membelakangkan kepentingan profesion perguruan mereka daripada kepentingan peribadi. Jabatan Perkhidmatan awam pula dicadangkan bertindak meluaskan larangan berpolitik kepada semua guru bukan sahaja kepada penjawat awam kumpulan A.
Selain daripada itu, Unit Tatatertib Jabatan Pelajaran Negeri harus telus dalam menjalankan tugas mereka dengan melaporkan kes-kes pelanggaran etika kepada pihak-pihak yang berkenaan dengan segera setelah mendapati ada bukti kukuh untuk membuat pendakwaan ke atas mereka. Kita tidak mahu pegawai-pegawai pendidikan
3. Isu Nilai Ikhlas- Keadilan
Satu isu yang dianggap remeh tetapi sebenarnya telah menggugat martabat profesion perguruan. Dalam konteks keikhlasan, etika KPM meminta semua guru memberi layanan yang baik, tanpa mengira pangkat, status atau kedudukan dan tidak bersikap pilih kasih. Dengan amalan ini profesion perguruan akan dihormati oleh masyarakat umum.
Satu persoalan yang berbangkit daripada isu ini ialah hak kesamarataan. Pelajar mempunyai hak untuk dilayan sama rata oleh guru. Walaupun kita sedar akan kewujudan perbezaan individu, ia tidak boleh menghalang kita daripada berlaku adil terhadap anak-anak didik kita. Faktor latar keluarga, status sosio-ekonomi pelajar, perilaku pelajar dan rupa paras pelajar tidak boleh menjadi penyebab kenapa guru bertindak sebaliknya. Keadilan harus dilihat dengan lebih jauh lagi. Pelajar SES rendah perlu diberi lebih tumpuan pada kadarnya dan bantuan jika status itu mempunyai korelasi dengan pencapaiannya yang rendah. Pelajar agresif harus diberi lebih perhatian jika keagresifannya itu disebabkan oleh tiada perhatian di rumah.
Satu sikap guru yang kurang beretika ialah labeling. Ini satu fenomena yang meluas berlaku di sekolah-sekolah. Walaupun ada guru yang berjaya menahan daripada menzahirkan kata-kata yang tidak sewajarnya, tetapi tingkahlaku lain menjurus ke arah itu. Ada guru yang lambat masuk kelas untuk mengajar kelas yang “kurang bijak” dan dalam iklim P & P yang kurang bersemangat. Situasi ini berlainan jika ia mengajar kelas “bijak”. Ada guru yang akan melepaskan keluhan bila menjadi guru kelas tertentu dan wajahnya hilang ceria sepanjang tahun dengan perlantikan itu.
Adalah disyorkan agar guru mengamalkan sikap adil dan memberi peluang yang sama kepada semua pelajarnya. Satu perkara yang sangat dipuji ialah memperkenalkan Makmal Komputer kepada sekolah-sekolah tertentu. Ini memberi peluang kepada ramai pelajar yang tidak berpeluang untuk mempelajari dan menggunakan komputer.
Selain daripada itu, bagi menangani masalah labeling adalah dicadangkan agar pihak pentadbir sekolah mengambil inisiatif mengenakan tindakan ke atas guru yang mengamalkan sikap ini. Perkataan-perkataan guru, seperti “bodoh”, “lembu” atau “anak haram” atau yang sepertinya, merupakan kata-kata provokasi yang menghina yang tidak harus diluahkan walau dalam keadaan apa sekalipun.
4. Isu Nilai Dedikasi-Keselamatan
Kita lihat apa yang terkandung di dalam nilai dedikasi Etika KPM:
“Guru harus menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sabar, teliti dan ceria, tidak cuai atau merungut”
dan Tatasusila Profesion Perguruan; Bahagian 1; Perkara 1.1
“Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.”
Nilai etika perguruan yang terpenting ialah tanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar. Keselamatan pelajar berkait rapat dengan isu kecuaian. Pengetua dan guru-guru harus melihatnya sebagai satu aspek penting dalam pengurusan sekolah. Keselamatan pelajar menjadi satu tugas yang penuh cabaran digalas oleh guru dan pengetua. Kecuaian akan menyebabkan ibu bapa mengambil tindakan mahkamah terhadap guru dan sekolah. Sekiranya guru memahami dan menjalankan tugas mengikut etika yang ditetapkan, walaupun kes dibawa ke mahkamah, undang-undang akan menyebelahi kita.
Masalahnya sekarang adakah sekolah, guru-guru terutamanya, telah mengambil langkah-langkah keselamatan untuk menjauhi daripada berlakunya kecuaian. Kes pelajar dilanggar mati di luar sekolah, adalah satu rujukan yang penting. Guru-guru yang beretika akan memastikan anak-anak muridnya melintas jalan dengan selamat, bukan hanya mengharapkan pengawal keselamatan sahaja. Pihak guru telah sedia maklum akan risiko kemalangan di kawasan tersebut, ditambah lagi dengan umur pelajar yang masih rendah koordinasi mata dengan tindakan. Guru-guru mungkin selamat daripada kes mahkamah, kerana ia berlaku di luar kawasan sekolah, tetapi nilai moral guru yang berhemah tinggi, penuh dedikasi akan tercalar kerana kes sebegini. Masyarakat akan memandang rendah martabat guru yang mengambil sikap tidak ambil peduli ini.
Dalam isu ini juga, guru-guru dinasihatkan agar mematuhi prosedur-prosedur keselamatan terutama jika melakukan aktiviti yang berisiko seperti lawatan, perkelahan, sukan, perkhemahan dan sebagainya. Mematuhi prosedur merupakan satu amalan etika perguruan. Selain daripada itu adalah dicadangkan agar sistem kawalan keselamatan swasta sekarang di mansuhkan dan digantikan dengan sistem kawalan keselamatan yang digunapakai oleh Bank Simpanan Nasional.
5. Isu Nilai Bersyukur
Nilai bersyukur bolehlah jika kita katakan berterima kasih dan menghargai setiap pemberian, anugerah dan nikmat yang diterima. Namun begitu adalah wajar bagi kita turut bersyukur sekiranya sesuatu yang datang itu bukan dalam bentuk yang menyeronokkan kerana sudah menjadi lumrah kehidupan adakalanya suka dan ada kalanya kita sedih; kadang-kadang pasang, kadang-kadang surut; dan ada masanya di atas dan ada ketikanya kita di bawah. Itu juga kita harus bersyukur, kerana tidak semestinya jika yang datang itu tidak baik, akan berakhir dengan tidak baik. Di sini unsur reda membawa konsep nilai bersyukur. Dikatakan juga “pasti ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian.” Bagi masyarakat Islam bersyukur dilahirkan dengan puji-pujian bagiNya.
Terdapat banyak aduan oleh pihak guru kepada pihak jabatan pendidikan yang menggambarkan guru-guru tidak mempunyai nilai ini seperti dalam kes pembayaran skim baucer tuisyen yang lewat diterima (lihat http://www.tranungkite.net/modules)
Satu elemen nilai kesyukuran dalam etika KPM ialah berpuas hati dengan nikmat yang diperolehi seperti ganjaran yang diterima dan kemudahan yang disediakan. Seandainya guru-guru dapat menyerapi nilai ini, mereka mampu melaksanakan tugas dengan hati yang tenang, seronok dan lancar. Satu contoh, jika kita diarah mengajar kelas yang mencabar kesabaran kita, seperti tahap akademik yang rendah dengan masalah disiplin sukar dikawal dan dilabel oleh rakan-rakan, kita wajib bersyukur. Sebenarnya kita telah diberi peluang mengubah tingkahlaku disiplin dan akademik kelas berkenaan. Tekadkan untuk melahirkan pelajar yang mampu mengubah persepsi guru-guru lain. Hasilnya pasti kepuasan dan nikmat yang tidak terbeli harganya.
Satu isu lagi ialah isu penempatan guru. Guru-guru yang dihantar bertugas di sekolah yang mereka kurang ingini, berusaha untuk bertukar sekolah. Dalam satu ucapan, Fong Chan Onn (1997) menjelaskan ramai guru Bahasa Inggeris enggan bertugas di pedalaman (lihat http://161.139.39.251/akhbar/teaching/1997/um97826.htm). Ada di kalangan mereka yang bertukar karier semata-mata untuk bekerja di kawasan bandar-bandar besar. Sistem pendidikan tidak memerlukan tenaga-tenaga yang kurang beretika ini. Ada pula guru merungut kerana tidak diberi markah yang tinggi untuk Penilaian Prestasi. Ini semua merupakan contoh-contoh guru kita yang kurang beretika kerana tidak menanamkan nilai kesyukuran dalam diri mereka.
Untuk mengatasi masalah ini, guru-guru harus mempunyai rasa reda dan anggap bahawa pasti ada yang menunggu di sana yang kita belum tahu. Guru-guru yang enggan untuk dihantar bertugas di kawasan pedalaman harus dihentikan kerana mereka merupakan golongan yang tidak tahu bersyukur. Mereka tidak harus diberi muka dengan kelulusan permohonan pertukaran atau pengubahsuaian penempatan kerana mereka merupakan professional yang tidak beretika.
6. Isu Gangguan Seksual
Satu definisi gangguan seksual yang mudah ialah apa-apa perbuatan bersifat seksual yang tidak diingini dan memberikan kesan sebagai satu gangguan secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal. Bagi mendapatkan definasi yang lebih tepat mengenai gangguan seksual di tempat kerja definisi United State Equal Employment Opportunity Commision (USEEOC) di Amerika Syarikat adalah lebih sesuai untuk dibincangkan. Ia menyebut:
“Unwelcome sexual advance, requests for sexual favors and otherverbal or physical conduct of a sexual nature when submission to or rejection of this conduct explicitly or implicitly affects an individuals employment unreasonably interferes with an individual’s work performance or creates an intimidating, hostile or offensive work environment.”
USEEOC.http://www.de2.psu.edu/harassment/legal/
Kita tidak harus terikat kepada pengertian itu sahaja, kerana, beberapa perkara lain harus diambil perhatian iaitu pengganggu boleh juga seorang perempuan, tidak semestinya lelaki sahaja. Seperkara lagi, pihak yang menjadi mangsa tidak semestinya subjek yang diganggu, tetapi pihak yang terasa terganggu dengan perbuatan pemangsa. Situasi gangguan seksual yang berlaku juga tidak semestinya memberi kesan kepada kedudukan mangsa dari segi kerja, kenaikan pangkat atau pendapatannya.
Di sekolah, gangguan seksual boleh berlaku di antara pengetua – guru-guru (dan kakitangan) – pelajar. Biasanya, yang menjadi mangsa ialah golongan pelajar. Di Malaysia, masalah yang berlaku ialah mangsa gagal membuat laporan kerana takut, malu atau tidak tahu ia sebenarnya gangguan seksual. Undang-undang pula perlukan bukti kukuh untuk menerima pertuduhan.
Kita lihat satu kes serius di negeri China seperti yang dilapor oleh Berita Harian dalam www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Dunia/20050911103703/Article/pp_index_html. Kes seorang guru yang dihukum mati kerana kesalahan merogol 32 orang pelajarnya yang berusia 14 tahun selama dua tahun. Kes seperti ini juga berlaku dengan banyak sekali di Malaysia yang melibatkan guru-guru biasa hingga pengetua sekolah agama. Satu kes di Tuaran pada 25 Feb. 2004 yang melibatkan kejadian rogol oleh seorang guru ke atas pelajar cacat di sekolah khas seperti yang dilaporkan dalam http://www.network54.com/.
Satu langkah proaktif yang boleh dilakukan oleh bakal mangsa ialah mengelak daripada menjadi mangsa. EVAW (End Violence Against Women International) pula mencadangkan dalam laman web mereka (G:\About EVAW International.htm) perkara-perkara berikut harus dilakukan oleh majikan.
a. Adakan satu polisi bertulis dan disebar dan di tampal di tempat kerja mengenai gangguan seksual
b. Polisi tersebut harus mengandungi definisi yang jelas dengan penerangan dan
contoh yang sesuai.
c. Polisi harus mengandungi galakan daripada pengurusan untuk mangsa
membuat aduan.
d. Pihak pengurusan harus mengadakan latihan berterusan tentang anti-gangguan
seksual kepada kakitangannya.
Satu lagi langkah proaktif yang boleh diambil ialah menjadi ahli persatuan-persatuan tertentu yang menjaga hal ehwal pekerja daripada gangguan seksual. Di Amerika Syarikat telah wujud EVAW (End Violence Against Women) International yang antara lain bertujuan untuk membela mangsa-mangsa gangguan seksual. Di Malaysia juga kita mempunyai cawangan Women’s Aid Organisation (Persatuan Pertolongan Wanita). Ini termasuklah menyediakan pegawai-pegawai untuk membantu mangsa, mengambil tindakan yang sewajarnya yang akan memahamkan golongan pemangsa daripada melakukan gangguan seksual dan membawa pemangsa ke muka pengadilan. Persatuan sebegini harus di anggotai bukan sahaja oleh mereka yang pernah menjadi mangsa atau mangsa-mangsa baru tetapi juga mereka yang tergolong daripada bakal mangsa.
7. Isu Konten Etika Perguruan
Dalam kita melihat isu-isu di atas, bahagian terakhir perbincangan isu etika ini akan cuba mengupas etika perguruan itu sendiri.
Pertama, adakah guru-guru kita tahu dan sedar akan wujudnya etika perguruan yang menjadi garis panduan bagi semua guru di Malaysia ini? Etika perguruan Malaysia dibaca dengan nama “Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia” yang terdapat di bahagian awal Buku Rekod Pengajaran guru-guru (Mok Soon Sang, 2000).Adalah diingatkan tentang kepentingan guru-guru supaya memartabatkan profesionalisme perguruan dengan cara memahami dan menghayati etika perguruan. Namun begitu, sekiranya guru-guru sendiri tidak mengetahui tentang keujudan etika perguruan ini, ia amat malang bagi dunia profesion perguruan.
Adakah terdapat kursus etika diajar dalam program pendidikan sama ada di universiti-universiti atau di maktab-maktab (sekarang institusi) perguruan? Sehingga kini belum terdapat satu kertas atau kursus khas untuk semua bakal guru dislotkan dalam program pengijazahan perguruan selain daripada ia disisipkan dalam kuliah-kuliah pedagogi atau kursus pendidikan lain.
Persoalan ketiga, adakah Pengetua atau Guru Besar menekankan perkara etika perguruan sepanjang masa di sekolah? Atau sekurang-kurangnya pada mesyuarat guru? Pengetua atau Guru Besar harus menghafal, memahami dan menghayati etika perguruan ini. Malang sekali, mereka sendiri mungkin tidak dapat memberi penjelasan kepada guru-guru, apatah lagi untuk dijadikan panduan menegur guru-guru ataupun membincangkannya dalam mesyuarat guru. Kelebihan menjadikan etika perguruan amalan pentadbir setiap hari dijangka akan turut mempengaruhi staf-staf di bawahnya.
Persoalan seterusnya ialah, bagaimana mentafsir etika perguruan ini? Lain individu melihat atau memahami atau mempunyai penafsiran yang berbeza-beza tentang sesuatu etika. Contohnya, bagaimana seseorang guru akan menafsir Tatasusila Profesion Perguruan; Bahagian 1: Tanggungjawab Terhadap Pelajar; Perkara 1.3 “Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya”. Seorang guru mungkin akan menafsirkan keputusan ujian sekolah mahupun peperiksaan awam sebagai tidak termasuk dalam tafsiran perkara ini. Keputusan ujian sepertinya akan dipaparkan secara terbuka pada papan kenyataan sekolah. Guru-guru lain pula mungkin menafsir sebaliknya. Tetapi, sekiranya sudah menjadi amalan sekolah tersebut, guru-guru ini juga akan mengubah penafsirannya terhadap perkara ini. Akhirnya, walaupun amalan tersebut melanggar etika perguruan, ia tidak lagi dipedulikan oleh pihak sekolah, lantas maruah pelajar dibiarkan jatuh akibat daripada amalan yang tidak beretika ini.
Atau mungkin guru-guru sememangnya tidak mengetahui terdapat peruntukan-peruntukan yang bertentangan dengan amalan mereka? Jika ini berlaku, agak malang bagi guru-guru tersebut yang telah melakukan pelanggaran etika tanpa disedari. Selain daripada bahagian di atas kita lihat pula contoh di Bahagian 4: Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion; Perkara 4.6 “Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru”. Ramai guru yang tidak menjadi ahli mana-mana persatuan atau kesatuan atau pertubuhan guru kerana tidak tahu akan wujudnya peruntukan ini dalam etika perguruan. Mereka yang telah menjadi ahli juga, mungkin menjadi ahli tanpa menyedari bahawa mereka telah melaksanakan satu perkara daripada etika profesion merek
Persoalan keenam daripada isu etika guru ini ialah, adakah ia masih relevan dengan keadaan semasa? Dengan perubahan dunia yang begitu pantas, etika perguruan kita sudah tidak lagi sesuai kerana terdapat perkara-perkara yang tidak disentuh dalam etika kita tersebut. Perkataan “Tatasusila” itu sendiri tidak lagi relevan dengan keadaan semasa. Lihat pula kepada penggunaan ICT. Boleh dikatakan semua sekolah mempunyai kemudahan komputer sekurang-kurangnya, malah kerajaan membelanjakan ratusan juta ringgit kepada sekolah-sekolah luar bandar untuk menyediakan kelengkapan makmal komputer. Selain daripada itu, laluan internet juga disediakan tanpa bayaran oleh pihak sekolah. Persoalannya, adakah etika kita sekarang ini covers penggunaan ICT ?
Berita Harian (7 Jun 2005) menyiarkan artikel bertajuk “Kod etika Internet bendung khabar angin” melihat internet ibarat pisau yang “boleh memotong dan juga membunuh”. Kepincangan belia yang mengadap komputer sepanjang hari berchatting, melayari laman porno, asyik bermain video game dan terdapat pula laman web yang menyebarkan fitnah terhadap individu atau atau kerajaan. Tindakan invividu atau kumpulan yang menyebarkan fitnah melalui laman web juga berleluasa sehingga mampu menimbulkan panik kepada masyarakat. Tindakan kerajaan melalui Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan Multimedia, menubuhkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bertujuan mengadakan forum dan membincangkan “kod etika pengamal telekomunikasi dan multimedia” sangatlah dialu-alukan. Etika guru-guru dalam penggunaan ICT ini juga harus dimaktubkan dalam etika perguruan.
Adalah disarankan agar pihak pengurusan sekolah mengambil berat akan etika profesion perguruan supaya semua guru di bawah pentadbiran mereka akan lebih beretika semasa menjalankan tugas. Paling tidak etika perguruan ini dibawa ke dalam mesyuarat guru pertama setiap awal tahun untuk mengingatkan guru-guru tentang kepentingannya.
Pentadbir sekolah dicadangkan menyediakan satu checklist pelanggaran etika oleh guru-guru sebagai semakan untuk dijadikan alat pengukuran dan penilaian sahsiah guru. Ini dijangka mampu mengurangkan kes-kes guru bermasalah di sekolah. Pihak pentadbir harus faham Teori Y (personaliti positif) tidak dimiliki oleh semua guru, malah ramai guru yang harus dipantau dan diawasi (Teori X) sentiasa (Lunenburg dan Ornstein, 2004; Hanson, 2003; Owens, 1998). Guru-guru di sekolah sudah biasa dengan sindrom “kucing tiada, tikus bermaharajalela”.
Di peringkat atasan pula, dicadangkan agar kod etika guru (Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia) digubal semula mengikut keperluan semasa. Penggubalan kod etika guru yang baru harus mengambil kira pandangan guru-guru secara keseluruhannya. Kajian-kajian mengenai keberkesanan kod etika guru harus dijalankan secara komprehensif guna untuk mengetahui tahap kesedaran, pengetahuan dan amalan guru-guru bersesuaian dengan etika perguruan.
Kesimpulan
Guru-guru di Malaysia harus berasa bangga kerana profesion perguruan di Malaysia masih dipandang tinggi oleh masyarakat dan negara, walaupun semakin pudar pengiktirafan tersebut. Kerajaan masih memberikan peruntukan tertinggi kepada Kementerian Pelajaran dalam Belanjawan Negara. Walaupun nilai ekonominya tidak berapa memberangsangkan, para guru harus bersyukur kerana tugas guru merupakan ibadah yang sangat dituntut dalam agama dan menjadi agenda utama kerajaan.
Kita telah melihat bagaimana sesuatu kod etika perguruan dibina. Bermula dengan teori-teori yang berkaitan, permasalahan etika terutama yang berkaitan dengan dunia perguruan, diikuti dengan rasionalnya pembentukan sesuatu kod etika, nilai moral yang seharusnya ada pada seorang guru dan tanggungjawab seorang guru.
Bahagian seterusnya, kita melihat kepada prinsip-prinsip dan nilai etika seorang guru yang juga seorang penjawat awam. Bagi guru-guru, kita adalah terikat kepada etika Kementerian Pelajaran, Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia dan Perintah Am. Guru-guru harus mengamalkan etika-etika dan peraturan yang disediakan ini supaya masyarakat memandang tinggi dan yakin kepada profesionalisme guru-guru Malaysia.
Bahagian terakhir kita telah didedahkan dengan beberapa isu yang berkaitan dengan pematuhan etika perguruan. Terdapat tujuh isu yang diketengahkan, iaitu, isu penilaian; isu amanah; isu ikhlas; isu dedikasi; isu bersyukur; isu gangguan seksual; dan isu sekitar etika perguruan yang wujud pada masa ini. Beberapa cadangan juga disarankan dalam kupasan setiap isu untuk memperbaiki keadaan yang wujud. Jelas kepada kita bahawa nilai etika guru-guru banyak “dipalit arang” oleh segelintir yang tidak seharusnya menceburi bidang perguruan.
Adalah amat diharapkan agar guru-guru tidak akan melanggar etika perguruan kerana ia merupakan landasan yang menuju kepada tingkahlaku yang akan dipandang tinggi oleh masyarakat. Selain daripada itu, pematuhan etika perguruan akan meningkatkan martabat guru-guru Malaysia.
BIBLIOGRAFI
Buku Rujukan
Abdullah Bakri. 1990. Kepimpinan Pengajaran dan Konsep Kepimpinan Berpasukan . Wawasan. Ogos 1990. 5 – 15.
Asnah Abdul Hamid. 1996. Nilai dan Etika Profesional dalam Perkhidmatan Pendidikan. Jurnal Pengurusan Pendidikan. Jld. 5. 29 – 40
Berita Harian. 7 Jun 2005. Kod Etika Internet Bendung Khabar Angin.
Black, P. 2001. Ideology, Evidence and the Raising of Standards dalam Dillon, J. dan Maguire, M. (ed). Becoming A Teacher: Issues in Secondary Teaching. Buckingham: Open University Press. 25 - 36.
Cribb, A. dan Gewirtz, S. 2001. Values and Schooling dalam Dillon, J. dan Maguire, M. (ed). Becoming A Teacher: Issues in Secondary Teaching. Buckingham: Open University Press. 37 – 49.
Feeney, S. dan Christensen, D. 1979. Who Am I In The Lives of Children?: An Introduction to Teaching Young Children. Ohio : Charles E. Merill
Feeney, S., Christensen, D. dan Moravcik, E. 1996. Who Am I In The Lives of Children? : An Introduction to Teaching Young Children. New Jersey: Prentice Hall.
Foo Say Fooi. 2005. Etika Perguruan : Jaminan Peningkatan Profesionalisme. Serdang: Penerbit UPM.
Hanson, E.M. 2003. Educational Administration and Organizational Behavior (Edisi 5). Boston: Allyn and Bacon.
Institut Aminudin Baki. 1997. Profil Pengetua/Guru Besar Berkesan. Kementerian Pendidikan Malaysia. 15 Disember 1997
Kamarudin Hj. Kachar. 1989. Strategi Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur: Teks Publishing.
Lieberman, M. 1956. Education As A Profession. New Jersey: Prentice Hall.
Lunenberg, F.C. dan Ornstein, A.C. 2004. Educational Administration: Concepts and Practices (Edisi 4). Belmont: Wadsworth / Thomson
Mok Soon Sang. 2000. Pendidikan di Malaysia (Edisi 7). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.
Mukherjee, G.H. 1978. Sekolah dan Nilai Moral. Jurnal Kementerian Pelajaran Malaysia. Jld. 23 (58) April 1978. 28 – 33.
Omens, R.G. 1998. Organizational Behavior in Education (Edisi 6). Boston: Allyn and Bacon.
Radzuan Hassan. 1997. Utusan Melayu. 26 Okt. 1997.
Strike, K. A. dan Soltis, J. F. 1998. The Ethics of Teaching. New York: Teacher College Press.
Sufean Hussin, 1996. Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah, Kuala Lumpur: DBP.
Thiroux J.P. 2001. Ethics, Theory and Practice ( Edisi 7 ). New Jersey : Prentice Hall.
_____. 1996. Perintah-perintah Am: Bab A – Bab G, Kuala Lumpur: MDC
Atas Talian
Alabama Education Association. (tanpa tarikh). Code of Ethics. atas talian. http://www.shelbyed.k12.al.us/gbu.htm (3 Sept. 2005)
Association of Unity Churches. (tanpa tarikh). Code of Ethics. atas talian http://www.unity.org/education/ltcode.html%20%203%209%202005 (3 Sept 2005)
Azman Md. Nor. 25 Ogos 1997. Guru Bahasa Inggeris Enggan Ke Desa. atas talian. http://161.139.39.251/akhbar/teaching/1997/um97826.htm ( 13 Sept. 2005)
Berita Harian. 11 Sept. 2005. Guru Rogol 32 Pelajar. atas talian.
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Dunia/20050911103703/Article/pp_index_html
20050911103703/Article/pp_index_html (11 Sept 2005)
Buletin Online. 2004. Guru AJK UMNO Dungun Abai Tanggungjawab. atas talian http://buletinonline.net/modules.php?name=News&file=article&sid=131 (9 Sept. 2005)
EVAW. tanpa tarikh. EVAW International Mission Statement. (atas talian) G:\About EVAW International.htm (3 Sept. 2005)
Freitas, D. tanpa tarikh. A Professional Code of Ethics for Teacher Educators: A Proposal to Stimulate Discussion and Debate. atas talian.http://sdmultimedia.com/icce/CodeTE9.htm (3 Sept. 2005)
Kant, I. (tanpa tarikh). Ethics. atas talian. http://www.suhsd.k12.ca.us/edtech/healthtech/t-ethics.htm (3 Sept. 2005)
Marzita Abdullah. 26 Mac 2004. Rasuah: Beberapa Kes Melibatkan Sekolah. atas talian. http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.htm (15 Sept. 2005)
New York State United Teachers. 2002. Seeking input on ethics code: Proposal lists six guiding principles for teachers. atas talian. http://www.nysut.org/newyorkteacher/2001-2002/020116ethics.html ( Sep 2005)
Syuhada Choo Abdullah. 2002. Sikap Ketua Jabatan Lewat Lapor Kes
Tatatertib. atas talian. http://myschoolnet.ppk.kpm.my/arkib/a_berita/2002/5aug_tatatertib.htm
2002/5aug_tatatertib.htm ( 9 Sept. 2005)
United State Equal Employment Opportunity Commision. (tanpa tarikh).
Sexual Harassment. atas talian. http://www.de2.psu.edu/harassment/legal/ (12 Ogos 2005)
Worley S.M. (tanpa tarikh). About The Teacher. atas talian. http://teacherweb.com/HI/MaryknollSchool-HighSchoolDivision/MrsWorleyEthics/t.stm MrsWorleyEthics/t.stm (3 Sept. 2005)
______. Sept. 2005. Bayaran Skim Baucer Tuisyen Masih Belum Dijelaskan.atas talian. http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article (11 Sept 2005)
______. 25 Feb. 2004. Guru Disyaki Rogol 2 Pelajar Bisu. atas talian.
http://www.network54.com/ (11 Sept. 2005)
______ . 2001. Code of Ethics for Minnesota Teachers. atas talian.
http://education.state.mn.us/html/012969.htm (3 Sept. 2005
No comments:
Post a Comment