Friday, February 13, 2009

Guru Novis

1.0 Pengenalan

Falsafah pendidikan negara bermatlamat untuk melahirkan insan dan bangsa yang cemerlang dari segala segi dan guru dilihat sebagai medium utama bagi merealisasikan matlamat tersebut. Sejak dulu peranan guru membantu negara dalam mencapai era globalisasi tidak dapat disangkal lagi. Golongan guru merupakan jentera bagi melaksanakan dasar dan matlamat kurikulum yang digariskan pihak kerajaan. Kualiti pendidikan di negara kita berkait rapat dengan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta kecemerlangan para guru dalam menjalankan tugas murni mereka.

Usaha memupuk budaya cemerlang telah bermula sejak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir telah melancarkan Budaya Kerja Cemerlang pada tahun 1989. Beliau menegaskan bahawa setiap orang mesti menjadikan matlamat untuk mencapai tahap kecemerlangan yang setinggi-tingginya. Sasaran kecemerlangan yang hendak dicapai bukan merupakan satu titik yang tetap, tetapi ia merupakan sasaran yang ‘fluid’ dan boleh dianjakkan untuk meningkat ke tahap yang lebih tinggi. Ini bermakna kita tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian yang dicapai, tetapi kita perlu berusaha untuk meningkatkannya lagi. Sejauhmana budaya kerja cemerlang diamalkan dalam dunia pendidikan di negara kita? Bagaimanakah proses sosialisasi guru novis atau guru baru dalam memainkan peranan berusaha untuk mencapai tahap kecemerlangan yang tertinggi dalam profesion perguruan? Adakah guru novis bersikap selesa dengan pencapaian mereka atau terdapat usaha yang dilakukan untuk meningkatkan lagi profesionalisme mereka?

1.1 Pernyataan Masalah

Harapan dan penekanan kerajaan terhadap bidang pendidikan amatlah tinggi. Reformasi pendidikan di harap dapat melahirkan generasi masa hadapan yang betul-betul boleh mengangkat Malaysia ke suatu tahap yang lebih Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Dalam hal ini, kita tidak dapat lari dari hakikat bahawa guru merupakan golongan yang berada di barisan paling hadapan dan merupakan pemangkin untuk memastikan hasrat ini menjadi kenyataan. Segala ini bermaksud, jika cabaran globalisasi menuntut agar rakyat Malaysia menjadi lebih berpengetahuan, lebih berkemahiran, lebih berdisiplin dan lebih mengutamakan kualiti, maka tuntutan terhadap golongan guru sebagai golongan yang berada di barisan paling hadapan adalah jauh lebih hebat. Maka, agenda memartabatkan Profesion Keguruan merupakan salah satu agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kerana ia mempunyai perkaitan yang amat rapat dengan kualiti guru. Hasrat agenda ini adalah untuk memastikan bukan sahaja guru yang berkualiti dapat dihasilkan, tetapi lebih jauh daripada itu, iaitu untuk memastikan mereka yang berkualiti ini kekal di dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. (Berita Harian 2005)

Profesion perguruan memerlukan guru yang terlatih, mempunyai sikap ingin terus meningkatkan ilmu, berakhlak dan bermoral tinggi untuk dijadikan teladan kepada anak-anak didiknya. (Nor Azizah dan rakan-rakan, 1999). Hasil kajian Prof. Maznah Ismail dari Pusat Kajian Ilmu, USM mendapati punca ramai Bumiputera lemah dalam bidang akademik ialah kurang penguasaan terutama membabitkan teknik atau kaedah pembelajaran yang betul dan berkesan dan guru diminta memainkan peranan berkesan dengan menguasai kaedah pengajaran yang lebih komprehensif serta bersistematik. (Utusan Malaysia 2002).

Manakala, Jemaah Nazir Sekolah mendedahkan bahawa sebilangan besar institusi persekolahan di negara ini masih tidak mencapai Standard Kualiti Pendidikan (SKP) dan berada pada tahap sederhana atau lemah. (Utusan Malaysia 2000). Keberkesanan pengajaran bukan hanya terletak kepada faktor luaran sahaja seperti alatan teknologi canggih, faktor penyampai perlu memenuhi sifat-sifat manusia yang mempunyai hati, jasad, emosi dan akal. Justeru itu para pendidik mestilah berketerampilan, kreatif dan ikhlas dalam menyampaikan ilmu, dengan ini barulah pengajaran dan pembelajaran berlaku secara dua hala dan berkesan.

Sejak kebelakangan ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan badan bukan kerajaan (NGO) berusaha untuk memperkasakan martabat profesion perguruan ke taraf dunia. Kerana menyedari kepentingan guru, pelbagai usaha dilakukan seperti memberi pengiktirafan di atas sumbangan golongan guru selain menjadi pemangkin kepada warga pendidik untuk terus berusaha bagi mempertingkatkan kecemerlangan mereka. Contohnya, majlis penganugerahan Guru Bestari 2004 kepada seramai 31 orang guru yang dianjurkan oleh pihak Yayasan Pendidikan Cheras (YPC). Sementara itu, Pengarah Pelajaran Terengganu, Mohamad Che Hamid dalam majlis Anugerah Khidmat Cemerlang 2003 menyeru golongan pendidik supaya memfokuskan kepada kualiti di mana mereka disarankan mencari kaedah sesuai dan terbaik dalam mendidik pelajar. Di samping itu, golongan ibu bapa juga amat berharap agar para guru meningkatkan kecemerlangan ketika menjalankan tugas mengasuh, mendidik dan mengajar anak mereka. Sementara bagi golongan pelajar, mereka mengharapkan guru yang baik, bertimbang rasa, pengasih, rajin mengajar, adil dan peramah serta peka terhadap perkembangan sahsiah anak didik mereka. (Berita Harian 2004). Warga pendidik disaran supaya terus berusaha menjadi guru cemerlang dan berkualiti sepanjang masa dan berani keluar daripada kebiasaan dengan menerokai pendekatan baru bagi mencipta suasana pembelajaran yang lebih kondusif.

Namun demikian, sejauhmanakah kesedaran golongan pendidik tentang tanggungjawab dan peranan yang sepatutnya dimainkan mereka dalam meningkatkan kecemerlangan mereka seperti yang diharapkan oleh banyak pihak ? Adakah guru-guru baru menjadikan guru cemerlang sebagai contoh dalam usaha mereka untuk memberikan yang terbaik dalam profesion mereka?. Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan perguruan Kebangsaan (KPPK), Abu Bakar Shawkat Ali melaporkan terdapat sejumlah 1,600 kekosongan guru cemerlang atau guru pakar di seluruh negara. Menurut Presiden Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan pendidikan (Kongres), Muhammad Mustapha antara sebab kekosongan itu masih wujud adalah kerana kekurangan minat guru-guru sendiri untuk bergelar guru pakar. (Utusan Malaysia 2004).

Malah satu kajian yang dijalankan oleh Dr. Mohammed Sani Ibrahim mendapati pengetahuan dan kemahiran guru pakar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bestari masih di peringkat rendah walaupun merekalah golongan yang seharusnya dilantik sebagai mentor kepada guru-guru yang lain. Namun timbul pula isu sejauhmana guru pakar ini menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka untuk membantu guru-guru lain terutamanya guru baru? Justeru tercapaikah cita-cita negara untuk menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini, jika tuntutan budaya dan etika kerja cemerlang secara berterusan diabaikan?

1.2 Definisi Guru

Guru merupakan golongan manusia, dan boleh mempengaruhi perkembangan personaliti, mental, dan fizikal setiap manusia. Peranan guru sebagai seorang pengurus, pendidik, penyelia, kaunselor, penyelidik, dan penilai di sekolah perlu mempunyai sifat-sifat peribadi yang berkualiti. Kualiti peribadi ini termasuklah sifat mesra, adil, tegas, berdidikasi, berwibawa dan bertoleransi. (Abd. Kadir Hj. Abd.Wahab 2001)

Seseorang guru yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Jabatan Pendidikan Negeri adalah untuk menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah, dan tinggi. Konsep ini termasuklah juga guru terlatih yang bertugas dalam sesebuah institusi pendidikan dan penyeliaan penyelidikan. (Jemah Nazir Persekutuan 1993)

1.3 Definisi Guru Novis

Guru baru yang terlatih lepasan maktab/universiti yang berkhidmat antara 1-3 tahun dalam tempoh percubaan dan belum disahkan dalam jawatan masing-masing dan dalam lingkungan umur 25-30 tahun. (Mazni Ambak @ Ahmad 2000)

1.4 Proses Sosialisasi Guru Novis

Proses sosialisasi guru novis adalah bermula dari satu tempoh percubaan di antara satu hingga tiga tahun sebelum disahkan ke dalam jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPPS) DG 41 atau (PPLD) DG 29. Guru novis menghadapi pelbagai bentuk cabaran. Proses sosialisasi adalah merupakan sasah satu bentuk cabaran kepada guru novis. Proses sosialisasi ini begitu penting kepada guru novis kerana dengan melalui proses inilah mereka mampu mempelajari bagaimana untuk menjadi seorang pendidik yang baik di sekolah.

1.5 Tahap Sosialisasi Guru

Proses sosialisasi guru terbahagi kepada tiga tahap mengikut kronologi iaitu biografi, pengalaman praperkhidmatan dan pengalaman dalam perkhidmatan (Staton dan Hunt, 2000). Menurut Su (1992) pula membezakan tiga bentuk sumber yang mempengaruhi sosialisasi guru, juga mengikut kronologi, pengaruh pengalaman sosialisasi yang lalu, pengaruh sosialisasi praperkhidmatan di kampus dan pengaruh sosialisasi praperkhidmatan semasa latihan mengajar.


1.6 Pengalaman Sebelum Menjadi Guru

Sebelum mengikuti kursus perguruan guru novis mempunyai pengetahuan dan nilai yang tersendiri. Pengalaman mereka di sekolah sepanjang persekolahan dari peringkat sekolah rendah hingga menengah memberi peluang mereka melihat dan menilai serta memberi kepercayaan tentang persepsi seorang guru. Ianya memberi kesan kepada guru novis dalam proses pengajaran. Individu yang signifikan dengan kehidupan guru novis juga memberikan pengaruh yang tidak kurang hebatnya dalam kerjaya perguruan. Pengaruh dalam bentuk sokongan, inspirasi dan kefahaman membantu guru novis memilih profesion perguruan sebagai kerjayanya.

1.7 Sosialisasi Praperkhidmatan

Semasa di kolej atau di universiti guru novis telah mengalami proses sosialisasi semasa mengikuti kursus perguruan. Zeichner dan Gore (1990) membahagikan tiga komponen utama pendidikan guru iaitu;

1. Kursus pendidikan dan pengkhususan akademik yang diperolehi di luar jabatan dan kolej pendidikan.
2. Kursus kaedah dan asas yang dihadiri dalam kolej pendidikan.
3. Pengalaman mengajar lapangan.

Kajian lepas mendapati bahawa pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperolehi melalui kursus asas dan pendidikan mempunyai pengaruh yang sedikit ke atas tindakan guru. Guru menganggap latihan perguruan membosankan, tidak menepati kehendak dan membuang masa dan menghadapi kesukaran dalam mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

1.8 Sosialisasi Semasa Latihan

Pengalaman yang diperolehi oleh guru novis semasa latihan mengajar mempunyai pengaruh yang kuat. Peruntukan masa 8 hingga 12 minggu memberikan mereka peluang mempelajari sebanyak mungkin pengalaman untuk tujuan membiasakan diri apabila mereka ditempatkan di sekolah kelak. Guru novis perlu memanfaatkan segala pengetahuan, kemahiran, bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar sebagai satu perkara yang paling utama dan berharga agar dapat mengaplikasikan dalam menyesuaikan diri dalam kerjaya perguruan sebenar.

1.9 Agen Sosialisasi
Agen sosialisasi adalah pihak-pihak yang melaksanakan atau melakukan sosialisasi. Ada empat agen sosialisasi yang utama, iaitu keluarga, kelompok rekreasi, media massa dan pengurusan pendidikan sekolah. Ingatan yang disampaikan agen sosialisasi berlainan dan tidak selamanya sejalan satu sama lain. Apa yang diajarkan keluarga mungkin berbeza dan boleh jadi bertentangan dengan apa yang diajarkan oleh agen sosialisasi lain. Misalnya, di sekolah anak-anak diajarkan untuk tidak merokok tetapi mereka dengan leluasanya mempelajarinya dari rakan sebaya atau media massa.
Proses sosialisasi akan berjalan lancar apabila pesanan yang disampaikan oleh agen-agen sosialisasi itu tidak bertentangan atau selayaknya saling menyokong satu sama lain. Akan tetapi dalam masyarakat umum, sosialisasi dijalani oleh individu dalam situasi konflik pribadi kerana diganggu oleh agen sosialisasi yang berlainan.
Sungguhpun begitu terdapat banyak lagi agen yang mempengaruhi sosialisasi guru novis. Pentadbir sekolah, pengetua, rakan sekerja, guru pembimbing dan pelajar adalah agen paling rapat di tempat kerja. Pentadbir akan memberi impak kepada tugas-tugas pengajaran, jadual waktu serta tugas yang bukan pengajaran seperti menjaga keselamatan pelajar dan sekolah (Bullough et al. 1987). Pengetua mempengaruhi guru novis dari segi polisi sekolah yang memberi kesan ke atas iklim kerja di sekolah (Wildman et al. 1989).
Sokongan dan kolaborasi dalam membantu guru novis untuk ’survive’ dalan sistem sekolah dipengaruhi oleh peranan rakan sekerja. Ini termasuklah memberi sokongan emosi yang dapat mengurangkan ketidaktentuan dan tahap tekanan mereka (Grant & Zeichner, 1981). Sementara guru pembimbing pula memberi sumbangan berbentuk maklum balas serta penilaian dengan memberi peluang kepada guru novis mencerap pengajaran mereka. Pelajar pula mempengaruhi golongan guru novis ini dari segi kaedah mengajar termasuklah tingkah laku mengajar dalam bilik darjah seperti aktiviti menyoal dan memberi maklum balas kepada pelajar (Huffman & Leak, 1986).
1.10 Agen-Agen Lain
Selain keluarga, sekolah, kelompok kerja dan media massa, sosialisasi juga dilakukan oleh institusi agama, jiran tetangga, organisasi rekreasi, masyarakat, dan lingkungan pekerjaan. Semuanya membantu seseorang membentuk pandangannya sendiri tentang dunianya dan membuat presepsi mengenai tindakan-tindakan yang perlu dan tidak perlu dilakukan.
1.11 Andaian
Guru novis sebagai agen sosialisasi perlu menghayati konsep serta mengamalkannya secara interaktif kerana ianya akan memberi kesan positif terhadap diri sendiri, pendidikan dalam bilik darjah, organisasi pendidikan dan dalam masyarakat.









1.12 Kerangka Konseptual
SOSIALISASI PRAPERKHIDMATAN
TAHAP SOSIALISASI
SOSIALISASI SEBELUM MENJADI GURU
SOSIALISASI SEMASA LATIHAN
DALAM BILIK DARJAH
DIRI SENDIRI
CABARAN
AGEN SOSIALISASI
CADANGAN
SOSIALISASI GURU NOVIS
(Aziz Poniran, 2007)




2.0 Ulasan Kepustakaan

2.1 Kajian Di Malaysia

Beberapa kajian tentang guru novis telah dijalankan di Malaysia. Antaranya ialah kajian oleh Ng Poo Seong (1995) di daerah Muar Johor, mendapati bahawa masalah utama yang dihadapi oleh guru novis di sekolah menengah ialah masalah disiplin di dalam bilik darjah. Kajiannya juga mendapati bahawa guru novis ini mendapat bantuan yang sedikit darpada sistem sekolah bagi membolehkan mereka memenuhi keperluan sosialisasi. Kajian Mazni (2000) pula mendapati bahawa terdapat 63 orang guru novis di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kajiannya mendapati ini menunjukkan bahawa masalah utama yang dihadapi oleh guru novis adalah untuk mengenakan tindakan dan pengawalan disiplin pelajar serta mengurus bilik darjah.

Kajian kepustakaan mengenai sosialisasi guru melibatkan tiga peringkat kerjaya guru iaitu sebelum mengikuti pendidikan perguruan, semasa menjalani latihan perguruan dan semasa dalam perkhidmatan perguruan. Sosialisasi guru novis dalam konteks ini adalah sosialisasi di sekolah mempengaruhi secara langsung guru novis. Proses pembelajaran berlaku kerana apabila berada di sekolah, guru novis cuba menyelesaikan latihan yang diterima dengan tuntutan di tempat kerja. Ramai sarjana menganggap konteks di sekolah mempengaruhi sosialisasi guru baru (Hoy 1969; Haller 1967; Kelehermans 1975; Staton & Hunt 1992; Kuzmic 1994; Gamoran et.al. 2000; Kelchermans & Ballet 2002).

Jamali (1993) dalam kajiannya ’Masalah Guru Permulaan Dalam Bidang Kokurikulum Di Sekolah’ menunjukkan bahawa guru lepasan Maktab Perguruan Kinta, Ipoh yang mengajar di sekolah rendah menghadapi masalah yang paling utama ialah dalam ”Rumpun Aktiviti Kokurikulum’ diikuti dengan keperibadian murid, teknik pelaksanaan kokurikulum, alatan yang digunakan dan pengurusan kelas. Kajian Mohd Nasir (1994) pula mendapati guru novis di sekolah rendah di Negeri Sembilan menghadapi masalah yang paling utama iaitu keperibadian murid, diikuti dengan kegiatan kokurikulum, kaedah pengajaran, pengurusan bilik darjah dan bahan pengajaran. Kajian ini juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan masalah antara guru novis lelaki dengan guru novis wanita.

Kajian oleh Tan Hui Leng (2005), mendapati bahawa kebanyakan guru novis dibiarkan mencari sendiri pembimbing yang sudi membantu mereka. Guru novis kerap kali dibiarkan sehingga mereka ’sink or swim’ (Renard 2003) dan ia mengakibatkan berlakunya keruntuhan morale di kalangan guru novis. Bagi mengatasi masalah tersebut, Feimen- Nemser (2003) telah mencadangkan program induksi untuk guru novis sebagai suatu proses pembudayaan (enculturation). Fester (2002) dan Wesley (2003) pula mencadangkan supaya diwujudkan sistem mentor semasa induksi. Stansbury dan Zimmerman (2002) berpendapat bahawa program induksi merupakan talian hayat (life line) bagi guru novis di sekolah. Program induksi ini dimulakan untuk membantu, membimbing dan memotivasikan guru-guru novis untuk memulakan kerjaya dalam bidang perguruan. Program induksi boleh dijalankan sebagai usaha sama antara pihak sekolah dan universiti.

Banyak kajian memberi bukti yang pelajar-pelajar semasa mereka dalam latihan perguruan mempunyai sikap ideal, prograsif atau liberal terhadap pendidikan (Hussein 1992). Apabila mereka menceburkan diri sebagai guru (novis), sikap mereka berubah menjadi tradisional dan konservatif atau terlalu mengawal (Hoy 1969 dalam Hussien 1992). Kajian Adam (1982) cuba melihat perubahan persepsi dan tingkah laku guru novis. Beliau menyimpulkan bahawa perhatian guru novis terhadap aspek pentadbiran dan perhubungan dengan ibu bapa pelajar meningkat setelah beberapa tahun mengajar. Begitupun Adam (1982) mendapati bahawa masalah disiplin dan memotivasikan pelajar masih kekal sebagai masalah paling tinggi dalam jangkamasa lima tahun pertama tahun mengajar.

Pada masa transisi inilah proses sosialisasi berlaku secara formal dan tidak formal dan ianya agak sukar untuk dicapai. Ini meupakan fasa kerjaya yang penting di mana guru novis yang muncul sebagai guru pelatih, perlu menjadi guru yang bertanggungjawab terhadap pemupukan pembelajaran di kalangan pelajar di sekolah. Pada masa transisi inilah mereka perlu belajar menguasai dan mengukuhkan ilmu pengetahuan dan ketrampilan baru di sertai dengan perubahan dari segi sikap dan tingkahlaku.

3. Konsep Sosialisasi

Istilah sosialisasi sebagai suatu konsep telah banyak didefinisikan oleh para ahli penyelidik. Broom (1981) dalam Rohidi (1984) mengungkapkan pemikiran sosialisasi dari dua pandangan iaitu masyarakat dan individual. Sosialisasi menurut sudut pandang masyarakat adalah proses penyelarasan individu-individu baru anggota masyarakat ke dalam pandangan hidup yang terorganisasi dan mengajarkan mereka tradisi-tradisi budaya masyarakatnya. Dengan kata lain sosialisasi adalah tindakan mengubah keadaan manusia dari human-animal menjadi human-being untuk menjadi mahluk sosial dan anggota masyarakat sesuai dengan kebudayaannya. Dalam maksud individual, sosialisasi merupakan suatu proses mengembangkan diri. Melalui interaksi dengan orang lain, seseorang memperolehi identiti, mengembangkan nilai-nilai dan aspirasi-aspirasi. Maksudnya sosialisasi diperlukan sebagai cara untuk menumbuhkan kesedaran diri. Bagi individu sosialisasi memiliki fungsi sebagai pengalihan sosial dan penciptaan keperibadian.

Sosialisasi memiliki fungsi untuk mengembangkan komitmen dan kapsiti yang menjadi prasyarat utama bagi penampilan peranan mereka pada masa depan. Komitmen yang perlu dikembangkan ialah mengimplimentasikan nilai-nilai yang ada dalam masyarakat untuk menampilkan suatu peranan tertentu yang khusus dan spesifik dalam struktur masyarakat. Sementara kapasiti yang perlu dikembangkan dalam kemampuan atau keterampilan untuk menunjukkan kewajipan yang melekat dalam peranan yang dimiliki oleh individu yang bersangkutan dan kemampuan untuk hidup dengan orang lain yang memiliki harapan untuk saling menyesuaikan perilaku antara peribadi sesuai dengan peranan yang dimiliki.

Sebenarnya faktor kebergantungan akan memberi peluang bagi manusia untuk bersosialisasi, karena sesungguhnya manusia juga memiliki kemampuan untuk belajar lebih banyak dan lebih lama dibanding makhluk lainnya, sedang kemampuan berbahasa sebagai faktor untuk melakukan sosialisasi, akan memberi kemudahan manusia dari keterbatasan fizikal dalam melakukan interaksi dengan sesamanya. Faktor lain yang menentukan proses sosialisasi yang perlu disedari, bahawa manusia merupakan mahluk sosial yang memerlukan hubungan sosial dengan manusia lain dalam lingkungan kelompoknya. Di samping manusia memiliki kemampuan bawaan untuk hidup di tengah-tengah masyarakat harus mematuhi norma-norma tertentu, karena dalam kapsitinya sebagai makhluk sosial ia memiliki potensi untuk hidup bermasyarakat yang perlu dikembangkan agar lebih bererti.

Sosialisasi adalah proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institut sosial. Ia juga merupakan proses pembelajaran yang berterusan sepanjang hayat. Konsep sosialisasi mengkehendaki seseorang individu mempelajari dan menerima nilai, sikap, kemahiran dan peranan yang dapat membentuk personalitinya dan menyatukannya ke dalam kelompok masyarakat. Terdapat tiga peringkat sosialisasi iaitu permulaan (primer) , peryertaan ( sekunder) dan sosialisasi semula ( resosialisasi).

Sosialisasi primer berlaku pada zaman awal kanak-kanak yang baru cuba mempelajari konsep kendiri, personaliti, kemahiran, motor, penaakulan dan kemahiran bahasa. Di peringkat ini, ibubapa dan ahli keluarga perlu membentuk sahsiah yang betul kerana pada usia ini, anak-anak mudah menerima dan mempelajari. Nilai-nilai positif ini yang menentukan tingkahlakunya kelak dalam membuat pertimbangan.

Sosialisasi sekunder pula berlaku di luar keluarga. Budaya dipindahkan kepada individu oleh agen-agen seperti rakan sebaya, sekolah, media massa dan juga persatuan. Apabila seseorang berhadapan dengan sesuatu yang baru dalam suasana yang baru, dia perlu menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut. Individu tersebut perlu memilih peranan yang bersesuaian dengan dirinya. Individu haruslah dapat membuat pertimbangan yang sesuai dengan suasana barunya. Pelajar bumiputera perlu mendapatkan dan mengikuti perkembangan positif yang dilihat dalam masyarakat kaum Cina, misalnya kecerdikan dalam bidang perniagaan. Individu patut mengubah sikap yang kurang realiti supaya mampu bersaing dengan individu lain. Pelajar perlu sedar pendidikan sekolah rendah menjadi asas ke arah kecemerlangan hidup. Oleh itu, usaha yang berpatutan oleh semua pihak harus dilaksanakan. Keperluan negara dalam konteks ini ialah melahirkan tenaga kerja yang berkualiti tinggi dan memiliki kemahiran-kemahiran yang dapat membangunkan negara ini. Oleh itu, guru memainkan peranan penting dalam memenuhi aspirasi negara.

Sebelum membicarakan lebih lanjut tentang sosialisasi guru novis, konsep asas mengenai faham budaya dan budaya politik mesti difahami terlebih dahulu menurut perspektif sosiologi dan antropologi. Ini kerana, sosialisasi politik berlaku disebabkan oleh ‘proses pembudayaan’ yang berlaku dalam kehidupan masyarakat dari pelbagai sudut seperti politik, ekonomi dan sosial.

Mengikut pengertian Melayu, budaya berasal daripada perkataan Sankrit Budi atau kata jamaknya Budhaya yang membawa maksud rohani. Budaya adalah cantuman perkataan budi dan daya. Budi bermaksud kerohanian dan daya ialah pekerjaaan yang dihasilkan daripada cetusan kerohanian yang ditiupkan dari dalaman. Menurut Al-Faruqi, budaya Islam adalah budaya al-Quran itu sendiri kerana takrif, struktur, matlamat dan kaedah untuk mencapai matlamat budaya Islam kesemuanya dihasilkan daripada seni penurunan wahyu. Ini bermakna budaya itu adalah satu cara hidup.

Sosialisasi merupakan proses yang berterusan, ia tidak terhenti pada peringkat alam kanak-kanak atau persekolahan. Bahkan boleh dikatakan bahawa pengalaman-pengalaman politik yang nyata seperti hubungan dengan pihak polis dan kakitangan awam, serta tanggapan terhadap ahli-ahli politik dan dasar kerajaan adalah agen penentu budaya politik sesebuah negara. Ini kerana apabila seseorang semakin meningkat dewasa, perubahan-perubahan akan berlaku dan peranan dalam sistem politik itu sendiri akan semakin bertambah.
Sosialisasi adalah sebuah proses penanaman atau perubahan atau perpindahan kebiasaan atau nilai dan aturan dari satu generasi ke generasi lainnya dalam sebuah kelompok atau masyarakat. Sejumlah sosiologi menyebut sosialisasi sebagai teori mengenai peranan (role theory) kerana dalam proses sosialisasi diajarkan tentang langkah-langkah yang harus diikuti oleh individu.
Sosialisasi dapat dibahagikan kepada dua iaitu sosialisasi primer (dalam keluarga) dan sosialisasi sekunder (dalam masyarakat). Menurut Goffman kedua proses tersebut berlangsung dalam institusi total, yaitu tempat tinggal dan tempat bekerja. Dalam kedua institusi tersebut, terdapat sejumlah individu dalam situasi yang sama, terpisah dari masyarakat umum dalam jangka waktu-waktu tertentu, bersama-sama menjalani hidup yang terkukungdan diatur secara formal.

3.1 Sosialisasi Sekunder
Sosialisasi sekunder adalah suatu proses sosialisasi lanjutan setelah sosialisasi primer yang memperkenalkan individu ke dalam kelompok tertentu dalam masyarakat. Salah satu bentuknya adalah resosialisasi dan desosialisasi. Dalam proses resosialisasi, seseorang diberi suatu identiti diri yang baru. Sedangkan dalam proses desosialisasi, seseorang mengalami 'pencabutan' identiti diri yang lama.
Sosialisasi ini terdapat dalam masyarakat atau dalam pergaulan yang bersifat kekeluargaan, seperti antara teman, sahabat, sesama anggota kelab, dan kelompok-kelompok sosial yang ada di dalam masyarakat yang bersifat informal. Meskipun proses sosialisasi dipisahkan secara formal dan informal, namun hasilnya sangat sukar untuk dipisah-pisahkan karena individu biasanya mendapat sosialisasi formal dan informal sekaligus.
Kemampuannya menempatkan diri pada posisi orang lain pula meningkat sehingga memungkinkan adanya kemampuan bekerjasama. Dia mulai menyedari adanya tuntutan untuk membela keluarga dan bekerja sama dengan teman sekerja. Pada tahap ini lawan berinteraksi semakin banyak dan hubunganya semakin kompleks. Individu mulai berhubungan di luar rumah. Peraturan-peraturan yang berlaku di luar keluarganya secara bertahap juga mulai difahami. Bersamaan dengan itu, mereka ini mulai menyedari bahwa ada norma tertentu yang berlaku di luar keluarganya.
3.2 Tahap Penerimaan Norma Kolektif (Generalized Stage)
Pada tahap ini seseorang telah dianggap dewasa. Dia sudah dapat menempatkan dirinya pada posisi masyarakat secara luas. Dengan kata lain, ia tidak hanya dengan orang-orang yang berinteraksi dengannya tapi juga dengan masyarakat umum. Manusia dewasa menyedari pentingnya peraturan, kemampuan bekerjasama bahkan dengan orang lain yang tidak dikenalnya secara mantap. Manusia dengan perkembangan diri pada tahap ini telah menjadi warga masyarakat dalam maksud sebenarnya.
Menurut Charles H.Cooley lebih menekankan peranan interaksi dalam teorinya. Menurutnya lagi, konsep diri (self concept) seseorang berkembang melalui interaksinya dengan orang lain. Sesuatu yang kemudian disebut looking-glass self.

4. Teori Perkembangan Guru

Berliner (1988) telah mengemukakan model lima peringkat perkembangan guru. Model Berliner ini memberi fokus terhadap pemikiran guru yang mendasari tingkah laku guru di bilik darjah. Menurut Lilia dan Abdullah (1998) Model perkembangan Berliner (1995) cuba melihat perkembangan guru sebagai satu proses menuju ke arah pembentukan guru untuk mencapai tahap kepakaran dan kecemerlangan. Peringkat perkembangan dalam Model Berliner adalah seperti berikut:

Peringkat 1: Peringkat ‘orang baru’ atau novis – Guru novis pada peringkat ini mempelajari fakta dan menimba pengalaman. Guru novis diajar peraturan umum yang dikatakan sesuai untuk semua konteks contohnya ‘ Berikan pujian pada jawapan yang betul’ atau ‘ Jangan memalukan seseorang pelajar.

Peringkat 2: Peringkat lebih maju atau advanced beginner- Kebanyakan guru yang telah mengajar selama dua atau tiga tahun berada pada peringkat ini. Pengalaman guru dan konteks masalah mula membimbing dan mempengaruhi tingkah laku guru.

Peringkat 3: Peringkat cekap atau ‘competent’ – Guru mampu membuat pilihan secara sedar tentang tindakan guru, membuat keutamaan dan membuat perancangan. Pengalaman yang diperolehi membuatkan guru lebih peka kepada perkara-perkara penting atau tidak penting. Namun kebolehan mengajar masih kaku dan tidak fleksibel.

Peringkat 4: Peringkat mahir atau ‘proficient’ – Guru yang telah mengajar selama lima tahun berada di tahap ini. Guru boleh mengesan maklumat yang wujud di dalam semua situasi dan konteks dan mampu membuat ramalan tentang sesuatu kejadian dengan tepat.

Peringkat 5: Peringkat kepakaran atau expert – Bukan semua guru mampu untuk sampai ke peringkat ini. Pengajaran guru nampak lancar dan segala tugas dapat dilaksanakan dengan mudah.

Model ini menunjukkan bahawa seseorang guru terutama golongan novis perlu melihatnya dengan pemahaman yang betul dalam melalui peringkat tersebut untuk menjana kecemerlangan.

5. Isu Dan Cabaran Guru Novis

Terdapat beberapa isu yang boleh dibincangkan apabila menyentuh berkenaan guru novis. Kenapa kualiti guru novis dipersoalkan ? Adakah senario dimana guru novis dilabel sebagai tidak berkualiti adalah berpunca dari sikap guru novis itu sendiri? Jika guru novis dilabel sebagai tidak berkualiti, sudah tentu ada yang tidak kena dengan latihan keguruan yang diterima mereka? Adakah latihan keguruan yang diterima mereka tidak mencapai standad yang digariskan? Sejauhmana guru novis menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka? Maka penulisan ini adalah bertujuan untuk mengupas isu-isu yang berkisar dalam sistem pendidikan kita ini.

5.1 Kualiti Guru Novis

Pendidikan guru yang berkualiti dan usaha melahirkan generasi muda yang baik merupakan cabaran penting di dalam profesion keguruan sejak zaman dahulu hingga masa kini. Guru berkualiti adalah penting bagi melahirkan pelajar cemerlang dan bermoral tinggi.

Peningkatan kualiti guru permulaan merupakan salah satu strategi untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan seterusnya meningkatkan kualiti pencapaian pelajar sama ada dalam bidang akademik atau ko-kurikulum. Menurut Hapidah Mohamed (2001), guru-guru pelatih perlu berkembang ke tahap kepakaran dan kecemerlangan untuk membolehkan mereka mampu memaparkan prestasi pengajaran yang berkualiti dan cemerlang.

Namun, tahap mutu atau kualiti guru permulaan mula di persoalkan apabila menyentuh isu penggangguran di kalangan siswazah. Siswazah kini dikatakan berebut-rebut untuk menceburkan diri dalam profesion keguruan. Ketidakupayaan mereka memasarkan diri mereka bagi mendapatkan pekerjaan menyebabkan mereka menjadikan profesion keguruan sebagai pilihan terakhir untuk mendapatkan pekerjaan. Mulai tahun 2004, Kementerian pelajaran menambah syarat kelayakan mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dengan memperkenalkan Malaysia Teacher Selection Test (MteST) untuk memperketatkan pemilihan calon kursus ini. Langkah ini bertujuan memastikan guru dikeluarkan nanti memiliki jiwa pendidik dan berkompeten (Sharifah 2004). Ini jelas menunjukkan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tujuan menjamin kualiti guru-guru permulaan.

Namun begitu, yang menjadi persoalan ialah sikap guru permulaan itu sendiri. Adakah penyertaan calon guru dan guru baru dalam profesion perguruan adalah untuk berbakti dan mencurah ilmu bagi melahirkan generasi masa depan yang berkualiti, atau masih menjadikannya pilihan terakhir selepas gagal memperolehi pekerjaan lain?

5.2 Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi

Memastikan perubahan dan perkembangan tingkahlaku murid adalah mengikut nilai, norma dan kehendak masyarakat.
Bukan sekadar penyampai ilmu, malah memupuk sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna selaras dengan keperluan kendiri dan tuntutan masyarakat.
Memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk perkembangan diri dan masyarakat.

5.3 Peranan Guru Di Sekolah Untuk Membawa Perubahan Dalam Masyarakat

Membawa ilmu pengetahuan dan mengajarkannya kepada masyarakat.
Mengubah cara hidup masyarakat dengan memberikan pelbagai pengetahuan yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.
Memodenkan cara hidup masyarakat setempat dengan ilmu-ilmu terkini yang diajarkan kepada mereka.
Membawa perubahan-perubahan baru untuk memenuhi aspirasi dan kehendak pelajar, masyarakat dan negara yang semakin kompleks dan progresif.
Mewujudkan iklim sekolah yang dinamik dan memenuhi keperluan dan cabaran masa depan yang sering berubah serta meningkat dari semasa ke semasa.

5.4 Sifat Dan Kualiti Mentor (Guru) Yang Berkesan.

Sifat dan kualiti mentor yang berkesan ialah:
Guru tersebut merupakan seorang yang berbudi pekerti, berhemah tinggi dan bersopan santun.
Seseorang guru itu haruslah mudah didampingi oleh orang lain terutamanya pelajar.
Mempunyai sikap ramah mesra semasa melayani pelajar-pelajarnya.
Memiliki semangat berbakti yang tinggi.
Bersikap jujur ketika menjalankan tugas
Prihatin terhadap keperluan anak muridnya.

5.5 Masalah-Masalah Yang Sering Dihadapi Oleh Guru Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Masalah yang sering dihadapi oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah:
· Kekurangan Bahan Bantu Mengajar dan Belajar
· Memilih strategi dan aktiviti yang sesuai berdasarkan kemahiran yang hendak diajar.
· Masalah komunikasi di kalangan murid-murid dan guru.
· Masalah kawalan kelas

5.6 Kajian Tindakan Ke Atas Amalan Bilik Darjah

Kajian tindakan ke atas amalan-amalan bilik darjah dijalankan untuk:
Mengenalpasti masalah-masalah yang wujud di dalam bilik darjah dan memikirkan cara untuk mengatasinya.
Memastikan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dapat dilaksanakan dengan baik.
Memastikan peraturan dalam bilik darjah dipatuhi oleh para pelajar.

Cabaran mereka ialah secara sedar membuang perasaan berpuas hati (complacency) dan terlalu yakin (overconfidence) sewaktu kita mengembangkan satu atau lebih unsur-unsur di atas.

Hari ini manusia begitu prihatin mengenai mutu atau kualiti dalam semua aspek kehidupan. Semua orang mengejar kualiti. Begitulah juga dengan perkhidmatan pendidikan negara kita kini yang begitu pesat berkembang dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran. Semua perkembangan ini memerlukan para pendidik negara bersedia menghadapi dan menyahut cabaran terutama dalam aspek memberikan pendidikan yang berkualiti di semua peringkat persekolahan.

Tuntutan sosial kepada kaum guru bagi mencapai satu tahap kualiti perkhidmatan yang cemerlang hendaklah dilihat secara positif. Seluruh warga pendidikan termasuk kakitangan bantu yang bukan akademik juga mesti sama-sama dapat mengkongsi visi yang sama bagi mencapai matalamat negara untuk menjadikan pendidikan kita bertaraf dunia.

5.7 Peranan Guru Kepada Diri Sendiri

a. Guru harus sentiasa menambah dan memperkembangkan ilmu serta kemahiran-kemahiran profesionalnya.
b. Kemahiran yang ada pada seseorang guru akan dapat digunakan untuk melahirkan para pelajar yang juga pada suatu hari nanti akan menjadi sebahagian daripada tenaga kerja negara.

5.8. Peranan Guru Terhadap Pelajar

a. Guru memainkan peranan yang amat besar bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan memiliki kemahiran yang tinggi sebagai tenaga kerja.
b. Untuk membentuk seorang pelajar sedemikian, guru haruslah membimbing, memotivasi, memberikan pendidikan yang sewajarnya dan mengajar kemahiran-kemahiran yang pelbagai kepada para pelajar.

Perlunya sosialisasi kepada guru bahawa proses pembelajaran serta sistem penilaian dalam kurikulum kerana hal ini akan berhubungan dengan strategi pembelajaran yang akan dilaksanakannya. Dalam beberapa literatur disebutkan bahwa strategi pembelajaran adalah proses yang dilakukan guru dalam menyusun tahap pembelajaran, proses itu dimulai dari menyusun persiapan, merancang, menentukan model, melaksanakan pembelajaran sampai pada proses evolusi yang akan dilakukan untuk mengukur ketercapaian tujuan pembelajaran.

Secara ringkas cabarannya meliputi ciri-ciri berikut:
· Memenuhi kehendak pelanggan
· Keadaan yang terbaik tanpa kecacatan
· Sentiasa menepati piawaian
· Jaminan kepuasan dan kebolehpercayaan dari segi penggunaan/perkhidmatan
· Tidak statik malah sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa (R&D); (contohnya: piring hitam kepada pita kaset; kemudian pita video; seterusnya CD; DVD; HDTV ...)
· Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermutu.
· Proses P&P yang mengembangkan potensi insan dari segi psikomotor, kognitif dan afektif ke tahap yang optimum.
· Meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi.
· Pencapaian akademik tinggi dan cemerlang.
· Penyertaan kokurikulum yang aktid dan bermakna.
· Pengurusan hal ehwal murid, kebersihan dan keceriaan mewujudkan suasana yang kondusif bagi membina budaya ilmu dan budaya sekolah yang tinggi.
· Pengurusan keseluruhan yang telus dan cekap lagi berkesan.
· Kemampuan mengatur diri.
· Nilai-nilai peribadi yang sihat.
· Cita-cita peribadi yang jelas.
· Mengusahakan pertumbuhan peribadi terus-menerus.
· Ketrampilan menyelesaika masalah.
· Kemampuan unutk menjadi kreatif dan inovatif.
· Kemampuan yang tinggi untuk mempengaruhi orang lain.
· Pemahaman terhadap gaya pengurusan.
· Kemampuan menyelia.
· Kemampuan mendidik dan mengembangkan orang lain.
· Kemampuan membangun dan mengembangkan pasukan yang efektif.

Cabaran dalam proses sosialisasi guru novis di sekolah yang sering menjadi isu adalah mengenai pengurusan yang menuntut ketrampilan dan kemampuan yang berikut. Oleh itu seseorang mereka perlu mengenal pasti bebeapa jenis hambatan yang menjejas keberkesanan dan ketrampilan diri, dan berusaha bagi mengatasinya secara penuh sedar-diri dan dengan will power yang tulen. Ini kerana sesorang guru biarpun dikatakan guru novis atau guru lama mereka adalah seorang pengurus.

5.9 Isu Pengurusan Guru Novis

5.9.1 Ketidakmampuan Mengatur Diri

Guru novis adalah juga seorang pengurus dan jika tidak memanfaatkan waktu, tenaga, dan ketrampilan sebaik-baiknya tidak mampu menghadapi tekanan, cabaran serta desakan tugas, tanggugjawab sebagai seorang pengurus pelajar, dikatakan terhambat oleh ketidakmampuan mengatur diri sendiri.

5.9.2 Matlamat Peribadi Yang Tidak jelas

Menentukan perjalanan hidup profesional dan peribadi dengan menilai keinginan dan pilihan ke atas semua kemungkinan, termasuk cita-cita (yang mustahil, atau tidak sesuai). Kerap kali kurang timbangkan alternatif, lalaikan pilihan penting sedangkan hal-hal kecil dan remeh menghabiskan waktu dan tenaga. Orang seperti ini sukar mencapai keberhasilan dan gagal memuji keberhasilan orang lain kerana terhambat oleh cita-cita peribadi yang tidak jelas.

5.9.3 Nilai-nilai Peribadi Yang Tidak Jelas

Guru novis diharapkan mengambil keputusan berdasarkan nilai dan prinsip. Kalau nilai peribadinya tidak cukup jelas, tiada landasan yang kuat membuat penilaian, ia akan dipandang lemah. Nilai yang konsisten dengan konsep pengurusan kini menekankan pada daya kegunaan, menyedari potensi manusia dan dengan mengembangkan keterbukaan terhadap pembaharuan. Pengurus (guru novis) yang tidak jelas, tidak konsisten akan keyakinan dasar atau nilainya tidak sesuai lagi, terhambat oleh niali-nilai pribadi yang tidak jelas.

5.9.4 Perkembangan Peribadi Yang Kerdil

Ramai guru novis mencapai perkembangan peribadi tapi ramai pula yang gagal bertindak mengatasi kelemahan mereka dan berusaha agar peribadinya berkembang. Cabaran selalu dihindari, kemampuan dibiarkan tidak berkembang, tiada lagi keghairahan yang wajar, dan kehidupan bekerja jadi hal rutin kerana risiko selalu dihindari dan lebih suka berasa aman, dan guru jenis ini terhambat oleh perkembangan peribadi yang kerdil.

5.9.5 Kemampuan Yang Tidak Memadai Untuk Menyelesaikan Masalah

Menyelesaikan persoalan (masalah) adalah satu ketrampilan pengurusan yang utama. Guru novis tidak dapat menyelasaikan pekerjaan secara berkaedah dan menjimatkan dan sering menghadapi kesulitan memimpin mesyuarat, menentukan sasaran, menangani maklumat, merancang dan menilai. Oleh sebab permasalahan tidak diselesaikan dengan cepat dan tegas, permasalahan tersebut akan bertambah (semakin kusut) serta menganggu jiwa dan tindakan guru novis, yang terhambat oleh kemampuan yang tidak memadai untuk menyelesaikan masalah.

5.9.6 Kreativiti Rendah

Guru novis yang rendah kreativitinya tentu akan lemah dalam memulakan gagasan, mengajak orang bekerja secara kreatif, serta melaksanakan pendekatan baru. Kreativiti tinggi menuntut kesediaan menghadapi kemunduran dan kegagalan secara konstruktif. Oleh itu pengurusan yang enggan melakukan percubaan, mengambil risiko, atau mengusahakan tindakan kreatif dalam menghadapi kegagalan terhambat oleh daya kreativiti yang rendah.

5.9.7 Wibawa Rendah

Guru novis harus selalu berwibawa terhadap orang lain yang tidak langsung bertanggungjawab padanya. Ramai guru novis tidak berwibawa bagi meminta orang bersedia bekerjasama atau membantunya, dan kerana itu gagal menemukan sumber yang perlu untuk hasil yang baik. Guru novis yang tidak menunjukkan kemampuannya tidak akan melakukan hubungan dengan orang lain dan penampilan diri serta kemampuan mendengarnya lemah, mereka ini terhambat sebab dia berasa tidak disegani orang.

5.9.8 Tidak Memahami Pemahaman Pengurusan

Guru novis yang tidak berfikir dan timbangkan akibat tindakan pengurusannya, tidak akan dapat hubungan yang bererti daripada orang lain. Guru yang tidak boleh meneliti pendekatan mereka, kemampuan untuk menjelaskan secara logik pandangan pengurusannya rendah sekali. Ciri yang ditunjukkan ialah tidak banyak mencari maklumbalas, tidak mampu memberi dorongan kepada orang lain, untuk maju dalam kerja, dan sukar berkongsi tugas. Guru novis yang tidak cukup memahami motivasi manusia dan gaya kepimpinannya kuno, tidak sesuai, tidak manusiawi di terhambat oleh tidak adanya pemahaman pengurusan.

5.9.9 Kemampuan Penyeliaan Yang Rendah

Seseorang guru novis adalah pengurus berkesan menuntut banyak ketrampilan yang dapat digambarkan sebagai ketrampilan penyeliaan tugasan. Pembaziran waktu dan kaedah kerja yang tidak efektif membuat orang puas dan bekerja di bawah standard kualiti. Kecenderungan seperti ini ialah kerana tugas dan peranan tidak dirumuskan dengan baik, sistem kerja yang membazir, dan kelemahan hubungan. Seorang pengurus yang tidak memiliki ketrampilan praktis untuk mencapai hasil melalui usaha orang lain terhambat kerana ketrampilan penyeliaan tugasan yang rendah.

5.9.10 Kemampuan Melatih Yang Rendah

Setiap guru novis juga berperanan sebagai jurulatih. Tanpa ketrampilan melatih, seorang guru itu tidak dapat mendorong orang lain mencapai standard yang dituntut dan tidak dapat membantu mereka mengembangkan diri. Guru novis yang tidak memiliki kemampuan membantu orang lain berkembang, terhambat oleh ketidakmampuan melatih.

5.9.11 Kurang Mampu Membina Pasukan

Untuk mencapai sasaran bersama, seorang guru novis harus bekerjasama dengan orang lain. Kerana sikap stereotaip, seseorang guru novis mungkin tidak berbuat apa pun untuk mendorong kelompok atau anggota kelompok untuk berkembang. Dan jika ia tidak mampu mengembangkan orang menjadi satu pasukan yang kuat tidak tercipta suasana positif atau prosedur kerja berkesan kerana guru tersebut tersebut terhambat oleh ketidakmampuan membina pasukan.

6. Pengetahuan Isi Kandungan

Guru biasanya dilabelkan sebagai seseorang yang menpunyai pengetahuan yang luas. Dalam Hapidah (2001), kenyataan ini disokong oleh Presley dan McCormick (1995) berdasarkan dapatan yang diperolehi dari pengkaji-pengkaji lain. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa;

Guru-guru memiliki rutin yang tetap untuk pengajaran mereka. Perkara tersebut sudah tertanam di dalam skema tentang bilik darjah, pengajaran, perhubungan tingkah laku atau prestasi dalam bilik darjah.

Guru mempunyai skema klasifikasi hiraki yang luas tentang kebolehan dan ciri-ciri pelajar.

Guru adalah seorang yang berpengalaman dan mempunyai kefahaman tentang bagaimana untuk bertindak dengan cara yang bijak dan tingkah laku pengajaran mereka.

Guru mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk membentuk model-model mental yang canggih tentang persekitaran pembelajarannya. Model-model ini adalah berasaskan pengetahuan pengalaman lepas (Schon 1987)

Guru-guru juga memiliki pengetahuan pedagogi, pengetahuan tentang kurikulum serta lain-lain pengetahuan yang disaran oleh Shulman (1987). Mereka juga boleh membuat inferens yang cepat dan kukuh tentang pengajaran dan pembelajaran.

Oleh itu, bagi guru novis untuk mencapai tahap cemerlang, mereka perlu menguasai pengetahuan kandungan sepenuhnya. Menurut Anne Reynolds (1992), salah satu ciri-ciri yang perlu ada pada guru novis ialah mempunyai pengetahuan tentang sesuatu mata pelajaran yang diajar. Namun, dalam usaha untuk mendapatkan kecemerlangan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka perlu mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang pendidikan. Maka mereka tidak sepatutnya menumpukan pada subjek yang diberikan kepadanya sahaja sebaliknya mempunyai inisiatif untuk menerokai pengetahuan dari pelbagai bidang. Salah satu cara ialah dengan menyertai kursus-kursus dalam perkhidmatan yang secara langsung akan dapat memperluaskan ilmu pengetahuan serta kemahiran.

7. Pengurusan Bilik Darjah

Isu pengurusan bilik darjah adalah salah satu masalah yang dihadapi kebanyakan guru–guru baru. Menurut Hapidah Mohamed (2001), untuk mencapai tahap kepakaran dan kecemerlangan seseorang guru novis itu perlu melalui pelbagai cabaran dan menangani pelbagai masalah di bilik darjah. Ini bermakna sebelum seseorang guru itu bergelar guru pakar, guru tersebut terpaksa berdepan dengan masalah pengurusan bilik darjah dan setiap guru baru pasti akan berdepan dengan permasalahan yang sama. Namun begitu, bukan semua guru mampu menangani cabaran dalam bilik darjah. Akibat daripada kesukaran untuk menyelesaikan masalah dalam bilik darjah dengan berkesan, berlakulah gejala yang tidak sihat seperti tahap profesionalisme guru yang menurun dan pedagogi yang kurang berkesan.

Beberapa kajian boleh membuktikan kewujudan permasalahan ini. Dalam Mazni, Dropkin dan Taylor (1963) telah memilih seramai 78 orang guru novis yang mengajar di New York untuk kajiannya mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh guru permulaan dan faktor-faktor yang berkaitan dengan masalah tersebut. Dari kajian tersebut didapati masalah utama yang dihadapi oleh guru permulaan adalah masalah mendisiplinkan pelajar dan masalah pengurusan bilik darjah. Sementara kajian yang dijalankan oleh Franc (1970) juga mendapati 68% masalah yang dilaporkan oleh guru baru berkait dengan pengajaran, kawalan bilik darjah dan penggunaan bahan pengajaran. Di antara masalah-masalah tersebut, aspek pengajaran dan kawalan bilik darjah merupakan masalah yang paling utama.

Manakala, Pressley dan McCormick (1995) cuba menunjukkan perbezaan guru-guru cemerlang dan novis dengan membuat rumusan berdasarkan kajian-kajian lepas berhubung perbezaan dua kumpulan ini. Didapati guru cemerlang dan guru novis berbeza dari segi kebolehan mereka mengawasi dan membuat interpretasi tentang peristiwa kompleks yang berlaku dalam bilik darjah. Guru-guru cemerlang membuat interpretasi dan penilaian yang lebih mendalam dan bermakna berbanding dengan guru-guru novis. Guru-guru yang kurang berpengalaman tidak nampak dan tidak dapat membuat persepsi tentang keseluruhan struktur bilik darjah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalamnya. Komen-komen yang mereka kemukakan adalah penerangan tentang apa yang berlaku tanpa membuat interpretasi dan penilaian. Keadaan ini berbeza sekali dengan guru–guru cemerlang. Mereka boleh mengkelaskan jenis-jenis pengajaran yang mereka lihat kepada pengajaran yang berorientasikan aktiviti, Socratic atau proses. Pengkelasan di tahap tinggi tidak berlaku dalam diri guru-guru baru.

Hasil perbandingan ini menunjukkan bahawa guru-guru cemerlang mempunyai kefahaman yang lebih tentang gaya pengurusan yang berlaku dalam bilik darjah.

Kajian menunjukkan guru yang berpengalaman mempunyai pengetahuan yang luas (tentang pelajar, pengurusan kelas, subjek akademik, penyampaian konsep dan mempromosikan kerja bilik darjah) berbanding dengan guru novis. (Kagan, 1992). Justeru, guru novis perlu meningkatkan kemahiran pengurusan dan kawalan bilik darjah supaya gangguan dalam bilik darjah dapat dikurangkan dan kualiti pengajaran dapat dipertingkatkan.

8. Dua Kemahiran Profesional Yang Perlu Dikuasai Oleh Guru Untuk Meningkatkan Mutu Perkhidmatan.

8.1 Kemahiran Belajar
· Guru hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran dari semasa ke semasa.
· Oleh yang demikian, guru haruslah mempunyai kemahiran belajar agar dapat menerima ilmu pengetahuan dengan sempurna. Sekiranya seseorang itu telah memiliki pelbagai kemahiran dan pengetahuan hasil daripada pembelajarannya, maka dia akan dapat menyampaikan ilmu tersebut kepada orang lain khususnya murid-murid.

8.2 Kemahiran Merancang
· Guru yang mempunyai kemahiran merancang sebelum melaksanakan pengajaran akan berupaya memilih bahan-bahan pengajaran yang sesuai, memilih strategi dan kaedah mengajar serta dapat merancang aktiviti pengajaran yang sistematik.
· Sekiranya guru dapat merancang pengajarannya dengan baik, ini akan menjamin keberkesanan pengajaran tersebut dan seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatannya.

8.3 Peranan Guru Sebagai Pemudahcara
· Memberi bimbingan, motivasi dan menggerakkan murid-murid dalam kelasnya agar menjalankan serta mengikuti aktiviti pembelajaran.
· Memastikan penggunaan strategi pengajaran berpusatkan murid dan berpusatkan bahan belajar.
9. Teras Pengetahuan Mengajar
Elemen-elemen teras pengetahuan yang perlu ada pada seseorang guru untuk melaksanakan pengajarannya ialah menurut (Shulman, 1987) iaitu;
a)
Ilmu isi kandungan (content knowledge) iaitu pengetahuan tentang kandungan subjek bidang yang hendak diajar.

b)
Ilmu pedagogi am (general pedagogical knowledge) merujuk kepada pengetahuan tentang kaedah mengajar yang melibatkan semua mata pelajaran dan dalam pelbagai situasi.
c)
Ilmu isi kandungan pedagogi (pedagogical content knowledge) bermaksud pengetahuan tentang bagaimana cara mengajar sesuatu kandungan atau topik pelajaran kepada sekumpulan murid tertentu dalam kandungan yang spesifik.
d)
Pengetahuan dalam kurikulum (curriculum knowledge) adalah pengetahuan tentang perkembangan isi kandungan yang sesuai dan program-program bagi setiap aras dan gred pencapaian murid.
e)
Pengetahuan tentang konteks pendidikan (knowledge of educational contexs) bermaksud pengetahuan tentang impak dalam konteks mengajar.
f)
Pengetahuan terhadap murid dan ciri-ciri murid (knowledge of learners and their characteristics) merujuk kepada pengetahuan tentang pembelajaran seseorang murid yang diaplikasikan dalam mengajar.
g)
Pengetahuan tentang matlamat pendidikan (knowledge of educational goals) ialah pengetahuan tentang matlamat, tujuan dan struktur sistem pendidikan di Malaysia.
10. Kompetensi Dalam Memantapkan Penguasaan Kaedah Mengajar
Stephens dan Crawley (1994) menyatakan terdapat beberapa bentuk kompetensi yang perlu dikuasai oleh seorang guru untuk memantapkan lagi penguasaan kaedah mengajar. Menurut beliau terdapat lima kompetensi utama iaitu;
a. Pengetahuan Terhadap Mata Pelajaran Yang Di Ajar
Guru perlu menguasai keseluruhan perkara berkenaan mata pelajaran yang diajar termasuklah isi kandungan ilmu, kandungan sukatan dan huraian sukatan pelajaran.
b. Aplikasi Kepada Murid
Stail dan pendekatan mengajar guru yang terbaik sangat diperlukan supaya murid memperolehi isi kandungan pelajaran secara optimum.
c. Pengurusan Kelas
Laksanakan pengajaran dalam suasana kondusif dan persekitaran yang selamat supaya pembelajaran lebih efektif.
d. Buat Penilaian Dan Rekodkan Peningkatan Murid
Kenalpasti aras pencapaian murid dan rekodkan prestasi secara sistematik.
e. Meningkatkan Profesionalisme
Guru perlu menyedari bahawa pengajian di maktab perguruan dan institusi pengajian tinggi hanyalah merupakan tapak permulaan kepada proses memantapkan kaedah mengajar guru. Aspek yang paling penting dalam meningkatkan profesionalisme ialah melalui pengalaman secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
11. Aspek Mikro Dalam Sosialisasi Pendidikan

Dalam kaitan pengembangan diri pribadi yang holistik ini sudah tentu proses pengajaran dan pembelajaran yang didominasi oleh ceramah dengan guru sebagai sumber tunggal dan pelajar sebagai pendengar yang baik mendapatkan kritikan . Sebagai alternatif muncullah berbagai idea seperti Teori Pendidikan Pembebasan oleh Fraire, teori Constructivist oleh Brooks dan Brooks, Cultural Perspective oleh Rhoads dan Black, Collaborative Learning oleh Bruffee. Teori-teori pembelajaran baru ini dimaksudkan untuk mengubah proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat monolitik dan steril dari peristiwa-peristiwa yang berlaku secara langsung di luar sekolah, sebagaimana yang dipraktikkan di dunia sekolah dewasa ini, dengan melibatkan sosial dan emosi dalam proses pembelajaran. Dengan mengubah otoritas pembelajaran dari tangan guru dan lebih menekankan unsur pengalaman peribadi pelajar dalam proses pembelajaran, disertai dengan mengkaitkan apa yang dipelajari di sekolah dengan apa yang terjadi di masyarakat sekitarnya, diharapkan pendidikan akan lebih dapat mengembangkan diri pelajar secara kukuh.

Reformasi pendidikan perlu mempertimbangkan perkembangan teori-teori pembelajaran baru tersebut. Teori Pembebasan Freire menekankan pada prinsip bahwa sistem budaya masyarakat merupakan sumber kekuatan warga masyarakat, bagaikan jaring labah-labah di mana labah-labah hidup. Teori Pembelajaran Constructivist didasarkan pada prinsip bahwa guru harus menyediakan lingkungan belajar yang memungkinkan pelajar mencari makna, menghargai ketidakpastian, dan bertanggung jawab dalam proses "pencarian". Teori Constructivist membantu pelajar untuk mampu bertanggung jawab atas proses pembelajaran yang dilakukan oleh diri seseorang, mengembangkan pemahaman dan konsep secara integrasi, dan mampu mencari jawapan dari pertanyaan-pertanyaan yang penting. Teori Pembelajaran Kultural menekankan kekuatan kultur dan subkultur masyarakat. Teori ini memiliki prinsip bahwa sistem kultural yang ada dewasa ini pengisian pendidikan dapat dianalisis dan diubah untuk dikembangkan menjadi proses pembelajaran yang efektif. Teori pembelajaran Collaborative menekankan pada proses pembelajaran yang digerakkan oleh keterpaduan aktiviti bersama baik intelektual, sosial dan emosi secara dinamis baik dari piak pelajar maupun guru. Teori ini didasarkan kepada idea bahwa pencarian dan pengembangan pengetahuan adalah merupakan proses aktiviti sosial, di mana pelajar perlu mempraktikkannya. Pendidikan bukannya proses di mana pelajar hanya menjadi penonton dan pendengar yang pasif.

Secara sedar ianya mengembangkan proses sosialisasi profesional baik di kalangan guru ataupun pelajar. Tujuan akhir proses sosialisasi ini adalah menghasilkan pelajar dan guru yang matang intelektual, sosial dan emosi.
Perlunya sosialisasi kepada guru bahwa proses pembelajaran serta sistem penilaian dalam kurikulum adalah relatif. Hal ini akan berhubungan dengan strategi pembelajaran yang dilaksanakan. Dalam beberapa literatur disebutkan bahwa strategi pembelajaran adalah proses yang dilakukan guru dalam menyusun tahap pembelajaran, proses itu dimulai dari menyusun persiapan, merencang, menentukan model, melaksanakan pembelajaran sampai pada proses evoluasi yang akan dilakukan untuk mengukur ketercapaian tujuan pembelajaran.
Selain itu, guru novis juga perlu bersifat profesional terhadap kerjayanya. Beliau menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik yang profesional, seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini. Penguasaan terhadap kompetensi dan pengetahuan tentang stail pengajaran adalah penting. Guru yang profesional juga sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini. Ia bertujuan mengemaskinikan pengetahuan guru ke tahap terkini. Apapun, menurut beliau, aspek yang terpenting ialah guru tersebut menyedari kepentingan menyediakan pengajaran dan pembelajaran serta melakukan perancangan dan perlaksanaan. Ini melibatkan persediaan yang rapi terhadap semua aktiviti pembelajaran, perlaksanaan yang fleksibel serta mengadakan penilaian selepas aktiviti pembelajaran.
Salah satu aspek penting pengajaran seseorang guru ialah mempunyai penguasaan dalam teras pengetahuan mengajar terutamanya dalam ilmu pedagogi secara interaktif dan mendalam.
Teras pengetahuan mengajar bermaksud segala jenis pengetahuan yang perlu ada pada seseorang guru untuk mengajar dengan berkesan dalam bidang pelajarannya di sekolah. Elemen teras pengetahuan yang dikemukakan oleh Shulman (1987) mengandungi ilmu isi kandungan, ilmu pedagogi am, ilmu isi kandungan pedagogi, pengetahuan dalam kurikulum, pengetahuan tentang konteks pendidikan, pengetahuan terhadap murid dan ciri-ciri murid dan pengetahuan tentang matlamat pendidikan.
Christensen (1996) melaporkan bahawa di negara Amerika, kebanyakan guru menggunakan elemen teras pengetahuan dalam mengajar bagi program pendidikan yang dianjurkan oleh The National Council on Accreditation for Teacher Education (NCATE). Kebaikan yang dapat dihasilkan apabila guru menggunakan elemen-elemen teras pengetahuan dalam proses pengajarannya ialah:
a. Guru dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai berdasarkan ilmu isi kandungan, ilmu pedagogi am dan ilmu isi kandungan pedagogi ke arah mencapai objektif pelajaran.
b. Aktiviti-aktiviti pengajaran dilaksanakan dengan berkesan berdasarkan pengetahuan dalam kurikulum sekolah, pengetahuan tentang konteks pendidikan, pengetahuan tentang murid dan ciri-ciri murid dan pengetahuan tentang matlamat pendidikan.
c. Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan dapat memotivasikan murid dengan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pendidikan jasmani.
Stephens dan Crawley (1994) juga menegaskan bahawa guru yang berkesan bukanlah guru yang hanya mampu mendokumentasikan segala idea dan perancangannya. Menurut beliau, guru yang berkesan ialah guru yang boleh merancang dan melaksanakan pengajaran dengan menggunakan kaedah mengajar yang sesuai.
Di samping penggunaan kaedah yang sesuai, guru yang berkesan juga perlu memikirkan ilmu dan nilai yang akan diperoleh murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu menunjukkan komitmen yang tinggi pada mata pelajaran yang diajar. Biarlah murid menyedari sendiri betapa guru yang mengajar mata pelajaran tersebut komited terhadap semua aspek berkaitan mata pelajaran yang diajar.
Selain memperlihatkan sifat tersebut, guru yang berkesan dalam pengajaran juga dapat menjadikan pengajaran suatu pengalaman yang menyeronokkan kepada murid. Di samping itu, guru perlu mahir dan berupaya mengaitkan ilmu isi pelajaran dengan kehidupan sebenar murid. Dengan itu, murid akan lebih berminat dan merasa bahawa pelajaran yang mereka ikuti mempunyai manfaat kepada kehidupan mereka.
Gripps, McCallum, dan Hargreaves (2001), mengkaji tentang kaedah mengajar serta strategi pengajaran guru. Beliau mendapati guru pakar menyampaikan pengajaran dengan menggunakan tiga jenis strategi iaitu dengan memberi maklumat, memberi peneguhan dan memberi galakan. Profesionalisme guru bukan sembarangan. menjadi guru profesional sangat banyak hambatannya lebih banyak bersifat birokratis dan administratif, sehingga tidak mendorong terbangunnya suasana dan budaya profesional akademik di kalangan guru itu sendiri. Guru pun kian terjebak jauh dari prinsip profesionalisme. Jauh dari buku, perbincangan, menulis, Oleh karena itu, pembenihan dan peningkatan mutu guru harus berlaku sepanjang kariernya.
Craft (2002), mendapati walaupun kaedah guru mempunyai impak yang besar dalam pembelajaran pelajar, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa sifat dan ciri-ciri yang dimiliki oleh guru juga mempunyai hubungan dengan keberkesanan pengajaran. Beliau menyenaraikan beberapa contoh sifat dan ciri-ciri guru, iaitu sikap guru terhadap aktiviti murid, hubungan sosial guru dengan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran, persediaan yang optima terhadap peralatan serta tahap pendidikan guru.
12. Aspek Makro Dalam Sosialisasi Pendidikan

12.1 Perubahan-Perubahan Dalam Pendidikan Kita
Perubahan-perubahan sosial yang terjadi dalam pendidikan:
Proses mempersiapkan individu untuk masuk ke dalam masyarakat (sosialisasi) merupakan tugas banyak institusi, antara lain sekolah, keluarga dan lain-lain. Sekalipun sebagian besar sosialisasi ini dilakukan dalam masa anak-anak dan remaja, namun sebenarnya sosialisasi ini adalah I lifelong process. Dalam masyarakat tradisional, sosialisasi dikakukan terutama oleh keluarga, namun semakin moden dan kompleks suatu masyarakat maka tanggung jawab sosialisasi pun semakin dibebankan kepada institusi formal, dan sekolah adalah agen utama institusi formal tersebut.
Sekalipun demikian, pada awalnya tanggung jawab sosialisasi yang diberikan kepada sekolah lebih bersifat pembelajaran dan adaptasi budaya, namun lama kelamaan, sekolah diberi tanggung jawab untuk membantu anak-anak dan kaum muda agar dapat berkembang ke arah pendewasaan. Dalam perubahan menuju masyarakat demokratis, tujuan sosialisasi tujuan pendidikan adalah membantu individu untuk menjadi lebih manusiawi iaitu tahu akan eksistensi diri dan hidupnya, dan karena itu menjadi insan bertanggung jawab.
Maka tugas sekolah adalah mengajar pengetahuan dan ketrampilan, dan mengubah sikap-sikap tertentu, agar para pendidik dapat mengintegrasikan keperluan dirinya dan tuntutan sosial dalam lingkungan dunianya. Dengan demikian, sekolah tidak hanya lagi mengembangkan kemampuan kognitif, namun juga perkembangan sosial dan emosional. Karena perubahan-perubahan itu, maka tugas guru pada masa ini juga berubah. Ia harus concern dengan pengalaman-pengalaman, dan menjadi seorang thingking-feeling-doing person.
12.2 Perubahan-Perubahan Yang Lebih Bersifat Prakmatis

Atas nama tuntutan globalisasi dan persaingan pasaran bebas, guru novis dipacu untuk sedaya mungkin menjadi superman /superwoman di zamannya. Akibatnya, sekolah terbeban dengan kurikulum yang mungkin akan kehilangan dasar dan arah tujuan. Maka belajar menjadi beban bagi kebanyakan guru novis. Sementara itu, guru novis tidak diajarkan ketrampilan sosial dan psikologis dalam mengantisipasi kesulitan hidupnya. Mereka perlu belajar sendiri untuk bertindak dalam situasi sedemikian.

Faktor lain ialah kesempatan dan media "tempat pelarian" tersedia. Pada tahap makro, bagaimanapun harus disedari bahwa hidup sebagai anak-anak dan kaum muda pada saat ini lebih sukar jika dibanding pada masa-masa lalu. Pendidik bukan lagi satu-satunya sumber informasi (yang paling benar), apalagi dengan pengaruh teknologi informasi.

12.3 Sedia Menghadapi Tugas Yang Lebih Berat

Pengetahuan dan pengalaman kerja adalah prasyarat kepada peningkatan prestasi yang dijangkakan apabila seseorang itu memegang jawatan naik pangkat dalam kerjanya. Pengetahuan dan pengalaman kerja yang dimaksudkan itu tidak akan diperolehi jika kita tidak didedah, dilatih dan dibimbing dalam kerja-kerja kita sewaktu kita masih di peringkat awal perkhidmatan kita. Guru novis perlu bersedia menjadi seorang 'ketua' yang bertanggungjawab malah berani menghadapi 'risiko' dalam segala keputusan dan tindakannya. Seorang ketua sejati tidak melepaskan segala-galanya kepada orang-orang bawahannya sahaja. Ingatlah "You can delegate authority, but not responsibility".

Di samping itu mereka juga perlu berfikir secara rasional berdasarkan prinsip yang betul dalam mengambil sebarang tindakan, tidak terpinga-pinga atau tenggelam punca apabila berhadapan dengan kerenah induvidu dalam organisasi. Guru novis juga seharusnya mampu bersedia memimpin organisasi atau unitnya dengan berkesan dan cemerlang dan dengan semangat "kesejawatanan" yang tinggi akhirnya dapat melahirkan 'sekolah berwatak' yang ditunjukkan dalam semua aspek iklim sekolah yang unggul dan berkesan. Mampu menyumbang buah fikiran, tenaga dan kepakaran serta bakat istimewa yang dimiliki bagi membantu sekolah-sekolah atau rakan-rakan yang lain di peringkat kelompok atau pun daerah.

Guru novis adalah bakal pewaris atau penyambung kepada tugas-tugas di sekolah sebagai ketua panitia, ketua panel penyediaan soalan, sebagai kakitangan sumber peringkat daerah dan negeri, guru disiplin, penceria keindahan sekolah, penasihat aktiviti-aktiviti gerak kerja kokurikulum, ahli jawatankuasa induk kurikulum sekolah, ahli jawatankuasa program perkembangan staf, guru tingkatan, membantu pengetua dalam pengurusan, menyertai aktiviti lawatan bersama-sama pengawai Jabatan Pendidikan Daerah, kaunselor dan menguruskan Hari Anugerah Cemerlang. (Pemikir 2002). Bebanan tugas yang banyak ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada kesihatan mental guru-guru sehingga menimbulkan tekanan kepada mereka dan ini secara tidak langsung akan memberi kesan yang negatif kepada prestasi pelajar. Guru-guru novis juga perlu mempunyai masa yang mencukupi untuk mereka memikirkan tentang pedagogi pengajaran dan pembelajaran yang terbaru dalam bidang mata pelajaran pengkhususan masing-masing.

13. Menganjak Paradigma

Paradigma adalah satu set tatacara kita melakukan penilaian terhadap maklumat-maklumat dan kemudiannya menjadi pegangan hidup. Paradigma berguna dalam banyak hal tetapi ia juga boleh menghalang sesuatu peluang daripada kita hanya kerana rangka rujukan kita (atau paradigma) tidak menyedari kewujudan peluang-peluang tersebut. Hidup dalam satu paradigma seperti melihat dari sebuah jendela yang sama higga akhirnya kita hanya melihat segmen yang kecil sahaja daripada keseluruhna dunia. Mengubah paradigma samalah seperti menemui jendela baru di mana kita 'melihat' semua perkara yang baru atau perkara yang lama tetapi dengan berbagai-bagai cara dan dari beberapa sudut yang berlainan.

Kalau dilihat secara menyeluruh, peranan guru bukan saja setakat mengajar mata pelajaran sahaja, peranannya lebih berat dan lebih penting jika dibandingkan dengan profesional lain kerana peranan guru melibatkan pertumbuhan dan perkembangan serta pencorak kehidupan manusia sejagat dalam pelbagai bidang dari zaman ke zaman, dari buta huruf kepada cerdik pandai, dari kurang mahir kepada yang lebih mahir, dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa dan begitulah seterusnya. Benarlah kata pepatah 'khidmat guru hingga ke akhir zaman' yang membayangkan perkhidmatan guru akan berterusan dan berkekalan diperlukan seiring dengan perkembangan ilmu yang tidak akan pupus hingga ke liang lahad. Jelas di sini dari mula wujudnya manusia, guru adalah pelaksana tugas yang amat besar dan mencabar dan merupakan satu pekerjaan yang dipandang sangat mulia. Seorang guru atau lebih tepat lagi disebut sebagai pendidik bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi juga mendidik dan mengasuh serta mengembangkan bakat-bakat yang ada kepada kebaikan, menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang setinggi-tingginya, di samping membentuk akhlak yang mulia.

Guru adalah ejen atau pencelak perubahan perkembangan ummah, menunaikan kewajipannya sebagai hamba Allah dan berperanan sebagai di antara khalifah-khalifah di bumi Allah ini. Begitu tingginya peranan guru di sisi Allah dan manusia, begitu jua beratnya amanah yang diserahkan kepada guru, yang wajib ditunaikan dengan penuh kebijaksanaan atau dengan hikmahnya sekali. Dalam konteks pendidikan ini bermakna kesediaan atau kesanggupan mencari, memilih dan menggunakan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang paling baik bagi mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan. Dalam masa yang sama guru perlu memperkayakan diri dengan kemahiran dan keperibadian yang tinggi, mengambil sikap terbuka, mengikuti perkembangan ilmu dan bersedia menerima perubahan yang dibawa oleh arus sains dan teknologi yang selari dengan prinsip Islam. Pendek kata guru adalah pemimpin dengan 'role model'nya yang terpuji.

Umumnya mengetahui bahawa alam pendidikan telah cepat berubah. Perubahan yang begitu pesat memerlukan pendekatan dan paradigma yang baru. Maklumat yang dahulunya dicatatkan dengan menggunakan pensil atau pen telah disaingi dengan pesatnya oleh alat cetak komputer. Guru yang tidak peka dan tidak mengikuti perkembangan pendidikan secara global terutamanya dalam bidang infoteknologi komunikasi akan ketinggalan dan hanya akan menghasilkan pelajar-pelajar yang tidak berdaya maju, tidak mempunyai daya saing serta mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang terhad. Jika ini terjadi, produk yakni pelajar-pelajar yang bakal dilahirkan oleh guru-guru tidak akan dapat menyaingi masyarakat dunia baik dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran dalam mempertingkatkan bangsa kita dalam bidang ekonomi, politik, teknologi dan yang seumpamanya. Di samping itu usaha-usaha pada memartabatkan pendidikan memerlukan peningkatan kemampuan intelektual, ketahanan diri, sahsiah, spiritual, estetika, jasmani, rohani dan seumpamanya. Guru perlu melihat realiti dan mempunyai wawasan. Fokus utama bukan hanya kepada masa sekarang, akan tetapi keperluan negara dan bangsa pada masa akan datang untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu, berteknologi tinggi, berakhlak dan bertakwa.
Dalam hubungan ini juga kita ingin melihat produk kita yakni pelajar-pelajar mempunyai keperibadian yang bersih dan luhur. Tugas guru adalah umpama 'bertanam di tanah yang subur, membuang duri dan mencabut rumput-rumput yang tumbuh di celah-celah tanaman agar tanaman yang ditanam itu tumbuh dan berkembang dengan baik'. Dalam konteks manusia, mendidik itu ialah memperkembangkan bakat dengan jalan menghindarkan segala penghalang atau rintangan. Pelajar-pelajar adalah merupakan saham pelaburan negara yang amat berharga bagi kemajuan negara dan survival bangsa. Mereka harus dipupuk dan diperkuatkan kerana sekiranya mereka terjebak dalam keruntuhan moral dan cabaran-cabaran negatif semasa sedangkan mereka tidak mempunyai daya ketahanan diri, berdisiplin, tidak dapat menghormati potensinya sebagai makhluk yang sempurna diciptakan Allah, nescaya mereka akan mudah dipengaruhi dan diperalatkan oleh gejala-gejala negatif. Maka sewajarnya kita patut berwaspada dan bersiap sedia mengenai isu-isu sosial dan permasalahan anak-anak remaja kita.
Pendidikan akhlak umpamanya hendaklah bermula dari rumah sebagai asas, manakala dalam peringkat keduanya sekolah pula sebagai pembinaannya. Kalau asas itu kukuh, tentulah teguh dan kuat pembinaannya dan perlaksanaannya pula akan menjadi baik dan teratur dan demikianlah sebaliknya. Untuk mencapai kejayaan yang diidamkan, diharapkan ibu bapa hendaklah sentiasa mengambil berat terhadap kemajuan anak-anak mereka termasuk pendidikan rohani, sentiasa menjadi mata-mata akan kebolahan anak-anak muda mereka di luar rumah terutama pada hari cuti sekolah seperti hujung minggu dan lepas waktu sekolah pada setiap hari. Pemedulian dan pengawasan seperti ini insya-Allah akan dapat mewujudkan suasana harmoni, keselesaan dan budaya belajar yang positif di kalangan pelajar semasa di rumah dan di sekolah dan dengan demikian dapat menghindarkan mereka dari terjebak kepada gejala-gejala yang tidak diingini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu pemberian yang diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya lebih utama daripada budi pekerti yang baik."
Sesungguhnya tugas membina insan sempurna adalah tugas yang sungguh mulia, walaupun begitu berat untuk dipikul. Namun demikian kesukaran itu bukanlah menjadi halangan yang boleh melemahkan semangat guru dalam melaksanakan amanah sebagai pendidik dan tidak mustahil para guru akan mampu mencapai matlamat pembinaan insan sempurna itu melalui pendidikan kerana insan yang bergelar guru mempunyai kelebihan-kelebihan yang boleh mengatasi para pelajar-pelajar iaitu dari segi pengetahuan, pengalaman, kematangannya, daya usaha di samping mempunyai peribadi dan akhlak yang terpuji. Semua ini merupakan perkara-perkara dan sifat-sifat yang sepatutnya disemai dan diturunkan kepada pelajar-pelajar dan berperanan sebagai 'role model' untuk menjadi ikutan dan teladan bagi mencapai kualiti pendidikan yang terbaik secara menyeluruh. Inilah yang perlu diaplikasikan oleh golongan guru baru (novis).
14. Sistem Mentor

Menyusuri agenda pendidikan negara, khususnya dalam bidang perguruan, agenda memartabatkan profesion keguruan sebagai salah satu dari agenda utama Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh itu, tumpuan serius perlu diberikan terhadap guru-guru novis di mana sebagai pendatang baru dalam profesion keguruan, mereka sering menghadapi masalah dalam menjalankan tugas. Menurut Hapidah Mohamed (2001), guru-guru pelatih perlu berkembang ke tahap kepakaran dan kecemerlangan untuk membolehkan mereka kelak mampu memaparkan prestasi pengajaran yang berkualiti dan cemerlang. Satu kajian yang dijalankan oleh Mohd Nasir Mohd Idris (1994) mendapati guru permulaan menghadapi masalah dalam menjalankan tugas, antaranya masalah yang berkaitan dengan keperibadian pelajar, kegiatan ko-kurikulum, kaedah pengajaran dan pengurusan bilik darjah. Selain itu, guru novis juga kurang mendapat perhatian dari pihak pengetua sekolah dalam menjalankan tugas-tugas mereka sebagai seorang guru.

Mereka dibiarkan sendiri untuk menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab tanpa mendapat panduan dan bimbingan serta perhatian yang sewajarnya dari pihak sekolah. Ini menyebabkan mereka menghadapi berbagai masalah dalam menjalankan tugas. (Mazni Ambak @ Ahmad 2000). Kajian McIntosh (1997) telah menunjukkan bahawa guru permulaan telah memilih guru yang berpengalaman yang mengajar pelajar di gred yang sama dengan mereka sebagai sumber yang paling sesuai untuk mendapatkan bantuan. Mereka menganggap guru berpengalaman dapat membantu mereka membentuk tingkah laku pelajar dan mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam pelajaran.

Maka, jelaslah di sini, kehadiran guru-guru yang mempunyai pengalaman dan kepakaran yang luas amatlah diperlukan bagi membantu guru permulaan menangani kejutan transisi yang dihadapi mereka. Kementerian Pendidikan Malaysia sememangnya telah mengkaji pelbagai langkah bagi menangani masalah dalam bidang pendidikan secara keseluruhan. Contoh yang terbaik ialah mewujudkan jawatan Guru Cemerlang yang mula diperkenalkan pada tahun 1994. Selain daripada fokus utamanya ialah pada usaha untuk mempertingkatkan kualiti guru serta mempertabatkan profesion keguruan, namun secara langsung pelantikan guru–guru pakar ini dapat memberikan manafaat di atas kepakaran dan pengalaman mereka (dari segi bimbingan) kepada guru-guru lain khususnya bagi guru-guru novis.

Malah, Dr. Norani dan Chang (1992) dalam kajian mereka telah mencadangkan supaya mengadakan satu jawatankuasa yang bertindak sebagai ‘kawan’ atau ‘mentor’ kepada guru permulaan. Ahli jawatankuasa hendaklah terdiri daripada guru berpengalaman yang boleh menjadi rakan bagi guru permulaan berbincang, bertanya sesuatu dan sebagainya. Konsep ‘menjadi rakan’ di sini haruslah difikirkan dalam konteks yang tidak formal dan mudah berinteraksi serta mesra.

Manakala, Mary Manke dan Cindy Klinge (1998) turut mencadangkan supaya diwujudkan mentor yang terdiri daripada guru berpengalaman yang akan membantu guru permulaan menyesuaikan tugas pengajaran dengan jayanya atau guru yang tidak lagi mengajar dikelas bertindak sebagai mentor ataupun guru yang masih mengajar di kelas sekaligus bertindak sebagai mentor sama ada dengan bayaran atau tanpa bayaran. Menurut mereka lagi mentor adalah berperanan:

membantu guru permulaan mempelajari selok-belok tugas pengajaran dan pembelajaran serta mewujudkan keselasaan
membantu meringankan beban tugas guru permulaan
membantu guru permulaan menjadi sebahagian daripada masyarakat sekolah
membentuk matlamat bagi membantu guru permulaan

Namun, sejauhmana guru mentor bagi guru novis dalam usaha meningkatkan kualiti dan profesionalisme guru tersebut? Tidak dinafikan bebanan tugas berat yang dipikul guru pakar tidak memungkinkan mereka mempunyai banyak masa untuk menyelia guru- guru lain. Namun, dapatan kajian Mohammed Sani mendapati sebahagian besar daripada guru pakar sentiasa berkongsi kepakaran mereka dengan guru-guru lain di sekolah tempat mereka bertugas. (Pemikir 2002). Maklumat yang diperolehi daripada hasil temubual yang dijalankan oleh penulis dengan beberapa guru pakar juga mendapati mereka cuba untuk membantu guru guru lain khususnya guru-guru baru dengan berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka walaupun secara tidak formal. Perkongsian kepakaran dan pengalaman tersebut mungkin berlangsung secara tidak langsung dan tidak disedari. Maka, secara tidak langsung kita dapat membuat kesimpulan, bahawa guru pakar masih kabur tentang peranan mereka sebagai mentor. Menurut
Boreen J.et.al.(2000):

“ A mentor is a veteran teacher who works with a novice during the novice’s early experiences in the classroom. In a past, a novice merely watched and observed. Today, however, a beginning teacher is encouraged to be an active participants, inquirer, and critical thinker. The mentor’s role has also changed, from that of advice giver and problem solver to questioner, listener, and model for reflective thinking”.

Boreen J.,et.al.(2000) turut menyenaraikan kebaikan-kebaikan yang diperolehi daripada pelaksanaan sistem mentor tersebut. Antaranya:

Galakan yang diterima daripada mentor bukan hanya mewujudkan kompetensi dalam diri guru permulaan malah menggalakkan mereka untuk terus berkhidmat dalam profesion keguruan.

Sokongan yang diberikan mentor mereka dapat membantu mereka menangani tekanan emosi yang dihadapi mereka. (di mana ia dapat mengurangkan rasa terasing yang merupakan faktor yang penting yang membantu dalam perkembangan profesion mereka)

Mentor memberi sokongan dan tunjuk ajar dalam mengatur strategi pengajaran, menjadi sumber dan rujukan untuk mendapatkan bahan pada guru baru, memberi sokongan dalam strategi pengurusan bilik darjah, strategi membina hubungan yang baik dengan ibu bapa pelajar.

Sistem mentor yang diberikan kepada guru permulaan membantu menjadikan pengajaran mereka lebih berkesan. Ini akan memberi kesan yang positif kepada peningkatan minat pelajar dalam proses pembelajaran.

Namun, malangnya fenomena sebegitu tidak terdapat di negara kita. Justeru, mungkin Kementerian Pendidikan perlu merancang satu modul berhubung dengan aspek mentor bagi guru novis supaya mereka lebih jelas tentang peranan yang perlu dimainkan mereka untuk melahirkan lebih ramai lagi guru yang berwibawa dan berkualiti di peringkat sekolah.

15. Cadangan

Antara cadangan yang dapat dikemukakan berhubung isu yang telah dibincangkan adalah seperti berikut iaitu guru novis perlu mengubah sikap dan mentaliti mereka untuk meningkatkan kualiti pengajaran mereka, guru perlu meluaskan pengetahuan mereka, tindakan yang berstrategik perlu diambil oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan guru cemerlang berada di tahap profesionalisme yang sewajarnya, mempertingkatkan kerjasama antara guru novis dan guru pakar serta yang paling utama ialah guru pakar perlu berusaha mengekalkan profesionalisme dan menggalakkan lebih ramai guru untuk menjawat jawatan guru pakar.

Bagi meningkatkan profesionalisme keguruan, para guru seharusnya memiliki pengetahuan yang harus diperolehi dalam pelbagai bidang tidak hanya khusus dalam subjek yang diberikan kepadanya sahaja. Bagi mencapai hasil yang cemerlang dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran itu seseorang guru cemerlang itu perlu mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang pendidikan. Salah satu caranya ialah dengan menyertai kursus-kursus dalam perkhidmatan yang secara langsung akan dapat memperluas ilmu pengetahuan serta kemahiran para guru (Ee Ah Meng 1998).

Golongan guru khususnya guru novis disaran mempertingkatkan usaha meneroka ilmu pengetahuan supaya mereka menjadi guru yang kreatif, inovatif dan bermotivasi sekali gus mengangkat martabat profesion keguruan supaya sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat. Usaha mencari ilmu sebagai tuntutan profesional akan membantu guru novis melangkapkan diri mereka dengan sifat mulia seperti berdisiplin, istiqamah, mempunyai peribadi luhur dan berdaya maju

Guru novis juga perlu berusaha meningkatkan daya kreativiti dan mencari jalan terbaik untuk menarik minat pelajar. Daya kreativiti ini bermaksud kemampuan mereka mencipta strategi yang meliputi aspek seperti pemilihan alat serta bahan bantu pengajaran, aktiviti dan juga kaedah pengajaran yang diminati pelajar. Dengan itu kualiti pengajaran dapat dipertingkatkan dan ini turut memberikan kesan yang positif kepada proses P&P dalam bilik darjah.

Bagi menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh guru novis, mereka di saran supaya memiliki banyak ilmu serta kemahiran, bukan sahaja dari segi pengajaran tetapi juga aspek lain seperti berkomunikasi, seiring dengan perkembangan semasa. Guru novis memperbanyakkan komunikasi dengan ibu bapa dan masyrakat, bukan hanya bertumpu kepada pelajar, kerana semua itu saling berkait dalam membantu menentukan kecemerlangan pendidikan negara.

Guru–guru novis juga disaran mengamalkan budaya dan etika kerja cemerlang secara berterusan di samping menghayati ciri-ciri murni membabitkan antaranya aspek disiplin, tanggungjawab dan sikap sentiasa mengutamakan penampilan diri yang positif di samping bijak dalam menangani masalah bebanan tugas.

Justeru, bagi guru novis perlu menggilap lagi bakat dan potensi mereka perlu juga diadakan supaya kecemerlangan mereka dapat ditingkatkan secara konsisten. Mereka perlu didedahkan dengan perkembangan pendidikan semasa serta program-program baru yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan dan haruslah dimanfaat oleh semua warga pendidik khususnya bagi mengembangkan kemahiran guru-guru baru.

16. Penutup
‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ia dapat ditingkatkan kepada satu standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain. Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dalam berbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan perlu berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf baru dalam segala aspek. Ianya juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat antarabangsa.
Menerusi senario inilah peranan guru menjadi lebih penting dan mencabar. Ianya memerlukan jati diri yang mantap terutama kepada golongan guru baru atau novis. Prasyarat yang utama dan pertama ialah kesediaan dan kesanggupan guru-guru sendiri mengubah paradigma, mengubah stail berfikir dan bertindak secara profesional dan yang paling penting menjadi seorang guru yang tidak mudah patah semangat untuk pencapaian pendidikan yang gemilang dan cemerlang bukan suatu yang mustahil dicapai.

Guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu dan bertingkah-laku dengan keluhuran etika kerja serta menuntut kefahaman yang jelas dan mendalam, kesungguhan dan komitmen yang tinggi kepada penyempurnaan tugasnnya di sekolah setiap masa dan waktu. Guru yang berjiwa waja tidak mudah mengaku kalah dalam kehidupan kerjayanya di sekolah, dan mempunyai sikap optimistik dalam semua tindakan, serta sedia belajar dari kesilapan dan kelemahan.

Individu yang berfikiran dan bersikap optimistik tidak mudah melatah, merungut dan menyalahkan orang lain dan keadaan semata-mata, orang yang optimistik melihat semuanya dari sudut yang serba berkemungkinan berjaya dan meningkat maju, sama ada dari aspek diri peribadi mahu pun aspek organisasi. Perkara utama perlu difokuskan oleh golongan guru novis ini adalah proses sosialisasi ke arah alam pendidikan di sekolah. Konsep sosialisasi yang sebenar perlu dihayati dalam konteks pendidikan. Ianya merangkumi pelbagai aspek.

Untuk memastikan kualiti pendidikan negara kita mencapai sistem pendidikan bertaraf dunia di samping terpaksa berhadapan dengan alaf baru yang mencabar ini maka, guru pakar perlu dijadikan idola kepada guru-guru lain khususnya guru-guru permulaan. Di samping itu, guru pakar juga perlu peka dan bersedia membimbing guru-guru baru memandangkan pengetahuan dan kemahiran yang diterima belum cukup sepenuhnya untuk mereka menjadi seorang guru yang serba berkebolehan kerana mereka belum mengenali dengan tepat situasi persekolahan yang sebenar. Tumpuan yang lebih perlu diberikan kepada mereka memandangkan mereka bakal mewarisi generasi pendidik pada masa hadapan dan sekaligus dapat merealisasikan hasrat negara untuk melahirkan generasi cemerlang dan berkualiti yang dapat membantu kemajuan negara.




































Rujukan

Abd. Kadir Hj. Abd.Wahab .2001. Persepsi Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran Terhadap Tahap Profesionalisme Guru Cemerlang Sek. Men. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia

Biggs,J.B. & Moore, P.J. 1993. The process of learning. New York: Prentice Hall
Berita Harian, 15 Okt 2004.
Berita Harian, 2005.
Berliner, D. C. 1988. Implications of studies on expertise in pedagogy for teacher education and evaluation. New directions for teacher assessment. Proc. of the 1988 ETS International Conferences. hlm.39-68. Princeton, NJ: Educational Testing Services.
Boreen J., Johnson M. K., Niday. D. & Potts J. 2000. Mentoring Beginning Teachers. York, Maine, Stenhouse Publishers .p. 9.

Ee,A.M.1998.Pendidikan di Malaysia II. Shah Alam; Fajar Bakti, Sdn.Bhd.

Franc, W.H. 1970. Problems perceived by seventy-five beginning elementary school teacher. Tesis Ed.D. Columbia University

Garmston.R.J. 1998. Becoming Expert Teachers ( Part one). Journal of Staff Development 19 (1) :( atas talian) http:// http://www.nsdc.org/library/publications/jsd/garmston191.cfm (5 Ogos 2005).

Haji Mohammed Sani Haji Ibrahim. 2002. Kajian Tahap Kesediaan Guru Cemerlang. Pemikir membangun minda berwawasan, Jan-Mac :157-186

Hapidah Mohamed. 2001. Pemikiran Guru Cemerlang: Kesan Terhadap Prestasi Pengajaran. Tesis Phd. Fakulti Pendidikan.Universiti Kebangsaan Malaysia

http://www.bharian.com.my/

Jemaah Nazir Persekutuan. 1993. Buku Panduan pengurusan Profesional Sekolah Menengah. Bil II : Malindo Printers Sdn.Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia

Jemaah Nazir Sekolah. 1997. Pemilihan Guru Cemerlang. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur

Jemaah Nazir Sekolah. 2000. Pemilihan Guru Cemerlang. Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2000. JNS.500/345/Jld.17(3) Kementerian pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur

Kagan,D.M. 1992. Profesional growth among preservice and beginning teachers’. Review of educational research. 62(2):129-169
Lilia Halim & Abdullah Mohd Noor. 1998. Pengetahuan isi kandungan (Pedagogical Content Knowledge-PCK) dan peranannya dalam mempelajari cara mengajar. Kertas Kerja Seminar ke 12 Jawatankuasa Penyelaras pendidikan Guru. Tema: Pendidikan Guru untuk Sekolah Berkesan. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.26-28 Oktober.

McIntoch, J.C. 1997. The first year of experience: Influence of beginning teacher. Doctoral Dissertation, University of Toronto. Dissertation Abstracts International 38:3192-3193

Mary Manke & Cindy Klingel. 1998. The mentor/ new teacher relationship. Mentor I stm at http://www.coled.mankato.msus.edu.college/ of Education.Mankato State University

Mazni Ambak @ Ahmad. 2000. Peranan Pengetua dalam Menangani Masalah dan Keperluan Profesional Guru Permulaan Dari Persepsi Guru Permulaan. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohd Nasir Mohd Idris. 1994. Masalah Profesional Guru Permulaan Sekolah Rendah di Negeri Sembilan Darul Khusus. Tesis Sarjana Pendidikan. UKM.

Noran Fauziah Yaakub. 1992. Guru dan Perguruan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

Noraini Mohd Sallleh, D.R. & Chang Lee Hoon. 1992. Peranan Guru besar di sekolah menengah: Satu kajian awalan.Jurnal Guru 43:239-243

Nor Azizah Mohd Salleh & Rosadah Abd Majid. 1999. Isu-Isu Pedagogi dan Kurikulum dalam Pendidikan Guru Sains: Prosiding Isu-Isu Pendidikan Negara. Jld.2,26-27 November.Universiti Kebangsaan Malaysia

Office for Standards in Education. 1992. The New Teachers in School. A Survey by HM Inspectors in England and Wales. Office of Her Majesty’s Chef inspector of schools London:HMSO

Othman bin Sodikin. 1999. Refleksi Guru Pelatih Maktab Perguruan Perempuan Melaka terhadap Guru Cemerlang Sekolah Rendah Negeri Melaka. Tema: Wacana Intelektual IV. Perbentangan kajian Tindakan di MMPM, 09 Oktober
Othman Bin Sodikin. 1999. Profil Guru Cemerlang: Satu tinjauan di Negeri Melaka. Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Pendidikan Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. 22-23 Oktober.

Pemilihan Guru Pakar. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur : JNS, 1994

Pressley, M. & Mc Cormick, C. B. 1995. Advanced educational psycholoy for educators, reseachers and policymakers. New York: Harper Collins Colllege Publishers
Sharifah Nor Puteh. 2004. Kurikulum dan pengajaran pendidikan guru. Kertas kerja dibentangkan pada Seminar Kebangsaan Pendidikan Guru 2004. Seremban. 29-30 November.
Utusan Malaysia, 28 Ogos 2000.

Utusan Malaysia, 23 Ogos 2002.

Utusan Malaysia, 2004.

No comments:

Post a Comment