Prakata
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Pagoh (PDK) adalah merupakan salah satu Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di dalam daerah Muar, Johor. Ianya menampung penempatan kanak-kanak istimewa yang berkeperluan khas di sekitar pekan Pagoh dan kawasan sekitarnya untuk mendapatkan penjagaan dan latihan kemahiran asas pengurusan diri.
Dalam menentukan hala tuju sebenar sesebuah PDK itu ianya banyak bergantung kepada pembabitan serta peranan yang dimainkan oleh guru itu sendiri. Oleh yang demikian kajian khusus telah di jalankan di PDK Pagoh yang beralamat PDK Pagoh, JKR 523, Jalan Pagoh, 84600 Pagoh, Muar, Johor.
Kajian ini merupakan aspek penting dalam memenuhi syarat wajib kursus Program Sarjana Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia UKM Semoga dengan hasil kajian ini akan dapat menambah pengetahuan dan pengalaman baru dalam merancang dan melaksanakan program-program khas untuk kanak-kanak istimewa pada masa akan datang.
Penghargaan
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada guru bertugas di pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Pagoh iaitu Pn. Raziah bte Abd. Raof yang telah memberi kerjasama sepenuhnya memberikan maklumat-maklumat yang diperlukan dan mencakupi semua aspek pengurusan PDK untuk dimuatkan dalam kajian ini.
Aziz Bin Poniran
No.Matrik (P 35360 )
Sarjana Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Tarikh: 30 Ogos 2006
Pengenalan
Program Pemulihan Dalam Komuniti ( PDK ) adalahprogram pencegahan, pemulihan dan pembangunan bagi golongan orang kurang upaya (OKU) di peringkat keluarga dan komuniti melalui penglibatan dan penyertaan aktif agensi Kerajaan, NGO, Swasta, para sukarelawan dan komuniti tempatan.
Revolusi teknologi membuat perkembangan manusia semakin maju. Kehidupan harian kita berlalu dengan begitu pantas. Produktivi kita semakin meningkat. Dalam kita ghairah mengejar kemajuan, ada segolongan masyarakat yang jauh ketinggalan - iaitu golongan kanak- kanak istimewa yang memerlukan keprihatinan kita. Kadangkala disebabkan oleh keperluan dan keadaan mereka, dan revolusi teknologi yang mara dengan begitu pantas, telah wujud jurang di antara mereka dengan masyarakat. Mereka sering dibezakan, atau dilupakan begitu sahaja.
Dalam kita leka mengejar kemajuan, janganlah kita lupa golongan istimewa ini. Dengan kemajuan teknologi, kanak-kanak ini juga dapat manfaat daripada penemuan kaedah-kaedah baru untuk pemulihan, kaedah-kaedah pembelajaran yang lebih efektif, dan menjalani kehidupan harian dengan lebih selesa. Dengan pendidikan dan jagaan khas, kanak- anak istimewa ini juga dapat dididik untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna. Di Malaysia, pada akhir tahun 2005, seramai 150,600 orang kurang upaya berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kerajaan juga menyediakan faedah seperti pemeriksaan kesihatan, pemberian ubat dan kemudahan wad di hospital kerajaan secara percuma, potongan tambang perjalanan, pengecualian cukai jalan, dokumen perjalanan percuma, tambahan pelepasan cukai pendapatan, potongan duti eksais bagi pembelian kenderaan nasional dan potongan harga bagi pembelian rumah kos rendah.
. Pada keseluruhannya, bilangan orang kurang upaya yang berdaftar masih lagi rendah disebabkan sikap ibu bapa yang tidak mahu memberitahu mereka mempunyai anak kurang upaya. Usaha Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam mengendalikan Kempen Pendaftaran Orang Kurang Upaya di seluruh negara untuk menggalak dan meningkatkan kesedaran masyarakat di atas kepentingan anak mereka didaftar adalah wajar. Ini kerana intervensi awal dapat dilakukan untuk mengelakkan kecacatan yang lebih teruk dan perkhidmatan yang sesuai dapat dirancang dan disediakan.
Adalah dijangka, satu dalam setiap 500 kanak-kanak di Malaysia dilahirkan dengan keadaan cacat mental atau fizikal. Pihak Kerajaan sentiasa berusaha untuk memberi penjagaan dan sokongan kepada kanak-kanak ini dan keluarga mereka. Dalam usaha mempertingkatkan kualiti hidup orang kurang upaya, Kerajaan melalui Kementerian perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah memperkenalkan pelbagai dasar, program, perkhidmatan dan kemudahan kepada orang kurang upaya yang dilaksanakan secara berterusan.
Masyarakat juga harus memberi rangsangan, sokongan moral dan juga bantuan yang sewajarnya kepada kaum keluarga yang mempunyai anak-anak istimewa ini. Ini adalah kerana golongan istimewa ini juga mempunyai kelebihan yang tersendiri yang tidak diketahui sekiranya ianya tidak dipupuk dan diberi rangsangan.
Orang Kurang Upaya
Orang-orang Kurang Upaya Intelek (OKUI) menghadapi dua rintangan utama dalam kehidupan mereka. Pertama ialah dari kekurangan yang ada pada diri mereka. Kedua ialah yang beberapa sikap, pandangan dan pendirian masyarakat ke atas mereka. Dua rintangan ini mempunyai kesan besar dan berpanjangan ke atas Orang-orang Kurang Upaya sama ada dari aspek kebajikan, kesejahteraan dan juga ekonomi mereka. Malah rintangan yang serupa jugadih adapi oleh semua golongan orang kurang upaya.Dengan keadaan sedemikian tidak hairanlah jika terdapat dalam masyarakat kita Orang-orang Kurang Upaya Intelek yang terbiar atau dikurung di rumah, terlantar di institusi-institusi penjagaan, berkeliaran di sana sini, ada yang menganggu orang ramai, dan tidak kurang pula yang menjadi ejekan dan cemohan orang ramai.
Keadaan ini bertambah buruk apabila ibu bapa dan kaum keluarga mereka tidak ada atau tidak lagi berupaya untuk menjaga mereka. Keadaan ini berlaku kerana dua rintangan utama yang saya sebutkan tadi. Dengan keadaan mereka yang sedemikian, tidak dapat dinafikan bahawa keupayaan mereka untuk menghasilkan sesuatu adalah jauh lebih kecil daripada orang biasa, dan mereka tidak akan dapat bersaing dalam apa jua usaha dan kegiatan seharian. Keadaan ini serta wajah dan gerak laku mereka menimbulkan berbagai reaksi dari kalangan ibu bapa dan masyarakat umum.
Walau pun tidak semuanya negatif, ramai yang merasa malu dengan adanya Orang-orang Kurang Upaya Intelek, ada yang takut, ada yang marah, dan ramai pula yang tidak peduli langsung. Ini pada umumnya menjadikan golongan ini terpinggir dan tersisih dari arus pembangunan dan kemajuan masyarakat. Akibatnya hingga kini, kita masih tidak mempunyai maklumat dan data yang tepat dan terperinci mengenai bilangan Orang-orang Kurang Upaya Intelek, siapa mereka, dimana mereka berada, bagaimanakah keadaan mereka dan apakah keperluan dan masalah yang mereka hadapi.
Mengikut anggaran World Health Organisation (WHO), adalah dianggarkan bahawa 3% penduduk sesebuah negara adalah terdiri daripada mereka yang kurang upaya, dan daripada jumlah ini, hampir separuh daripada mereka adalah Orang Kurang Upaya Intelek Walaupun terdapat majikan-majikan yang berjiwa besar seperti KFC, Burger King dan sebagainya, bilangan ini adalah terlalu kecil berbanding dengan bilangan Orang-orang Kurang Upaya Intelek yang dianggarkan. Dalam satu ucapan yang disampaikan oleh David Grayson, Pengerusi National Disability Council di satu forum antarabangsa di United Kingdom dalam bulan Jun 1999, beliau menyebutkan bahawa "penglibatan orang-orang kurang upaya dalam mana-mana organisasi adalah satu priority yang rendah (low priority)."Beliau juga berkata bahawa "rasa kasihan, rasa tidak selesa dan rasa takut terhadap orang-orang kurang upaya lebih mempengaruhi sikap dan minda masyarakat umum." Gambaran-gambaran sedemikian hanya menyedarkan kita bahawa isu dan masalah Orang-orang Kurang Upaya Intelek ini bukan dihadapi oleh kita sahaja.
Namun demikian, secara setempat kita perlu menentukan sejauh manakah isu dan masalah yang kita hadapi ini dan apakah dasar, perancangan dan program jangka pendek dan jangka panjang yang patut dan perlu dilaksanakan bagi menangani perkara ini. Tetapi jika dilihat dari perspektif Masyarakat Pengasih dan Penyayang, dari aspek Hak Asasi Manusia, Keperluan Sosial serta kesihatan dan kebajikan, isu dan masalah ini akan menjadi agenda penting.
Kita akan menghadapi satu masalah yang sangat besar dan membimbangkan jika manusia tidak lagi mempunyai rasa kasih sayang antara satu sama lain, tidak kira orang kurang upaya atau tidak. Justru itu, saya berharap forum ini akan menjadi satu wadah untuk menjalin hubungan dan rangkaian kerjasama di kalangan semua lapisan masyarakat, individu, badan-badan bukan kerajaan, pihak-pihak swasta dan juga badan-badan kerajaan kearah mengenalpasti keperluan golongan ini dan mencari jalan bagi memenuhi keperluan-keperluan tersebut. Sudah tentu perkara ini tidak dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat, namum langkah Diharapkan dengan rangkaian atau jaringan kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Am, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pendidikan dan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia ini dapat diperluaskan ke badan-badan lain diseluruh negeri untuk menghasilkan satu proses jalinan hubungan (out reach) yang lebih meluas dan berkesan.
Jika tanggung jawab ini dapat dipikul bersama, masalah yang berat akan menjadi ringan dan program-program yang akan dilaksanakan akan lebih menyeluruh danberkesan. Selain itu saya berharap forum ini juga akan menghasilkan satu jaringan kerjasama antara ibu bapa dan keluarga kepada Orang-orang Kurang Upaya Intelek. Badan-badan yang terlibat boleh dianggap sebagai Persatuan Kumpulan Sokongan Keluarga atau (Family Support Group Assosiation). Seperti kata peribahasa, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tidak ada orang lain yang lebih mengetahui keperluan dan masalah yang dihadapi oleh Orang-orang Kurang Upaya Intelek daripada ibu bapa dan keluarga mereka sendiri. Persatuan ini bukan sahaja boleh menjadi wadah (avenue) bagi ahli-ahli keluarga bertukar pendapat dan fikiran, mereka juga boleh merancang dan melaksanakan program-program bersama demi kebaikan dan kesejahteraan anak-anak mereka.
Selain itu, Persatuan tersebut juga akan memudahkan hubungan antara pihak pembuat dasar dengan kumpulan sasaran dan juga boleh menyalurkan serta mengemukakan pandangan, pendapat dan masalah dari masa ke semasa.Melalui bantuan "mass media", mesej yang penuh harapan ini dapat disampaikan ke seluruh pelusuk negeri Masyarakat akan sedar akan kebolehan orang-orang yang kurang upaya intelek, dan dapat menerima mereka dengan kasih sayang dan hormat, di kalangan jiran tetanga, di sekolah, di tempat kerja dan di mana-mana jua pun.Banyak lagi kesan-kesan positif yang boleh dihasilkan dari Forum ini. Faktor kejayaan apa jua objektif pun bergantung kepada tekad dan ketabahan hati setiap individu untuk senantiasa inginkan kemajuan, serta "teamwork" atau kerjasama yang rapat antara semua organisasi yang terlibat untuk mencapai matlamat tersebut.
Orang-orang Kurang Upaya Intelek merupakan kumpulan yang paling tidak dikenali dan tidak difahami, walaupun antara golongan yang kurang upaya umumnya, ia adalah kumpulan yang terbesar (50%) dari kalangan Orang-orang Kurang Upaya. Kepada semua ibubapa perlu tampil ke hadapan dan mendaftarkan anak mereka dengan Jabatan Kebajikan Am yang terdekat, supaya anak-anak mereka boleh menerima pertolongan yang memang hak mereka, demi untuk mencapai potensi sendiri mereka hingga ke tahap yang tertinggi.
Usaha untuk membolehkan orang kurang upaya menyertai kegiatan masyarakat sekeliling dipergiatkan melalui program pemulihan berasaskan masyarakat melibatkan keluarga mereka dan masyarakat serta disokong oleh agensi berkaitan seperti Jabatan Kesihatan, Jabatan Pelajaran dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dalam tempoh Rancangan, 313 pusat pemulihan berasaskan masyarakat ditubuhkan dan memberi manfaat kepada 8,453 orang kurang upaya.
Kerajaan terus menyediakan peluang latihan dan pekerjaan untuk membantu orang kurang upaya berdikari. Pusat Pemulihan dan Latihan Industri di Bangi menyediakan latihan kepada 703 orang kurang upaya dalam bidang komputer, mereka bentuk dan membuat pakaian, membuat peralatan prostetik dan orthotic serta kerusi roda. Sebanyak 30 peratus daripada pelatih menyertai pasaran pekerjaan manakala sebahagian lagi mendapat pekerjaan di bengkel terlindung yang diuruskan oleh Kerajaan dan NGO. Bagi menggalakkan orang kurang upaya terus bekerja untuk menyara hidup mereka dan keluarga. Elaun Pekerja Kurang Upaya bernilai RM200 sebulan disediakan mulai tahun 2004 kepada yang berpendapatan kurang daripada RM750 sebulan. Geran pelancaran dengan nilai maksimum RM2,700 seorang juga disediakan untuk membantu dan menggalakkan orang kurang upaya menceburi perniagaan kecil dengan geran tambahan disediakan untuk membesarkan perniagaan mereka.
Usaha telah diambil untuk menyediakan lebih banyak kemudahan mesra orang kurang upaya seperti kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan kemudahan bebas dari halangan. Di bawah Program Perumahan Rakyat Bersepadu, pemaju perumahan dikehendaki memperuntukkan 10 peratus daripada rumah pangsa yang dibina dengan kelengkapan dan kemudahan yang sesuai untuk orang kurang upaya. Di samping itu, pengangkutan awam seperti rel transit ringan dan bas juga menyediakan kemudahan yang membolehkan orang kurang upaya bergerak dan menggunakannya tanpa halangan. Taman Sinar Harapan siap dibina di Jitra, Kedah menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak tujuh rumah menempatkan seramai 1,080 orang kurang upaya. Rumah tersebut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk perubatan pulih anggota, terapi pekerjaan, terapi muzik, pemulihan kesihatan serta kaunseling untuk membantu penghuni menjalani kehidupan yang lebih bermakna.
Program mengintegrasikan orang kurang upaya ke dalam masyarakat bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan yang normal akan terus dipergiat. Bagi memastikan orang kurang upaya tidak terpinggir, proses pendaftaran orang kurang upaya akan diperkemas untuk perancangan program dan kemudahan yang teratur. Sistem pendaftaran secara dalam talian akan dilaksana bagi membolehkan Kerajaan mengetahui tahap ketidakupayaan mereka sebelum menggubal program yang bersesuaian untuk pembangunan orang kurang upaya.
Akta Orang Kurang Upaya akan digubal untuk meningkatkan dan melindungi hak orang kurang upaya supaya hidup bermaruah dan mempunyai harga diri. Akta ini akan memberi hak kepada mereka untuk diterima oleh masyarakat, meningkatkan akses kepada pendidikan dan latihan vokasional, pekerjaan, persekitaran bebas dari halangan serta akses kepada IC.
Program pemulihan berasaskan komuniti terbukti berkesan dari segi kos dan merupakan pilihan yang berkesan kepada institusi pemulihan bagi orang kurang upaya. Sehubungan ini, lebih banyak pusat pemulihan berasaskan komuniti akan ditubuh dalam RMKe-9. Pusat pemulihan ini akan dibangunkan sebagai pusat khidmat setempat bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih komprehensif kepada orang kurang upaya. Antara perkhidmatan yang akan disediakan ialah pemeriksaan dan pengesanan ketidakupayaan, khidmat rujukan, penyebaran maklumat mengenai orang kurang upaya, latihan vokasional dan penempatan pekerjaan, pendaftaran orang kurang upaya dan perkhidmatan sokongan.
Dalam tempoh RMKe-9, peruntukan sebanyak RM842.5 juta akan disediakan bagi program pembangunan keluarga dan masyarakat, seperti ditunjukkan dalam Jadual 1. Daripada jumlah tersebut, 55 peratus akan diperuntukkan kepada program perkhidmatan kebajikan termasuk penjagaan, perlindungan dan pemulihan kanak-kanak, orang kurang upaya dan warga tua manakala 45 peratus akan diperuntukkan kepada program pembangunan keluarga dan masyarakat.
KESEMBILA
N 2006-2010
Jadual 1
Perbelanjaan Dan Peruntukan Pembangunan Bagi Program
Pembangunan Keluarga Dan Masyarakat, 2001-2010 (RM Juta)
Program
RMKe-8
RMKe-9
Perbelanjaan
Peruntukan
Pembangunan Keluarga
19.1
30.1
Perkhidmatan Kebajikan
220.1
463.4
Pembangunan Masyarakat
429.6
264.0
Perpaduan dan Integrasi
70.0
85.0
Jumlah
738.8
842.5
Sumber: Unit Perancang Ekonomi
Objektif Kajian
Objektif kajian di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Pagoh adalah bagi mengetahui sejauh mana peranan serta tanggungjawab yang diamanahkan dalam menjaga kebajikan kanak-kanak istimewa dan PDK tersebut. Kajian ini meliputi semua aspek pentadbiran dan pengurusan PDK. Aspek perlaksanaan program, kurikulum, ko kurikulum dan hubungan komuniti setempat juga menjadi fokus utama yang dikaji untuk mengetahui masalah sebenar yang dihadapi oleh guru-guru tersebut dalam mengendalikan tugas dan tanggungjawab.
Beberapa langkah penyesuaian bagi mengatasi permasalahan yang berkaitan dicadangkan dalam membentuk struktur pengurusan yang lebih sistematik dan efisyen. Kajian ini juga mengkaji kelemahan yang menjadi punca kepada kepincangan dalam pengendalian kelas PDK. Bagi memenuhi keperluan semasa, langkah-langkah membantu dicadangkan bagi mengembalikan kekuatan sebenar peranan serta tanggungjawab guru dalam PDK tersebut.
Perkhidmatan Bahagian Orang Kurang Upaya
Kemudahan dan pengesanan awal disediakan bagi mereka untuk menerima rawatan, pemulihan, pendidikan dan latihan. Usaha untuk mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat digalakkan agar mereka bersedia menghadapi cabaran keadaan sosial mereka. Sempena Dekad Bangsa-bangsa Bersatu bagi Orang Kurang Upaya di Rantau Asia dan Pasifik 1993-2002, negara kita telah mendatangani Proklamasi Penyertaan Penuh dan Penyamaan Peluang bagi Orang Kurang Upaya di Rantau Asia dan Pasifik pada 16 Mei 1994. Agenda Tindakan Dekad ini memberi penekanan kepada kesedaran masyarakat dan penyediaan kemudahan-kemudahan ke arah peningkatan kesejahteraan hidup orang kurang upaya.
Definasi
Seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuh atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu dan tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan samasa dari segi fizikal atau mental dan samada ia berlaku semenjak lahir atau kemudian dari itu. (Sumber; Jabatan Kebajikan Masyarakat).
Kategori Orang Kurang Upaya
Terdapat 6 kategori kurang upaya yang didaftarkan iaitu:
Kurang Upaya Penglihatan
Kurang Upaya Pendengaran
Termasuk pekak dan bisu:
a)Minima (Mild) - (20 - <> 90 db)
Kurang Upaya Penglihatan
Buta (blind) - Penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata). Penglihatan terhad (Low Vision/Partially Sighted) - Penglihatan lebih teruk dari 6/18 tapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 dalam mata yang lebih baik penglihatannya walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata).
Kurang Upaya Fizikal
Kecacatan anggota badan misalnya - Penyakit Polio, Kudung, Muscular Dystrophy, Myopathy, Neuropathy dan Osteogenesis Imperfecta.
Cerebral Palsy
a) Hemiplegia - Cerebral Palsy yang melibatkan sebelah bahagian badan.
b) Diplegia - Cerebral Palsy yang melibatkan kedua-dua belah kaki,
c) Quadriplegia - Cerebral Palsy yang melibatkan kedua-dua belah tangan dan kaki.
Masalah Pembelajaran
Dignosa perubatan di bawah kategori ini merangkumi:
- Lewat Perkembangan (Global Development Delay) (bagi kanak-kanak berumur <> 3 tahun).
- Masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia, dysgraphia dan dyscalculia.
Lain-Lain
Diagnosa perubatan di bawah kategori ini merangkumi semua masalah kurang upaya yang tidak dinyatakan dalam format.
Perkhidmatan Orang Kurang Upaya
Perkhidmatan di luar institusi perkhidmatan ini diwujudkan untuk menolong orang kurang upaya supaya dapat berdikari dan membolehkan mereka menjadi anggota masyarakat yang lebih produktif sejajar dengan kebolehan dan keupayaan mereka.
Pelan Tindakan Yang Berkaitan
Proklamasi penyertaan penuh dan penyamaan peluang OKU. Agenda Tindakan Dekad Orang Kurang Upaya Rantau Asia dan Pasifik Pelan (1993-2002).
Objektif Pendaftaran
- Untuk mengetahui bilangan sebenar dan taburan OKU di negara ini.
- Untuk merancang kesesuaian program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya.
- Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan yang bertepatan dengan keperluan OKU.
- Untuk mengenalpasti OKU mengikut jenis-jenis kecacatan.
Faedah-faedah Yang Boleh Diperolehi
- Rawatan perubatan.
- Khidmat pemulihan, rawatan lanjutan dan latihan vokasional.
- Pendidikan akademik di sekolah khas dan institusi tertentu.
- Bantuan kewangan, alat-alat tiruan dan alat-alat kemudahan.
- Pertimbangan elaun pekerja kurang upaya.
- Pertimbangan jagaan dan perlindungan, didikan dan latihan di institusi JKM/NGO mengikut Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).
- Peluang pekerjaan di sektor awam atau sektor swasta.
Pendaftaran Orang Kurang Upaya
Pendaftaran orang kurang upaya (OKU) dibuat secara sukarela di seluruh negara. Ianya dijalankan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Pendaftaran OKU boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dan Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
Borang-borang Pendaftaran Orang Kurang Upaya
Borang Baru
Kegunaan
Borang Permohonan Perkhidmatan Jabatan Kebajikan Masyarakat
Maklumbalas perkhidmatan
Borang Pendaftaran dan Cadangan Penempatan (18 tahun ke atas)
Butir-butir klien/ pengesahan doktor
Borang Pendaftaran dan Cadangan Penempatan Keperluan Khas(18 tahun ke bawah)
Butir-butir klien/ pengesahan doktor/ penempatan
Akuan Penerimaan Kad Kenal Diri OKU
Bukti Penerimaan Kad OKU
Syarat-syarat Pendaftaran
- Orang Kurang Upaya warganegara Malaysia.
- Telah disahkan/diperakui oleh Pegawai/Pakar Perubatan hospital kerajaan.
- Menggunakan borang yang betul.
- Pendaftaran dijalankan di Pejabat Kebajikan Daerah/Jajahan/Negeri Orang Kurang Upaya bermastautin.
- Memiliki nombor pendaftaran Orang Kurang Upaya.
- Alat-alat tiruan seperti anggota tiruan, tongkat, kalipers, kerusi roda, alat pendengaran, cermin mata khas dan alat-alat lain diberi supaya orang kurang upaya yang miskin dan berkeperluan dapat bergerak serta memudahkan mereka mendapat pekerjaan.
- Elaun Pekerja Kurang Upaya Elaun insentif kepada orang kurang upaya yang berkerja dan berpendapatan kurang daripada RM750.00 sebulan bagi individu. Ini adalah untuk menggalakkan mereka berminat untuk bekerja dan mengekalkan dalam sesuatu pekerjaan.
- Skim bantuan pelancaran membantu orang kurang upaya yang ada pengetahuan dan kemahiran tetapi ketiadaan modal dan peralatan untuk menjalankan perniagaan kecil.
Bantuan-bantuan lain orang kurang upaya yang berkeperluan boleh menikmati bantuan-bantuan lain di bawah jabatan jika berkelayakan seperti:
-Bantuan alat tiruan.
-Bantuan kanak-kanak.
-Bantuan orang tua.
-Bantuan kepada belia / beliawanis dan latihan aprentis.
-Bantuan Am.
- Penempatan kerja jabatan membantu mendapatkan kerja di sektor perkilangan, firma dan agensi kerajaan serta dalam rancangan khas seperti bengkel terlindung, rancangan tanah dan lain-lain. Bengkel Terlindung bagi orang kurang upaya yang tidak dapat memasuki sektor perkhidmatan kerajaan atau swasta, latihan dan kemudahan tertentu disediakan melalui kerjasama agensi kerajaan, swasta dan badan berkanun di bengkel-bengkel terlindung yang menyediakan peluang pekerjaan perkhidmatan di dalam institusi.
- Membantu memulihkan dan mempertingkatkan kualiti dan taraf hidup orang kurang upaya supaya meraka dapat hidup berdikari dengan memberi pemulihan dan latihan kemahiran yang sesuai.
Perkhidmatan Di Institusi
- Memberi jagaan, perlindungan dan pemulihan.
- Menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan dari segi fizikal, sosial dan rohaniah.
- Menjaga kesihatan dan keselamatan penghuni.
- Memberi pendidikan, bimbingan serta latihan vokasional.
- Penempatan semula dalam masyarakat.
- Mengadakan aktiviti pengeluaran hasil dan aktiviti yang berkaitan dengan masyarakat setempat.
- Memberi khidmat kaunseling.
Institusi Berkaitan Orang Kurang Upaya
Taman Sinar Harapan (TSH).
Pusat Latihan Perinsustrian dan Pemulihan Bangi (PPLPP).
Bengkel Daya Terlindung Kelang, Selangor.
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).
Rumah Kelompok.
Bengkel Terlindung Sungai Petani, Kedah.
Aktiviti luar (lawatan, berkelah, gotong-royong dsb) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi Pusat ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi latihan vokasional dan pemulihan perubatan. Kursus Vokasional Syarat-syarat:
- Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai orang kurang upaya anggota/fizikal.
- Berkelulusan akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Rendah Pelajaran (SRP)/ Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) mengikut jenis kursus.
- Berumur 18 hingga 40 tahun.
- Boleh dilatih dengan kemahiran dan boleh mengurus diri.
Kemasukan
Setiap institusi Taman Sinar Harapan boleh menerima masuk orang kurang upaya masalah pembelajaran yang terdiri dari jenis terencat akal, autisme dan down'syndrome. Pelatih-pelatih yang diterima masuk ke institusi ini tanpa mengambilkira klasifikasi umur, jantina (kecuali TSH Jubli dan TSH Tampoi) dan tahap kecacatan dari negeri-negeri yang berdekatan mengikut zon-zon yang telah ditetapkan iaitu :
Zon
Negeri Terlibat
Institusi
Klasifikasi
A
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak
TSH Jitra, Kedah
Lelaki/ Perempuan
B
Kelantan, Terengganu, Pahang
TSH Kuala Terengganu
Lelaki/ Perempuan
C
Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Perak
TSH Kuala Kubu Bharu, Selangor
Lelaki/ Perempuan
D
Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur
TSH Tuanku Ampuan Najihah, Seremban
Lelaki/ Perempuan
E
Johor, Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor
TSH Tampoi, Johor Bahru
Lelaki
F

TSH Jubli, Johor Bahru
Perempuan
Syarat-Syarat
Orang kurang upaya kategori masalah pembelajaran terdiri dari jenis terencat akal, autisme dan down's syndrome yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Orang kurang upaya yang memerlukan program pemulihan atau jagaan dan perlindungan.
Keistimewaan Dan Kemudahan Kepada Golongan Kurang Upaya
Kemudahan Pendidikan Kementerian Pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak cacat pengelihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program pendidikan dijalankan di sekolah khas pendidikan dan melalui program integrated di sekolah biasa. Kerajaan juga mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi-institusi pengajian di bawah kelolaan Kementerian pendidikan. Bagi Pelajar yang berjaya mereka akan mendapat elaun bulanan sebanyak RM300.00 sebulan. Kemudahan di dalam aktiviti harian.
Dalam hubungan ini Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dan memainkan peranan dalam menggalakkan berbagai kemudahan di wujudkan bagi membolehkan mereka yang kurang upaya bergerak bebas. Satu daripada pencapaian ini ialah penubuhan Jawatankuasa Teknikal yang urusetianya ialah SIRIM telah merangka “ Kod Amalan Akses Bagi Orang Kurang Upaya Ke bangunan Awam” yang mana telah menghasilkan pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 berkaitan dengan kehendak-kehendak bangunan untuk orang kurang upaya di mana bangunan baru diwajibkan mempunyai kemudahan akses kepada orang kurang upaya. Antaranya termasuklah “ram” dan “railings”, laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya. Kemudahan dan galakan pelepasan cukai kerajaan juga memperluaskan potongan cukai berganda dalam tahun 1981 kepada majikan-majikan mengambil pekerja kurang upaya dan dalam tahun 1991. Kerajaan pula menambahkan bagi pelepasan pengecualian cukai bagi ibubapa yang mempunyai anak kurang upaya di bawah umur 18 tahun. Kerajaan juga memberi ribet cukai kepada pembayar cukai bagi membeli alat-alat khas bagi kegunaan sendiri atau kegunaan anak dan ibubapa yang kurang upaya.
Sebagai galakan berterusan bagi memelihara orang kurang upaya dan sebagai pelepasan tambahan kepada potongan diri RM5,000 dan potongan untuk isteri RM3,000, Kerajaan telah meluluskan pelepasan tambahan sebanyak RM5,000 diberi kepada pembayar cukai yang kurang upaya dan sebanyak RM2,500 lagi kepada pasangan yang kurang upaya mulai tahun 1995. Kemudahan Pengangkutan Awam Jabatan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat pengangkutan supaya memberi tambang konsesi kepada orang kurang upaya. Sehingga kini terdapat beberapa buah syarikat pengangkutan telah memberi insentif pengangkutan kepada golongan kurang upaya. Antaranya Sistem Penerbangan Malaysia memberi tambang murah sehingga 50% bagi penerbangan dalam negeri, Keretapi Tanah Melayu memberi tambang konsesi sehingga 50% bagi semua perjalanan bagi semua kelas, Syarikat bas TRANASIONAL memberi konsesi 50% daripada harga tambang dan PUTRA-LRT juga telah memberi konsesi tambang kepada golongan kurang upaya. Kemudahan Perumahan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga menyediakan kemudahan-kemudahan kepada orang kurang upaya bagi menyewa rumah-rumah kos rendah atau rumah pangsa DBKL dengan memberi pengurangan kadar sewa kepada orang kurang upaya.
Pengecualian bayaran rawatan perubatan Orang Kurang Upaya dikecualikan daripada bayaran rawatan di hospital kerajaan sahaja, tidak termasuk hospital universiti. Insitusi tidak termasuk bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan. Pengecualian bayaran dokumen perjalanan.
Jabatan Imigresen mengecualikan bayaran ke atas perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan (passport Antarabangsa) kepada golongan kurang upaya.
Kemudahan Peluang Pekerjaan
Komitmen kerajaan untuk membuka peluang pekerjaan kepada golongan kurang upaya terbukti melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988 yang telah dikeluarkan dimana kouta 1% peluang pekerjaan di sektor awam diperuntukkan kepada golongan orang kurang upaya.
Bagi Sektor Swasta, Jawatankuasa Penggalakan Pengajian Orang Cacat Di Sektor Swasta telah ditubuhkan dalam tahun 1990 di bawah Jabatan Buroh Semenanjung Malaysia telah mewujudkan Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta yang merupakan suatu garis panduan kepada agensi kerajaan, majikan, pertubuhan majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan pertubuhan orang kurang upaya serta orang kurang kurang upaya sendiri untuk pendaftaran dan penempatan kerja orang kurang upaya bekerja di sektor swasta. (Bagi orang kurang upaya, mereka boleh membuat pendaftaran dimana-mana pejabat buruh di negeri dan daerah ).Pengecualian 50% Duti Eksais Ke Atas Kereta/Motosikal Nasional Bagi Golongan Orang Cacat Anggota.
Orang cacat anggota yang ingin mendapatkan pengecualian 50% duti eksais ke atas kereta/motosikal nasional yang akan dibeli, bolehlah membuat Permohonan Secara Bertulis kepada:
Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Bahagian Analisis Cukai
Tingkat 6 & 7, Blok Tengah
Kompleks Kementerian Kewangan
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutua
62592 Putrajaya
Mengemukakan bersama dokumen berikut:
Salinan sijil pendaftaran dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan cacat anggota (muka depan dan belakang).
Laporan Perubatan mengenai keadaan kecacatan anggota yang bagaimana yang dialami oleh pemohon dan sejak bila ia mendapat kecacatan berkenaan dan sertakan surat pengesahan doktor.
Salinan kad pengenalan (muka depan dan belakang).
Salinan lesen memandu yang sah.
Maklumat kenderaan Di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) manakah kenderaan itu hendak didaftarkan yang akan dibeli:
Jenis/Model kenderaan
No. enjin
No. chasis
Syarat-Syarat Lain
- Kenderaan tidak boleh dijual atau ditukarmilik sehingga tamat tempoh 10 tahun kecuali dengan kebenaran Perbendaharaan.
- Pengecualian hanya dibenarkan untuk sebuah kenderaan bagi setiap 10 tahun.
- Kenderaan yang hendak dibeli itu adalah kenderaan nasional dan ditempah dari stok yang belum dibayar cukai.
- Kemudahan Alat Ganti Orang Kurang Upaya.
- Kerajaan memberi pengecualian duti impot dan cukai jualan ke atas semua peralatan direka khas untuk kegunaan orang kurang upaya.
- Pencen Terbitan Kerajaan melalui JPA menyediakan pencen terbitan kepada anak/tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia. Kemudahan Mendapat Latihan dan Pemulihan.
Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan program latihan kepada kanak-kanak kurang upaya dengan menyediakan program latihan kemahiran dan pemulihan diri di Institusi-institusi Jabatan. Buat masa ini perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan ini kepada kategori kurang upaya anggota dan akal (bermasalah pembelajaran) sahaja.
Kemudahan Geran Pelancaran Jabatan Kebajikan Masyarakat juga membantu golongan kurang upaya yang berpendapatan kecil atau yang ingin menjalankan perniagaan kecil dengan menyediakan peruntukkan geran pelancaran berkadar maksimum RM2,700.
Kemudahan Telekom. Syarikat Telekom Malaysia telah menyediakan insentif/kemudahan kepada golongan orang kurang upaya seperti berikut:
- Bayaran Sewa bulanan di kecualikan kepada golongan kurang upaya.
- Panggilan 103 (operator) tidak dikenakan sebarang caj
- Menyediakan panggilan menunggu atau panggilan pindahan secara percuma
- Bagi orang kurang upaya berumur 19 tahun dan ke atas mereka layak memohon menggunakan maklumat sendiri dan bagi mereka berumur 18 tahun dan ke bawah mereka juga boleh memohon perkhidmatan bagi pihak keluarga mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak STMB.
Makluman
Bagi setiap golongan orang kurang upaya yang ingin menikmati insentif dan kemudahan-kemudahan yang telah disediakan samasa oleh agensi kerajaan atau swasta. Syarat utama mereka mestilah mempunyai KAD KENAL DIRI ORANG KURANG UPAYA sebagai satu perakuan yang sah bahawa mereka adalah kurang upaya. Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya hanya boleh dibuat di Jabatan Kebajikan Masyarakat di negeri-negeri dan daerah tempat tinggal orang kurang upaya tersebut.
Dasar Kebajikan Masyarakat Negara
Penghidupan masyarakat kian menjadi rumit akibat perubahan sosial yang semakin pesat. Keadaan ini mengakibatkan tekanan hidup bagi individu, keluarga, kelompok dan komuniti dalam manghadapi berbagai-bagai masalah sosial.
Masalah sosial yang mendesak, yang boleh mengganggu kesejahteraan negara semakin bertambah dengan meningkatnya kadar penjenayahan, pelacuran, penderaan kanak-kanak, keciciran dan kenakalan di kalangan murid sekolah, kenakalan juvana, keganasan dalam keluarga, penceraian, pengangguran, pelarian kanak-kanak, penganiyaan terhadap orang tua, penyalahgunaan dadah, belia berpeleseran dan sebagainya.
Untuk mengatasi masalah ini, maka nilai keninsafan dan tahap kemampuan golongan tersebut perlu dipertingkatkan supaya berkeupayaan menghadapi cabaran semasa. Jika tidak dibendung besar kemungkinan ianya akan tercetus menjadi wabak yang sukar dikawal kelak serta menjejaskan kesanbaik yang sekian lama dilaksanakan oleh negara ini. pendekatan serta peranan yang bercorak rawatan dan pemulihan tidak mencukupi dan harus juga merangkumi segala aspek pencegahan dan pembangunan.
Ketepatan pendekatan dan segala arah yang jelas perlu diutarakan dengan penggubalan Dasar Kebajikan Masyarakat Negara yang bertujuan untuk menggalakkan kesejahteraan rakyat serta kestabilan masyarakat menuju ke arah pewujudan keadilan sosial.
Matlamat
"MASYARAKAT SEJAHTERA DAN TEGUH UNTUK KEMAJUAN NEGARA"
Tujuan
Untuk Mewujudkan Masyarakat Yang;
- Bersemangat berdikari.
- Menikmati peluang yang sama.
- Mengamalkan budaya ikram.
Strategi
1. Membangunkan Potensi Manusia ke tahap optimum serta meningkatkan daya ketahanan masyarakat untuk menghaddapi cabaran kemasyarakatan semasa;
2. Mewujudkan berbagai-bagai kemudahan supaya dapat meningkatkan tahap keupayaan untuk kemajuan diri dan individu;
3. Membina dan memupuk semangat tolong-menolong, Bantu-membantu untuk mengukuhkan budaya ikram.
Strategi Khusus
1. Pembangunan Potensi Manusia.
2. Norma dan nilai hidup berkomuniti yang positif diberikan tumpuan sebagai asas sokongan dan jagaan dalam komuniti.
3. Kemahiran hidup sebagai asas pembelajaran untuk meningkatkan ketahanan diri.
4. Asas utama dalam penyelesaian berbagai-bagai masalah sosial diberikan tumpuan pada pembangunan potensi individu dan kelompok.
5. lnstitusi sosial diperkukuh dan diperkembangkan untuk memainkan peranan sokongan bagi jagaan, bimbingan dan kemahiran hidup untuk kesejahteraan ahli-ahlinya.
6. Peningkatan penyamaan peluang.
7. Berbagai-bagai jenis kemahiran dipertingkat, diperpesat dan dipergiat dipergiat untuk memajukan diri serta menambahkan daya pernyesuaian terhadap suasana persekitaran
8. Infrastruktur sosial dan perundangan diwujudkan bagi penglibatan aktif dan kelompok dalam kegiatan komuniti.
9. Berbagai-bagai kemudahan dalam masyarakat diwujudkan untuk mengurangkan rintangan yang menghalang kemajuan golongan tertentu.
10. Polisi dan program yang inovatif diwujudkan supaya setiap anggota masyarakat dapat dibantu agar mereka dapat hidup dengan lebih produktif.
Budaya Tolong Menolong
Kesedaran, minat dan semangat budaya tolong menolong disemai dan dipupuk di semua peringkat masyarakat, khususnya di kalangan anak muda. Tatasusila dan disiplin diri yang sempurna dipupuk bagi masyarakat seluruhnya untuk meningkatkan hubungan kemasyarakatan. Kegiatan bergotong-royong dipertingkat dan diperluaskan untuk kebajikan masyarakat. Berbagai-bagai sumber komuniti diadakan untuk membantu golongan tertentu.
Pelaksanaan
Setiap individu dan kelompok, pertubuhan sukarela, masyarakat tempatan, agensi Kerajaan dan organisasi swasta perlu menghayati serta menyumbangkan buah fikiran yang kreatif dan mengamalkan peranan aktif secara menyeluruh di semua peringkat bagi menjayakan DKMN.
Antaranya ialah:
1. Diperlukan usahasama antara individu dan kelompok, pertubuhan sukarela, masyarakat tempatan, agensi Kerajaan dan organisasi swasta untuk menggunakan sepenuhnya sumber komuniti yang terdapat di dalam masyarakat.
2. Diperlukan hubungan bersepadu di kalangan agensi yang terlibat dalarn kebajikan masyarakat untuk mendapat faedah yang maksimum.
3. Pekerja sosial dilengkapkan dengan berbagai –bagai pengetahuan dalam bidang pembangunan manusia serta kemahiran kerja sosial untuk meningkatkan tahap prestasi kerja.
4. Diperlukan kepimpinan yang berkesan dan kawalan Kerajaan bagi perubahan dasar serta perkembangan dalam bidang kebajikan masyarakat melalui penyelarasan semua aktiviti dan penyelenggaraan piawaian minimum.
5. Diperlukan peningkatan program penyelidikan sebagai asas penting dalam pembentukan dasar sosial, pengwujudan program baru serta penilaian program yang sedia ada.
6. Diperlukan pengukuhan semangat bersepadu di kalangan penubuhan sukarela untuk kemajuan kebajikan masyarakat.
Akta-Akta Yang Berkaitan
- Akta di bawah pentadbiran JKM.
- Akta yang berkaitan dengan bidang kuasa JKM.
- Peraturan-Peraturan.
- Akta di bawah pentadbiran JKM.
- Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506).
Tujuan Akta Akta Pusat Jagaan 1993 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan pusat-pusat jagaan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Falsafah Akta Perkhidmatan sosial di negara ini telah berkembang dengan begitu pesat sekali khususnya kalau dilihat dalam bidang kebajikan di mana berbagai perkhidmatan disediakan untuk memenuhi keperluan golongan tertentu. Pelbagai institusi-institusi kerajaan ditubuhkan untuk memberi jagaan, perlindungan dan latihan kepada golongan sasaran tertentu seperti orang cacat, orang-orang tua yang melarat, kanak-kanak yang terbiar, remaja yang terdedah kepada kerosakan akhlak dan juga kalangan keluarga yang ditimpa oleh berbagai masalah sosial.
Selain daripada perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan, terdapat juga anggota masyarakat yang sangat bersimpati untuk bersama-sama menyumbang mengatasi masalah sosial. Mereka ini telah menubuhkan pelbagai pertubuhan sukarela untuk memberi khidmat kepada golongan masyarakat yang kurang bernasib baik. Maka wujudnya berbagai institusi untuk memenuhi keperluan-keperluan tertentu seperti Rumah Anak Yatim dan Miskin, Rumah Orang Tua, Rumah Perlindungan serta Pusat-Pusat bagi golongan cacat dan sebagainya.
Kini, terutama di kawasan bandar terdapat pula pusat-pusat jagaan swasta yang ditubuhkan oleh orang perseorangan atau syarikat sebagai satu perniagaan dan dengan bayaran yang tinggi dikenakan bagi perkhidmatan tersebut. Keadaan seumpama ini biasanya disediakan bagi golongan warga tua di mana mereka menerima jagaan yang rapi.
Adalah wajar bagi kerajaan di samping menggalakkan penglibatan pertubuhan sukarela dan swasta, satu mutu kawalan jagaan disediakan bagi menjamin agar penghuni-penghuni pusat jagaan berkediaman dan harian mendapat jagaan dan perlindungan sempurna terutama sekali dari segi pemakanan, tempat tinggal, rawatan kesihatan dan aktiviti harian semasa berada di Pusat Jagaan tersebut.
Ciri-Ciri Utama
Di bawah Akta ini:
Pusat Jagaan Berkediaman ditafsirkan sebagai mana-mana premis di mana 4 orang atau lebih (bukan saudara diterima untuk jagaan sebagai penghuni-penghuni di dalamnya.
Pusat Jagaan Harian ditafsirkan sebagai premis di mana 4 orang atau lebih (bukan saudara) diterima untuk jagaan bagi satu tempoh yang lebih 3 jam sehari di antara terbit matahari hingga matahari terbenam dan beroperasi selama sekurang-kurangnya 3 hari seminggu.
Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengawal penubuhan Pusat-Pusat Jagaan, Fasal 4 mewajibkan pendaftaran Pusat-Pusat Jagaan.
Fasal 5 bertujuan melarang penyelenggaraan Pusat-Pusat Jagaan tidak berdaftar. Walau bagaimanapun, kelonggaran tempoh enam bulan diberi kepada Pusat-Pusat Jagaan yang sedia ada untuk mendaftar.
Fasal 7 memperuntukan kuasa kepada Ketua Pengarah untuk mengenakan syarat-syarat apabila mendaftar sesuatu Pusat-Pusat Jagaan bagi menentukan piawaian minimum dipatuhi untuk melindungi kepentingan dan kebajikan penghuni dan orang yang diterima untuk jagaan.
Fasal 7(i) memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk mengenakan deposit jaminan di mana kuantumnya ditetapkan oleh Ketua Pengarah bagi tujuan melindungi dan menjamin kesejahteraan penghuni terpelihara.
Fasal 15 memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk memerintah menutup sesuatu Pusat Jagaan Berdaftar yang gagal mematuhi arahan atau kemungkinan menimbulkan bahaya kepada mana-mana orang.
Tugas-Tugas Dan Tanggungjawab Pegawai Kebajikan Masyarakat Di bawah Akta Ini
1. Pegawai Kebajikan Masyarakat diwartakan untuk melaksanakan Akta Pusat Jagaan.
2. Berpandukan Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994, Pegawai Kebajikan Masyarakat mengawasi serta menjalankan siasatan ke atas Pusat-Pusat Jagaan.
3. Pegawai Kebajikan Masyarakat diberikuasa pada bila-bila masa memasuki dan memeriksa mana-mana premis yang digunakan sebagai atau bagi sesuatu Pusat Jagaan untuk menentukan.
4. Kesihatan dan kesejahteraan penghuni-penghuni dijaga dengan memuaskan;
5. Daftar-daftar, rekod-rekod dan akaun-akaun di Pusat Jagaan diselenggara dengan betul.
6. Kelengkapan yang cukup dan sesuai ada dibekalkan di Pusat-Pusat Jagaan;
7. Pusat Jagaan diselenggara dengan baik iaitu keadaan binaannya dan tentang kebersihan dan sanitasinya.
8. Langkah-langkah berjaga-jaga yang cukup ada di Pusat Jagaan iaitu terhadap pencegahan kebakaran dan kejadian lain yang berkemungkinan membahayakan nyawa atau kesihatan penghuni-penghuni.
Pengendali-pengendali Pusat Jagaan mematuhi peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 24 Akta Pusat Jagaan dan syarat-syarat yang dikenakan di bawah seksyen 7 Akta Pusat Jagaan 1993.
Pusat-Pusat Jagaan mengikut peraturan-peraturan terutama sekali nisbah penjaga dengan penghuni seperti:
Kumpulan
Nisbah Penjaga
Kanak-Kanak/Remaja
Dibawah umur 4 tahun
1:5
4 - 10 tahun
1:18
10 tahun ke atas
1:18
Orang Cacat
Cacat
1:10
Cacat Teruk/Terlantar
1:4
Orang Tua
Orang Tua
1:18
Tua berpenyakit/terlantar
1:14
Surat rujukan terhadap setiap permohonan pendaftaran Pusat Jagaan, iaitu kepada pihak berkuasa tempatan, Jabatan Bomba dan Jabatan Kesihatan. Ini adalah sebagai perakuan bahawa permohon telah mengemukakan permohonan di Jabatan kebajikan Masyarakat. Menjalankan pendakwaan berkenaan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.
Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah agensi perkhidmatan awam yang menyediakan perkhidmatan kemasyarakatan bagi individu, kelompok dan komuniti. Dalam penglibatannya dengan masalah sosial dan persoalan kehidupan manusia, unsur-unsur nilai kerja kemasyarakatan merupakan faktor utama menjadi pegangan setiap lapisan pekerja, sebagai penyampai, disamping menghayati serta menghormati martabat dan harga diri pelanggan yang berhak untuk menikmati kepuasan daripada perkhidmatan yang disediakan untuk mereka.
Justeru itu setiap pekerja perlu memiliki pengetahuan dankemahiran kerja yang unggul serta bersikap positif terhadap tugas dan kewajipannya. Kod Etika ini adalah piawaian yang harus diamalkan untuk menjamin perkhidmatan kemasyarakatan yang berkesandan berkualiti serta disampaikan oleh pekerja yang berdisiplin tinggi, bertanggungjawab dan komited terhadap kewajipannya.
Ikrar
"Bahawa kami Pekerja Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dengan sesunggguhnya berikrar bahawa kami akan berkhidmat dengan cekap, jujur dan amanah dalam menyempurnakan tanggungjawab dan kewajipan kami untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti dengan penuh taat setia kepada organisasi kemi berlandaskan budaya kerja cemerlang"
Kod Etika
Semua pekerja Jabatan Kebajikan Masyarakat mengamalkan etika berikut;
1. Menghormati Pelanggan Jabatan sebagai seorang manusia tanpa mengira kedudukan, keturunan dan agama.
2. Memberi perkhidmatan yang berkualiti dan sama rata kepada semua Pelanggan Jabatan.
3. Mengutamakan kepentingan Pelanggan Jabatan dalam usaha mencapai objektif Jabatan.
4. Menentukan kerahsiaan Pelanggan Jabatan agar tidak dihebahkan kepada pihak-pihak yang tidak berkaitan.
5. Sentiasa sedar tentang hak mutlak Pelanggan Jabatan dalam menentukan keperluannya
6. Tidak boleh menggunakan kekerasan atau keganasan dalam apa bentuk atau situasi sekalipun terhadap pelanggan.
7. Bersopan santun dan berbudi bahasa setiap masa terhadap Pelanggan Jabatan.
8. Patuh kepada arahan dan melaksanakan tugas dengan bersih, cekap dan amanah.
9. Menghormati nilai dan sikap, pengetahuan dan kemahiran rakan sekerja menjauhkan diri daripada perbuatan mencemarkan peribadi orang lain.
10. Harus sentiasa membantu dan bekerjasama dengan rakan sekerja untuk kepentingan Pelanggan Jabatan dan perkhidmatan.
LAGU
"BERSATU UNTUK KEBAJIKAN"
Rakyat Malaysia Bersatu, Hidup Berjiwa Mulia, Tolong Menolong, Bantu Membantu,Jadi Amalan Setiap Masa.
Yang Susah, Yang Derita,Memerlukan Bantuan, Sama Berbakti, Semangat Murni, Itulah Amalan Yang Suci.
Tak Siapa Yang Meminta,
Dilahirkan Derita,Sedarlah Taulan, Insaflah Rakan,Kita Insan Biasa.
Bersatu Untuk Kebajikan, Demi Kebahagian Semua, Hidup Sejahtera, Aman dan Makmur Itulah Harapan Kita
(ulang semula)
Jenis Kad Kenal Diri OKU
1. Biru (Penglihatan)
2. Ungu (Pendengaran)
3. Hijau (Anggota)
4. Merah (Akal)
*Kad kenal diri akan siap diproses dalam tempoh 2 bulan.
Bahagian Perundangan Dan Advokasi
Akta Pusat Jagaan 1993
Bahagian ini memainkan peranan bagi memantapkan system perundangan di bawah bidang kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ia merupakan mekanisme terpenting yang memastikan penguatkuasaan, penggubalan dan mengkaji akta-akta dan peraturan di bawah bidang kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat serta meyelaras akta-akta lain yang ada kaitan dengan kumpulan sasaran. Kaedah-kaedah dan Peraturan-peraturan yang berkaitan. Peraturan-peraturan Pusat Jagaan 1994.
Piagam Pelanggan
Kami adalah komited untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat yang bermasalah dan tidak berkemampuan dengan:-
memberi jagaan dan perlindungan kepada anggota masyarakat yang memerlukannya dan memastikan kerahsiaan pelanggan tidak dihebahkan;
menggerakkan perubahan sikap dan meningkatkan keupayaan berdikari;
mewujudkan masyarakat yang berbudaya ikram;
mewujudkan kemudahan jagaan dan perlindungan;
menjalankan usaha pencegahan masalah daripada berlaku atau merebak;
menjalankan kegiatan pemulihan mangsa masalah sosial supaya berdikari;
membantu Pertubuhan-Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO's) dalam khidmat mereka kepada kumpulan sasar;
membangunkan kesedaran masyarakat ke arah penglibatan dan penyertaan dalam kerja kebajikan; dan
melaksanakan sistem pengurusan, perancangan dan latihan yang berkesan.
Perkhidmatan Kanak-Kanak
Bantuan Kanak-Kanak
Semua permohonan akan siap disiasat dalam tempoh 2 minggu dan keputusan akan dimaklumkan dalam masa satu bulan dari tarikh pemohonan diterima.
Perlindungan Kanak-kanak
Semua laporan akan siap disiasat dengan serta merta dan tindakan / keputusan adalah tertakluk kepada pihak berkuasa dan peruntukan undang-undang
Permohonan Anak Angkat
Semua permohonan akan disiasat dalam tempoh satu bulan dan keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam masa 2 bulan dari tarikh permohonan diterima dan juga tertakluk kepada peruntukan undang-undang.
Kemasukan Ke Institusi Kebajikan
Semua permohonan akan siap disiasat dalam tempoh satu bulan dan keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh permohonan diterima.
Perkhidmatan Taska
Semua permohonan pendaftaran TASKA akan siap disiasat dalam tempoh satu bulan dan tindakan / keputusan adalah tertakluk kepada Pihak Berkuasa dan Peruntukan Undang-Undang.
Perkhidmatan Orang Cacat
Pendaftaran Orang Cacat
Semua permohonan akan diambil tindakan dalam tempoh satu bulan dan Kad Pendaftaran Orang Cacat akan dikeluarkan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh permohonan diterima.
Pemohonan Untuk Pemulihan / Kemasukan Ke Institusi Kebajikan
Semua permohonan akan siap disiasat dalam tempoh satu bulan dan keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam tempoh satu bulan dari tarikh permohonan diterima. (Kemasukan Ke Institusi adalah tertakluk kepada kelayakan dan kekosongan).
Pemohonan Elaun Pekerja Cacat
Semua pemohonan akan siap disiasat dalam tempoh dua minggu dan keputusan akan dimaklumkan dalam tempoh satu bulan dari tarikh permohonan diterima.
Geran Pelancaran
Semua permohonan akan siap disiasat dalam tempoh satu bulan dan keputusan akan dimaklumkan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh permohonan diterima
Alat Tiruan / Otopedik

Perkhidmatan Akhlak Tidak Terkawal Dan Gadis
Kanak-Kanak Tidak Terkawal
Semua permohonan akan siap disiasat dalam tempoh satu bulan dan keputusan / tindakan adalah tertakluk kepada Peruntukan Undang-Undang.
Wanita Yang Terdedah Kepada Bahaya Moral

Perkhidmatan Warga Tua
Bantuan Orang Tua
Semua permohonan akan siap disiasat dalam tempoh 2 minggu dan keputusan akan dimaklumkan dalam tempoh satu bulan daripada tarikh permohonan diterima.
Kemasukan Ke Institusi Kebajikan
Semua permohonan akan siap disiasat dalam tempoh satu bulan dan keputusan akan dimaklumkan dalam masa 2 bulan daripada tarikh permohonan diterima. Kemasukan ke Institusi Kebajikan bagi permohonan yang layak adalah tetakluk kepada kekosongan tempat di rumah Kebajikan.
Perkhidmatan Kaunseling Dan Bimbingan
Semua permohonan Khidmat Kaunseling akan diberi layanan mesra berasaskan Kerja Ikhtisas. Semua maklumat yang diberi dalam sesi Kaunseling akan dirahsiakan. Pelanggan dibimbing dan dibantu untuk mencari jalan penyelesaian.
Bantuan Am
Semua permohonan akan siap disiasat dalam tempoh 2 minggu; dan keputusan akan dimaklumkan dalam tempoh satu bulan daripada tarikh permohonan diterima
Bantuan Bencana Alam
Semua kejadian bencana alam akan siap disiasat serta merta setelah Jabatan dimaklumkan.
Bantuan serta merta akan dikeluarkan bagi kes-kes yang layak dan memerlukan.
Bantuan pemulihan jangka panjang bagi kes-kes yang layak akan diberi dalam tempoh satu bulan.
Bantuan bencana alam peringkat antarabangsa akan dilaksanakan mengikut ketetapan masa yang akan diputuskan oleh pihak yang berwibawa.
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
Program alternatif kepada Perkhidmatan pemulihan di institusi.
- Memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat
- Dilaksanakan melalui usaha bersepadu golongan OKU, keluarga dan komuniti tempatan dengan kerjasama agensi kerajaan.
Tujuan PDK
- Meningkatkan Kualiti Hidup OKU
- Membuat Pengesanan Awal Untuk Mendapatkan Pemulihan.
- Menyediakan Peluang Pekerjaan Untuk Membangun Kebolehan dan Kemahiran OKU.
- Membolehkan Integrasi Sosial OKU.
Faedah PDK
- Perkhidmatan disampaikan di mana OKU tinggal.
- Tidak mengasingkan OKU dan keluarga, kawan dan masyarakat di mana ia dibesarkan.
- Dapat dilaksanakan peringkat luar bandar dan bandar-bandar kecil.
- Mengurangkan senarai Menunggu kemasukan institusi.
- Intervensi awal kecacatan dapat dilakukan.
- Boleh dilakukan dirumah-rumah dan dalam komuniti mengikut tradisi, kesesuaian dan kemampuan OKU dan keluarga mereka.
Sejarah Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Pagoh
Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Pagoh yang beralamat PDK Pagoh, JKR 523, Jalan Pagoh, 84600 Pagoh, Muar, Johor telah ditubuhkan pada 19 Jun 1997. Luas kawasannya adalah lebih kurang ¼ ekar (tapak rumah) yang diapit dengan bangunan Taman Bimbingan Kanak-kanak Kemajuan Masyarakat atau lebih dikenali sebagai TABIKA KEMAS di sebelah kiri dan perumahan JKR Pagoh di sebelah kanan. Hingga kini ianya telah beroperasi selama hampir 9 tahun. Kini dua orang tenaga pengajar yang bertugas sepenuhnya. Kelas beroperasi lima hari seminggu iaitu pada hari Isnin hingga Jumaat.
Bangunan PDK Pagoh adalah berasal daripada sebuah bangunan pejabat Palang Merah. Kemudian ianya bertukar pula menjadi Pejabat Belia yang beroperasi untuk aktiviti-aktiviti belia kawasan Pagoh. Kemudian pada tahun 1995 bangunan ini dijadikan pula tempat Bilik Gerakan Suruhanjaya Pilihanraya. Ianya digunakan selama 2 penggal.
Menyedari adanya golongaan kanak-kanak istimewa yang memerlukan pendidikan dan pengawasan sewajarnya seperti kanak-kanak lain di kawasan Pagoh ini maka pihak Jawatankuasa Kemajuan Kampung khususnya di daerah Pagoh telah berusaha untuk mewujudkan satu tempat di mana dapat dikumpulkan golongan istimewa ini di bawah satu bumbung. Maka Jabatan Kebajikan Masyarakat telah dihubungi untuk tujuan murni tersebut. Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Pagoh (DUN Jorak) telah dirasmikan oleh Yang Amat Dihormati Datin Professor Dr. Jamilah Binti Ariffin S.M.J. Yang Dipertua JUITA Negeri Johor pada Hari Selasa 15 Jun 1999 bersamaan dengan 1 Rabiul Awal 142 Hijrah.
Memandangkan bangunan tersebut adalah terletak hampir sekali dengan pekan Pagoh dan di tepi jalan besar maka ianya amat sesuai sekali dijadikan tempat Pemulihan Dalam Komuniti untuk kawasan Pagoh. Bangunan ini telah disewa olah Jabatan Kebajikan Masyarakat daripada Jabatan Kerja Raya untuk tujuan tersebut. Kadar sewanya adalah rendah iaitu sebanyak RM 10.00 sebulan.
Bukan bangunan yang menjadi faktor penghalang untuk membela nasib kanak-kanak istimewa di kawasan Pagoh tetapi apa yang lebih penting ialah perkhidmatan yang disumbangkan kepada golongan ini. Di mana jua perkhidmatan boleh diberikan jika itu adalah tujuan utama.
PDK Pagoh
Pusat Kesihatan Kecil Pagoh
Balai Polis PagohPelan Menuju Ke PDK Pagoh
Ke Makam Sultan Alauddin Riayat Shah I Pagoh
Ke Yong Peng
Masjid Jamek Pekan Pagoh
Lebuhraya Pagoh
Dari Kuala Lumpur
Meja Guru
Sudut Karya
Tangga
BerandaPelan Bangunan PDK Pagoh
Papan Tulis
Objektif
Antara objektif penubuhan PDK Pagoh ialah;
1. Mengumpulkan golongan masyarakat istimewa yang pelbagai kategori kecacatan di sekitar kawasan Pagoh.
2. Memberikan perkhidamatan pendidikan yang berasaskan kemahiran pra vokasional dan pengurusan diri.
3. Memberikan peluang golongan istimewa ini berkumpul dan berinteraksi antara satu sama lain.
4. Memberi peluang golongan istimewa ini mengembangkan bakat yang ada.
5. Memberi pendedahan asas kehidupan yang mampu dikuasai oleh golongan istimewa ini.
Kebanyakan kanak-kanak kurang upaya amat kurang diberi perhatian dan mereka sentiasa terkurung di rumah tanpa menjalankan apa-apa aktiviti atau tiada mendapat pemulihan dan pengajaran yang sesuai. Maka kecacatan mereka menjadi semakin teruk dan pemulihan amat sukar dilakukan apabila umur mereka meningkat.
Melalui pusat ini mereka didedahkan kepada sistem latihan pemulihan dan pembelajaran yang sesuai mengikut keadaan mereka, supaya mereka boleh berdikari tanpa bergantung kepada ibu bapa atau keluarga mereka.
Konsep yang diterapkan di dalam penubuhan pusat ini adalah mudah iaitu, “Dari Masyarakat Untuk Masyarakat Kepada Masyarakat” dan mementingkan penyertaan masyarakat secara total dan penglibatan secara global.
Matlamat
Matlamat penubuhan PDK Pagoh ialah;
1. Memastikan golongan istimewa ini tidak disisihkan oleh masyarakat sekeliling.
2. Menyedarkan masyarakat bahawa di kalangan mereka ada golongan istimewa yang memerlukan perhatian dan pengawasan lebih daripada orang lain.
3. Memberi peluang kepada golongan istimewa ini supaya dapat berinteraksi dengan masyarakat biasa.
4. Menjadikan golongan istimewa ini mampu hidup dengan menguasai kemahiran asas pengurusan hidup dengan lebih baik.
5. Mengikiskan sifat negatif dan rendah diri di kalangan ibu bapa atau penjaga golongan istimewa ini kerana mereka juga sebenarnya ada tempat dalam masyarakat.
Menyediakan perkhidmatan latihan pemulihan dan pembelajaran kepada kanak-kanak ini, menimbulkan kesedaran ibubapa dan tanggungjawab keluarga mereka terhadap keperluan anak-anak mereka melalui sumber-sumber yang ada di dalam masyarakat mereka sendiri .Menggabungkan masyarakat majmuk dalam aktiviti amal dan membantu kanak-kanak ini serta keluarga mereka menjalani pemulihan sesuai dengan saranan kerajaan ke arah Integrasi Nasional dan Masyarakat Penyayang.
Berkongsi idea / pengalaman / pengetahuan di samping menjimatkan masa dan kewangan keluarga yang terlibat dalam proses pemulihan dan pembelajaran anak-anak mereka. Meredakan tekanan perasaan di kalangan ibubapa dan keluarga mereka kerana kegagalan anak-anak mereka mendapat tempat latihan di Institusi.
Matlamat Dan Objektif
- Agar Orang Kurang Upaya dapat hidup berdikari dan tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada keluarga di dalam hal ehwal pengurusan diri sendiri.
- Agar Orang Kurang Upaya boleh menyesuaikan diri dan mendapat penghormatan serta hak sebagai insan di muka bumi ini.
- Agar Orang Kurang Upaya mempunyai pekerjaan dan pendapatan sendiri di mana mereka tidak menyusahkan ahli keluarga kelak.
- Agar dapat mencungkil bakat yang sedia ada pada diri Orang Kurang Upaya. Seterusnya memberi peluang mereka menunjukkan bakatnya serta menghasilkan produktiviti.
- Agar dapat mewujudkan sekelompok masyarakat Orang Kurang Upaya yang unggul, disegani, berdaya saing dan produktif.
Jawatan Kuasa Pemulihan Dalam Komuniti Pagoh
Penasihat : En. Maniam a/l Raman Chettiar.
(Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Muar)
Pengerusi : Y.Bhg. Pn.Azizah bte Ahmad Tan (Isteri DUN Jorak).
N.Pengerusi : En. Mohd Ishak bin Hj. Khalil.
(Penghulu Mukim Jorak)
Setiausaha : Pn.Raziah bte Abd.Raof.
(Guru PDK Pagoh)
Bendahari : En. Tee Seng Teng.
(Ketua masyarakat Cina Pagoh)
Ahli Jawatan Kuasa:
1. Pegawai Klinik Kesihatan Pagoh
2. Ketua Balai Polis Pagoh
3. En. Tahir bin Malik
4. Tn.Hj. Jamal bin Sudin
5. Tn. Hj. Sadiron bin Mat.Rejo
6. En. Bardan bin Amat Kastin
7. Pn. Fatimah bte Mohammad
8. En. G. Arumugam
9. Pn. Ramlah bte A. Rahman
10. Pn.Nazariah bte A. Rahman
11. En. Yatim bin Nasro
Pemeriksa Kira-kira:
1. Tn.Hj. Jamal bin Sudin
2. En. G. Arumugam
Guru PDK :
1. Pn.Raziah bte Abd.Raof 2. Pn. Fauziah bte Hassan
Carta Organisasi AJK Pemulihan Dalam Komuniti Pagoh
PENASIHAT
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Muar
PENGERUSI
Y.Bhg. Pn.Azizah bte Ahmad Tan
N.PENGERUSI
En. Mohd Ishak bin Hj. Khalil
SETIAUSAHA
Pn.Raziah bte Abd.Raof
BENDAHARI
En. Tee Seng Teng
AHLI JAWATAN KUASA
Pegawai Klinik Kesihatan Pagoh
Ketua Balai Polis Pagoh
En. Tahir bin Malik
Tn.Hj. Jamal bin Sudin
Tn. Hj. Sadiron bin Mat.Rejo
En. Bardan bin Amat Kastin
Pn. Fatimah bte Mohammad
En. G. Arumugam
Pn. Ramlah bte A. Rahman
Pn.Nazariah bte A. Rahman
En. Yatim bin Nasro
PEMERIKSA KIRA-KIRA
Tn.Hj. Jamal bin Sudin
En. G. Arumugam
GURU PDK
Pn.Raziah bte Abd.Raof
Pn. Fauziah bte Hassan
Carta
Tenaga Pengajar
Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menempatkan dua orang tenaga pengajar yang berpengalaman di PDK Pagoh ini iaitu Pn. Raziah bte Abd. Raof dan Pn. Fauziah bte Hassan. Guru-guru ini telah mendapat latihan secara langsung dan tidak langsung melalui bengkel-bengkel latihan dalam daerah Muar serta seminar-seminar yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat samaada yang diadakan di dalam daerah atau di luar daerah Muar. Guru-guru tersebut adalah penduduk tempatan yang bekerja secara sukarela di PDK tersebut. Namun begitu Jabatan Kemajuan Masyarakat telah memberikan insentif elaun sebanyak RM 500.00 sebulan.
Beliau bertugas sejak mula ditubuhkan PDK tersebut dan tiada pembantu khas yang membantu beliau mengajar dan menguruskan aktiviti-aktiviti, hinggalah Pn. Fauziah bte Hassan telah ditempatkan di PDK tersebut untuk membantu menguruskan semua aktiviti-aktiviti yang dirancang. Pada mulanya Pn. Raziah menjalankan tugas selama 4 hari seminggu iaitu pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula jam 2.30 petang hingga 5.30 petang. Kini jadual bertugas telah berubah menjadi 5 hari seminggu iaitu mulai hari Isnin hingga Jumaat, dari pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Namun begitu pelajar-pelajar hanya datang pada hari Isnin hingga Khamis sahaja.
Tugas Guru Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Pagoh (PDK)
Ø Membantu dalam aktiviti PDK di tempat bertugas.
Ø Membantu PKMP dalam usaha pemulihan.
Ø Mengenal pasti sumber dan aktiviti yang sedia ada untuk kemajuan PDK.
Ø Membimbing klien dan keluarga dengan latihan, jagaan dan pemulihan asas dengan sokongan sumber-sumber lain.
Ø Bekerjasama dengan semua pihak demi kebaikan dan pemulihan calon yang cacat.
Ø Menyediakan laporan untuk setiap lawatan ke rumah, latihan dan aktiviti PDK kepada PKMD seperti yang dikehendaki.
Ø Menyimpan rekod kanak-kanak dan keluarga.
Ø Membantu menjalankan aktiviti kelompok masyarakat, pemimpin tempatan dan mengagih kerja yang berkenaan.
Ø Membantu menyediakan alatan pembelajaran daripada bahan terbuang.
Ø Membantu mereka alat kelengkapan kanak-kanak yang murah dan mudah diperolehi.
Pada setiap hari Jumaat pula kelas tidak dibuka kerana semua guru akan menjalankan tugas melawat ke rumah – rumah pelatih untuk bertemu dengan ibu bapa atau penjaga. Ianya adalah bertujuan mengambil peluang serta langkah mengetahui hal kedudukan sebenar masalah yang dihadapi oleh keluarga atau pelatih tersebut untuk diambil tindakan membantu dalam perundingan keluarga.
Pada kebiasaannya dalam tempoh waktu lawatan dari pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari selama 3 jam hari tersebut hanya 2 buah keluarga sahaja mampu dikunjungi. Walaupun telah didaftarkan di kelas PDK tersebut kebanyakan kes-kes kerap tidak hadir serta tidak hadir langsung merupakan isu utama untuk khidmat rundingan tersebut.
Gaji Dan Elaun
Tiada peruntukan gaji diberi kepada guru-guru di PDK Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Pagoh, namun ianya hanyalah berupa bayaran elaun bulanan sebanyak RM 500. Simpanan KWSP sebanyak RM 45 adalah diambil daripada jumlah elaun yang ditetapkan. Maka jumlah bersih yang di terima oleh guru-guru tersebut adalah sebanyak RM 455 sahaja.
Caruman kepada KWSP oleh pekerja dan majikan adalah berdasarkan kepada kadar yang telah ditentukan. Kadar ini berkuatkuasa pada 1 Januari 1996 (Jadual Ketiga Akta KWSP 1991 - Pindaan bagi Jadual Ketiga 1995).
Pihak majikan (NGO atau Jawatan kuasa yang berdaftar) – 12% daripada Elaun Pekerja PDK iaitu RM 60.00 sebulan. Kadar caruman Pekerja PDK ialah 11% daripada elaun bersamaan RM 55.00 sebulan. Maka jumlah caruman majikan dan pekerja ialah sebanyak RM 115.00 sebulan.
Kadar elaun ini adalah tertakluk pada kelulusan Pihak Perbendaharaan dan telah diluluskan di bawah Anggaran Belanjawan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
Latihan Dan Kursus Pekerja PDK
Latihan dan kursus untuk para pekerja PDK adalah diselaraskan dengan Bahagian Latihan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (Institut Latihan Kebajikan Kuala Kubu Baru, Selangor). Pihak majikan atau jawatankuasa juga boleh mencadangkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyertai kursus, seminar, bengkel dan ceramah yang berkaitan dari semasa ke semasa.
Hingga kini seorang pekerja pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) telah menghadiri kursus asas pendidikan khas yang telah dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Ibu Bapa Dan Penjaga
Terdapat segelintir ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak istimewa tidak mahu menghantar anak mereka ke Pemulihan Dalam Komuniti Pagoh. Ini disebabkan mereka berasa malu dan rendah diri lalu mendiamkan diri daripada diketahui umum terutamanya kepada masyarakat setempat bahawa mereka mempunyai anak istimewa. Ibu bapa atau penjaga ini lebih mementingkan apa orang lain kata mengenai diri mereka daripada kepentingan pembelajaran anak istimewa ini.
Ada sesetengah ibu bapa atau keluarga ini mempersoalkan tentang kebolehan yang ada pada anak istimewa mereka. Pada pandangan mereka anak-anak ini tidak mampu melaksanakan tanggungjawab seperti mana anak-anak biasa dan tiada sesuatu yang mampu disumbangkan oleh golongan istimewa ini kepada keluarga mahupun masyarakat setempat, sedangkan untuk diri mereka sendiri pun tidak mampu dilakukan. Segalanya memerlukan bantuan untuk melakukannya.
Terdapat juga sebilangan ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak istimewa ini langsung tidak mengambil berat tentang keperluan fizikal seperti penjagaan kebersihan diri dan pakaian, apatah lagi keperluan emosi mereka.
Namun begitu tidak dinafikan juga terdapat para ibu bapa yang bersikap terbuka dengan tidak berasa terhina dengan kehadiran anak istimewa di dalam keluarga mereka. Malahan mereka lebih mementingkan keperluan anak tersebut daripada kepentingan diri sendiri.
Tenaga Kerja Lain
Tiada bantuan tenaga kerja lain untuk memberi perkhidmatan harian seperti tukang kebun. Ini menyebabkan guru-guru terpaksa melaksanakan semua tugas samada di dalam mahu pun di luar kelas. Tanggungjawab tersebut diambil alih sepenuhnya oleh guru-guru. Di sini berlakunya pertindihan tugas harian. Ditambah pula dengan tugas-tugas perkeranian seperti urusan surat menyurat, mencari bantuan-bantuan luar. Hal-hal yang melibatkan kewangan juga menjadi beban yang tidak sedikit masalahnya dan sukar untuk digalas oleh guru-guru tersebut.
Komuniti Setempat
Iklim komuniti setempat tidaklah begitu memberangsangkan untuk membina pertumbuhan sosialisasi yang lebih sempurna dalam perkembangan anak-anak istimewa ini. Maka ianya menjejaskan kemahiran sosialisasi anak-anak tersebut. Tiada perkembangan positif dalam membantu menggalakkan ke arah pendidikan yang lebih sempurna untuk mereka. Mereka hanya dipandang sepi di kalangan mata umum.
Komuniti Guru PDK
Dalam komuniti guru yang sama-sama berada di bawah satu bumbung terdapat juga masalah percanggahan pendapat. Percanggahan pendapat ini sebenarnya mampu menjana idea baru yang lebih mantap dan berkesan dalam membina perhubungan serta keberkesanan aktiviti di PDK itu sendiri sekiranya dianalisa dari segi keperluan umum.
Ini adalah kerana sesuatu pendapat itu tidak sesuai pada suatu situasi namun ianya mungkin lebih sesuai digunakan pada situasi yang lain asalkan tidak melencong dari skop asal perbincangan.
Apa yang menjadi masalah adalah percanggahan pendapat yang tidak boleh diubah serta tidak boleh dibincangkan dan ianya menjadi satu keputusan bagi satu-satu pihak yang menganggap semua pendapatnya benar belaka. Ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan komuniti PDK tersebut. Keputusan perbincangan atau mesyuarat adalah berdasarkan suara ramai. Namun begitu setiap pendapat perlulah dihormati.
Kerja kumpulan (team building) merupakan asas kepada kejayaan sesuatu organisasi di mana semua ahli memainkan peranan sesuai dengan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
Ahli Jawatankuasa PDK
Suara ahli sangat penting dalam menentukan hala tuju PDK . Mejoriti ahli jawatan kuasa tidak mahu bersuara dalam memberi idea dan pendapat untuk memajukan lagi ini. Di kalangan mereka hanya menjadi ahli atas dasar anak-anak mereka berada di pusat tersebut.
Kemungkinan para ahli jawatan kuasa tersebut kurang pengetahuan dan pendedahan tentang peranan dan tanggungjawab yang perlu dimainkan dalam mengembangkan potensi diri di kalangan kanak-kanak istimewa tersebut.
Pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
Para pelatih di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti ini tidak menimbulkan banyak masalah dalam proses pembelajaran samada di dalam atau di luar kelas. Mereka lebih mudah dibimbing menjurus kepada kemampuan dan kecenderungannya. Hanya segelintir pelatih yang masih lemah dalam pengurusan diri sendiri terutama mereka yang masih berumur 8 hingga 10 tahun.
Pengurusan
Pembelajaran Harian
Masalah dalam pengurusan pembelajaran harian di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Pagoh ini tidaklah begitu ketara pada masa kini jika dibandingkan pada awal pembukaannya dahulu. Ini adalah kerana pengurusannya dapat dilaksanakan sepenuh masa.
Penyusunan jadual waktu pembelajaran dibuat mengikut keperluan pelatih. Ianya juga mengambil kira peringkat umur, jenis kecacatan dan kemampuan serta kecenderungan pelatih itu sendiri.
Public Law 94 –142 adalah merupakan satu Akta mengenai kanak-kanak cacat yang telah diluluskan oleh Kongres Amerika mempastikan supaya semua kanak-kanak cacat akan menerima pendidikan yang bersesuaian sama seperti kanak-kanak normal.
Jika pembelajaran yang telah ditetapkan pada satu-satu masa tidak dapat dilaksanakan atas sebab perubahan emosi pelatih maka perubahan pembelajaran dilakukan secara langsung untuk menyesuaikan keadaan pelatih pada masa tersebut. Ringkasnya jika terdapat gangguan emosi terhadap pelatih maka pembelajaran akan berteraskan perubahan emosi sahaja. Jika emosi pelatih kembali stabil maka pembelajaran akan dilaksanakan seperti yang dirancang.
Di Malaysia Akta Pendidikan 1996 telah diwartakan demi kepentingan pendidikan individu bagi kanak-kanak khas ini, seperti di Bab 8 Seksyen 41(b) mencatatkan “Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubung dengan pendidikan khas.” Seksyen yang sama, pada para 41(3) pula melanjutkan panduan mengenai kurikulum melalui perundangan dengan menjelaskan “Kurikulum yang ditetapkan di bawah perenggan (1b) hendaklah mematuhi kehendak Kurikulum Kebangsaan setakat yang semunasabahnya praktik.” Ini bermakna kurikulum untuk kanak-kanak khas perlulah berasaskan Kurikulum Kebangsaan dengan pengubahsuaian mengikut kepentingan, keupayaan dan keperluan pelajar.
Pengajaran dan Pembelajaran
Pengajaran yang dilakukan adalah berdasarkan kurikulum dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak JKM. Namun begitu terdapat masalah yang agak sukar diatasi oleh guru-guru di pusat ini. Antaranya ialah pengajaran untuk pelatih yang telah dewasa, mempunyai kecacatan fizikal dan tiada kecacatan mental. Kemahiran yang dikehendaki serta mampu dilaksanakan oleh pelatih tersebut tidak dapat diberikan, contohnya kemahiran mekanikal dan lukisan.
Tiada peralatan dan bahan untuk mmbantu memperkembangkan lagi potensi diri pelatih yang terlibat. Ketiadaan sumber kewangan yang dapat membantu menyediakan peralatan tersebut. Jauh sekali untuk mendapatkan pakar dalam satu-satu bidang tersebut. Akhirnya pelatih yang terlibat menjadi bosan serta tiada hala tuju bagi mencapai matlamat dan cita-cita mereka.
Peralatan, Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran
Peralatan serta bahan adalah aspek penting dalam menjayakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya merupakan asas untuk pelajar mengenal, membaca, mengira dan menulis. Ianya perlu diutamakan dalam proses pembelajaran di sesuatu insitusi pendidikan.
Peralatan dan bahan bantuan tersebut adalah sangat kurang serta daif sekali memandangkan tiada peralatan dan bahan yang lengkap. Ianya hanya ada menyediakan alatan dan bahan asas bacaan, tulisan dan kiraan. Bahan-bahan terkini tiada langsung untuk kegunaan pelatih contohnya bahan-bahan model benda maujud, bahan–bahan permainan merangsang minda, psikomotor halus, alatan terapi dan komputer.
Keceriaan
Bagi membolehkan iklim di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Pagoh menjadi lebih ceria dan membrangsangkan maka aspek keceriaan perlu diambil kira. Bahan, alatan dan tenaga perlu disediakan. Inilah yang menjadikan bebanan pihak PDK tersebut. Ianya adalah berteraskan sumber kewangan.
Pengagihan kewangan yang kurang sempurna dan tidak memanfaatkan sumber sepenuhnya mengakibatkan aspek keceriaan tidak mampu dilaksanakan secara total. Ditambah dengan peruntukan kewangan dalam tabung kebajikan yang disediakan tidak bertambah dan kurang mendapat sembangan.
Bantuan Dan Sokongan
Bantuan dari segi kewangan agak kurang. Namun begitu terdapat juga beberapa peniaga yang sudi menghulurkan bantuan berupa barangan runcit untuk keperluan makan dan minum pelatih. Ianya diperuntukkan setiap bulan untuk meringankan beban tanggungan kewangan pusat ini.
Pengangkutan
Pengangkutan adalah salah satu aspek penting yang perlu diutamakan dalam sesuatu agenda. Ianya menjadi lebih rumit lagi sekiranya tidak mampu selesaikan terutama ketika hendak menjalankan sesuatu aktiviti di luar kawasan. Pada masa ini guru-guru terpaksa mencari alternatif lain untuk mendapatkan pengangkutan apabila diperlukan.
Kewangan
Masalah kewangan sentiasa menjadi agenda utama dalam menguruskan perbelanjaan di PDK ini. Walaupun terdapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta sumbangan golongan dermawan serta orang perseorangan namun masalah masih tetap membelenggu. Ini adalah kerana masih terdapat perbelanjaan yang kurang sistematik dan sempurna dilakukan.
Apa yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut adalah dengan mencari bantuan kewangan baru bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Pelatih
Pelatih kurang menimbulkan masalah kepada guru-guru tersebut. Apa yang menjadi masalah hanyalah kehadiran. Ini bukanlah menjadi halangan para guru untuk mengajar di pusat tersebut malah menjadikan ianya sebagai satu cabaran dalam membantu pelatih-pelatih istimewa.
Tanggungjawab sepenuhnya diberikan oleh guru untuk memastikan supaya pelatih di bawah pengawasannya mendapat keselesaan secukupnya. Contohnya setiap perayaan yang memerlukan perhimpunan di luar daerah pastinya melibatkan semua urusan pengangkutan serta perbelanjaan lain yang berkaitan dengan pelatih.
Menguruskan sepenuhnya perbelanjaan pergi dan balik pelatih yang menyertai sukan. Urusan penyimpanan hadiah yang diterima, pakaian dan makan minum pelatih. Semua ini memerlukan komitmen tinggi dan rasa tanggungjawab yang sepenuhnya untuk memastikan tiada pelatih yang terabai.
Menguruskan tempat untuk pelatih mendapatkan pekerjaan seperti di kilang-kilang yang sesuai dengan kemahiran dan minat pelatih. Juga berusaha mendapatkan tempat di mana pelatih yang mempunyai kecenderungan dalam sesuatu bidang akan diberi latihan khusus sesuai dengan kemampuannya supaya boleh berdikari pada masa akan datang. Memastikan juga pelatih tidak hidup bergantung sepenuhnya kepada keluarga dan masyarakat dengan keyakinan hidup yang tinggi.
Pada masa ini pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Pagoh mendapat elaun sebanyak RM 25.00 setiap bulan. Peruntukan tersebut adalah selaras dengan peruntukan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan kepada pelajar-pelajar pendidikan khas di sekolah-sekolah kerajaan.
Hala Tuju Pelajar
Tiada penjelasan yang sebenarnya kedudukan pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran khasnya di manakah arah yang perlu dituju setelah tamat tempoh belajar di kelas-kelas Pemulihan Dalam Komuniti. Tiada penentuan jurusan yang sebenarnya untuk pelajar-pelajar khas ini yang menjurus ke alam pekerjaan. Kebanyakan mereka yang berada dalam komuniti PDK ini mendapat kemahiran untuk bersosial dan pengurusan diri sendiri sahaja. Persediaan untuk ke alam pekerjaan agak sukar bagi mereka.
Cadangan
Kadar Bayaran Elaun Pekerja
Memandangkan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan dan dilaksanakan oleh pekerja PDK begitu berat maka pihak kerajaan tempatan perlulah mengambil inisatif mengkaji imbuhan yang bersesuaian selaras dengan perubahan keadaan pada masa sekarang.
Adalah dicadangkan agar kadar bayaran elaun guru-guru PDK ditambah. Kadar tersebut haruslah mengambil kira kelulusan akademik dan mengikut skim penggajian seperti yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Pada masa ini kadar bayaran adalah statik. Tiada kenaikan tahunan yang diperuntukkan. Begiru juga tiada elaun lebih masa diberi kepada pekerja PDK terutama apabila mereka keluar menjalankan aktiviti berkaitan dengan PDK samada di peringkat daerah mahupun peringkat negeri.
Latihan dan Kursus
Di pusat pemulihan dalam komuniti (PDK) kekurangan guru yang pakar dalam bidang pendidikan khas. Terdapat ramai pembantu yang tiada kemahiran di dalam pendidikan asas terutama di dalam pendidikan khas. Kemahiran yang ada pada mereka adalah kemahiran yang telah dibina sendiri setelah bertahun-tahun menjinakkan diri dengan pelajar-pelajar berkeperluan khas.
Adalah dicadangkan bahawa latihan dan kursus yang berkaitan langsung dengan pendidikan khas terutama asas pendidikan khas serta bimbingan dan kaunseling perlu dihadiri oleh pekerja PDK. Ini memandangkan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka begitu berat.
Mereka sentiasa berhadapan dengan karenah pelatih, ibu bapa, penjaga serta masyarakat setempat, Ianya adalah terlalu kompleks. Kesediaan diri serta komitmen tinggi perlu lebih dan sentiasa diberi bagi mengekalkan motivasi.
Para pekerja PDK yang telah banyak menghadiri kursus perlulah diberi peluang mengikuti kursus jangka panjang untuk membolehkan mereka meningkatkan lagi tahap akademik di perigkat lebih tinggi seperti di maktab perguruan atau di universiti tempatan.
Pendedahan kepada kursus-kursus pengurusan pelatih, sistem fail, keceriaan, kewangan dan organisasi juga perlu dibuat bagi menambahkan kualiti pengurusan pada masa akan datang. Kursus-kursus yang dihadiri perlulah meliputi semua aspek pengurusan supaya PDK dapat diuruskan dengan lancaar dan licin. Apabila pengurusan berjalan lancar maka masalah yang dihadapi akan dapat dikurangkan dari masa ke semasa.
Kursus Pendek Kepada Ahli Jawatankuasa (AJK)
Para ahli jawatan kuasa PDK perlu diberi pendedahan secara langsung tentang tugas serta tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh mereka untuk meningkatkan prestasi PDK. Ini memandang masih terdapat di kalangan ahli-ahli yang kurang mengetahui peranan yang perlu dimainkan oleh mereka terutama prosedur ketika bermesyuarat.
Apabila semua ahli mengetahui peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan maka tiada peranan yang akan diambil alih oleh ahli lain kecuali peranan serta tanggungjawab mereka itu sendiri. Maka perlaksanaan tanggungjawab adalah mengikut prosedur dan undang-undang yang telah ditetapkan.
Kursus Pendek Untuk Ibu Bapa
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan kesinambungan serta berjayanya sesuatu sistem pendidikan yang dilaksanakan.
Pihak PDK boleh memanggil pakar-pakar dalam bidang pendidikan khas untuk mendedahkan kepada ibu bapa serta masyarakat setempat betapa pentingnya intervensi awal dilakukan, cara penjagaan kesihatan dan pemakanan untuk kanak-kanak istimewa.
Jika ibu bapa telah memahami dengan mendalam tentang peranan serta kepentingan intervensi awal kanak kanak maka ianya mampu mengurangkan kadar risiko kecacatan apabila berlakunya sesuatu kelahiran.
Katagori Pelajar
Bilangan pelajar yang didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga tahun 2006 ialah seramai 11 orang;
Jantina / Kategori
Bilangan
Lelaki
5 orang
Perempuan
6 orang
Down Sindrom
6orang
Masalah Akal
3 orang
Masalah Pendengaran
1 orang
Masalah anggota (kaki)
1 orang
Jumlah
11 orang
Jadual Waktu Pembelajaran
MASA HARI
8.30
9.00
9.00
10.00
10.00
10.30
10.30
11.30
11.30
12.30
ISNIN
KEMAHRAN DIRI
PRA
NOMBOR
REHAT
JAWI
MORAL
LUKISAN
KRAF
TANGAN
SELASA
PERHMPUNAN
MOTOR
KASAR
REHAT
PRA
BAHASA
BAHASA
INGGERIS
RABU
MOTOR HALUS
SAINS RUMAH
TANGGA
REHAT
SAINS
PERMAINAN
KHAMIS
PERHMPUNAN
MOTOR
KASAR
REHAT
KEMAHIRAN DIRI
NYANYIAN
Huraian Dari Jadual Waktu
Perbualan / Penguasaan Bahasa
Melatih OKU supaya berkomunikasi dengan rakan-rakan dan masyarakat sekaliling. Disamping itu juga dapat memperbetulkan penggunaan bahasa mereka daripada yang pelat hingga kepada percakapan yang betul dan mudah difahami.
Pra Nombor / Pha Tulisan / Pra Sebutan
Dengan adanya Pra tulisan dan Pra Nombor ini, OKU dapat mempelajari mengenal dan menulis daripada asas lagi. Ianya dapat membantu OKU dalam masalah buta huruf. Selain daripada itu dapat melatih OKU memegang pensil/pen dan mengawal pergerakkan semasa menulis. Bukan hanya menulis dan mengenal, OKU juga diajar menyebut semua perkataan yang ditulis mahupun yang ditunjukkan. Daripada sebutan inilah OKU dapat berkomunikasi dengan baik.
Kemahiran Hidup
Pendidikan kemahiran hidup adalah amat penting dan ianya adalah pelajaran yang utama bagi setiap OKU. OKU diberikan pendidikan ini supaya dapat mengurus diri sendiri tanpa bantuan orang lain contohnya, mandi, pakai baju , pakai kasut dan sebagainya. Selain daripada itu juga bagi OKU yang telah mencapai tahap umur dewasa, mereka ini perlu diajar sains rumahtangga. Pendidikan ini lebih terdorong kepada OKU perempuan untuk belajar memasak dan penggunaan alatan dapur. Walaupun OKU ini tidak memasak untuk keluarga, tetapi sekadar pengetahuan. Malahan OKU boleh mengurangkan beban dan membantu ibunya di dapur.
Kraftangan
Mewarna dan melukis adalah biasa dan boleh dilakukan dengan mudah serta cepat. Selain daripada itu juga OKU diajar supaya kreatif dengan menggunakan bahan terbuang untuk dijadikan kraftangan yang boleh dijadikan barangan hiasan di sekolah ataupun di rumah. Kraftangan ini boleh mendatangkan hasil jika pembeli yang berminat dengan rekaan OKU.
Aktiviti Bebas
Aktiviti ini penting bagi OKU kerana ianya dapat menarik minat OKU untuk datang ke kelas. Selain daripada itu juga dapat memberi peluang OKU berinteraksi bersama rakan-rakan yang lain. OKU juga bebas memilih sebarang permainan untuk bermain bersama rakan-rakannya, tetapi mereka ini masih di dalam pengawasan guru. Aktiviti ini dapat membuka minda OKU dan tidak hanya di dalam kelas sahaja, malah di luar juga mereka dapat mempelajari sesuatu yang berfaedah contohnya beriadah dengan melihat tumbuhan yang berada di sekelilingnya.
Senarai Nama Pelajar
Nama Pelajar
Tarikh Lahir
Umur
Kategori
Pelajar memohon di PDK PagohProses Kemasukan Ke PDK Pagoh
Pelajar di daftar di JKM daerah Muar
Pelajar mengikuti pemeriksaan kesihatan di hospital
Borang diisi oleh Pegawai JKM yang turut melawat kediaman pelajar
Mesyuarat oleh jawatan kuasa khas untuk kemasukan pelajar
Kemasukan pelajar disokong
Pelajar mendaftar di PDK Pagoh
Peruntukan Kewangan
Bayaran yang dikenakan pada setiap pelajar adalah sebanyak RM 10.00. ini adalah bertujuan untuk mengisi tabung kelas tersebut di samping bayaran bil air dan elektrik. Ianya tidaklah membebankan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut.
Selain itu sumber kewangan yang diperolehi adalah melalui derma orang ramai dan orang perseorangan. Kutipan derma daripada orang ramai mencapai RM 1000.00. Sumbangan daripada JUWITA iaitu Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat Negeri Johor sebanyak RM 10 000.00 juga diterima. Aktiviti-aktiviti jualan hasil kerja pelajar-pelajar seperti alas kaki juga merupakan hasil untuk mengisi tabung kebajikan PDK Pagoh. Tidak ketinggalan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jorak menyumbangkan peralatan elektrik iaitu set televisyen, pemain video CD dan mesin jahit untuk kegunaan pelajar istimewa ini.
Aktiviti-Aktiviti
Berbagai aktiviti dijalankan untuk kanak-kanak istimewa di PDK Pagoh ini. Antaranya ialah;
Aktiviti Di dalam Kelas
1. Sambutan majlis hari lahir pelajar.
2. Membuat projek jahitan.
3. Membuat projek alas kaki menggunakan guni dan cebisan kain.
4. Pelajar-pelajar diajar kemahiran psikomotor, urus diri, pra bacaan, pra tulisan, pra bahasa, pra nombor, melukis, mewarna, mengira, membaca , menulis dan mengira.
Antara objektif aktiviti yang dijalankan untuk pelajar-pelajar istimewa ini adalah:
1. Memupuk dan menyemai rasa kasih sayang di kalangan golongan ini dengan masyarakat biasa.
2. Melatih pelajar-pelajar istimewa ini berinteraksi dengan masyarakat biasa.
3. Merasai kehidupan biasa seperti masyarakat lainnya.
4. Meletakkan masyarakat istimewa ini sama seperti orang lain dari segi perasaan dan keinginan.
5. Memberi peluang seluas-luasnya memperkembangkan bakat dan minat pelajar-pelajar istimewa ini dalam bidang-bidang tertentu.
Aktiviti-Aktiviti Yang Dirancang Di Luar Kelas Dan Mendapat Penajaan Daripada Pihak Yang Terlibat.
1. Lawatan ke PDK kawasan dan daerah lain.
2. Rekreasi untuk tujuan latihan sosial dan terapi.
3. Majlis sambutan hari raya di rumah Pegawai Daerah.
4. Mengadakan persembahan kebudayaan di Dewan Serba Guna Pagoh untuk tujuan memungut derma kelas PDK Pagoh.
5. Menyertai pertandingan melukis dan mewarna Hari Kebangsaan.
6. Mengadakan pameran kerja tangan pelajar-pelajar PDK Pagoh untuk tujuan jualan.
7. Membina batas kebun sayur.
8. Menanam sayur-sayuran.
9. Mengadakan aktiviti sukaneka.
10. Gotong-royong bersama pekerja-pekerja Majlis Perbandaran Muar (MPM) membentuk pokok-pokok bunga di sekeliling PDK.
11. Pelatih mula menggunakan buku latihan menulis Pro Mest.
12. Tiga orang tenaga pengajar Giat Mara Pagoh membincangkan aktiviti-aktiviti bersama PDK.
13. Doktor bersama jururawat dari klinik pergigian membuat rawatan dan pemeriksaan gigi.
14. Pelatih-pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Nasuha membuat program khidmat komuniti.
15. Menghadiri penyampaian sumbangan oleh DYMM Sultanah Johor di Dewan Jubli Intan Muar.
16. Pelatih-pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Nasuha membuat program khidmat komuniti.
17. Menyertai Sukaneka PDK Daerah Muar di padang Majlis Perbandaran Muar.
18. Sambutan hari jadi pelatih PDK Pagoh.
19. Majlis sumbangan hari raya daripada JUITA di Komplek Penghulu Pagoh.
20. Menerima sumbangan duit raya daripada pelatih dan kakitangan Pusat Giat Mara Pagoh.
21. Majlis jamuan Hari Raya di rumah Exco Kerajaan Negeri Johor YB.Dr.Robiah Hj.Kosai
22. Majlis sumbangan hari raya daripad ST Microelectronics di Dewan Jubli Intan Muar.
23. Majlis Hari Raya bersama Menteri Besar Johor di Dewan Seri Pekembar Pagoh
24. Membuat akaun Giro BSN beramai-ramai di Bank Simpanan Nasional Bukit Gambir.
25. Sambutan hari OKU peringkat Negeri Johor di Dewan Jubli Intan Muar.
Peralatan Kemahiran Psikomotor
Peralatan untuk latihan psikomotor kasar yang terdapat di PDK Pagoh ialah;
1. Trampolin.
2. Basikal Senaman.
3. Tilam getah (untuk senaman)
Peralatan Elektronik
Peralatan elektronik yang ada ialah satu set televisyen dan pemain video CD.
Peralatan Kemahiran Lain
Set mesin jahit.
Masalah Yang Dihadapi Di PDK Pagoh
1. Tiada tempat permainan yang sempurna seperti yang terdapat di taman-taman permainan lain.
2. Kedudukannya yang terlalu hampir dengan jalan raya utama.
3. Kawasan PDK tiada berpagar untuk mengelakkan berlakunya pencerobohan oleh orang-orang yang tidak bertanggung jawab.
4. Tiada sukarelawan yang membantu menguruskan PDK Pagoh dan golongan istimewa ini.
5. Ibu bapa kurang melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di PDK.
6. Kurang bantuan pihak luar dari segi tenaga, peralatan dan kewangan.
7. Kurangnya pengetahuan ibu bapa dan masyarakat tentang intervensi awal.
Cadangan
1. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mewujudkan taman permainan yang sempurna untuk tujuan aktiviti riadah pelajar PDK Pagoh ini.
2. Memohon bantuan daripada sektor-sektor swasta dan badan-badan tertentu bagi menambah tabung kewangan PDK dengan cara menjalankan penajaan sesuatu aktiviti contohnya ‘Larian Istimewa’.
3. Mengadakan projek mengindahkan kawasan PDK Pagoh.
4. Mendapatkan kebenaran berjadual mengadakan aktiviti riadah sehari dalam dua minggu di tempat-tempat khas seperti berenang di kolam renang.
5. Mendedahkan kepada masyarakat terutamanya ibu bapa dan bakal ibu bapa untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting tentang intervensi awal agar dapat mengurangkan risiko kelahiran cacat.
Rumusan
Pembabitan masyarakat sekitar kawasan PDK Pagoh seharusnya pada tahap maksimum bagi membolehkan peranan PDK tersebut di mainkan dengan sempurna. Sokongan daripada pihak tertentu yang pelbagai bentuk samada tenaga, wang ringgit atau barangan adalah sangat penting agar anak-anak istimewa ini dapat menikmati pembelajaran dengan optima sebagai bekalan hidup bersama masyarakat biasa.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa peranan PDK yang disokong oleh ibu bapa, penjaga, orang perseorangan, badan-badan berkanun, sektor-sektor swasta dan masyarakat setempat menjadi tunggak kesempurnaan penjagaan dan pengawasan insan-insan istimewa ini. Tiada siapa yang ingin dilahirkan cacat namun semua ini adalah ujian dan kehendak Tuhan semata. Kehidupan golongan istimewa ini memerlukan keperihatinan yang istimewa oleh masyarakat.
Masyarakat perlu sedar bahawa kehadiran golongan istimewa ini adalah merupakan amanah Tuhan yang wajib dibela dan dipertanggung jawabkan ke pundak semua. Di sinilah peranan penting yang perlu dimainkan terutama ketua masyarakat untuk membuktikan bahawa setiap individu masyarakat di bawah pentadbirannya adalah bertanggung jawab bersama membantu dalam menjayakan setiap aktiviti atau projek khas bagi golongan istimewa ini.
Di negara-negara Eropah seperti di Amerika Syarikat (US) dan Australia telah menjadikan penjagaan golongan istimewa ini agenda penting kerajaan dan telah menguatkuasakan Akta Pendidikan Khas. Ianya dijalankan berdasarkankepada Public Law 94 –142 tahun 1975 dan juga apa yang terkandung di dalam Seksyen 505 Rehabilitation Act 1973. Di mana ia menyatakan bahawa:
No otherwish qualified handicapped individual…shall, solely by reason of his/her handicap, be exused from participation in, be denied the benefits of, or be subject to discrimination under the program of activity receiving federal financial assistance.

Begitulah pentingnya pendidikan khas yang perlu diberikan kepada golongan istimewa ini walaupun di negara kita agak baru dalam pendidikan khas namun ianya perlu diberi perhatian serius dan perlu sokongan semaksimumnya.
Penutup
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Pagoh (PDK), Muar, Johor boleh dianggap sebagai sebuah institusi pemulihan dan pendidikan untuk pelajar-pelajar istimewa pelbagai kecacatan yang istimewa. Ini adalah kerana ianya menampung pelajar di sekitar Pagoh.
Nisbah yang hanya sepatutnya menampung 7 hingga 10 orang pelajar untuk seorang guru masih berlaku pada masa ini.
Bilangan pelajar yang berjumlah 13 orang untuk dikendalikan oleh 2 orang guru tersebut adalah menunjukkan bahawa mereka lebih mengutamakan tugas daripada kepentingan diri sendiri. Ditambah pula dengan kekurangan bahan-bahan serta alatan bantuan namun mereka mempunyai iltizam untuk melihat nasib kanak-kanak istimewa ini terbela dan mendapat pendidikan yang sempurna seperti kanak-kanak biasa.
Sesuatu yang lebih penting adalah sokongan dan bantuan yang tidak berbelah bagi dalam usaha memartabatkan kerjaya tersebut yang bukan ramai ingin menceburinya. Pelbagai pihak seharusnya memainkan peranan mereka masing-masing semoga program pendidikan khas di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Pagoh (PDK) ini berjalan dengan licin dan jayanya. Juga diharap kelak akan ramai sukarelawan-sukarelawan tampil ke hadapan dalam membantu golongan isitimewa ini dan membawa wawasan menjadi masyarakat madani.
Rujukan
Ahmad Mohammad Said. 2000. Pendidikan Khas dalam Sistem Pendidikan
Kebangsaan: Dasar pelaksanaan dan hala tuju masa depan. Prosiding Seminar
Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2000, hlm 35-52.
Audrey Mc Cray Sorrells, Herbert J. Rieth, Paul T.Sindelar, 2004. Critical Issues in
Special Education, Access, Diversity, and Acountability. Pearson Education.
Hajjah Hasnah Udin. (1988).Bimbingan Terhadap Kanak-kanak Khas. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jabatan Kebajikan Masyarakat 1996. “ Pemulihan Dalam Komuniti” Bahagian
Pembangunan Komuniti Sosial. Kuala Lumpur. Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Malaysia.
Kebajikan Kebajikan Masyarakat Malaysia. 2003. Kategori OKU. Laman web JKM:
http://www24.brinkerster.com
Malaysia, 2001. Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8) 2001-2005. Kuala Lumpur:
Percetakan National Malaysia Berhad.
Malaysia, 2005. Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-9) 2005-2010. Kuala Lumpur:
Percetakan National Malaysia Berhad.
McLean, M., Bailey, D.B., & Wolery, M 2004. Assessing infant and preschoolers
with special needs. (Ed. Ke 2). USA: Pearson Education.
Sandall, S., McLean, M. & Smith, B. J, 2000. DEC recommended practices in early
intevention/early childhood special education. USA: Sopris West.
Syed Abd. Rahman bin Syed Mohd. 1996. “ Prinsip Perancangan Pemulihan Dalam
Komuniti Ke Era 2000 “. Kuala Lumpur, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
Turnbull, R., Turnbull. A,. Shank, M., Smith, S., & Lead, D. 2004. Exceptional Live: Special education in today’s (Ed. Ke 4). USA: Merrill Prentice-Hall.
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MALAYSIA
BORANG PENDAFTARAN ORANG CACAT
Bilangan Pendaftaran
Untuk kegunaan pejabat sahaja
A.
MAKLUMAT PERSENDIRIAN
1.
Nama
2.
Alamat
3.
Tarikh Lahir
-
-
4.
No. Kad Pengenalan/Surat Beranak (potong mana yang tidak berkenaan)
- Lama/Surat Beranak
- Baru
-
-
5.
Jantina
Lelaki
Perempuan
6.
Keturunan
Melayu
Cina
India
Orang asli
Melanau
Iban
Bidayuh
Kadazan
Murut
Bajau
Lain-lain (Nyatakan: …………………………)
7.
Pekerjaan, sila nyatakan; …………………………………………………..
7.1. Sekiranya seorang kanak-kanak, sila beri pekerjaan ibubapa/penjaga;
Bapa: ………………………………………..
Ibu:……………………………………………
Penjaga:……………………………………..
8.
Taraf Pelajaran
Rendah
Menengah
Kolej/Universiti
Tidak Bersekolah
9.
Nama Bapa
Nama Ibu/Penjaga
B.
KETERANGAN MENGENAI KECACATAN
1.
Jenis Kecacatan
Penglihatan
Anggota
Terencat akal
Pendengaran
2.
Sebab-sebab kecacatan berlaku
Sejak lahir
Jangkitan penyakit
Kecederaan/kemalangan
Kurang zat makanan
3.
Jika bukan sejak lahir, nyatakan bilakah kecacatan mula dikesan?
Semasa umur
bulan
tahun
4.
Sudahkah mendapat rawatan dan pemulihan latihan?
Rawatan
Latihan
Pemulihan
Sudah
Sudah
Sudah
Belum
Belum
Belum
5.
Sudahkah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat?
Sudah
Belum
6.
Bagi kanak-kanak sekolah dan pra-sekolah, sudahkah didaftarkan bagi penempatan dengan sekolah khas/sekolah bercantum di sekolah biasa?
Sudah
Belum
7.
Adakah menggunakan sebarang alat tiruan/alat bantuan?
Ya
Tidak
Jika ya, nyatakan:
Alat tiruan
Alat bantuan
Tangan palsu
Alat pendengaran
Kerusi roda
Cermin mata khas
Kaki palsu
Tongkat tangan
Tongkat ketiak
kalipers
Lain-lain (Nyatakan: ……………………………………………………)
……………………………………
Tandatangan Pelapur
Nama:
Tarikh:
TANDAKAN BAHAGIAN YANG CACAT
Hadapan
Belakang
1. Cacat Penglihatan
:
Buta di kedua-dua mata
2. Cacat Pendengaran
:
Pekak atau pekak dan bisu
3. Cacat Akal
:
Keadaan di mana kecederasan otak tidak selaras dengan umurnya
4. Cacat Anggota
:
Kecacatan badan sama ada kehilangan ataupun tiada sesuatu anggota atau kecacatan di mana-mana badannya

No comments:
Post a Comment