Pengenalan
Sekolah adalah institusi yang menyediakan dan menawarkan kemudahan pendidikan kepada masyarakat. Oleh itu, bagi memastikan institusi ini bergerak dengan cemerlang dan berkesan, ia memerlukan individu berketrampilan bagi mengenadalikannya. Kecemerlangan dan kejayaan pengetua sekolah adalah tanggungjawab besar pengetua untuk mentadbirnya.
Hari ini ramai orang memperkatakan kewibawaan pengetua di sekolah. Pengetua adalah orang yang memainkan peranan bagi kejayaan sekolah. Pengetua adalah pentadbir, pengurus dan pemimpin. Sebagai pemimpin, pengetua perlu mempunyai cirri – cirri tertentu supaya kualiti perkhidmatan dan pendidikan yang diterima para pelajar benar- benar terjamin dan berkesan. Selaras dengan itu pelbagai perubahan perlu dilakukan termasuk juga perubahan kurikulum, pedagogi dalam proses pengejaran dan pembelajaran, perubahan fizikal sekolah dan pentadbiran sekolah.
Pengetua perlu bersedia menghadapi perubahan- perubahan bagi merealisasikan matlamat ini. Bagi memastikan matlamat dan objektif, kepimpinan pengetua perlu diberi perhatian. Hal ini disebabkan , tanpa pengurusan yang cekap segala perubahan dan kemudahan yang disediakan untuk tujuan tersebut tidak memberi apa – apa makna. Kepimpinan yang beretika khususnya dalam bidang pendidikan, memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Definisi dan Tugas Pengetua
Pengetua sekolah ialah orang yang dilantik untuk mengetuai, memimpin dan mengawasi sekolah yang terdiri dari elemen manusia ( guru, murid, pekerja) dan juga elemen bukan manusia (kawasan, bangunan, alatan). Secara lebih khusus ia menjadi pengurus dan pentadbir kepada apa jua yang terdapat di dalam sekolah. Pengetua merupakan orang yang terkedepan dalam semua hal yang berkaitan sekolah.Dia juga mesti mendahului orang lain dalam ilmu pengetahuan, selok belok pengajaran, kebolehan menyelesaikan masalah dan dedikasi terhadap tugasnya (Ibrahim Mamat, 1998)
Salah satu tugas Pengetua di sekolah ialah memastikan segala dasar dan undang-undang tersebut dipatuhi. Pengetua sebagai pemimpin seolah mempunyai kuasa yang terbatas. Ini bermakna Pengetua harus melaksanakan segala dasar-dasar baru yang diarahkan kepadanya oleh pihak atasan berdasarkan kebijaksanaannya, misalnya perlaksanakan KBSR, KBSM, Sekolah Bistari, Sekolah Berkesan dan sebagainya.( Abd Razak Wahid ,2001)
Ciri – Ciri Pengetua Unggul
Sebagai pemimpin dalam melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan, pengetua bertanggungjawab kepada pemerintah yang melantiknya, kepada ibu bapa yang menyerah anak-anak kepadanya, kepada guru-guru yang diajak bekerjasama, kepada murid-murid yang menyerahkan pendidikan mereka kepadanya. Justeru itu pengetua wajib memiliki syarat-syarat dan sifat pemimpin yang baik (Ibrahim Mamat 1998d):
(a) Syarat lahiriah - yang paling penting ialah kelulusan akademik dan profesional yang sesuai.
(b) Syarat Rohani – rasa tanggungjawab terhadap tigas.
(c) Kewibawaan - peribadi, pengetahuan, budi pekerti, pengalaman, sikap terhadap Tuhan dan sesama makhluk.
(d) Dedikasi - semangat pengabdian terhadap tugas.
(e) Kebolehan - supaya dapat berhadapan dengan cabaran.
(f) Keyakinan pada diri.
(g) Kerendahan hati.
(h) Keberanian, ketangkasan dan kegigihan
Oleh itu dalam keadaan yang mencabar ini, corak kepimpinan pengetua sekolah mesti berubah:
(a) Pengetua harus tahu bentuk-bentuk kepimpinan dan pengurusan moden.
(b) Pengetua harus sedar dengan realiti yang ada yang boleh mempengaruhi kepimpinannya di sekolah.
(c) Pengetua mesti tahu selok belok pengajaran dan pembelajaran yang terbaharu supaya dia dapat mengawasi perkembangannya.
(d) Pengetua harus bersikap terbuka dan berterus terang serta boleh pula bertimbang rasa.
(e) Pengetua harus pandai berhubung dengan guru, murid, masyarakat dan orang atasan.
Dalam menghadapi cabaran abad ke 21, Saat Mat Yasin (1992) menyatakan bahawa guru besar atau pengetua perlu mempunyai kemahiran memberi kepimpinan dan pengurusan sekolah. Dengan kemahiran ini mereka akan dapat membimbing guru – guru tentang bagaimana sesuatu pengajaran itu dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pengetua yang cekap juga bukan sahaja dapat menguruskan dengan cekap hal yang berkaitan pengurusan sekolah tetapi juga cekap dalam hal yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran seperti penilaian pengajaran rancangan pengajaran dan menganalisis kelemahan pelajar berasaskan prinsip penilaian yang sesuai. Selian itu juga, kuasa autonomi yang diberikan kepada pengetua adalah dalam memberikan kebebasan kepada pengetua untuk mencari jalan bagi meninggikan prestasi guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya pengetua diberikan kepercayaan dan tanggungjawab sepenuhnya, maka mereka akan mempunyai inisiatif dan minat untuk berusaha. Inisiatif yang wujud sendiri akan membuahkan hasil yang lebih produktif daripada inisiatif yang dipaksa pihak atasan. Beliau seterusnya menyatakan bahawa Pengetua atau guru besar perlu mempunyai pengetahuan mengenai teknologi pendidikan moden seperti penggunaan computer sebagai alat pengajaran. Kegagalan pengetua atau guru besar untuk menguasai teknologi pendidikan moden akan menyebabkan guru guru yang telah mendapat latihan terkini akan hilang keyakinan terhadap kemampuan pengetua . Ini akan menyebabkan guru – guru terlatih ini akan menunjukkan tidak balas negative dan mula menarik dairi dalam melibatkan aktiviti yang dirancang.
Hodgkinson (1983) ) dalam Inson menyenaraikan empat petunjuk keberkesanan kepimpinan seorang pemimpin iaitu perlu tahu bidang tugas, situasi, rakan sejawat dan kenal diri sendiri. Keempat-empat petunjuk itu dapat dibahagikan kepada dua rumpun:
(a) Di peringkat sekolah atau jabatan, seorang pengetua mesti mempunyai pengetahuan apa yang berlaku dalam dunia pendidikan. Ini termasuk pengetahuan tentang dasar-dasar pendidikan yang dapat diperolehi melalui bacaan, kursus, seminar serta melalui interaksi dengan pengetua-pengetua yang lain.
(b) Pengetahuan tentang sekolah, iaitu latarbelakang sosial pelajar, aspirasi ibubapa, sumber yang ada pada komuniti dan peluang pekerjaan.
Berdasarkan kajian tentang sekolah berkesan, Sweeney (1983) dalam Inson mengenalpasti enam ciri kepimpinan pengetua yang tekal kaitannya dengan keberkesanan sekolah. Ciri-ciri tersebut ialah:
(a) Pengetua memberi penekanan terhadap pencapaian para pelajar dalam bidang akademik.
(b) Pengetua menyusun dan menetapkan strategi pengajaran.
(c) Pengetua menyelia dan mengekalkan suasana yang kondusif di sekolah.
(d) Pengetua menyelaras program pengajaran.
(e) Pengetua kerap menilai pencapaian pelajaran para pelajarnya.Pengetua membantu dan memberi semangat kepada para guru.
Menurut Hoy & Miskel (1987) ) dalam Inson terdapat lima dimensi kepimpinan yang boleh dikaitkan dengan sebuah sekolah yang cemerlang iaitu;
(a) Aspek teknikal - pemimpin teknikal ialah seorang yang menguasai teknik-teknik pengurusan yang cekap seperti pengurusan masa.
(b) Aspek kemanusiaan – sentiasa memberi dorongan serta peluang untuk maju kepada guru-guru dan staf sokongannya.
(c) Aspek pendidikan – pengetua sebagai pemimpin pendidikan perlu mempunyai kepakaran dan pengetahuan bidang profesional dan cekap dalam mengenalpasti masalah-masalah pendidikan serta memahami kehendak kurikulum.
(d) Aspek simbolik - menyedarkan masyarakat sekolah tentang nilai-nilai yang dianggap penting seperti kerajinan.
(e) Aspek budaya - pengetua perlu mengukuhkan segala nilai dan unsur positif yang memberi identiti kepada sekolah.
Mukhtar Awang etl( 199) menjelaskan pengetua atau guru besar yang berkesan adalah gurubesar atau pengetua yang mempunyai keseimbangan emosi dan perasaan. Ada masanya pengetua memerlukan ciri-ciri watak dan perwatakan yang lembut dan mesra sosial dan ada kalanya dia memerlukan personaliti yang tegas dan garang. Dalam dunia organisasi korporat, seseorang yang dilantik ke peringkat eksekutif di sesebuah syarikat adalah terdiri dripped mereka yang emempunyai ‘the good packaging.’ Justeru itu, adalah penting seseorang pengetua mempunyai ciri-ciri watak dan perwatakan yang sesuai dengan penampilan diri yang unggul, kesihatan yang terjamin, kebersihan diri, mannerism, beretika dan tutur bahasa yang sopan. Selain itu, personaliti seseorang pengetua juga memerlukan kapasiti dan kekuatan dari segi minda. Kemantapan keintelektualan seseorang pengetua amat berguna dan maha penting kerana pengetua terpaksa menghadapi pelbagai cabaran kepengetuaan. Tugas pengetua memerlukan pembuatan keputusan serta penilaian tentang segala alternatif dan pelbagai kemungkinan yang boleh timbul dari sesuatu keputusan yang dibuat ataupun sesuatu kaedah pembuatan keputusan. Selain itu tugas pengetua juga dilingkari dengan pelbagai bentuk tekanan yang tidak kepastian. Oleh itu, Pengetua yang sarat dengan berbagai-bagai disiplin keilmuan, amat perlu untuk menjadi pengurus yang berkesan.
Pemimpin dan Kepimpinan
Pemimpin ialah seorang individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi tanggungjawab, mengarah dan menyelaraskan aktiviti – aktiviti untuk mencapai metlamat kumpulan itu. Ini bermakna kepimpinan ialah proses mempengaruhi kegiatan kumpulan kearah pencapaian sesuatu hasil yang telah dirancangkan.( Ibrahim Mamat ,1998)
Yahya Don (2005) menjelaskan bahawa konsep kepimpinan boleh didefinisikan sebagai keupayaan mempengaruhi , memotivasikan, mengubah sikap dan tingkahlaku subordinat atau orang bawahan seperti guru, staf dan pelajar supaya bersetuju melaksanaka program – program dan melakukan perubahan bagi mencapai matlamat sekolah. Bagi menentukan kejayaan sesebuah sekolah, kepimpinan pengetua amat diperlukan. Pengetua yang cemerlang perlu mempunyai kemampuan untuk memimpin, mengarah dan mengawal. Ini kerana beliau adalah ketua yang mempunyai autoriti dan kuasa. Pengetua adalah individu yang sentiasa diharapkan berada dihadapan dalam menghadapi sebarang keadaan kritikal yang melibatkan sekolah
Terdapat beberapa gaya atau stail kepimpinan pengetua yang sesuai digunakan di sekolah. Inson menyatakan terdapat bberapa stail atau gaya kepimpinan yang biasa digunakan oleh pengetua-pengetua dalam sistem pendidikan di Malaysia ialah:
5.1.1. Gaya Autokratik.
Pengetua yang mengamalkan gaya kepimpinan jenis autokratik membuat keputusan seorang diri tanpa mengambilkira pendapat ahli lain dalam organisasi sekolah. Pengetua yang autokratik akan menentukan segala perlakuan dan pemikiran guru-guru yang di bawahnya. Ini dilakukan dengan menetapkan peranan dan matlamat guru-guru tanpa perbincangan. Penglibatan guru-guru dalam membuat keputusan sangat sedikit. Walaupun pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan jenis ini dapat memastikan perlaksanaan tugas dengan sempurna, orang-orang bawahan yang diarahkan mungkin tidak mengetahui mengapa sesuatu itu dibuat (Ibrahim Mamat 1998c).
5.1.2 Gaya Birokratik
Pengetua yang mengamalkan gaya kepimpinan birokratik membuat banyak keputusan sendirian tanpa mementingkan semangat kumpulan dalam pekerjaan. Kadang-kadang perancangan dibuat tanpa mengambil kira polisi-polisi yang telah ditentukan secara demokratik. Komunikasi dua hala juga jarang berlaku antara pengetua dengan guru-guru. Oleh yang demikian timbul tekanan dan ketegangan guru akibat arahan supaya mengikuti peraturan.
5.1.3. Gaya Laissez-Faire.
Kepimpinan jenis ini dikenali sebagai ‘teknik lepas tangan’ . Pengetua tidak suka diberi tanggungjawab untuk memimpin orang lain khususnya guru-guru di bawahnya. Pengetua membiarkan guru-guru menjalankan tugas tanpa melibatkan diri. Guru-guru dan kakitangan mempunyai kebebasan yang banyak. Sekiranya guru-guru meminta nasihat, pengetua akan mengatakan ‘buatlah apa yang patut’. Pemimpin laissez-faire ialah seorang pemimpin yang tidak membuat apa-apa keputusan.
5.1.4. Gaya Karismatik
Pemimpin karismatik merujuk kepada kebolehan khusus seorang pemimpin itu untuk mobiliti dan meneruskan aktiviti-aktiviti organisasi melalui gabungan tindakan-tindakan serta sifat-sifat peribadi yang khusus (Ahmad Atory Hussain, 1994).
5.1.5. Gaya Demokratik
Pemimpin atau pengetua yang mengamalkan gaya demokratik memberi pertimbangan terhadap pandangan ahli-ahli dalam organisasi. Di sekolah pengetua jenis ini menyediakan maklumat-maklumat, mengesyorkan alternatif-alternatif, menggalakkan serta meningkatkan minat dan prestasi guru-guru. Sungguhpun pengetua yang demokratik sentiasa cuba untuk mempengaruhi guru-gurunya tetapi ia tidak mengongkong pemikiran dan perlakuan mereka. Pengetua selalu mengadakan rundingan dengan kakitangan sebelum membuat sesuatu dasar (keputusan bersama menjadi perkara penting)). Kakitangan juga dapat berhubung dengan mudah untuk menyatakan sesuatu kepada pengetua. kepimpinan bercorak demokratik akan membuat pekerja-pekerja (guru) berasa dipercayai dan dihormati serta lebih dedikasi (Ibrahim Mamat 1998d).
5.1.6. Gaya Kepimpinan Model Getzels Dan Guba.
Getzels dan Guba membentuk kategori gaya kepimpinan iaitu ‘nomotetik’, idiografik dan transaksional. Gaya nomotetik menekankan tentang keperluan ahli-ahli organisasi lebih daripada kepentingan individu. Sementara gaya kepimpinan idiografik adalah sebaliknya. Pemimpin yang menunjukkan gaya transaksional sedar akan keperluan organisasi dan individu dan cuba menyesuaikan kedua-duanya.
5.1.7. Gaya Kepimpinan Instrumental.
Pengetua yang mengamalkan gaya kepimpinan jenis ini menumpukan kepada kumpulan pengurusan, struktur dan proses pengurusan. Pemimpin jenis ini berusaha unntuk membina kumpulan yang mempunyai daya saing yang kuat, memastikan kakitangan memahami tingkahlaku yang diperlukan dalam sesebuah organisasi.
5.1.8. Gaya Kepimpinan Transformasi.
Gaya kepimpinan Transformasi mengiktiraf, mengeksploitasi keperluan dan kehendak para pengikutnya. Bass (1990) menggambarkan pengetua yang mengamalkan kepimpinan transformasi ini sebagai memiliki prestasi dan keupayaan kepimpinan yang luar biasa. Pemimpin ini berupaya membangkitkan kesedaran pengikutnya ke arah merealisasikan kepentingan organisasi di samping membantu mereka meneroka dan menjangkau lebih daripada kepentingan peribadi. Mengikut Burns (1978) pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan jenis ini juga melibatkan diri dengan orang lain melalui satu cara yang tertentu sehingga pemimpin dan pengikutnya dapat meningkatkan motivasi dan semangat bekerja ke satu tahap yang lebih tinggi.
Terdapat empat ciri utama yang memberi kekuatan kepada pengetua untuk menggerakkan guru-guru di bawahnya untuk mencapai matlamat yang telah dirancang. Ciri-ciri tersebut ialah berkarisma, memiliki inspirasi, memiliki pertimbangan kemanusiaan terhadap setiap individu dan memiliki stimulasi keintelektualan (Bass, Winter 1990). Kepimpinan transformasi umumnya tidak terlalu berpaksi kepada pengaruh kekuasaan tetapi lebih kepada pengaruh personaliti yang menarik, sifat dalaman yang mantap dan ketrampilan semulajadi yang berasaskan keilmuan dan keintelektualan. Koh et. al (1995) yang menjalankan kajian tentang The effects of transformational leadership on teacher attitudes terhadap pengetua-pengetua di Singapura mendapati kepimpinan transformasi mempunyai kesan terhadap penglibatan ahli organisasi dan kepuasan guru. Lebih daripada itu kepimpinan transformaasi didapati telah memberi kesan secara tidak langsung terhadap pencapaian akademik pelajar.
Teori-Teori Kepimpinhan
Banyak teori mengenai kepimpinan dikemukan dari dahulu hingga sekarang pelbagai sudut dikaji. Namun pendapat-pendapat mengenainya tidak sekata. Hasilnya muncul pelbagai teori mengikut pelbagai pandangan:-
Pada peringkat awal teori-teori kepimpinan berkisar perkara-perkara fizikal. Ia berasaskan sifaf peribadi manusia iaitu karisma atau sifat dan pembawaan menarik yang ada pada diri seseorang. Teori ini membuat anggapan bahawa orang-orang yang mempunyai sifat-sifat peribadi yang tertentu dengan sendirinya muncul sebagai pemimpin-pemimpin besar yang dapat menempa sejarah. Selain daripada itu anggapan juga dibuat bahawa sifat-sifat peribadi tertentu saja yang boleh menyebabkan kejayaan kepimpinan.
Teori Karismatik diterima ramai pada suatu ketika dahulu kerana dilihat sebagai munasabah apabila didapati banyak pemimpin besar dunia mempunyai sifatt-sifat peribadi dan kebolehan-kebolehan istimewa yang dapat menarik banyak orang untuk menjadi pengikut mereka. Namun kemudian ternyata teori ini tidak dapat memberi penjelasan kepada persoalan-perosalan yang timbul apabila kajian-kajian mendalam dibuat mengenai kepimpinan. Sifat-sifat pribadi manusia seperti yang dinyatakan itu, didapati tidak semestinya menyebabkan seseorang iti dapat menjadi pemimpin atau dapat menyebabkan sesuatu kepimpinan itu berjaya.
2. Teori Perhubungan Manusia
apabila teori karismatik yang melihat pemimpin dari sudut fuzikal didapati lamah, timbul pula teori yang melihat pemimpin dari sudut perhubungan manusia. Khususnya perhubungan antara pemimpin dan pengikut. Teori ini menjelaskan perhubungan kemanusiaan boleh mempergaruhi kelakuan dan perlakuan antara kedua-kedua nya . perlakuan pemimpin terutamanya boleh memberi kesan terhadap kepuasan hati pengikut dalam melaksanakan tugas.
Kajian-kajian telah dibuat oleh polopor-polopor teori ini untuk mengenalpasti perlakuan-perlakuan ini dan didapati ada 2 corak perlakuan pemimpin yang sangat mempengaruhi orang-oarang bawahan.
1. Perhatian dan penekanan terhadap tugas untuk mencapai matlamat organisasi. (task orientation )
2. Perhatian dan penekanan terhadap perhubungan baik antara pemimpin dengan orang-orang bawahan (human relations orientation)
Kajian-kajian ke atas dua perlakuan ini membawa kepada kesimpulan bahawa pemimpin yang memberi perhatian berat kepada tugas dan orang-orang bawahannya boleh membawa kejayaan kepada organisasinya. Dalam erti kata lain, pemimpin yang berjaya ialah pemimpin yang mengambil berat tentang tugas dan yang menjaga perhubungan baik dengan pengikutnya.
3. Teori X dan Y
Teori perhubungan kemanusiaan diterima oleh sebahagian pakar pengkaji masyarakat, tetapi bagi sebahagian yang lain ia masih tidak kerana tumpuan hanya diberi kepada aspek perhubungan, sedangkan banyak aspek lain yang tidak terhurai.Lantaran itu muncul teoro X dan Y yang diasaskan oleh Douglas Mc Gregor. Secara mudah teori ini membuat dua set andaian terhadap manusia.
i. Teori X mengandaikan
- pekerja semulajadinya malas dan akan mengelak daripada bekerja kecuali dipaksa.
- pekerja tidak mempunyai cita-cita dan tidak mahu memikul tanggungjawab: mereka suka diarah dan dikawal.
- pekerja tidak mempunyai motivasi untuk menjayakan matlamat organisasi.
- pekerja hanya mahu bekerja kerana dirangsang oleh keperluan psikologi dan keperluan keselamatan mereka sahaja.
ii. Teori Y mengandaikan
- Pekerja melihat kerja sebagai suatu perkara semulajadi iaitu suatu perkara biasa sama seperti bermain, bersuka ria dan lain-lain: jika kerja itu baik mereka akan hanya akan menganggap kerja sebagai beban jika pengalaman bekerjanya pada masa lepas tidak menyenangkan.
- Pekerja sememangnya mencari dan mahukan tanggungjawab kerana ia membawa
kepada kepuasan jiwa.
Apa yang hendak diberitahu oleh Douglas Mc Gregor ialah cara memimpin boleh menentukan perlakuan orang-orang bawahan. Jika pemimpin menganggap orang-orang bawahannya malas dan tidak bertanggungjawab, maka orang-orang ini lambat laun akan bersikap begitu. Sebaliknya jika pemimpin menganggap orang-orang bawahanya sebagai manusia yang matang dan bertanggung jawab, maka mereka akan bersifat sedemikian.
4. Teori kepimpinan mengikut situasi .
Walaupun teori-teori yang dibicarakan itu berbeza dari segi pendekatan, isi dan kesimpulan, semuanya mirip menyatakan ada satu sahaja cara yang terbaik untuk memimpin orang-orang bawahan. Masing-masing mengutarakan cara mereka, ada yang mengatakan kejayaan pemimpin itu bergantung kepada kelakuan danperlakuan tertentu, ada pula yang mengatakan kejayaan bergantung kepada anggapan pemimpin terhadap orang-orang bawahannya.
Apabila dilihat semua teori ini mempunyai kelemahan masing-masing, timbul pula antara yang banyak satu kumpulan teori yang agak popular, yang lebih menarik pandangan ramai disebabkan perbincangannya lebih dekat dengan reality dunia semasa yang beranika ragam. Teori ini dinamakan Teori-Teori Kepimpinan Mengikut Situasi. Teori-teori ini bermula dengan anggapan bahawa keadaan yang berbeza memerlukan cara memimpin yang berbeza. Jika keberkesanan ingin diwujudkan. Rasionalnya ialah kepimpinan yang berkesan bukan sesuatu yang nyata yang boleh wujud tersendiri dengan bentuk yang sama, tetapi ianya bergantung kepada beberapa faktor lain berupa manusia dan persekitaran yang saling berinteraksi dan saling mempengaruhi. Di antara teori-teori ini ialah:
i. Cara memimpin yang berbeza boleh berkesan bergantung kepada kematangan orang-orang bawahan, mereka yang matang kurang memerlukan penyeliaan manakala mereka yang kurang matang memerlukan arahan daripada ketua.
ii. Cara memimpin yang berbeza sesuai dalam keadaan yang berbeza, cara paling baik hendaklah mengambil kira faktor-faktor penting sebelum sesuatu keputusan diambil.
iii. Tidak ada hanya satu cara pun mempimpin yang paling baik, keberkesanan seseorang pemimpin bergantung kepada persekitaran yang berupa manusia dan keadaan.
iv. Pemimpin yang berkesan adalah mereka yang mendorong dan menunjuk jalan kepada orang bawahan untuk menghasilkan sesuatu yang paling baik.
Demikianlah pelbagai teori yang dikemukakan oleh para penyelidik untuk menghuraikan kepimpinan manusia. Semuanya mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Tidak ada satu pun yang sempurna namun cirri-ciri ini sangat berguna untuk diteliti oleh orang-orang yang ingin menjadi pemimpin kerane mereka dapat mengetahui hal-hal yang boleh memberi kesan ke atas kepimpinan.
Peranan Pengetua Kearah kecemerlangan Sekolah
Selain itu menurut Morgan dan Hall(1982) peranan pengetua diklasifikasikan kepada tiga kategori utama dan satu kategori tambahan iaitu:
a. Profesional pendidikan
Ia merujuk kepada pengetahuan, kemahiran dan kepakaran teknikal berkaitan pendidikan yang meliputi tugas – tugas mengenalpasti matlamat, kurikulum dan pengurusan sumber fizikal.
b. Menguruskan operasi
Ia merujuk kepada tugas – tugas seperti merancang, mengorganisasi, mengawal dan mengkorinasi, memperuntukan tugas kakitangan, menilai pengajaran di dalam bilik darjah, mengawal dan menyelia sumber fizikal sekolah.
c. Mengurus manusia
Ia merujuk kepada tugas – tugas memotivasi kakitangan akademik dan pelajar, membuat perkembangan kakitangan, menyelesaikan konflik dan komunikasi.
d. Pengurusan tambahan
Ia merujuk kepada pengurusan luaran yang meliputi hubungan sekolah dengan komuniti. Ia melibatkan tugas membina dan mengekalkan hubungan baik dan mesra dengan masyarakat sekitar serta berakauntabiliti kepada lembaga pengarah sekolah, pejabat pendidikan daerah. Selain itu ia juga membina hubungan dengan agensi – agensi lur yang ada hubungan dengan sekolah seperti pembekal bahan pendidikan, makan dan sebagainya.
Menurut Shahril,2000 (dalam Yahya Don,2005) jawatan pengetua adalah jawatan yang mencabar dan perlu dipikul dengan penuh amanah dan berwibawa. Pengetua adalah orang yang bertanggungjawab dan diberi kuasa dalam semua perancangan yang dibuat untuk sekolah terutama yang berkaitan dengan prestasi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, pengetua atau guru besar yang yang dapat menggerakkan sekolah itu maju ke hadapan bagi mencapai kecemerlangan dalam akademik dan kegiatan ko-kurikulum atau mundur ke belakang sebagai sekolah yang tidak berkesan.
Ibrahim Mamat (1998) menyatakan Pengetua yang dilantik sebagai pemimpin sekolah bertanggungjawab atas pencapaian tujuan pendidikan. Suasana sekolah yang yang dipimpin meliputi suasana dalam kehidupan sekolah, hubunan luar dan dalam sekolah, perjalanan pendidikan, pemeliharaan kawasan, bangunan, kelengkapan, bimbingan pengawasan, kesihatan dan sebagainya. Sekola yang berkesan ialah sekolah yang berjaya memberi pendidikan yang menyeluruh kepada murid-muridnya dalam bidang akademik, kokurikulum dan disiplin. Didapati bahawa kejayaan murid bergantung kepada keberkesanan sekolah manakala keberkesanan sekolah bergantung kepada beberapa factor:
Kepimpinan pentadbiran yang baik dari pengetua sekolah terutama dalam hubungan pengajaran dan pembelajaran.
Iklim sekolah yang baik yang mendorong pembelajaran iaitu sekolah yang selamat dan teratur, bebas dari masalah disiplin dan keganasan.
Penekanan sekolah yang meluas ke atas penguasaan kemahiran – kemahiran asas yang diikuti dengan persetujuan semua guru bahawa pengajaran dalam kemahiran asas adalah tugas utama sekolah.
Jangkaan guru bahawa pelajar boleh mencapai tahap pencapaian yang tinggi tanpa mengira latar belakang pelajar.
Satu system pengawalan dan penilaian prestasi pelajar yang dikaitkan dengan objektif pengajaran dan pembelajaran.
Pengetua adalah orang yang memainkan peranan yang amat penting di sekolah. Dia adalah seorang pentadbir, pengurus dan yang lebih besar di situ adalah seorang pemimpin. Dalam konteks ini, ketiga-tiga tugas itu saya menggunakan istilah pemimpin atau kepemimpinan sahaja kerana aspek pentadbiran dan pengurusan adalah berkait langsung dengan kepempimpinan. Ketiga-tiga konsep itu, kita perlu memahami dan menghayati dengan jelas. Sebagai seorang pentadbir, yang melibatkan diri dalam pentadbiran pendidikan. maka ia perlu kepada proses kerjasama di antara dua orang atau lebih yang berasaskan kepada rasional yang tertentu untuk mencapai tujuan yang telah ditentukan sebelumnya seperti mana yang telah dijelaskan oleh SIONDANG(1981)(dalam Mohd Yazid Yusof).
Oleh itu, seorang pengetua yang berkesan hendaklah melaksana pentadbiran dengan melibatkan sekumpulan pekerja di bawahnya dengan cara yang disenangi . Mudah digauli dan menghargai pendapat dan pengalaman orang lain. Konsep "The boss is the boss" dalam zaman sekarang ini perlu dibuang terus dalam pemikiran pengetua. Zaman bercorak pentadbiran kolonial British telah berakhir. Hari ini bukan lagi zaman untuk menentukan tugas-tugas terlaksana tetapi zaman orang bercakap, berbincang dan mengkaji tentang kualiti, keberkesanan dan kecemerlangan.
Sebagai seorang pemimpin sekolah, seharusnya mempunyai semangat dan kesedaran yang tinggi tentang wawasan 2020. Wawasan 2020 bukanlah alat untuk membelenggu kita di dalam `status quo'. Wawasan ini mengajak kita untuk menjadi pelakon utama, menjadi primadona, menjadi seri panggung kepada drama perubahan (Wan Zahid, 1994).
Pemimpin adalah rahsia kehidupan gemilang umat dan sumber kebangkitannya. Sejarah umat adalah sejarah para pemimpin yang sedar, yang kuat jiwanya dan tinggi kemahuannya. Demikianlah kata-kata Al-marhum Hassan Al-Banna seorang mujahid Islam yang menjadi model dan keagungan pemimpin Islam pada zaman moden. Dari sini jelas kepada kita bahawa seorang pemimpin hendaklah mempunyai daya kesedaran yang tinggi dan mempunyai jiwa yang kuat dan mempunyai cita-cita yang tinggi.
Peranan dan fungsi pengurus yang memimpin adalah mencetuskan usaha-usaha peningkatan kekesanan proses pengajaran-pembelajaran dengan sentiasa melakukan inovasi dan sekaligus menghargai inovasi tenaga kerja (Sokarno,1994 dalam Mohd Yazid Yusof). Melalui kata-kata bekas Pegawai Khas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia ini, dapat kita simpulkan bahawa seorang pengetua hendaklah mempunyai cita-cita dan sentiasa mencari idea-idea baru untuk meningkat proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih bekesan. Sekolah perlu kepada seorang pemimpin yang berjiwa besar, semangat dan cita-cita tinggi kerana kepemimpinan sekolah adalah begitu kompleks. Sebahagian besar inputnya adalah manusia. Manakala outputnya juga adalah manusia, tidak seperti firma atau kilang-kilang yang mengeluarkan produk yang berupa barangan (goods). Pengetua terpaksa berhadapan dengan guru-guru pimpinannya dan pelajar-pelajar sebagai sasarannya. Di sekelilingnya adalah masyarakat yang sentiasa melihat pekembangan pengajaran dan pembelajaran di sekolah itu, melalui anak-anaknya. Jadi, sebagai seorang pengetua terpaksa berhadapan dengan tiga dimensi, guru dan kakitangan sokongan, murid dan masyarakat.
Mengikut Shahril (2000)dalam Abdul Razak Wahid (2001), Pengetua sebagai agen perubahan bermaksud orang atau individu yang pertama atau utama yang membuat modifikasi dalam organisasi sekolah. Justeru itu sebagai agen perubahan, Pengetua haruslah membuat penyesuaian serta perubahan dalam bidang tertentu agar ia sesuai dengan perubahan persekitaran supaya sekolah sebagai sebuah institusi sosial dapat terus hidup dan berfungsi.
No comments:
Post a Comment