Cadangkan strategi yang paling sesuai untuk memperbaiki Sistem Pendidikan di Malaysia bagi menjayakan matlamat pembangunan masyarakat madani.
Mewujudkan sebuah masyarakat madani seiring dengan langkah menjadikan Negara maju di mata dunia, Malaysia bukan sahaja dihalangi oleh pelbagai persoalan sosial malah semua aspek kehidupan perlu ditangani serentak adalah suatu tugas yang sangat mencabar. Namun begitu mahu tidak mahu ianya perlu dihadapi untuk mencapai matlamat tersebut.
Dalam konteks ini bidang pendidikan adalah memainkan peranan paling penting dalam mencorak bentuk individu yang mulia. Ianya berpaksikan kepada sistem pendidikan yang wujud di Malayisa masa kini. Tidak dapat dinafikan bahawa sistem pendidikan di Malaysia adalah tunjang kepada orentasi tersebut dan ianya telah banyak menyumbang serta mencorak masyarakat masa kini dalam memastikan wujudnya pembangunan masyarakat madani yang total pada masa mendatang.
Namun begitu apa yang dapat dilihat masih begitu banyak lagi kepincangan yang wujud dan masih ketara dalam menuju wawasan tersebut. Dalam stretegi menambahbaikan system pendidikan di Malaysia, perlulah mengorak langkah mengambil kira soal akhlak dan moral. Bahagian tersebut adalah aset paling utama dan penting seperti nadi kepada semua jentera anggota serta tingkahlaku dalam menjana individu yang mampu wujud dalam bentuk seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Nilai akhlak dan moral adalah berlandaskan terus kepada pegangan agama. Tidak kira agama apa yang dianuti oleh masyarakat Malaysia sudah pastinya semua agama mengutamakan nilai-nilai murni dan keperibadian mulia dan akhlak terpuji.. Jika komponan agama dan keagamaan individu itu utuh, kuat dan kukuh, maka secara langsung ianya memainkan peranan dalam membentuk individu yang cukup baik dan mulia di mata masyarakat.
Mata pelajaran agama dan moral seharusnya diberi perhatian khusus dalam sistem pendidikan di Malayisa. Ianya bukan sahaja di pelajari secara khusus tetapi sepatutnya wajib diambil dan wajib lulus bagi membolehkan pelajar mendapatkan sijil yang diakui sah di peringkat peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM, SPMV dan STPM. Tidak ketinggalan juga di peringkat Diploma dan Ijazah di institusi pengajian tinggi samada institusi awam atau swasta.
Secara langsung ianya akan membentuk individu pelajar yang mampu meneroka bagi mendalami seberapa banyak maklumat tentang nilai-nilai agama dan moral. Apabila ianya telah sebati dengan pendekatan tersebut dan menjadi orentasi peperiksaan maka akan mampu mewujudakan kebiasaan dengan apa yang dipelajari dan dalam proses pencarian maklumat. Lama kelamaan ianya akan sebati dalam diri individu. Sekurang kurangnya individu tersebut telah disogok dengan ilmu keagamaan dan moral dalam pembelajaran secara langsung. Dengan ilmu inilah ianya akan mengubah secara beransur-ansur sistem diri individu tersebut dalam menjalani kehidupan yang sempurna berlandaskan nilai etika keagamaan dan moral.
Tidak ketinggalan juga peranan pihak pentadbir serta pengurusan sekolah dan institusi pendidikan lain dalam menjayakan strategi perancangan tersebut. Kata putus oleh pihak kementerian pendidikan khasnya adalah peranan utama dalam melaksanakan wawasan ini Ianya bukan menilai kehebatan intelek pelajar dalam semua matapelajaran yang diambil semata-mata malah apa yang lebih penting adalah menilai kehebatan akhlak serta nilai positif pelajar secara seiring. Nilai kehebatan akhlak pelajar akan membawa kearah kecemerlangan intelek pelajar.
Pemantauan dan tindakan susulan perlu dilakukan oleh pihak berkaitan dalam mengandalikan semua strategi perancangan dan program ini. Ianya perlulah berterusan walaupun akan bertukar pucuk pimpinan samada dari peringkat rendah mahupun peringkat tinggi.
Peranan ibu bapa membentuk individu dalam hal tersebut terhad di peringkat institusi kekeluargaan sahaja iaitu di rumah. Di sekolah pula peranan ibu bapa kurang dan diambil peranannya oleh guru-guru khususnya dan ianya terhad di kawasan sekolah sahaja. Apa yang lebih adalah di luar konteks ibu bapa dan guru iaitu dalam kontek masyarakat umum yang mendedahkan kepada seribu satu macam bentuk pengaruh dan budaya yang secara langsung dilihat mengikut mata dan fikiran individu tanpa ada sebarang sekatan. Inilah peranan paling besar dan mencabar iaitu di bawah jagaan pemimpin. Apa yang dimaksudkan pemimpin adalah orang yang berkuasa menguatkuasakan undang-undang khusus berkenaan agama dan akhlak. Ianya dibantu oleh pihak berkuasa tempatan yang diberi hak kuasa mutlak dalam menangani isu agama dan akhlak.
Peranan media massa juga perlu dipantau dalam menggula-gulakan individu khasnya remaja dengan hiburan dan program yang menghayalkan pemikiran. Realiti hidup yang menyuakan kemewahan dengan hiburan menjadikan individu remaja khususnya secara langsung akan menarik minat dan perhatian mereka. Peranan penyampaian maklumat yang positif dari kaca perniagaan akan mengundang dan mengubah kepada maklumat negatif yang diterima oleh penonton yang sememangnya suka dan gemar kepada kemewahan dan keseronokan tidak kira dari golong apa sekalipun samaada kanak-kanak, remaja, dewasa, muda atau tua. Landasan yang utama yang menjadi penapis dalam situasi ini adalah nilai-nilai keagamaan yang diamalkan oleh mereka. Mereka akan sendirinya mampu memilih samaada mahu menerima atau menolaknya.
Kerajaan khususnya pada masa kini seolah-olahnya mengizinkan program-program yang sebegini dipaparkan setiap detik waktu dan menghalalkan penyiarannya. Ianya secara langsung mengundang golongan artis iaitu penyanyi dan pelakon dalam merealiasikan kehidupan yang sebegini. Apa yang digambarkan di media itulah yang dijadikan idola khususnya golongan remaja yang dikategorikan dalam kelompok mencari identiti dirinya. Apa yang difikirkan oleh mereka adalah cara hidup yang mampu memberi keseronokan dan kepuasan seiring dengan naluri remaja. Peranan dan ruang lingkup hidup artis diketengahkan dalam membentuk masyarakat remaja kini sangat ketara seolah-olah ianya adalah cara hidup.
Ini sangat membahayakan kepada nilai hidup remaja khususnya. Peranan mereka telah menenggelamkan secara total peranan guru-guru di sekolah yang bertungkus lumus dalam membentuk akhlak individu pelajar remaja ke arah masyarakat yang berakhlak di samping berhadapan dengan karenah ketidakpuasan hati ibu bapa serta pelbagai lagi halangan dan seterusnya membentuk masyarakat madani di peringkat negara.
Kesimpulannya bahawa pembentukan masyarakat madani adalah berasaskan kepada peranana ibu bapa, guru, pemimpin masyarakat dan pemimpin negara. Jika masing-masing berganding bahu dan seiring sejalan dalam memainkan peranan maka sewajarnya impian untuk menjadikan pembangunan masyarakat madani akan tercapai. Maka paksi dan tunjang utama adalah berasaskan kepada penguatkuasaan terhadap agama dan moral secara telus.

No comments:
Post a Comment