Implikasi kepada guru, ibu bapa dan pelajar
Ketidakseimbangan pengambilan pelajar di Sekolah Vokasional Pendidikan Khas akan membawa kepada implikasi yang mendalam kepada guru-guru, ibu bapa dan pelajar.
Implikasi yang wujud kepada pihak guru adalah merujuk kepada kemahiran khusus yang ada pada guru-guru. Jika ketiadaan pelajar dalam bidang yang ditawarkan maka kemahiran serta kepakaran yang dikuasai oleh guru-guru yang disediakan akan menjadi sia-sia. Apabila situasi tersebut berlaku maka proses pengajaran dan pembelajaran seperti yang diharapkan tidak akan berlaku dengan baik. Kemahiran sepenuhnya tidak dapat dicernakan kepada pelajar keseluruhannya Apa yang berlaku adalah hanya proses pembelajaran dalam ruang pengisian tempat yang kosong menampung kekurangan yang ada.
Kemahiran yang ada pada seseorang guru itu tidak dapat dikekalkan akibat tidak kerap dipraktikkan dalam proses memperturunkan ilmu kemahiran yang ada kepada pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar pendidikan khas khususnya yang mengharapkan mendapat sesuatu yang diimpikan akan hanya mengundang kekecewaan jika ini berlaku. Ibu bapa secara langsung juga akan berasa agak terkilan atau kecewa dengan apa yang diharapkan kepada anak-anak khas mereka dan pengharapan sepenuhnya kepada komitmen guru yang menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.
Kesediaan para guru dan semangat yang ada sedikit sebanyak akan luntur akibat daripada keadaan tersebut. Perancangan serta strategi yang dibuat mengikut sukatan serta kepakaran guru-guru akan hanya menjadi perancangan dan bukan pelaksanaan perancangan strategi secara mutlak.
Pandangan masyarakat khususnya ibu bapa pelajar pendidikan khas terhadap institusi vokasional tersebut akan terjejas akibat ketidaksempurnaan pengambilan pelajar-pelajar mengikut kategori dan kemahiran. Kreadibiliti kepercayaan terhadap institusi tersebut akan berkurangan akibat situasi begini. Ibu bapa yang terlibat dengan anak-anak pendidikan khas akan memberi tanggapan negatif terhadap peranan dan fungsi sebenar institusi tersebut.
Pihak guru dan pentadbir akan berasa tertekan dengan tanggapan tersebut. Salahanggapan masyarakat khasnya ibu bapa akan memberi kesan buruk kepada warga guru dan pengurusan sekolah walaupun pada hakikatnya ianya bukanlah punca sebenar masalah tersebut. Penjelasan yang konkrit perlu disediakan oleh pihak pengurusan sekolah dalam menangani persoalan akibat tanggapan masyarakat khususnya ibu bapa.
Bagi pelajar-pelajar pendidikan khas yang terlibat secara langsung dengan institusi tersebut begitu tinggi pengharapannya kepada guru-guru. Pada kebiasaannya para pelajar pendidikan khas akan bergantung sepenuhnya kepada bimbingan berasaskan kepada kebolehan dan kepakaran guru mereka yang dianggap orang yang mampu membawanya ke arah mencapai matlamat kejayaan. Jika pengharapan tersebut tidak tertunai akibat sistem pengurusan oleh pihak atasan yang tidak sempurna maka akan menjejaskan perancangan strategi guru, secara langsung akan menjejaskan semangat yang ada pada pelajar-pelajar.
Ibu bapa juga akan ditujah dengan pelbagai persoalan yang jawapannya tidak pasti tentang kedudukan sebenar anak-anak khas mereka di institusi tersebut. Sedikit sebanyak persoalan ini akan menyempitkan pemikiran ibu bapa dan peluang kepada keluarga yang mempunyai anak-anak khas yang berkebolehan serta berkelayakan untuk memasuki insitusi tersebut. Ini adalah akibat ketidaksempurnaan dalam soal pengambilan pelajar-pelajar mengikut kategori dan kemahiran serta kursus-kursus yang ditawarkan.

No comments:
Post a Comment