Friday, February 13, 2009

Kepimpinan Adalah Suatu Yang Berbeza

Kepimpinan Adalah Suatu Yang Berbeza

Clark and Clark of the Center for Creative Leadership state, menyatakan bahawa “Latihan kepimpinan mampu memperlengkapkan kejayaan dalam mencapai sesuatu matlamat. Ia lebih efektif daripada ganjaran yang diperolehi melalui seseorang”

Kebanyakan pengaruh daripada seorang pemimpin mampu menghidupkan komitmen, merangsang imaginasi yang tinggi dan keyakinan sepenuh hati.

Berdasarkan kajian:

Kepimpinan dalam badan koporat, kerajaan, ketenteraan dan bidang pendidikan, Clarks menyatakan ciri-ciri yang berkesan ialah dari segi;
Berpusatkan kepada kos perbelanjaan, keuntungan.
Pelaksanaan atau penglibatan dalam semua unit kerja.
Penghasilan kerja yang berkualiti.
Situasi tempat kerja yang boleh mengurangkan tekanan.
Nilai moral dan kepuasan pekerja.
Mengurangkan masalah ponteng kerja.
Mengurangkan berlakunya kemalangan.

Sekolah yang berkesan ialah disebabkan oleh pengetuanya yang telah menetapkan matlamat dengan jelas, penglibatan semua pihak dalam sesuatu program, guru serta pelajar jelas bahawa mereka melengkapkan sesuatu yang lebih baik.

Tiada Menggantikan Untuk Kepimpinan (There Are No Substitutes for Leadership)

Perubahan peranan pemimpin dari gaya arahan kepada gaya sebagai pemudahcara.

Sebagai seorang ketua perlu;
Menetapkan hala tuju.
Mencipta rangkaian.
Mewujudkan kerja secara berpasukan.
Membangunkan kemahiran pekerja.
Memberi kepercayaan kepada mereka dalam membuat tindakan.
Kreatif menyelesaikan konflik.
Mewujudakan persetujuan sebulat suara dalam menetapkan visi sekolah;
-menjamin sumber-sumber utama, memberi perhatian, fokus kepada matlamat
pembelajaran pelajar.

Paul V. Bredeson menemuramah pengetua 20 buah sekolah, berkaitan dengan tanggungjawab guru dalam membuat keputusan kurikulum, pembangunan personal, komuniti luar dan sekolah, pembaharuan dan penambahbaikan aktiviti.

Pengetua yang berpengalaman, peranan transisi daripada corak kepimpinan tradisional kepada corak kepimpinan kerja secara berpasukan;
Memberi perhatian dalam meningkatkan keperluan kumpulan atau pasukan dengan mengambil kira kesesuaian.
Kebebasan tanggungjawab dalam menyempurnakan tugas.
Sebagai perunding dan pemudahcara.
Memberi sokongan terhadap iklim sekolah yang sempurna.
Menjadi model tingkahlaku sebagai seorang pemimpin.
Memberi kepercayaan kepada kumpulan penyelenggaraan dalam melaksanakan proses penyelesaian masalah secara berpasukan.

Kepimpinan Boleh Dikongsi (Leadership Can Be Shared)

Sukar untuk dipercayai bahawa sesebuah sekolah itu mampu melahirkan sejumlah komuniti yang profesional, mempunyai inisiatif diri dan penambahbaikan diri tanpa penglibatan yang aktif serta galakan daripada seseorang pengetua.

Pengetua harus memberi sokongan kepada guru-guru yang mempunyai inisiatif untuk terlibat dalam komuniti, ini kerana mereka sebagai agen kepada perubahan dan tidak perlu menggunakan autoritinya memusnahkan sebarang perubahan yang berlaku.

Pengetua juga perlu aktif dalam menyokong sesuatu proses atau program melalui peranannya sebagai seorang pemimpin, merekrut atau mengerahkan pekerja serta memberi sokongan terhadap mereka yang terlibat.

Objektif Asas Sebagai Pengetua

Mewujudkan prestasi perkembangan yang maju dengan ketua-ketua lain.
Membina prestasi dan bakat kepimpinan pada setiap orang.

Sekolah merupakan tempat sumber ilmu pengetahuan dan organisasi kerja, memerlukan ahli-ahlinya bersatupadu dalam menyelesaikan masalah dan proses memperoleh atau mencari maklumat secara bersama yang secara tidak langsung akan membawa sekolah tersebut maju ke hadapan.

Kuasa Yang Diberikan Adalah Kekuatan (Power Given Away Is Power Gained)

Sebagai pemimpin, menggunakan pengaruh yang ada padanya adalah perlu sebelum melaksanakan sesuatu perkara yang lain bagi mencapai kejayaan. Pemimpin biasanya cuba mencari pengaruh untuk dijadikan sebagai alat keperluan bagi mendapatkan sesuatu yang tidak diperolehi, ini bertentangan.

Sashkin and Sashkin menyatakan ada tiga aspek iaitu;
Penggunaan pengaruh untuk kepentingan organisasi dan ahli-ahlinya, bukan untuk kepentingan diri.
Menggunakan pengaruh lebih ke arah kemasyarakatan iaitu penyebaran pengaruh melalui organisasi dan menjadikan ianya lebih dikenali.
Penggunaan pengaruh secara bertentangan, dengan kata lain bukan untuk kepentingan sendiri tetapi sebaliknya untuk organisasi melalui peningkatan tinggi dalam produktiviti.

Perkara-perkara Motif (Motive Matters)

Pemimpin perlu menyemak tentang sejauhmana harga dirinya ketika berada di sekolah. Tidak semua, kebanyakan pemimpin yang berjaya mempunyai harga diri (ego) yang sihat iaitu mendorong hasrat mereka ke arah sesuatu yang berlainan dengan cara, ”bagaimana mereka mengawal ego”.

Kerendahan diri dan keyakinan diri adalah sesuatu yang menarik perlu ada pada seorang pemimpin.
Terdapat dua dimensi dalam kepentingan diri (self interest) seorang ketua;
i. Kepentingan diri yang melibatkan atau mendatangkan keuntungan atau manfaat yang besar.
ii. Melihat secara keseluruhan berkaitan dengan teori pengurusan dan latihan kepimpinan. Kepentingan diri dilihat secara kasar, individu menyedari bahawa kebajikan yang berhubungkait dengan setiap orang di sekeliling, keuntungan yang diperolehi dalam jangkamasa panjang ialah mengembangkan atau menyebarkan kebaikan yang dilakukan oleh mereka.
Dalam aspek pendidikan, produk yang dihasilkan merupakan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai yang disemai dalam diri pelajar-pelajar.

No comments:

Post a Comment