1. Pengenalan
1.1 Pendahuluan
Kurikulum pendidikan sains mendukung cita-cita dan aspirasi negara kearah mewujudkan masyarkat Malaysia yang saintifik, progresif dan inovatif serta menyumbang kepada kemajuan sains dan teknologi masa depan. Bagi mencapai hasrat ini, pengajaran dan pembelajaran sains perlu menghasilkan pelajar yang kritis, kreatif dan ketrampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi. Pelajar yang berbudaya sains dan teknologi mempunyai sikap ingin tahu dan suka mencuba, celik sains, bersikap terbuka dan berupaya membuat keputusan berdasarkan fakta-fakta sains (Sharifah Nor & Senin 2001)
Sains merupakan satu mata pelajaran teras yang penting dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah. Mata pelajaran sains untuk sekolah menengah merupakan satu program yang dilaksanakan dalam tempoh lima tahun untuk murid tingkatan satu hingga ketingkatan lima. Program ini memberi penekanan kepada pengetahuan dan kefahaman tentang sains serta aplikasinya dalam kehidupan harian dan kemajuan teknologi berlandaskan nilai murni. Kemahiran saintifik diperlukan dalam usaha mencari, memahami dan menggunakan ilmu pengetahuan sains (Sukatan Pelajaran KBSM Sains 2000).
Mata pelajaran sains mengikut Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sains (2000), merupakan satu bidang yang merangkumi pengetahuan , kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni. Oleh itu integrasi tiga elemen ini amat penting untuk menjamin mutu pendidikan sains. Mata pelajaran sains adalah satu bidang ilmu pengetahunan yang membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan murid memahami alam sekitar mereka dengan lebih mendalam.
Mata pelajaran Sains dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah bertujuan membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dan kemahiran sains, mengembangkan daya pemikiran saintifik serta memupuk nilai-nilai murni untuk membolehkan mereka memahami dan menghargai sains dan aplikasinya dalam kehidupan. Juga keupayaan menyelesaikan maslah harian bagi membentuk warganegara yang bertanggungjawab (Malaysia, 1988b). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah juga menekankan kepada kemahiran saintifik yang kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif (Subahan & Senin 1999).
Menurut pendapat dari Tajul Ariffin ( 1990), sains merupakan usaha pencarian ilmu yang berasaskan ilmu yang berasaskan kepada pengamatan; pemerhatian, kemampuan akal manusia dalam usaha untuk memahami fenomena-fenomena serta peraturan-peraturan yang diwujudkan oleh Pencipta.
Sains dan matematik adalah suatu bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai inovasi dan penemuan baru berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan dan pembangunan. Bidang ini merupakan asas penting kepada kemjuan dan pembangunan negara. Sebahagian besar maklumat terkini mengenai sains dan teknologi ditulis atau disampaikan dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, pendedahan awal kepada Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris akan memberi peluang kepada pelajar untuk menguatkan asas bagi memperolehi maklumat dan ilmu terutama dalam bidang Sains daan Matemaik, selain menambah masa kontek terhadap bahasa Inggeris (Kenyataan Akhbar Menteri Pendidikan 20 Julai 2002).
Berhubung dengan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, Kementerian Pendidikan telah menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Abdul Rafie Mahat bagi merangka strategi pelaksanaan dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Jawatankuasa pelaksanaan telah mengambil kira pelbagai pandangan, ulasan dan ulasan dari pelbagai pihak seperti ahli akademik, pendidik, majlis guru besar/pengetua, kesatuan-kesatuan guru dan orang ramai. Pada 19 Julai 2002, Mesyuarat Khas Jemaah Menteri telah menimbang pelbagai strategi yang kemukakan oleh Jawatankuasa pelaksanaan dan memutuskan perkara-perkara berikut:
(i) Penggunaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dilaksanakan sepenuhanya di Tahun 1, tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah, mulai 2003.
(ii) Di kelas atau tingkatan lain, sekolah-sekolah digalakkan mengajar mata pelajaran ini dalam bahasa Inggeris.
(iii) Pelaksanaan dasar ini di Kolej Matrikulasi akan bermula pada tahun 2004 manakala di Politeknik, pelaksanaan dasar ini akan bermula pada 2008, iaitu selepas pelajar kumpulan pertama menduduki SPM sepenuhnya dalam bahasa Inggeris pada 2007.
(iv) Peperiksaan sepenuhnya mata pelajaran sains dan matematik ini dalam bahasa Inggeris bgai UPSR ialah pada 2008, PMR (2005), SPM (2007) serta STPM dan Matrikulasi (2004). Bagaimana, mulai 2003 semua peperiksaan awam akan dilaksanakan dalam dwibahasa.
(v) Keutamaan akan diberi kepada pembekalan infrastruktur ICT seperti computer notebook, projector LCD dan skrin serta bahan-bahan interaktif kepada sekolah-sekolah. Bekalan elektrik dan telefon akan dibekalkan secepat mungkin kepada sekolah-sekolah yang masih tidak mempunyainya. Sekolah-sekolah juga akan debekalkan bahan-bahan rujukan bercorak sains.
(vi) Bagi melengkapkan guru dengan kemahiran asas berbahasa Inggeris, Kementerian Pendidikan akan menyediakan kursus-kursus intensif jangka pendek dan jangka panjang. Ini termasuklah program “face-to-face full immersion,”kursus hujung minggu, modul pembelajaran kendiri dan pembelajaran “on-line” berasaskan web.
(vii) Jemaah Menteri juga bersetuju supaya guru-guru yang mengajar mata pelajaran sains, matematik dan bahasa Inggeris diberi insentif mata pelajaran kritikal.
(viii) Bagi menggalakkan guru-guru menguasai bahasa Inggeris dengan baik, kabinet bersetuju memberi kenaikan tiga mata gaji bagi mereka yang mempunyai kelayakan bahasa Inggeris pada tahap tertentu ( yang akan ditentukan kemudian)
(ix) Guru-guru yang menjadi jurulatih utama dalam bidang sains, matematik dan bahasa Inggeris di bawah program Malaysia Trainers Development Program akan diberi keutamaan bagi kenaikan pangkat dari DG3 (peringkat ijazah) ke DG2.
(x) Bayaran elaun khas juga akan diberi kepada guru-guru sains, matematik dan bahasa Inggeris yang mengajar di luar bandar.
(Mesyuarat Khas Jemaah Menteri, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002)
Berdasar perkara-perkara di atas kabinet khas telah memutuskan dalam salah satu mesyuaratnya menganggap pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris sebagai satu agenda utama negara. Oleh itu kabinet telah mengarahkan Kementerian Pendidikan memberi perhatian sepenuhnya bagi menjayakan dasar ini. Di samping itu juga cabinet juga memohon sokongan semua pihak terutamanya para guru, murid-murid, ibu bapa dan seluruh lapisan masyarakat terhadap dasar ini.
Pada 4 Oktober 2002, satu Taklimat Profesional Penyebaran Maklumat Mengenai Pengajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris yang diadakan di Auditorium Al Azim, Melaka oleh Datuk Abdul Rafie Mahat, ketua Pengarah Pendidikan Malaysia menjelaskan rasional perlaksanaan Matematik dan sains dalam bahasa Inggeris adalah seperti berikut:
· Sains dan matematik adalah bidang ilmu yang sangat dinamik.
· Penyumbang kepada pembangunan negara.
· Sebahagaian besar maklumat terkini mengenai bidang ini terdapat dalam bahasa Inggeris.
· Pendedahan awal memberi peluang mengakses maklumat .
Menurut Datuk Abdul Rafie Mahat, setiap sistem pendidikan sentiasa mengalami perubahan dari masa kesemasa. Perubahan yang bakal dilakukan iaitu Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar untuk mata pelajaran Sains dan matematik adalah supaya pelajar dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik dan mahir dalam teknologi moden. Sehubungan dengan itu, beliau m,enyarankan supaya para ibu bapa mengubah minda mereka untuk menerima perubahan yang baru dan menyokong usaha kerajaan (The Star, 30 Dis. 2002).
2. Definasi operational
2.1 Pengajaran
Sharifah Alwiah (1983) juga menganggap pengajaran sebagai suatu proses kerana apabila mengajar, aktiviti seperti menyoal, menerangkan, mendengar, menggalakkan sesuatu, dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku. Sharifah Alwiah (1983) juga menganggap pengajaran sebagai suatu proses komunikasi walaupun tidak semua aktiviti pengajaran merupakan komunikasi antara guru dengan pelajar. Yaxley (1991) memberikan pandangan yang berbeza tentang pengajaran. Beliau melihat pengajaran dari aspek perkembangan kognitif. Yaxley (1991) berpendapat, pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Ini menunjukkan pengajaran mempunyai hubungan dengan pengesahan, perubahan, peninjauan semula, penilaian dan penghuraian kepercayaan, nilai-nilai serta pengertian.
Hasaan Langgulung (1991) mentakrifkan pengajaran sebagai satu proses pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai daripada generasi tua kepada generasi muda untuk memastikan jati diri dan penerusan budaya. Mook Soon Sang (1993) mentakrifkan pengajaran adalah proses berkaitan perancangan, pengelolaan , penyampaian, bimbingan dan penilaian supaya perpindahan ilmu pengetahuan dan kemahiran dapat dilakukan dengan lebih berkesan.
Yaxley (1991) juga melihat pengajaran sebagai aktiviti intelek yang melibatkan pemikiran, perasaan dan penilaian. Ini termasuklah interaksi antara guru dengan pelajar ataupun pelajar dengan pelajar. Teuku Iskandar (1986) mentakrifkan pengajaran adalah perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar atau aspek yang dipentingkan dan sebagainya.
Konsep pengajaran dalam konteks kerja kursus ini setelah merangkumi takrifan yang dikemukakan oleh Sharifah Alwiah (1983) Hasaan Langgulung (1991) Mook Soon Sang (1993) dan Yaxley (1991) Kajian ini mentakrifkan pengajaran itu sebagai satu proses mengajar yang melibatkan aktiviti seperti menyoal, menerangkan, mendengar, menggalakkan sesuatu, dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku. Ini termasuklah interaksi antara guru dengan pelajar ataupun pelajar dengan pelajar. satu proses pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai. dengan lebih berkesan.Di samping itu pengajaran di dalam matapelajaran sains juga juga adalah mempunyai hubungan dengan pengesahan, perubahan, peninjauan semula, penilaian dan penghuraian kepercayaan, nilai-nilai serta pengertian. aktiviti intelek yang melibatkan pemikiran, perasaan dan penilaian.
Secara kensensusnya strategi pengajaran merangkumi cara ini kandungan pengajaran dipersembahankan pelajar bagi mencapai objektif pengajaran dan untuk menggalakkan pembinaan serta memupuk strategi pembelajaran yang efektif bagi pelajar (Burden & Byrd). Secara amnya strategi pengajaran yang berpusatkan guru( seperti memberi penerangan kuliah, membaca, soal jawab dan latihan) dan strategi berpusatkan pe;ajar ( seperti perbincangan, sumbang saran, main peranan, simulasi, penyelesaian masalah dan permainan).
Berpandukan Sukatan Pelajaran Bahasa Inggeris KBSM, strategi pengajaran yang diberi keutamaan dalam pengajaran bahasa Inggeris ialah kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, nilai kewarganegaraan dan patriotisme, kecerdasan pelbagai, mendapat pengetahuan dari pelbagai bidang ilmu dan disiplin dan persiapan untuk menghadapi situasi yang sebenar (Kementerian Pelajaran Malaysia 2003:1)
2.2 Sains
Pusat Perkembangan Kurikulum (1998) mentakrifkan ilmu sains sebagai bidang ilmu yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni yang membolehkan pelajar memahami alam sekeling mereka. Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) menjelaskan bahawa sains, merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah inkuari dan penyelesaian masalah. Kesimpulan dari takrifan tersebut didapati sains dapat memperkembangkan kemahiran untuk mengkaji alam semesta yang memerlukan kemahiran berfikir dan strategi berfikir serta kemahiran saintifik. Ilmu pengetahuan diperolehi sebagai hasil penyiasatan. Inkuiri secara saintifik juga memerlukan dan membolehkan pelajar memperolehi sikap positif dan nilai murni. Falsafah Pendidikan Sains Negara juga telah mengungkapkan bahawa pendidikan sains di Malaysia bertujuan memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dab berdaya tahan serta dapat mengusai ilmu sains dan berketerampilan teknologi.(Norazilawati 2003)
2.3 Bahasa Inggeris
Matlamat kurikulum bahasa Inggeris sekolah menengah adalah untuk melengkapkan pelajar dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan pelajar dalam urusan seharian, menimba ilmu pengetahuan dan bidang pekerjaan( Kementerian Pelajaran Malaysia 2003:1). Sementara objektif kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Menengah adalah:
1. to form and maintain relationships through conversation and correspondence; take part in social interaction; and to obtain goods and services
2. to obtain, prosess and use information from various audio-visual and print sources; and present the information in spoken and written form;
3. to listen to, view, read and respond to different text, and express ideas, opinions, thoughts and feelings imaginatively and creatively in spoken and written form; and
4. to show an awareness and appreciation of moral values and love towards the nation.
(KBSM English Language Syllabus, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003:1)
3.0 Rasional
Berdasarkan kenyataan akhbar Menteri Pendidikan 20 Julai 2002, YB Tan Sri Dato’ Musa Mohammad, menyatakan sebahagian besar maklumat terkini mengenai sains dan teknologi diltulis aatau disampaikan dalam bahasa Inggeris. Oleh yang demikian adalah menjadi keperluan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan matematik dalam selain menambah masa berkaitan dengan Bahasa Inggeris serta menguatkan asas pengetahuan bahasa bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
Sehubungan itu . pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris didorong oleh dua faktor utama. Pertama, penguasaan bahasa Inggeris para pelajar tidak memuaskan. Disebabkan kelemahan ini, para pelajar tidak dapat mengikuti perkembangan semasa penemuan-penemuan dan pencapaian terkini dalam kedua-dua bidang tersebut khususnya. Hal ini akan mengurangkan potensi daya saing negara dalam era globalisasi.
Faktor seterusnya, pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam medium bahasa Inggeris dilihat sebagi mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris di Kalangan pelajar di samping kepentingan kedua-dua mata pelajaran itu dalam memajukan negara.( Norazilawati .2004.)
3.1 Kelemahan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Pelbagai pendapat-pendapat dan kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan banyak kebaikan yang didapati pada pelaksanaan pengajaran dan pembelajarn Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tetapi terdapat juga kelemahan-kelemahan yang harus diperbaiki ( Azizan Abu Samah, Utusan Malaysia, 2002). Antaranya ialah:
· menimbulkan masalah besar sebagai bahasa mata pelajaran Matematik dan Sains.
· Menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam Mateamtik dan Sains bukan cara terbaik atasi kelemahan penguasaan bahasa itu.
· Objektif setiap mata pelajaran berlainan oleh itu ia tidak boleh dicampur adukkan.
· Istlah matematik dan sains terlalu khusus dan maksud berbeza, lebih sesuai jika digunakan selain daripada Matematik dan Sains agar tidak timbul kekeliruan.
· Kekurangan guru Matematik dan Sains yang mahir berbahasa Inggeris.
· Guru tidak bersedia mengajar, memerlukan waktu untuk menguasai bahasa Inggeris kerana tidak memiliki kefasihan berkomunikasi berkenaan isi pelajaran.
· Pelajar yang tidak mahir bahasa Inggeris, prestasi Matematik dan Sains akan jatuh akibat tidak faham konsep isi pelajaran. Ini boleh menimbulkan rasa bosan dan tidak minat sains dan matematik.
· Proses pengajaran dan pembelajaran tidak boleh dipisahkan dari bahasa yang difahami dan dihayati oleh guru dan pelajar-pelajar. Oleh itu kita tidak boleh berfikri dalam acuan orang lain.
· Tekanan kepada guru, guru terpaksa kekalkan atau tingkatkan prrestasi untuk imej diri dan sekolah. Pelajar menjadi mangsa dan terabai.dalam jangkamasa pendek prestasi pasti menurun dan menambahkan kekusutan pendidikan matematik sains dan teknologi.
· Lebih 800 istilah mateamtik dan sains menjadi harta lupus. Ini menyebabkan kerugian dari asset negara dan pembaziran tenaga dan wang.
· Pakar ilmu yang menerbitkan bahan rujukan dalam bahasa melayu semakin berkurangan.
· Kos tinggi- kerosakan notebook, LCD dan lain-lain.
· Bimbang dan tidak yakin pada diri pelajar akibat sukar faham konsep dan kurang motivasi kerana latar belakang keluarga.
3.2 Bantahan
Pengujudan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris telah menimbulkan pelbagai reaksi dari pelbagai pihak. Ada pihak yang menyokong dan ada yang membantah. Terdapat pihak-pihak yang membantah cadangan pelaksaan tersebut adalah:,( Tan Chia, Sin Chew Jit Poh. 2002)
· Gabungan persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong)
· Persekutuan Persatuan –Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).
· Dewan Perhimpunan Cina Sekangor (DPCS)
Sebab-sebab bantahan ini adalah kerana :
· Bimbang kebudayaan serta jati diri masyarakat Cina terjejas.
· Bimbang ianya menyekat kebebesan beragama.
· Menganggap dasar itu sebagai nahas kepada SJKC kerana akan menghapuskan identiti sekolah tersebut berikutan hanya satu subjek akan menggunakan bahasa Cina dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai 2008.
3.3 Usaha-usaha
Untuk meralisasikan pengajaran sains dan mateamtik dalam bahasa Inggeris, berbagai usaha pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melaksanakan program tersebut antaranya :-
· Latihan Bahasa Inggeris bagi guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan Mateamtik (ETeMS)
· Perubahan kursus di maktab perguruan di mana subjek Sains dan Matematik di ajar sepenuhnya dalam bahasa Inggeris bagi program diploma perguruan mulai 2003.
· Program pengkamusan sekolah pelajar didedahkan dengan perbendaharaan kata bahasa Inggeris yang baru setiap hari.
· Menyedikan infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) seperti notebook, LCD dan skrin serta bahan interaktif.
· Mengadakan ‘Buddy System’ bagi membantu guru-guru Sains dan Matematik.
( Bahagian Pendidikan Guru, Kementeian Pendidikan Malaysia, 2002)
3.4 Pihak yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan pengajaran Sains dan Bahasa Inggeris.
· Kementerian Pendidikan
- Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
- Bahagian Buku Teks
- Pusat Perkembangan Kurikulum
- Lembaga Peperikasaan Malaysia (LPM)
- Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
· Guru
· Ibu bapa
· Pelajar
3.4 Kaedah Pelaksanaan
Pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik bermula pada bulan Januari 2003 untuk para pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah. Manakala pelaksanaan di peringkat Tahun 1 bermula pada bulan Mac 2003. Manakala pengajaran Bahasa Inggeris dalam kedu-dua subjek dalam tahun dan tingkatan lain adalah digalakkan. Berikut adalah senarai pelaksanaan dalam peperiksaan awam yang melibatkan yang melibatkan subjek Sains dan Mateamtik adalah seperti berikut:-
1. 2003 semua peperiksaan awam UPSR, PMR DAN SPM adalah dwibahasa
2. 2004 STPM dan kolej matrikulasi
3. 2005 PMR
4. 2007 SPM
5. 2008 UPSR dan politeknik.
Berikut adalah usaha Kementerian Pendidikan dalam melengkapi prasarana dan sumber tenaga manusia seperti dibawah:
i) Pembekalan infrastruktur dan bahan –bahan interaktif.
ii) Melengkapkan kemudahan elektrik dan internet di semua sekolah di seluruh negara.
iii) Buku-buku teks Sains dan Mateamtik dalam Bahasa Inggeris.
iv) Kursus-kursus jangka pendek dan jangka panjang untuk guru-guru.
v) Kenaikan pangkat dari DG3 ke DG2 bagi jurulatih utama bidang Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
vi) 1,000 guru dilatih menjadi jurulatih utama.
Guru-guru Sains ,Matematik dan Bahasa Inggeris yang mengajar di luar Bandar.
vii) Kenaikan tiga mata gaji bagi guru yang mencapai tahap kelayakan Bahasa Inggeris yang ditentuklan oleh Kementerian Pendidikan.
ix) Elaun khas untuk guru-guru Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris yang mengajar di luar Bandar.
xi) Seramai 47,000 guru-guru Sains dan Matematik mendapat laptop yang bernilai RM 235 juta.
xii) Guru-guru kontrak dilantik untuk mengisi kekosongan.
3.4.1 Perlaksanaan kurikulum
Tindakan yang diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sejajar dengan pelaksanaan pengajaran bahasa Inggeris bagi mata pelajarn sains dan matematik adalah, mengurangkan sukatan pelajaran bagi Sains dan Matematik. Contohnya, kandungan sukatan pelajaran mateamtik tahun satu untuk mengenali nombor satu hingga lima puluh telah dikurangkan kepada nombor satu hingga lapan belas. Manakala kandungan sukatan pelajaran sains tingkatan satu pula dikurangkan daripada sembilan tema kepada emapt tema sahaja. Hampir setengah daripada tema sains tingakatan satu telah dibatalkan.
Tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengurangkan sukatan mata pelajarn sains dan mateamtik ini telah mengurangkan peluang pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan tersebut di dalam persekolah.
Pemilihan buku teks untuk sekolah-sekolah kerajaan di Malaysia adalah di bawah kawalan Kementerian Pendidikan. Pemilihan itu mestilah bersesuaian dengan pelajaran kita. Buku-buku teks sains dan matematik yang disediakan itu didapati menggunakn perbendaharaan kata tatabahasa Bahasa Inggeris yang tidak bersesuaian di sesetengah topic. Ini disebabkan buku-buku teks yang disediakan itu tiada perancangan yang rapid an tidak berunding dengan pakar Bahasa Inggeris dalam proses pengarangan buku teks tersebut.
Manakala bagi IPTA, buku teks dan bahan rujukan sains dan matamatik dalam Bahasa Inggeris senang didapati. Kebanyakan buku sains dan matematik IPT diterbit oleh penerbit luar negeri dalam Bahasa Inggeis. Justeru, maslah yang didapati di sekolah rendah dan sekolah menegah tidak berlaku di IPTA.
4. Isu-isu
Pelbagai isu telah timbul apabila dasar ini dilakukan yang melibatkan pelajar, guru dan pensyarah, kurikulum, kewangan dan pihak-pihak lain. Isu-isu ini akan diulas satu persatu seperti berikut:
4.1 Isu 1 : Adakah guru dan pensyarah bersedia mengajar sains dalam bahasa Inggeris ?
Penguasaan bahasa Inggeris yang lemah dikalangan guru-guru dan pensyarah yang mengajar sains dan matematik. Di sekolah rendah terdapat 84% , sekolah menengah 69% dan guru-guru tingkatan 6 42% dan pensyarah matrikulasi adalah 29%(Utusan Malaysia 14 Mei 2002)
Guru adalah sebagai pelaksanaan dasar yang terlibat secara langsung dalam pengajaran mata pelajaran sains. Adakah mereka telah cukup bersedia untuk melaksanakannya? Masalahnya sekarang adalah sebahagian besar guru-guru kurang bersedia untuk melaksanakannya sama ada dari segi pengusaan bahasa Inggeris itu sendiri ( Utusan Malaysia 2003)
Maklum balas daripada beberapa orang guru sains dan matematik sekolah menengah yang telah mengikuti kursus intensif Bahasa Inggeris menunjukkan bahawa masih ramai lagi guru yang tidak yakin dengan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran .Di samping itu adalah dijangkakan guru-guru sains dan matematik akan menghadapi masalah membaca dan memahami buku teks atau buku rujukan dalam Bahasa Inggeris. Justeru itu guru-guru juga menghadapi masalah menyediakan alat bantu mengajar dalam Bahasa Inggeris bagi pengajaran sains. Implikasinya guru-guru yang menghadapi masalah memahami buku teks akan hanya mengajar konsep-konsep yang mereka tahu sahaja. Ketidakmampuan membuat alat bantu mengajar dalam bahasa Inggeris mungkin akan menyebabkan kelas sains membosankan, seterusnya oobjektif pembelajaran tidak dicapai.
Menurut Poh dan Hashimah (1997) untuk meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK), pelbagai teknik asas boleh digunakan. Teknik-teknik asa ini termasuk teknik pemudacaraan, teknik peningkatan metakognitif dan teknik menyoal. Mampukah guru-guru sains mengaplikasikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran KBKK di dalam kelas sains dengan perubahan bahas pengantar tersebut? Sedangkan konsep-konsep besar yang ingin dicapai ini belum dapat difahami dan dilaksanakn dengan berkesan oleh guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik menggunakan Bahasa Melayu (Tajul Ariffin & Nor’Aini 2002).
Inovasi ini menggalakkan penggunaan ICT tetapi didapati tahap kesediaan guru terutama guru mata pelajaran sains dalam penggunaan teknologi semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah pada tahap yang rendah (Norzita & Noraini Attan 2002). Kajian menunjukkan bahawa 64% daripada guru-guru sukar menggunakan internet kerana tidak memahami bahasa inggeris walau pun 54% daripada mereka mempunyai Komputer sendiri dengan kemudahan internet dirumah ( Narimah & Raju (2001). Persoalannya guru-guru yang lemah dengan penggunaan teknologi ini, mampukah menjalankan pengajaran dengan berkesan jika berlaku kesilapan teknikal seperti cara pemasangan yang betul, kerosakan, dan untuk mendapat maklumat dalam internet.
4.2 Isu 2 :Dapatkah kemahiran saintifik serta nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran sains dalam bahasa Inggeris dapat dilaksanakan?
Satu cabaran kepada guru kerana pengajaran sains merupakan pengajaran yang menunjukkan tahap kemahiran saintifik, pendekatan dan amalan yang harus dilakukan secara interaksi soal jawab berbahasa. Situasi ini tidak mencukupi jika pengajaran sains dilakukan secara penyediakan perisian dan mengikut skrip yang disediakan oleh pihak kementerian. Kesannya pengajaran menjadi terbatas kerana tiada interaksi di antara guru dan pelajar. Akibatnya objektif pengajaran tidak dapat dicapai.
Pengajaran sains adalah untuk membentuk sikap yang saintifik dan nilai murni. Oleh itu dapatkah guru-guru dapat membentuk sikap dan nilai murni dalam pengantar Bahasa Inggeris demi memenuhiFAlsafah Pendidikan negara (FPN), FAlsafah Pendidikan Sains Negara (FPSN) dan wawasan negara untuk melahirkan insan saintifik yang beretika di samping dapat meningkatkan kualiti hidup menurut hakikat yang sebenarnya. Kesan ini dapat dilihat dikalangan guru-guru sains sekolah rendah kerana statistik guru-guru sekolah rendah adalah sebanyak 84% rendah penguasaan Bahasa Inggeris. Akibatnya jika peringkat rendah terdapat kegagalan dalam menerapkan sikap dan nilai murni maka akan berlaku ketempangan terhadap matlamat pendidikan sains negara.
4.3 Isu 3: Adakah kursus ETeMS ( English Language for teaching of Mathematic and Science) yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan dan kerjasama Jabatan pendidikan Negeri berkesan?
Kursus ETeMS mengandungi 240 jam latihan yang melibatkan pengajaran secara ‘face to face interaction’ atau bersemuka dan ‘self instructional packages’. Dalam kursus ini guru diajar oleh seorang jurulataih utama. Selain itu, konsep ‘Buddy System” diperkenalkan dimana guru-guru sains dan Matematik juga akan dibantu oleh guru-guru Bahasa Inggeris yang telah dilantik di sekolah masing-masing.
Kurusus ETeMS di kendalikan dalam dua fasa. Setiap fasa meliputi 90 jam pembelajaran secara face to face interaction dan 30 jam secara ‘self instructional packages.’
Jika di lihat dari stastistik penguasaan yang lemah dalam bahasa Inggeris dikalangan guru-guru didapati. Di sekolah rendah terdapat 84% , sekolah menengah 69% dan guru-guru tingkatan 6 adalah 42% dan pensyarah matrikulasi adalah 29%(Utusan Malaysia 14 Mei 2002). Berhubungan dengan ini guru-guru tersebut telah mempelajari bahasa Inggeris di sekolah selama 11 tahun iaitu dari darjah 1 hingga tingkatan 5. Guru-guru ini juga, mempunyai kelulusan yang rendah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeis di peringkat SPM/MCE. ( Masylinda 2004). Adakah kursus ETeMS selama 240 jam boleh membuat guru-guru tersebut dapat mengatasi penguasaian mereka dalam bahasa Inggeris ?
Masalah yang timbul ekoran dari kelemahan guru-guru tersebut menguasai bahasa Inggeris kesannya adalah, sukar untuk mengajar konsep-konsep, istilah-istilah sains dalam bahasa Inggeris. Sehubungan dengan itu, para pendidik menjangkakan bahawa masalah ‘broken English dan istilah-istilah sains yang kurang tepat akan berlaku pada awal pelaksanaan, walaupun guru terlibat mengikuti kursus intensif yang disediakan kementerian ( Masylinda & Rohana 2002a). Jika wujud keadaan sedemikian maka berkesankah kursus ETeMS yang di jalankan ?
4.4 Isu 4: Apakah peruntukan yang besar untuk perlaksaan ETeMS dapat meningkatkan kejayaan pada dasar ini?
Kerajaan Malaysia telah memperuntukan sebanyak RM 5 billion untuk melaksanakan dasar ini ( Portal Pendidikan Utusan Malaysai, 03/01/2002). Menurut Tan Sri Musa semasa Pelancaran Makmal Komputer Sekolah Seri Sedaya Subang Jaya 2002, bagi melaksaan di tahun pertama iaitu tahun 2003, peruntukannya adalah sebanyak RM978.7 juta. Dimana RM60 juta adalah untuk menyediakan perisian tahun satu, tingkatan satu dan tingkatan 6 rendah. Kerajaan telah membekal peralatan teknologi maklumat dan konukasi (ICT) yang berjumlah RM17ribu bagi setiap orang guru yang terlibat dalam perlaksnaan dasar ini. Peralatan tersebut termasuklah penyediaan computer, LCD, dan perisian yang membantu guru melancarkan pengajaran dua subjek ini dalam bahasa Inggeris. Seramai kebih kuran 30 000 guru yang terlibat dalam pengajaran sains dan matematik menggunakan bahasa Inggeris
Di samping itu usaha kerajaan dijalankan dengan melantik semula guru yang telah bersara, perubahan buku teks dan sukatan pelajaran, perlantika jurulatih dan bayaran insentif untuk semua guru Bahasa Inggeris dan guru-guru yang mengajar subjek Matematik dan Sains dalam PPMSI.
Keadaan ini telah menimbulkan pelbagai reaksi oleh guru-guru. Dimana guru-guru yang mahir berbahasa Inggeris diberi pelbagai insentif, berbanding guru-guru yang mengajar mata pelajaran lain seperti Bahasa Melayu, Ekonomi, Perdagangan, Sejarah dan Pendidikan Islam. Jadi persoalan yang ujud adakah guru-guru yang mengajar selain dari Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik tidak penting dan tidak kritikal untuk mendapat insentif.
Isu-isu lain akan timbul adalah adakah peruntukan yang besar dapat menjamin kejayaan yang besar? Adakah semua pihak akan berkerjasama untuk menjayakan dasar ini terutama pihak sekolah, guru-guru dan masyarakat? Dari itu hakikatnya ramaikah pihak pentadbir mahupun guru-guru yang kan mengambil inisiatif ini bagi memastikan hasrat kerajaan tercapai?
5. Impak kelemahan dalam bahasa Inggeris.
Kita semua sudah sedia maklum kita sudah tidak dapat menolak kepentinga bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa dan kunci untuk mencari ilmu baru pada zaman teknologi maklumat ini. Sekiranya seseorang pelajar itu tidak mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik maka akan terdapat banyak kelemahan yang akan dihadapi oleh mereka sama ada sewaktu pengajaran dan pembelajaran atau selepas tamat pengajian. Antara impak kelemahan dalam bahasa Inggeris adalah:
5.1 Impak Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam matapelajaran Sains
i) Prestasi pencapaian dalam subjek sains pelajar terutama Bumiputra mungkin akan menurun:
Menurut stastistik,pada tahun 2002 sebanyak 40.2% pelajar-pelajar melayu mendapat pangkat E iaitu tidak Mencapai Tahap Penguasaan Minimun dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. ( Utusan Malaysia, 28 Disember 2002). Berdasarkan pencapaian keseluruhan subjek matematik dan sains bagi tahun 1999 hingga 2000 adalah di paras 38.8 % iaitu satu pencapaian yang boleh dianggap minimum. Dengan itu mengunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran ini akan membebankan pelajar kesannya akan menyebabkan kehilangan minat untuk belajar akibatnya akan menurunkan prestasi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran berkenaan.
i) Kehilangan minat terhadap mata pelajaran Sains:
Pelajar-pelajar melayu yang lemah dalam menguasai bahasa Inggeris akan menghadapi masalah yang untuk memahami konsep-konsep sains yang bersifat teknikal dan kefahaman. Di mana peratusan guru yang lemah dalam bahasa Inggeris juga tinggi. Akibatnya pengajaran dan pembelajaran sains yang bersifat penaakulan, pencerakinan, pemerian dan ujikaji yang memerlukan penerangan yang jelas gagal di sampaikan dengan baik kepada pelajar. Kesannya pelajar-pelajar akan kehilangan minat untuk belajar kerana tiada rasa keyakinan kepada guru dan rasa mata pelajaran itu menjadi semakin susah.
ii) Sasaran kerajaan untuk mencapai nisbah 60:40 mungkin tidak tercapai.
Pelajar-pelajar mula beranggapan mata pelajarn sains sebagai satu mata pelajaran yang susah. Oleh itu pelajar lebih cenderung untuk memilih aliran sastera. Justeru itu hasrat kerajaan untuk mensasarkan 60 peratus sains dan 40 peratus sastera pada tahun 2010 tidak akan tercapai.
iii) Buku ilmiah dalam bahasa Melayu akan terpinggir:
Para cendiakawan akan hilang minat untuk menulis kerana penggunaan buku ilmiah dan rujukan yang ditulis dalam bahasa Melayu kurang mendapat perhatian orang ramai. Keadaan ini memyebabkan buku-buku ilmiah bahasa Melayu tidak digunakan dan seterusnya akan terpinggir dalam negara kita sendiri.
6. Cadangan
Perlaksanaan ETeMS mendapat reaksi dari pelbagai pihak. Berbagai pendapat dikemukakan oleh golongan pendidik, ahli-ahli cerdik pandai, ahli politik sehingga ahli masyarakat terdiri dari golongan ibu bapa dan pelajar-pelajar sendiri. Semua pendapat dan cadangan telah diambil kira untuk memperbaiki lagi ETeMS Berikut adalah cadangan-cadangan yang di buat hasil kajian dari pelbagai sumber.
a) (Senin 2004) Melalui pengalaman semasa menjalankan kajian ini, pengkaji mendapati selain daripada mencari punca kesukaran belajar sains dalam bahasa Inggeris, amalan pengajaran guru juga perlu dipelbagaikan bagi mengekalkan tumpuan serta minat pelajar. Bagi mempertingkatkan prestasi pelajar, guru perlu melaksanakan perkara-perkara berikut:
i) Mempelbagaikan kaedah dan pendekatan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
ii) Memperbanyakkan dan mempelbagaikan latihan.
iii) Menggalakkkan pelajar mengunakan pengetahuan sedia ada.
iv) Memberi peluang kepada pelajar untuk mengambil bahagian semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Kajian tindakan yang telah dilaksanakan ini terdapat peningkatan dalam pencapaian pelajar, menambahkan keseronokkan belajar sains walaupun bukan dalam bahasa ibunda dan dapat mengurangkan sifat malu untuk berintraksi semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
b) Guru-guru yang telah menghadiri kursus ETeMS hendaklah melakukan pengukuhan pembelajaran. Guru-guru tersebut hendaklah menghadiri kursus pengukuhan yang di adakan pada hujung minggu bagi setiap daerah-daerah masing-masing. Fasilitator yang dilantik adalah yang betul-betul berkemahiran tinggi dalam penggajaran bahasa Inggeris dan sains. Di samping itu guru-guru terlibat perlu memahirkan diri dalam penggunaan Bahas Inggeris melalui kursus-kursus insentif Bahasa Inggeris yang dianjurkan, Modul Pembelajaran Kendiri ( Take Home Package) dan Pembelajran Online (web Base dan skrip pengajaran yang disedaikan.Tujuannya adalah untuk memantapkan tahap kesediaan guru-guru tersebut dalam pengajaran sains dalam bahasa Inggeris.
c) Peruntukkan yang besar yang diterima oleh semua sekolah dalam menjayakan hasrat kerajaan ini harus diambil perhatian oleh semu pihak yang terlibat. Terutama guru-guru yang mengajar bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dan menerima insentif. Guru-guru tersebut harus mengadakan kelas tambahan sekurang-kurangnya dua waktu seminggu iaitu pada hari sabtu atau waktu sebelah petang. Ini dilakukan adalah sebagai pengukuhan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
d) Guru-guru yang terlibat dalam pengajaran mata pelajaran sains dalam bahasa Inggeris di galakkan untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris melalui kursus-kursus dianjurkan pihak jabatan atau Kementerian Pelajaran atau inisiatif sendiri.
e) Guru-guru perlu diberi pendedahan secara intensif berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains dalam bahasa Inggeris melalui latihan dalam yang dikendalikan oleh guru pakar.
f) Guru-guru digalakkan untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara kongsi sama terutama bagi tahuk-tqajuk yang masih belum dikuasai sepenuhnya. Ini khususnya bagi guru-guru baru.
g) Guru-guru yang terlibat mesti sentiasa bersedia untuk memperlengkapkan diri dan menambah nilai pengetahuan kemahiran computer atau ICT mereka dengan mengikut kursus dan latihan kemahiran prasarana computer atau ICT dari masa ke sama
h) Pihak sekolah, ketua bidang, ketua panitia dan para guru yang mengajar mata pelajaran sains dan matematik hendaklah berkerjasama untuk manghasilkan bahan pengajaran yang sesuai dan selaras dengan perubahan sukatan pelajaran.
i) Pihak Jabatan Pendidikan perlu menyediakn prasarana yang mencukupi bagi kegunaan guru dan pelajar bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.(Norzita Mohd Darus 2004)
7. Kesimpulan
Secara keseluruhan boleh disimpulkan bahawa tahap kesediaan guru mengajar Saians dan matematik dalam Bahasa Inggeris masih berada pada tahap yang sederhana. Ini mungkin disebabkan pelaksanaannya yang masih baru memerlukan guru sedikit lagi masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaraan pengajaran yang berbeza. Kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia berhubung pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sedikit sebanyak dapat membantu guru meningkatkan tahap kesediaan pengetahuan, sikap dan kemahiran mereka untuk mengajar subjek berkenaan dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, guru juga perlu mempunyai inisiatif sendiri terutamanya dalam mencari ilmu pengetahuan baru agar usaha untuk melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahas Inggeris ini dapat dijalankan dengan jayanya.(Masyilda 2004)
RUJUKAN
Azizan Abu Samah, Utusan Malaysia, 2002
Badan Khas ditubuh rangka strategi mahir Inggeris. 2002. Utusan
Malaysia 14 Mei 2002.
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002)
Kementerian Pelajaran Malaysia 2003. Manual kursus kajian tindakan.
Kuala Lumpur : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan.
Kenyataan Akhbar Menteri Pendidikan. 2002. Kenyataan YB Tan Sri
Musa Mohamad mengenai perlaksanaan pengjaran dan
pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. 20 Julai 2002
Masyilda Abu Bakar. 2004. Tahap kesediaan guru mengajar sains dan
matematik dalam bahasa Inggeris, kertas Projek Pendidikan. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mesyuarat Khas Jemaah Menteri, Kementerian Pendidikan Malaysia,
2002.
Mook Soon Sang .1997. Pedagogi 2. Pelaksanaan pengajaran. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Narimah Ismail & Raju, C.J. 2001. Lemah Bahasa Inggeris. 64% guru
sukar guna internet. Utusan Malaysia 15 Ogos 2002.
Norazilawati .Abdullah.2004. Persepsepi Guru-Guru Sains dan
Matematik Tingkatn Satu terhadap keberkesanan kursus ETeMS.Kertas Projek Pendidikan Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Norazilawati Abdul Halim. 2003. PPK Laksana Program Tingkat
Penguasaan bahasa Inggeris. Berita Harian. 18 Disember 2003.
Poh Swee Hing & Hashimah. 1997. Amalan repleksi murid-murid
sekolah rendah semasa menjalankan projek reka bentuk
teknologi. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik. Hlm 149-155..
Sharifah Alwiah Alsagoff.1983. Ilmu Pendidikan. Kuala Lumpur
Heinmann Asis.
Tajul Ariffin Noordin & Nor’Aini Dan. 2002. Pendidikan dan
Pembangunan Manusia:pendekatan Bersepadu. Bangi: As-
Syabab Media.
Tajul Ariffin Nordin. 1990. Pendidikan : Satu pemikiran semula. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pusaka.
Tan Chia, Sin Chew Jit Poh. 2002
The Star, 30 Dis. 2002
Utusan Malaysia 2003
Utusan Malaysia, 03/01/2002
Utusan Malaysia, 28 Disember 2002

No comments:
Post a Comment