Objektif dasar dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961, iaitu:
"BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..."
Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan aporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja ("tenaga rakyat,"istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi.
Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisplin dan terlatih.
Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan dinyatakan secara bertulis baru- baru ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan.
Strategi Pelaksanaan
Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut:(a) Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama;
(b) Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua
jenis sekolah;
(c) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;
(d) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;
(e) Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan
pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu;
(f) Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun;
(g) Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan
peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang
bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman;
(h) Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983
yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh;
(i) Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula
kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978;
(j) Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti
terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan;
(k) Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin;
(l) Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang
wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi
pembelajaran bahasa- bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil; dan
(m) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti pasukan
pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain.
PENDAHULUAN
Antara perkara yang paling penting perlu wujud bagi mana-mana sistem pendidikan kebangsaan ialah dasar pendidikan itu sendiri. Ia bukan sahaja menjadi asas pembentukan sistem pendidikan bahkan menjadi panduan yang amat penting dalam melaksanakan sistem tadi. Tanpa dasar yang jelas, sudah tentulah sistem dan pelaksanaannya tidak akan tersusun rapi, terumbang ambing dan tidak tentu arah. Kemungkinan juga pelaksanaan sistem akan mengikut suatu arah pada satu ketika dan kemudiannya mungkin juga bertukar haluan pada lain masa.
Kadangkala perubahan haluan atau arah ini boleh berlaku kerana faktor kepimpinan, kewangan, pengaruh politik dan lain-lain. Dasar bagi sesuatu sistem pendidikan haruslah berpaksikan kepada falsafah yang jelas. Biasanya falsafah inilah menjadi teras pendidikan kita Ia mengandungi matlamat, corak dan kaedah pendidikan secara kasar, ciri-ciri yang hendak dibentuk dalam diri individu yang hendak menerima pendidikan tadi serta skop yang dirangkumi oleh proses pendidikan itu sendiri.
Sebagai perbandingan, negara Amerika Syarikat misalnya tidak memiliki satu falsafah pendidikan yang digubal di peringkat negara walau pun sistem pendidikannya adalah antara yang terbaik di dunia. Howard D. Mehlinger (1995) dalam bukunya School Reform in the Information Age mengenalpasti masalah ketiadaan falsafah dan dasar memberi dua bentuk kesukaran. Pertama, pendidikan guru dan kedua, pembaharuan pendidikan. Kesukaran yang kedua iaitu pembaharuan pendidikan adalah antara isu yang amat menyeluruh kerana ianya meliputi isu-isu kurikulum, sistem pendidikan dan kemajuannya daripada satu tahap kepada tahap yang lain.
Sejarah Pendidikan untuk Semua
1990 – Konferensi Dunia tentang Pendidikan untuk Semua di Jomtien, Thailand. - Penyediaan akses pendidikan rendah untuk semua pada tahun 2000 1995 – World Summit for Social Development di Copenhagen - Sasaran deklarasi Pendidikan untuk Semua di Jomtien tidak akan tercapai. - Sasaran penyediaan akses pendidikan dasar untuk semua dilanjutkan kepada tahun
2015 1999 – Oxfam GB melancarkan satu kempen educationnow - Hutang-hutang negara miskin dirasakan sangat menjadi perkara pokok dalam
pendidikan 2000 – Forum Pendidikan Dunia di Dakar 2002 – perancangan Pendidikan untuk Semua di tingkat nasional sebagai sebahagian dari
perancangan pendidikan nasional
2002 – Persidangan Pembangunan PBB - Persidangani tidak menghasilkan ukuran yang konkrit untuk menarik semula
perhatian dunia untuk mencapai target Deklarasi Dakar.2005 – mengurangi jurang jantina di peringkat pendidikan rendah dan menengah 2005 – memastikan bahwa semua anak, khususnya perempuan, dari pelbagai etnik
memiliki akses terhadap pendidikan yang sesuai dan berkualiti.2015 – mencapai peningkatan 50% peningkatan celik huruf, khususnya perempuan dan
akses yang sesuai bagi orang dewasa untuk melanjutkan pelajaran. 2015 – mencapai kesetaraan jantina dalam pendidikan - AS dan EU memberikan sejumlah dana untuk membantu pencapaian sasaran Dakar. Perkembangan Global
Menurut data Global Campaign for Education (GCE), memasuki abad 21 masih ada 70 juta anak perempuan yang tidak bersekolah dan 550 juta (satu diantara lima) perempuan dewasa yang buta huruf- Global Campaign for Education (GCE) menganggarkan angka terendah ada di Afrika
dan Asia Selatan, masing-masing hanya mencapai 45 juta dan 56 juta. Yang sudah
dinilai agak baik adalah di Asia Timur, Amerika Latin, dan Timur Tengah - Peningkat kenaikan masih terlalu lambat untuk mencapai sasaran Pendidikan untuk
Semua tahun 2015 Peningkatan Celik Huruf - Pada pertengahan tahun 1990-an, masih ada 872 juta penduduk negara berkembang
yang masih buta huruf; dua pertiganya adalah perempuan - Semenjak tahun 1980, penurunan angka buta huruf hanya mencapai 15% dan sangat
kecil dibandingkan dengan pertumbuhan penduduk - Pada tahun 2000, dianggarkan jumlah buta huruf mencapai 881 juta
Kualiti Pendidikan - Belum ada standard yang boleh dipakai secara global dan menyeluruhl untuk mengukur
kualiti pendidikan .- Secara umum, kualiti pendidikan boleh dipengaruhi dan dengan demikian diukur dari
perspektif guru, kurikulum, media, bahasa, sekolah, dan penglibatan masyarakat.
Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan-keperluan negara buat masa ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan secucuk dengan keperluan-keperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya. Oleh itu dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi jumlah tetapi juga dari segi kualiti. Dasar ini seharusnya dapat menggalakkan lebih ramai rakyat yang terlibat secara aktif dalam bidang keusahawanan dan tidak bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk mencari kerja. Ini adalah selaras dengan dasar kerajaan semasa yang menekankan penyertaan swasta secara aktif.
Dasar Pendidikan Kebangsaan juga dilaksanakan dengan mengada dan memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak Di Kementerian/ Jabatan Pendidikan pula, beberapa Bahagian dan Jawatankuasa yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan telah ditubuhkan atau diperkuatkan bagi memastikan tercapainya hasrat Dasar Pendidikan ini. Diantaranya termasuklah penubuhan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional, Jawatankuasa Pusat Kurikulum, Biro Buku Teks, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia, Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, Bahagian Perkhidmatan, Sebaran Pendidikan dan Pusat Perkembangan Kurikulum.
TAMAT

No comments:
Post a Comment