1.0 Pendahuluan
Pendidikan merupakan proses pewarisan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperturunkan dalam setiap tamadun dan peradaban manusia. Oleh itu, tidak dinafikan dalam memperkatakan proses pewarisan tersebut yang lebih dikenali kini sebagai pendidikan , guru memainkan peranan utama untuk meyalurkan ilmu dan kemahiran tersebut kelompok masyarakat tersebut. Guru bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat. Sememangnya, guru banyak menyumbangkan khidmat bakti dalam pembangunan bangsa dan negara, lebih-lebih lagi dalam membentuk sahsiah pelajar. Begitulah peranan guru, satu tugas yang amat berat tetapi mulia dan murni.
Falsafah pendidikan negara bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dari segala segi dan guru dilihat sebagai medium utama bagi merealisasikan matlamat tersebut. Sejak dulu peranan guru membantu membangunkan Negara melalui pendidikan tidak dapat disangkal lagi. Golongan guru merupakan jentera bagi melaksanakan dasar dan matlamat kurikulum yang digariskankan pihak kerajaan. Kualiti pendidikan di negara kita berkait rapat dengan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta kecemerlangan para guru tersebut.
Namun akhir-akhir ini peranan guru di dalam sistem pendidikan mula diragui dan sering diperkatakan masyarakat. Mempersoalkan kredibiliti guru dalam pengajaran mahupun sebagai model tingkahlaku kepada anak-anak menjadi isu yang semakin luas dibicarakan samada dalam perbualan mahupun di dalam media masa. Masyarakat seakan-akan menuntut penjelasan adakah guru masa kini sudah merosot kualalitinya, atau budaya kecemerlangan kerja guru semakin terhakis. Jelasnya masyarakat bukan lagi melihat dengan ukuran penilaian, malahan terdapat suara yang mula menghukum tingkahlaku dan keperibadian guru. Lebih mencabar lagi terdapat pula pertelingkahan antara pelajar dan guru atau ibubapa dan guru yang membawa kepada penyelesaian melalui undang-undang. Keadaan ini walaupun tidak serius tetapi memberi impak besar dalam memartabatkan sistem pendidikan dinegara ini. Bebarapa peristiwa yang dilaporkan diakhbar sebagai kes jenayah yang melibatkan guru seperti mencabul,(Berita Harian -13/7/2006) merogol (Berita Harian -21/07/2005, 11/01/2007) , pengedaran Ganja (Berita Harian - 29/06/2006) menjadi isu yang boleh menjejaskan profesional perguruan. Malahan terdapat beberapa suara lantang yang mengkritik mutu pengajaran guru (Utusan Malaysia – 15/10/2005) dan mengambarkan seolah-olah golongan guru yang ada ketika ini amat tidak berkualiti(Aziz Ishak :Utusan Malaysia -3/05/05) malahan di pihak kementerian juga merasa gusar sehinggakan timbul suara dari Pengarah Pelajaran Malaysia sendiri menyeru supaya usaha dijalankan untuk memperkasakan peribadi guru sewaktu ucapannya dalam satu majlis sambutan hari guru 2006 (Berita Harian – 6/05/06). Beberapa peristiwa ini menajak sama untuk semua pihak melihat kembali isu sebenar dengan menilai adakah kualiti guru sekarang telah menurun atau apakah punca lain yang menyebabkan keadaan ini berlaku. Dalam memperkatakan guru sebagai faktor kemerosotan mutu pendidikan ini kita tidak dapat lari dari melihat punca dari awal lagi iaitu sewaktu guru memilih kerjaya perguruan . Apakah guru yang memilih kerjaya perguruan benar-benar mempunyai minat terhadap profesion ini . Adakah mereka juga mempunyai iltizam menjalankan tanggungjawab sebagai guru. Oleh itu perbincangan seterusnya akan cuba melihat arus perubahan tangapan masyarakat ini adakah disebabkan oleh trait personaliti guru-guru yang sudah berubah . Dalam kata erti lain adakah guru-guru yang memasuki bidang perguruan muktahir mempunyai minat untuk menjadi guru, atau sekadar menjadinya landasan untuk mendapatkan pekerjaan.
Pengenalan difinasi istilah
Dewan Bahasa memberikan definasi faktor sebagai unsur atau sebab yang menyumbang kepada hasil (Kamus Dewan: 2005). Sementara Merrian-Webster Medical Dictonary(2002) pula menjelaskan faktor sebagai ”something that actively contributes to the production of a result”. Dengan demikian faktor merupakan asas kepada satu tingkahlaku yang memungkinkan satu kesan dari tindakan yang dilakukan oleh sesuatu perkara atau seseorang. Asas tersebut mungkin merupakan niat, keinginan, motif dan dorongan yang berbentuk subjektif dari dalam diri manusia yang mendorong kepada sesuatu tindakan atau tingkah laku. Mempengaruhi pula diberi makna sebagai pengaruh atas, pengunaan pengaruh kepada sesuatu. Mempengaruhi juga memperlihatkan satu tindakan atau proses yang subjektif dimana terdapat unsur yang lebih dominan dan berkuasa menguasai beberapa unsur lain sehingga menjadikan sesuatu itu memperlihatkan ciri penguasaan unsur dominan itu. Tindakan dan proses tersebut akhirnya “producing effects on the actions, behavior, opinions, of another or others”
Pelajar bermaksud orang yang sedang belajar, individu yang sedang mencari ilmu di dalam sesuatu bidang pengetahuan (Kamus Dewan:1995). Di dalam konteks perbincangan ini pelajar yang dirujuk adalah mereka yang sedang mendapat latihan di dalam bidang perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG). Pelajar atau guru pelatih ini adalah terdiri dari individu yang sedang mengikuti latihan perguruan dimana mereka diajar ilmu keguruan yang dilengkapi dengan pengetahuan dan latihan sebelum mereka ditempatkan di institusi pendidikan sebagai tenaga pengajar. Institut Pendidikan Guru pula ialah sebuah organisasi kerajaan yang di tubuhkan dengan tujuan menjadi tempat latihan bagi melatih guru-guru. Sejarah latihan guru bermula pada tahun 1922 apabila The Sultan Idris Tranning College melatih guru bagi memenuhi keperluan guru sekolah Melayu (Awang Had & Zainal : 1982). Institut Pendidikan Guru yang dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan kini berjumlah 27 buah di seluruh negara . Institut perguruan adalah dibawah pengendalian Unit Pengambilan dan Penempatan (PPP) di Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada kebiasaanya pelatih ini setelah tamat latihan di IPG akan ditempatkan sebagai guru di sekolah menengah dan rendah di seluruh negara.
Institut pendidikan Guru berperanan untuk melahirkan para pendidik di sekolah-sekolah rendah dan menegah di negara ini. IPG berorientasikan pembinaan personaliti guru yang berketerampilan dan beriltizam selaras dengan keperluan falsafah pendidikan negara. IPG juga menjalankan fungsi menyediakan bakal guru dengan ilmu , mampu menyampaikan uilmu serta mempunyai sifat-sifat terpuji , mempunyai ketahanan diri, memiliki kemahiran dan kepimpinan dan ilmu keguruan ( Berita Bahagian Pendidikan Guru 2000 )
Profesion biasanya merujuk kepada pekerjaan profesional. Pekerjaan yang dimaksudkan dalam konteks profesional pula sering dikaitkan dengan bidang yang memerlukan kelayakan yang tinggi dan latihan khas (Kamus Dewan:2005). Oleh itu profesion adalah pekerjaan yang merujuk kepada pekerja yang profesional . Robiah (2002) merumuskan empat aspek yang perlu dipatuhi untuk mementukan standard profesion yang profesional sifatnya
1. Ahlinya mempunyai ilmu pengetahuan dan penguasaan di dalm bidang tersebut.
2. Kecekapan dan kepakaran di dalam bidang tersebut sehingga pelanggan khidmat tersebut akur kepada kuasa profesional itu.
3. Terdapat kod etika yang mengawal ahli bagi profesion itu.
4. Masyarakat mengiktiraf untuk profesion itu beroperasi dan berkembang.
Perguruan juga merujuk kepada Institusi Pendidikan Guru (Kamus Dewan:2005) , namun perkataan profesion dan keguruan itu dikaitkan bermaksud pekerjaan guru itu sendiri . Dalam maksud lain pekerjaan guru yang profesional yang perlu mendapat latihan dan pengetahuan di Institut Pendidikan Guru .
Faktor pemilihan pelajar di IPG terhadap profesion perguruan boleh di jelaskan sebagai usaha menerangkan punca , niat atau motif yang mempengaruhi dan menyebabkan pelajar membuat keputusan pemilihan kerjaya guru. Pelajar tersebut kini telah memasuki IPG untuk mengikuti latihan perguruan itu. Dikalangan penyelidik menggunakan istilah berbeza dalam menerangkan maksud faktor iaitu motif (Muhammad Sani, 2002 ; Mohd Yusof Abdullah, 2002 ; Norasmah Othman, 2006 ; ) sementara yang lain mengekalkan istilah faktor (Noran dan Ahmad Mahdzan, 1998 ; Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998 ; Halimah 2006 ) Motif juga sebenarnya membawa maksud sebab(tujuan) yang mendorong sesorang melakukan tindakan (Teuku Iskandar (1995). Oleh itu faktor dan motif membawa maksud yang sama iaitu sebab melakukan sesuatu yang mendatangkan hasil atau kesan. Namun begitu perbezaan istilah tersebut tidak membezakan maksudnya kerana ianya saling meliputi dan merangkumi maksud yang sama. Usaha mengenalpasti motif dan faktor mereka memilih kerjaya perguruan ini adalah penting dengan tujuan untuk mencari perhubungan antara faktor dan kesan kepada perlaksanaan pendidikan . Kajian berkaitan faktor bagi Noran Fauziah (1990) amat penting kerana ianya akan cuba meramalkan kejayaan bekerja sebagai seorang guru berdasarkan sebab-sebab memilih profesion perguruan sebagai kerjaya.
RANGKA KONSEPTUAL
INPUT
PERSONALITI/ KUALITI CALON –CALON PELAJAR YANG MEMOHON PETRGURUAN
PROSES TRENFORMASI
PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN PERGURUAN
OUTPUT
GURU TERLATIH
SEKOLAH MENENGAH/ RENDAH
KAWALAN
LATIHAN / PENDIDIKAN / KUALITI
Model pengeluaran : Faktor Pemilihan dan Proses Tranformasi Guru Adaptasi dari Model Pengeluaran : Asas Sistem Pengelauaran
Tidak
Layak
Tidak
Layak
Tidak
Layak
Permohonan Calon
Pelajar IPG /
Latihan Guru
Temuduga
Ujian MteEST
Sumber :Temubual bersama SU Peperiksaan IPG
KURIKULUM IPG
Penilian Komponen Sahsiah / Personaliti (dlm Tugasan)
15% - Opsen
10% - Bukan Opsen
Komponan Sahsiah
Kemahiran Komunikasi /sahsiah /Personaliti (10%)
Komponan Ujian
•INSAK -135 soalan (30 m)
•Bahasa Inggeris
• Kuantitatif ( Matematik)
•B.M (Analatikal / Verval)
Kelayakan Am (6 kepujian )
•B. Melayu, · Sejarah
•B. Inggeris · satu MP lain S P M
•M’mtik @ M’mtik Tambahan,
•Biologi @ Kimia @ Fizik @ Sains
@ Sn Tambahan @satu MP
Teknikal
PROSEDUR PENGAMBILAN GURU PELATIH MULAI PENGAMBILAN 2005 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR IPG MEMILIH PROFESION KEGURUAN
Pemilihan kerjaya merupakan keputusan yang penting di dalam kehidupan individu kerana pemilihan yang betul dan tepat akan banyak mempengaruhi prestasi kerja di dalam profesion yang dipilih itu. Di dalam pendidikan, guru merupakan eset utama yang banyak mempengaruhi pencapaian dalam perlaksanaan matlamat pendidikan. Oleh itu untuk mencapai matlamat guru yang merupakan esetnya perlu berkualiti dan berkesan. Ryan (Halimah :2002) di dalam kajiannya memberikan syarat dalam menjadi guru berkesan iaitu guru mestilah berkualiti dan ianya lahir dari personaliti guru, minat, sikap, dan kepercayaan serta tingkahlaku mereka terhadapa profesion. Sementara itu banyak pengkaji lain bersetuju bahawa motif atau hasrat atau faktor pemilihan merupakan satu kuasa yang memulakan, mengarahkan dan mengekalkan komitmen individu dalam sesuatu profesion. Harunaja Najmudin (2007) menyatakan bahawa pemilihan kerjaya individu mestilah berlaku dengan kesedarannya sendiri, sesuai dengan kebolehan, nilai, kemahiran dan personalitinya dan bukan disebabkan oleh dipaksa oleh kehendak orang lain yang signifikan dalam hidupnya. Keputusan demikian akan memberi kesan yang baik di dalam kerjayanya.
Sementara itu Holland (Zurina et al.:1998) menegaskan bahawa bahawa mereka yang terlibat dalam pendidikan mempunyai personaliti berbentuk sosial. Ini bermakna mereka terdiri dari individu yang menyukai aktiviti-aktiviti yang melibatkan memberitahu, melatih, mengajar dan memahami dan membantu orang lain. Guru yang tidak mempunyai nilai tersebut di dalam dirinya akan menyebabkan tahap kepuasan kerjanya menjadi kurang. Sementara itu dalam kajian yang mengukur tahap kepuasan kerja guru oleh Nor Azizah (1991) yang melibatkan 338 orang guru lepasan maktab memperlihatkan bahawa kepuasaan kerja tertinggi oleh guru dalam kerja perguruan adalah kerana kepuasan mereka mengajar kanak-kanak (99%). Disini dapat dikaitkan bahawa faktor pemilihan guru dan latihan perguruan perlu dilihat dari segi minat dan sifat intrinsik calon pemohon bidang perguruan. Kefahaman terhadap tujuan mereka pula akan dapat membantu untuk menjelas dan meramalkan tingkah laku individu tersebut kepada komitmen profesion mereka.
Noran & Ahmad (1988), Mohd Yusof (2002) dalam kajian mereka membuktikan bahawa faktor , alasan atau motif guru memilih profesion perguruan mampu memberi impak kepada tingkah laku individu khususnya di dalam bidang perguruan. Sementara itu Halimah (2006) dalam kajian mengenai prestasi guru semasa latihan mengajar menunjukkan pelatih yang mendapat prestasi cemerlang dan baik adalah terdiri dari mereka yang memilih bidang perguruan kerana faktor minat dari kecil, suka bekerja dengan pelajar, bertukar ke kerjaya guru bukan disebabkan faktor gaji dan hasrat membantu bangsa dan negara. Di sini unsur faktor membuat keputusan menjadi guru jelas memberi implikasi kepada prestasi kerja mereka di dalam pengajaran dan pembelajaran disekolah . Oleh itu faktor , sebab atau niat dan motif memilih profesion perguruan harus dilihat secara penyeluruh dan dijadikan petunjuk dalam memilih bakal guru kerana ianya akan memberikan impak kepada kejayaan perlaksanaan dasar pendidikan di sekolah.
Calon guru jelas amat memberi kesan kepada perancangan Kementerian Pelajaran kerana merekalah yang akan melaksanakan semua perancangan tersebut diperingkat sekolah. Oleh itu ciri-ciri individu yang berkaitan dengan minat perlu diberi penekanan diperingkat awal pemilihan tersebut. Mohammad Sani (2002) menyorot isu ini dengan tegas menekankan bahawa berjaya atau gagal sesuatu Institusi Pendidikan Guru menghasilkan guru yang berkualtiti dan profesional bergantung kepada manusia yang dipilih untuk mengikut program yang ditawarkan. Sebagai modal insan pula kejayaan mereka melaksanakan tugas pendidikan itu semestinya datang dari niat dan minat serta pengetahuan dalam bidang kerjaya mereka. Oleh itu salah satu aspek pemilihan calon pendidik yang diambil kira seharusnya diukur juga oleh minat dan niat agar dapat memberi impak yang baik kepada agenda pendidikan. Apatah lagi dengan pelancaran Pelan Induk Perancangan Pendidikan(PIPP) dimana aspek melahirkan modal insan dan meneguhkan profesionalisme guru menjadi salah satu agenda yang penting.
Secara dasarnya terdapat beberapa unsur yang mempengaruhi faktor pelajar memilih kerjaya perguruan sebagai profesion mereka. Beberapa kajian di luar negara yang yang menilai faktor pemilihan kerjaya mendapati guru dua faktor besar yang mempengaruhi keputusan mereka iaitu faktor intrinsik dan ektrinsik (Halimah:2006). Sementara itu di negara ini terdapat beberapa kajian terdahulu yang mengkaji faktor pelajar memilih kerjaya perguruan sebagai profesion mereka. Berbagai kajian itu pula telah menggunakan berbagai item faktor yang mempunyai saling persamaan antara satu sama lain di dalam kajian mereka. Noran Fauziah (1990) dalam kajiannya pada tahun 1998 yang dilakukan dikalangan guru pelatih Maktab Perguruan telah membahagikan lima kelompok item faktor pemilihan kerjaya dan terdapat 30 item kecil faktor di dalamnya dalam perguruan seperti di bawah :
Kelompok Item
Faktor -Faktor
1. Pertimbangan Peribadi
a. Sesuai dengan Kebolehan Diri dan perwatakan b. Seronok mengajar c. Suka Kanak-kanak d. Profesion sementara sebelum kepekerjaan lain e. Profesion Mulia. f. Profesion cita-cita g. Tiada pilihan kerja lain
2. Nilai-nilai Perguruan
a. Pekerjaan Terjamin
b. Senang mendapat kerja selepas latihan
c. Mengatasi kekurangan guru
d. Peluang melanjutkan pelajaran
e. Kerjaya yang dihormati masyarakat
f. Tidak puas hati dengan prestasi guru
g. Sukakan matya pelajaran tertentu
3. Sebab-sebab Idealistik
a. a. Kerjaya mencabar
b. b. Untuk menyampaikan ilmu
c. c. Membentuk genarasi muda
d. d. Berkhidmat pada masyarakat
e. e. Membukitkan kebolehan mengurus kumpulan
4. Minat kepada keadaan kerja
a. Kerja guru senang
b. Pengaruh keluarga
c. Banyak cuti
d. Waktu kerja singkat
e. Sesuai dengan kelayakan akademik
5. Pengaruh luaran
a. Pengaruh rakan
b. Pengaruh bekas guru
c. Bimbingan guru kerjaya
Bagi Mohammad Sani (Mohamad Sani et al : 2002) menggunakan 32 item faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya guru dalam kaji selidiknya terhadap 298 respon yang terdiri dari calon guru di Universiti Kebangsaan Malaysia . Mohd Yusof Ahmad (2002) dalam kajiannya motif pemilihan profesion guru di kalangan guru pelatih Maktab Perguruan di Sabah telah mengemukakan 16 item pengukuran. Seramai 265 calon telah dijadikan sampel kajian beliau. Jumlah item yang besar ini dibahagikan kepada tiga bidang yang utama iaitu faktor Alturinsik, Faktor Intrinsik dan Faktor ektrinsik. Halimah (2006) pula membahagikan berbagai faktor pemilihan kerjaya yang berbagai itu kepada 14 item faktor yang dominan di kalangan guru pelatih pengkhususan perdagangan di Fakulti Pendidikan , Universiti Kebangsaan Malaysia. Sementara itu di kalangan Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru (JPPG) ( Norasmah et al:2006) yang terdiri dari pakar pendidikan dari pelbagai universiti awam Malaysia pula membahagikan faktor pemilihan kerjaya guru kepada tiga kelompok besar iaitu faktor ektrinsik, intrinsik dan altuistik..
Mereka menjelaskan faktor ektrinsik sebagai berpunca daripada faktor luaran, mengharapkan sesuatu ganjaran atau hendak mencapai sesuatu matlamat tertentu. Faktor intrinsik pula meliputi hal yang berkaitan dengan faktor dalam diri individu itu sendiri. Elemen alturistik pula dijelaskan sebagai aktiviti atau tindakan yang diambil kerana seseorang individu berkenaan dipengaruhi keadaan dalaman yang lebih mirip kepada menyukai, rasa seronok, berminat, mengambil berat terhadap kanak-kanak dan genarasi muda. Jadual dibawah menunjukkan pembahagian tiga kelompok elemen dan item faktor yang terkandung dalam setiap eleman tersebut.
Kelompok Elemen
Item-item Faktor
Ektrinsik
1. Jaminan keselamatan Pekerjaan
2. Cuti yang panjang dan masa yang banyak bersama keluaraga
3. Kerjaya perguruan adalah batu loncatan ke kerjaya lain
4. Pengaruh ibubapa, guru dan rakan
5. Ganjaran kewangan dan status sosial
6. Ingin meningkatkan kemahiran interpersonal
7. menigkatkan daya kepimpnana dan berwibawa mempengaruhi orang lain.
8. Pilihan terakhir
9. Pengaruh media
Intrinsik
1. Berniat menjadi guru & berazam menyampaikan pengetahuan
2. Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara
3. Kerjaya yang dapat meningkatkan pengetahuan
4. Profesion yang mulia
5. Bangga dengan kerjaya guru
6. Profesion yang memberi perkhidmatan dengan rela
7. Berminat untuk mengajar
altruistik
1. 1. Menyukai kanak-kanak /Generasi muda
2. 2. Tugas ibadah dan dakwah
3. 3. Ingin membantu pencapaian pelajar
Daripada berbagai item yang disusun dalam mengenalpasti faktor pelajar institut pendidikan guru memilih profesion perguruan boleh dibuat rumusan terdapat tiga kelompok item faktor tersebut iaitu faktor iaitu Faktor Pertimbangan Peribadi, Faktor Alturistik dan Faktor Pengaruh. Pembahagian ini telah dibuat oleh Ginzberg et al (1951) yang telah mengemukakannya dibawah teori pemilihaan pekerjaan. Bagi Ginzberg sebelum seseorang itu memilih pekerjaan dia akan menilai dirinya dari segi kebolehan, minat dan personalitinya berkaitan kerjaya. Dia akan melihat kelayakan akademiknya yang membolehkan ia layak memohonnya. Jika berpadanan individu tersebut akan menilai mengenai minat dan personalitinya bersesuaian dengan pekerjaan tersebut. Keputusan pemilihan kerjaya itu akan diputuskan setelah melalui penilaian dari aspek akademik, minat dan personaliti individu tersebut . Aspek proses pemilihan ini dinamakan Faktor Pertimbangan Peribadi. Sementara itu terdapat juga individu yang memilih sesuatu pekerjaan berdasarkan sifat dan fungsi berkaitan pekerjaan itu sendiri. Individu yang memutuskan pemilihan kerjaya dari aspek ini akan menilai pekerjaan tersebut dari segi fungsi dalamnya yang lebih mirip kepada menyukai, rasa seronok, berminat, mengambil berat terhadap kanak-kanak dan genarasi muda. Elemen ini biasanya digambarkankan melalui sifat sukakan kanak-kanak dan genarasi muda, menganggap tugasnya sebagai satu ibadah dan dakwah, mempunyai tahap simpati dan kesabaran yang tinggi, seronok dan selesa semasa bercampur dengan kanak-kanak dan genarasi muda (Norasmah : 2006) . Proses membuat keputusan pemilihan kerjaya guru berbentuk begini tertakluk dibawah faktor Alturistik. Sementara itu Faktor pengaruh pula ialah merujuk kepada keputusan individu itu dibuat berdasarkan pengaruh orang lain yang penting dalam hidupnya seperti ibubapa, suami, rakan, guru, tokoh masyarakat atau kaunselornya. Keputusan pemilihan kerjaya ini bukan dibuat atas pertimbangan personaliti dan minatnya ataupun sifat pekerjaan itu tetapi oleh pengaruh orang lain.
Daripada item kajian yang telah dilaksanakan oleh pengkaji terdahulu terdapat berbagai item yang boleh dimuatkan di bawah ketiga-tiga kelompok iaitu faktor interinsik, faktor alturistik dan faktor ektrinsik. Item-item faktor pemilihan kerjaya guru oleh pelajar adalah seperti dibuat di dalam jadual dibawah :
Bil
Kelompok Faktor
Elemen –elemen Faktor
1
Faktor Pertimbangan Peribadi
(Intrinsik)
1. 1. Minat dan cita-cita
2. 2. Suka mengajar
3. 3. Suka kepada mata pelajaran
4. 4. Sesuai dengan kelulusan
5. 5. Sesuai watak diri/personaliti
2
Faktor Alturistik
1. Suka bekerja dengan kanak-kanak/genarasi muda
2. Ingin menyampaikan pengetahuan
3. Ingin berkhidmat pada masyarakat
4. Ingin mengatasi kelemahan guru, murid dan pretasi sekolah
5. Ingin profesion yang mencabar
6. Ingin membantu genarasi muda
3
Faktor Pengaruh
luar
(Ektrinsik)
1. Pekerjaan yang terjamin
2. Bergaji tetap/lumayan
3. Dipengaruhi orang lain (keluarga/rakan/ kaunselor)
4. Dihormati oleh masyarakat
5. Banyak cuti/masa kerja pendek/banyak masa untuk keluarga
6. Batu loncatan ke kerjaya lain
7. Peluang untuk melanjutkan pelajaran
8. Kerja mudah/senang
9. Pilihan terakhir
FAKTOR EKTRINSIK
Berdasarkan perincian di atas dapat ditentukan bahawa terdapat kelompok faktor yang dominan di dalam keputusan pelajar di IPG membuat keputusan pemilihan kerjaya perguruan. Di dalam kajian yang dijalankan oleh Noran Fauziah pada tahun 1996 (Noran Fauziah :1998) menunjukkan faktor yang paling dominan mempengaruhi pelajar IPG membuat keputusan ialah faktor Alturistik. Dapatan beliau menunjukkan dari enam petunjuk yang diambil kira seperti jadual diatas menunjukan secara purata 89.8 % guru pelatih bersetuju bahawa mereka memilih kerjaya perguruan kerana keenam-enam faktor tersebut. Sementara itu bagi faktor intrinsik pula dari kelima lima faktor yang diambil kira menujukkan purata 73.4% bersetuju pemilihan mereka berdasarkan faktor tersebut. Sementara itu hanya purata 45.9 % bersetuju sembilan faktor diatas mempengaruhi keputusan mereka memasuki kerjaya perguruan. Dalam maksud yang lain faktor ektrinsik tidak memberikan impak besar kepada keputusan memilih kerjaya perguruan bagi pelajar IPG.
Dapatan oleh Noran Fauziah berbeza dari yang diperolehi oleh Mohd Yusof (2002). kajian tersebut yang telah membahagiakan berbagai faktor kepada tiga eleman besar iaitu faktor ektrinsik , alturastik dan interinsik telah dijalankan pada tahun 2001 di empat buah Maktab di Sabah. Hasil kajiannya mendapati faktor Ektrinsik adalah lebih dominan dikalangan guru pelatih membuat keputusan memilih kerjaya perguruan. Faktor ini mewakili 42.2 % dari 265 sempel yang terdiri daripada pelajar IPG di seluruh negeri Sabah Kebanyakan dari pelajar IPG yang dijadikan sampel di bawah Eleman ektrinsik memutuskan bahawa kerjaya guru dipilih kerana ia merupakan satu pekerjaan yang terjamin (10.7%). Selain itu faktor lain juga juga turut dijadikan pilihan seperti banyak cuti (6.6%), batu loncatan/peluang melanjutkan pelajaran(6.2%), dipengaruhi oleh rakan/guru/ahli keluarga (6.2%). Faktor ektrinsik berkaitan item satu pekerjaan yang terjamin merupakan satu item yang menjadi pilihan dalam banyak kajian lain seperti yang diperolehi oleh Muhammad Sani (2002) yang menjadikan 298 orang pelajar fakulti pendidikan UKM sebagai responden. Hasil kajiannya menunjukkan 244 (81.9%) dari mereka bersetuju profesion ini adalah kerja yang terjamin. Noran Fauziah(1998) juga mendapati faktor ini dipersetujui oleh ramai pelajar iaitu mewakili 88% peratus.
Sementara itu bagi item profesion perguruan pilihan terakhir/tiada pilihan, dapatan oleh Noran Fauziah menunjukkan 19.5% sahaja bersetuju dengannya. Muhamad Sani pula mendapati 186 orang(62.4%) menafikan bahawa mereka memilih kerjaya guru kerana tiada alternative(pekerjaan) lain. Mohd Yusof pula mendapati dalam kajiannya 9.7% bakal guru yang memilih kerjaya perguruan menjadikan profesion ini adalah pilihan terakhir (tiada pilihan lain). Sementara itu Halimah (2006) dalam kajiannya terhadap 25 orang pelatih pendidikan pengkhususan perdagangan di Fakulti Pendidikan UKM mendapati hanya seorang sahaja (4%) yang memilih kerjaya perguruan sebagai pilihan terakhir. Oleh itu faktor pilihan terakhir/tiada pilihan bukanlah faktor besar yang mempengaruhi pelajar IPG untuk menjadi guru Namun begitu jika diteliti secara menyeluruh memang tidak dapat dinafikan terdapat calon guru yang menjadikan profesion perguruan sebagai alternatif terakhir profesion mereka. Jadi kerjaya perguruan bukan pilihan utama mereka. Jika diambil dari dua kajian berkaitan item faktor ini di IPG oleh Noran Fauziah (19.5%) dan Mohd Yusof (9.7%) terdapat purata 14.6% daripada pelajar IPG yang menjadikan profesion perguruan sebagai pilihan terakhir mereka.Di dalam hal ini Mohd Yusof menjelaskan faktor pilihan terakhir/tiada pilihan ini berlaku kerana terdapat kesukaran bagi calon mendapat pekerjaan lain yang sesuai dengan kelayakan akademik mereka. Jelasnya mereka lebih rela memilih kerjaya bukan pilihan dan cita-cita mereka daripada terpaksa menjadi penganggur atau mendapat kerjaya yang tiada jaminan masa depan. Walaupun jumlah ini sebenarnya kecil tetapi ianya harus diberi perhatian kerana dikhuatiri kumpulan ini akan memberi kesan kepada keberkesanan sistem pendidikan negara.
Bagi item lain di dalam elemen ektrinsik iaitu keputusan dipengaruhi oleh pihak tertentu pula memperlihatkan Mohd Yusof mendapati 6.2% pelajar di IPG yang dikaji membuat keputusan kerana dipengaruhi oleh pihak lain seperti keluarga, rakan sebaya atau guru.. Sementara dalam dapatan Noran Fauziah pula terdapat 20% pelajar IPG bersetuju pilihan mereka adalah dipengaruhi oleh ibubapa mereka. Di peringkat calon guru di IPT pula hasil kajian tersebut menunjukkan dapatan yang hampir sama seperti yang dibuat oleh Muhammad Sani iaitu 72.5% dan Halimah (2006) sebanyak 48%. Sementara bagi item banyak cuti/masa kerja pendek faktor ini didapati oleh Mohamad Yusof mempengaruhi 6.6% pelajar. Noran Fauziah pula mengesannya sebanyak 60% yang bersetu pemilihan mereka dengan terdapat banyak cuti dalam profesion perguruan dan 26% sahaja yang bersetuju waktu kerja guru adalah singkat. Sementara Muhammad Sani pula menyatakan dalam kajiannya antara tarikan utama pemilihan profesion guru dikalangan pelajar kerana mereka menganggap profesion ini memberi kemudahan cuti yang panjang dan masa kerjanya adalah pendek (64.4%). Sementara itu Halimah (2006) pula mendapati pemilihan bakal guru terhadap kerjaya pendidik kerana faktor ’ada masa untuk keluarga’ mempengaruhi 6 orang dari 25 orang respondennya (24.%)
Di bawah Elemen ektrinsik juga terdapat item ’peluang untuk melanjutkan pelajaran’ dan ’batu loncatan untuk ke kerjaya lain’. Namun begitu ramai pelajar yang bersetuju kerjaya guru banyak memberi peluang untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka (Muhamad Sani(71%) : Noran Fauziah (90%) ; Mohd Yusof (6.2%). Namun begitu bilangan mereka yang menjadikan perguruan sebagai kerjaya sementara adalah rendah (Noran Fauziah (22%) , Mohd Yusof (6.2%). Jelasnya ramai dikalangan pelajar IPG memilih kerjaya keguruan kerana terdapat peluang untuk mereka meningkatkan status akademik namun masih terdapat sebilangan kecil dari mereka yang enggan menjadikan kerjaya ini sebagai kerjaya tetap mereka. Kajian Muhammad Sani mengukuhkan dapatan ini apabila terdapat respondennya (25.2%) menyatakan mereka hanya mahu berada di dalam profesion perguruan dalam jangka masa 1-5 tahun sahaja. Jika dilihat dari segi peratusannya memperlihatkan kecenderungan yang rendah dikalangan guru yang menjadikan motif kerjaya guru sebagai batu loncatan ke kerjaya lain. Namun begitu bilangan yang sedikit ini menambah lagi faktor kebimbangan terhadap komitmen mereka terhadap profesion mereka. Menurut Norasmah (Norasmah et al) fenomena kurang sihat ini sebenarnya perlu dibimbangi kerana trend semasa yang berlaku di Amerika Syarikat pada tahun 2005 menunjukkan ramai guru telah meninggalkan profesion ini dengan memberi berbagai alasan seperti ingin mendidik anak-anak, memulakan perniagaan dan bersara awal. Walaupun usaha dilakukan dengan memberi imbuhan tahunan dan bonus kepada guru untuk mengekalkan mereka di dalam kerjaya ini namun masih terdapat ramai dari kalangan mereka yang berhenti dan menamatkan kerjaya mereka. Sedikit sebanyak peratusan yang sedikit ini pasti menjejaskan usaha untuk melahirkan guru yang komited dan profesional dalam komitmen yang dinyatakan di dalam PPIP iaitu untuk memertabatkan profesion perguruan.
Jelasnya faktor ektrinsik jika dilihat dari item motif bukanlah faktor terbesar yang mempengaruhi kecenderongan pelajar IPG memilih profesion perguruan. Namun bagitu jika dilihat dari gabungan kesemua item kecil motif ektrinsik tersebut ternyata ia menjadi faktor yang popular dikalangan pelajar IPG sepertimana yang di dapati oleh Mohd Yusof dalam kajian yang dijalankannya. Sedikit sebanyak kecenderungan yang kian menigkat daripada faktor ektrinsik dikhuatiri akan menjejaskan produktiviti dan kualiti pendidikan di negara ini Hairunajja Najmudin (2007) menjelaskan jika faktor pemilihan kerjaya berlaku disebabkan oleh faktor pengaruh dan kehendak orang lain akan menyebabkan konflik dalam diri individu tentang pekerjaannya pada masa akan datang. Konflik berlaku kerana mereka merasakan pekerjaan itu tidak sesuai dengan dirinya, dirasakan terlalu sukar dilakukan, tidak mendatangkan kegembiraan dalam hidupnya menyebabkan rasa tertekan dan bosan . Akibatnya pekerjaan itu dilakukan dengan terpaksa dan sekadar memenuhi syarat tanpa adanya peningkatan dari segi kualiti dan produktiviti Jelasnya individu mungkin merasakan mereka tersilap langkah dan akan memikirkan untuk mencari elternatif lain. Pada tahap tertentu pula produktiviti yang rendah itu akan mendatangkan masalah kepada dirinya dan memberi kesan kepada organisasi. Di sini dapat dikatakan jika faktor pengambilan pelajar IPG tidak mengambil kira kemasukan individu yang berminat dan komited terhadap kerjaya perguruan akan banyak mendatangkan impak nagetif profesion perguruan.. Mereka juga menjadi penghalang kepada perlaksanaan berbagai program pendidikan di sekolah dan dikalangan rakan sejawatan. Lebih membimbangkan lagi jika kumpulan kecil dikalangan guru ini akan menjadi pelajar sebagai mangsa kepada sikap tidak komited tersebut. Oleh itu proses pemilhan calon pelajar IPG perlu lebih ketat dan sistem penapisan pengambilan guru perlu menggunakan pendekatan lebih relevan yang dapat mengenalpasti calon yang tidak berminat untuk dikeluarkan dari aliran sistem pemilihan tersebut. Ianya bertujuan untuk mendapatkan calon pelajar yang benar-benar berkelayakan dan mempunyai minat dan kecenderungan untuk komited didalam profesion perguruan.
FAKTOR INTRINSIK
Faktor intrinsik merupakan satu faktor yang boleh menetukan keupayaan sesorang bekerja dengan cemerlang di dalam kerjayanya Sidek (2002) menyatakan bahawa pemilihan kerjaya mestilah selaras dengan keinginan dan minat individu. Pemilihan kerjaya yang selaras dengan keinginan dan minat ini akan dapat mengurangkan dan mengelak daripada berlakunya pertukaran kerja dalam masa yang singkat. Apabila dilihat dari sudut persepsi minat ini dilihat jelas mempengaruhi komitmen individu terhadap kerjaya mereka. Kerjaya perguruan adalah tidak terkecuali dari pengaruh faktor tersebut. Apatah lagi jika dilihat kerjaya guru adalah kerjaya yang memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. Jika dilihat dari kajian terdahulu yang telah dilakukan dikalangan ahli akademik faktor minat sebenarnya terletak di bawah eleman Intrinsik. Sebenarnya faktor minat sering dilihat oleh ahli akademik sebagai satu faktor yang perlu diutamakan sebagai ukuran dalam proses pengambilan guru. Di dalam elemen intrinsik minat merupakan salah saktu faktor yang sering dijadikan ukuran kepada penilian terhadap seseorang guru kepada profesionnya. Di dalam beberapa kajian yang lepas terdapat perbezaan dapatan berkaitan dengan pengaruh faktor intrinsik ini. Noran Fauziah (1998) misalnya mendapati faktor yang berkaitan pertimbangan peribadi merupakan satu faktor yang amat mempengaruhi keputusan pelajar memilih profesion perguruan. Ramai dikalangan pelajar yang dikaji menyatakan bahawa perwatakan mereka sesuai dengan kerjaya guru (81%) . sementara itu item berkaitan dengan minat atau cita-cita sejak dari kecil, sebanyak 73% responden bersetuju dengannya. Dapatan oleh Mohd Yusof pula mendapati 21.4 % responden menyatakan faktor cita-cita /minat mengajar /sesuai dengan watak merupakan satu faktor utama responden dibawah eleman intrinsik. Sementara Halimah (2006) pula menyatakan faktor minat merupakan suatu pengaruh yang signifikan terhadap prestasi guru pelatih dalam latihan mengajar . Ini dibuktikan bahawa guru pelatih yang mendapat prestasi cemerlang dan baik dalam latihan mengajar ialah terdiri mereka yang memilih kerjaya perguruan kerana faktor minat semenjak dari kecil, sukakan pelajar, berhenti kerja dari kerjaya lumayan, gaji bukan faktor pilihan kerjaya guru dan faktor bercita-cita membantu bangsa dan negara.
Jelas disini faktor intrinsik memainkan peranan dalam mencorakkan komitmen individu terhadap prestasi mereka.
Hasil dari dapatan beberapa kajian diatas faktor intrinsik sebenarnya masih merupakan faktor utama faktor pemilihan pelajar keprofesion guru namun begitu dapatan tersebut juga menunjukkan terdapat sebilangan dari guru tersebut memilih kerjaya guru bukan disebabkan minat, kebolehan diri, suka mahupun kepada pelajar . Jika dibandingkan dari dapatan Noran Fauziah(1998) dan Mohd Yusuf (2001) terdapat kemerosotan pengaruh faktor intrinsik terhadap keputusan pelajar IPG memilih profesion perguruan. Mohd Yusof mendapati hanya 37% sahaja pelajar IPG yang bersetuju faktor intrinsik mempengaruhi mereka memilih kerjaya perguruan sedangkan kajian Noran Fauziah pula jika diambil dari 5 faktor intrinsik dari jadual terdahulu memperlihatkan lebih dari 50% pencapaian dari setiap item. Mereka bersetuju bahawa perguruan bukan sahaja minat dan suka mengajar tetapi juga percaya mereka mempunyai personaliti/watak sebagai guru. Mereka juga bersetuju bahawa mereka juga sukakan kanak-kanak dan memilih faktor perguruan kerana sukakan mata pelajaran disekolah.Dapatan Halimah juga mengalami situasi yang sama. Faktor minat mengajar, sukakan sekolah dan kepuasan kerja menujukkan perncpaian yang rendah iaitu hanya tidak lebih dari 36% yang bersetuju faktor tersebut mempengaruhi respondennya membuat keputusan memilh kerjya perguruan Muhammad Sani pula sebagai bandingan setara menunjukan terdapat 50% responden menyatakan mereka sememang bercita-cita menjadi guru dan mereka mengangap profesion ini sesuai dengan dengan bakat dan kebolehan mereka.(43.5%).
FAKTOR ALTRUISTIK
Elemen alturistik pula dijelaskan sebagai aktiviti atau tindakan yang diambil kerana seseorang individu berkenaan dipengaruhi keadaan dalaman yang lebih mirip kepada menyukai, rasa seronok, berminat, mengambil berat terhadap kanak-kanak dan genarasi. Selain itu mereka juga cenderung mengangap tugas guru sebagai tugas dakwah , mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan seronok bergaul dengan kanak-kanak dan genarasi muda. (Norasmah :2006) . Dalam kebanyakan kajian mendapati faktor altruistik meruapakan antara faktor yang berpengaruh terhadap keputusan individu memilih bidang pekerjaaan seperti kajian Best (1948) , Book , Freeman & Brousseau ( 1985) ( Noran Fauziah : 1998) . sementara beberapa kajian di negara ini ini juga menggunakan beberapa elemen di dalam faktor altruistik di dalam kajian mereka seperti Jaafar Lebai Abdul Ghani ( 1995), Noran Fauziah ( 1998), Surani Supardi (1996) Mohd Yusof (2002) , Muhamad Sani (2002) dan Halimah (2006). Walaupun begitu kajian yang menunjukkan berbagai elemen yang berbeza yang mempengaruhi bakal guru di dalam faktor altruistik membuat keputusan menjadi guru.
Salah satu dari elemen berkaitan faktor alturistik yang sering menjadi pilihan oleh pelajar IPG ialah suka beekrja dengan kanak-kanak . Mohd Yusof (2002) mendapati motif ini menjadi pilihan utama di bawah pengaruh altruistik iaitu 8.5% dari keseluruhan subjek kajiannya. Sementara Noran Fauziah (1998) mendapati 90 % pelajar IPG menyukai kanak-kanak sebagai sebab memilih proesion perguruan. Sementara Suhaini Supardi (1998) pula mendapati dari 98 calon KPLI yang dijadikan subjek kajian di Maktab Perguruan Teknik mendapati 69.4 % dari mereka yang memasuki kurusus perguruan terpengaruh dengan motif ini. Sementara itu jika dilihat dapatan yang diperolehi dari dapatan Muhamad Sani (2002) menunjukkan hanya 52.4% yang meminati frofesion perguruan kerana faktor sukakan kanak-kanak . Sementara itu bagi elemen ’ingin berkhidmat kepada masyarakat’ pula dapatan oleh Noran Fauziah (1998) menunjukkan 98 % daripada mereka bersetuju dengan motif ini . Sebaliknya Mohd Yusof (2002) mendapati 6.6 % sahaja respondennya memilih faktor ini. Dapatan oleh Suriani Suhardi(1998) pula menunjukkan faktor ini adalah faktor tertinggi yang dipilih kebanyakan pelajar KPLI Institut Pendidikan Guru yang memilih profesion perguruan iaitu 93.9 %. Dibandingkan pula dengan kecenderungan pelajar-pelajar Universiti yang dibuat oleh Mohammad Sani (2002) pula menunjukkan faktor ingin memberi khidmat kepada masyarakat bangsa dan negara mencapai sehingga 98.3 %. . Satu lagi faktor yang populur dikalangan pelajar IPG apabila membuat keputusan memilih profesion perguruan ialah menyampaikan pengetahuan . Mohd Yusof (2002) mendapati faktor ini menduduki tempat ke 14 dari 30 tema yang dijadikan pilihan sebgai faktor pemilihan kerjaya guru. Faktor ini hanya mendapat 4.8 % pilihan dari pelajar IPG sedangkan Noran Fauziah pula mendapati 91% daripada mereka memilih faktor ini. Beberapa faktor lain seperti inginkan profesion yang mencabar (Noran Fauziah (91%) , Mohd Yusof (5.9%) juga anatara faktor yang dijadikan petunjuk oleh pelajar dalam pilhan kerjaya guru. Faktor Ingin mengatasi kelemahan guru, murid dan pretasi sekolah dan faktor Ingin membantu genarasi muda adalah antara faktor alturistik yang tidak menjadi pilihan utama oleh pelajar IPG
ISU- ISU FAKTOR PEMILIHAN GURU
Perubahan faktor yang mempengaruhi pelajar IPG
Kefahaman tentang hasrat dan niat pelajar IPG memilih profesion perguruan penting kerana ianya akan membantu kita mengenalpasti elemen yang mempengaruhi tingkah laku dan tindakan sesorang terhadap pekerjaannya. Ryan (1960) telah membahagikan 2 kreteria guru berkesan yang boleh dijadikan panduan menentukan kualiti guru iaitu
· Melibatkan keupayaan mental dan kemahiran guru, kefahamannya tentang prinsip pendidikan dan psikologi serta pengetahuan dalam subjek yang diajar.
· Kualiti diatas adalah lahir daripada personaliti guru, minat, sikap dan kepercayaan serta tingkah laku dalam hubungan pekerjaanya dengan pelajar dan pihak berkaitan
Perkara pertama adalah lahir dari latihan dalam menerapkan pengetahuan kepada guru, namun begitu semuanya itu dalam usaha melaksanakan pengetahuan yang diperolehi hasil dari latihan itu adalah bergantung kepada minat dan sikap guru tersebut. Dalam maksud lain minat dan sikap adalah pemnentu kepada keberkesanan seseorang guru itu di dalam tugasan profesionalnya. Oleh itu faktor minat dan sikap harus diberi perhatian dalam melakukan penilaian terhadap pemilihan guru kerana mengambil mereka yang benar-benar memenuhi kreteria tersebut mampu melahirkan guru berkesan.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh beberapa pengkaji terdahulu ternyata terdapat beberapa perubahan yang berlaku di dalam faktor atau motif pelajar IPG memeilih profesion perguruan . Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Noran Fauziah pada tahun 1998 memeperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar IPG memeohon kursus perguruan adalah disebabkan oleh faktor Alturistik dan Intrinsik. Sementara itu faktor ektrinsik mempunyai pengaruh yang lemah terhadap motif mereka memilih profesion perguruan . Faktor alturistik adalah amat mempengaruhi mereka dimana lebih daripada 90% respondennya mempunyai niat dan aspirasi untuk berkhidmat kepada masyarakat dengan mendampingi kanak-kanak dan membantu mereka mengatasi kelemahan di dalam pelajaran. Sementara faktor intrinsik pula memeperlihatkan mempengaruhi lebih dari purata 70 % berdasarkan 6 elemen yang menjadi ukuran. Ini menunjukan pelajar IPG pada waktu tersebut memilih kerjaya perguruan berdasarkan minat mereka kepada kerjaya dan mereka suka kepada pengajaran , mata pelajaran dan sesuai pula dengan pencapiaan akademik mereka. Faktor Intrinsik pada waktu kajian ini dijalankan merupakan faktor yang tidak popular dikalangan pelajar IPG . Hanya faktor satu pekerjaan yang terjamin sahaja yang mendapat peratusan tinggi iaitu 80 % , namun bagi aeleman lain di bawah faktor inrinsik hanya mencapai purata kurang 60% . Ertinya faktor intrinsik tidak mempangaruhi keputusan mereka untuk memilih perguruan . Persoalan gaji, masa kerja singkat, pengaruh orang lain tidak memepengaruhi mereka dan pentingnya kerjaya guru bukan pilihan terakhir mereka. Jelasnya pada akhir era 90an guru yang memasuki bidang perguruan adalah dikalangan mereka yang mempunyai minat ,cita-cita , azam yang tinggi untuk berkhidmat di dalam bidang pendidikan. Dapatan yang sama juga boleh dilihat di dalam kajian Suhaini Supardi pada waktu yang hampir sama yang dijalankan terhadap 98 pelatih di Maktab Perguruan Teknik pada tahun 1998 menunjukan faktor alturistik adalah unsur yang mempengaruhi keputusan mereka dan di ikuti oleh faktor intrinsik. Sementara faktor ektrinsik yang mempengaruhi keputusan mereka adalah yang terendah terutamanya dari elelmen pengaruh orang lain dan banyak cuti iaitu kurang dari 60 % . Kajian yang dijalankan oleh seorang lagi pengkaji yang awal sedikit dari kedua-dua kajian ini iaitu oleh Jaafar Lebai Abdul Ghani di Institut Perguruan Darul Aman (IPDA) pada tahun 1995 memperlihatkan faktor alturistik adalah faktor yang mempengaruhi kebanyakan pelajar KPLI yang menjalani latihan di maktab tersebut. Kebanyakan dari elemen yang dijadikan ukuran di bawah faktor alturistik mencapai lebih dari 90 %. Jelas kajian yang tidak jauh jarak masa kajiannya yang dijalankan terhadap pelajar IPG memperlihatkan kecenderungan yang sama di kalangan guru pelatih IPG iaitu memilih bukan disebakan oleh faktor ektrinsik
Namun begitu dari kajian yang muktahir yang dilihat iaitu oleh Mohd Yusof (2002) , Muhamaad Sani ( 2002) Halimah (2006) memperlihatkan beberapa perubahan dalam corak pemilhan faktor pelajar memeilih profesion perguruan. Mohd Yusof dalam kajiannya pada tahun 2002 itu mendapati faktor ektrinsik telah menjadi dominan dan banyak menjadi sebab kepada pelajar memilih profesion perguruan. Beliau mendapati dari 265 sempel kajiannya 42.2% responden membuat keputusan memilih profesion perguruan adalah dipengaruhi oleh faktor intrinsik . Kajiannya menunjukkan kebanyakan dari calon guru yang memasuki profesion ini adalah dari kalangan mereka yang berkemungkinan telah bekerja di sektor swasta yang terancam oleh fenomena pembuangan pekerja jadi mereka mahukan jaminan kerja. Di kalangan mereka juga mungkin pengangur yang tiada pilihan kerja dan berharap mendapat kerjaya guru yang bergaji dan berpeluang untuk menyambung pelajar di samping faktor cuti yang banyak terdapat di dalam skim perkhidmatan guru. Dapatan tersebut juga dikongsi oleh Muhamad Sani pada tahun 2002 yang dijalankan di fakulti pendidikan UKM di mana didapati faktor ektrinsik seperti dipengaruhi oleh orang lain ( 72.5%) , jaminan kerja(81.9%) dan faktor bergaji tetap/lumayan ( 68.8%) menjadi antara faktor yang berpengaruh dikalangan respondennya. Sementara itu gambaran dari kajian terdekat pada 2006 dari Halimah Harun (2006) mendapati keputusan memilih kerjaya perguruan adalah dipengaruhi oleh keluarga (48%) dan ada masa untuk keluarga (24% )adalah faktor terbesar yang mempengaruhi keputusan pelajar pengkhususan perdangangan di Fakulti Pendidikan UKM.
Secara bandingannya juga jika diukur dari faktor alturinsik memperlihatkan kemerosotan sebagai faktor pemilihan kerjaya perguruan oleh pelatih IPG. Faktor alturinsik merupakan faktor terakhir yang dipertimbangkan oleh pelajar sewaktu memilih kerjaya perguruan seperti didapai oleh Mohd Yusof iaitu hanya mencapai 24.8% sahaja. Faktor ingin membantu masyarakat(2.3%) amat tidak berpengaruh jika dibandingkan dengan faktor tiada pilihan kerja (9.7%) dan faktor banyak cuti/kerja senang (6.6%). Halimah juga mendapat keputusan yang sama dimana faktor ada banyak masa bersama keluarga (banyak cuti)(24%) mengatasi faktor suka membantu orang lain (8%). Dapatan ini mengambarkan terdapat perubahan faktor membuat keputusan pemilihan kerjaya guru dari kalangan pelajar bukan sahaja di IPG malahan di universiti. Keputusan bukan lagi dibuat berdasarkan minat , cita dan azam untuk berkhidmat tetapi dibuat atas pengaruh ekonomi, keselesaan dan lebih memperlihatkan kepentingan diri dan bukan kepentingan profesion yang mereka pilih. Sementara itu Minhat Dolah (2006) dalam kajiannya terhadap tahap kerunsingan dan iltizam pelajar di Institut Perguruan mendapati Terdapat 35.2 % guru pelatih berada di dalam kumpulan kekecewaan (Pasimistik, celaru fikiran dan emosi, prasangka terhadap kawan, tidak dapat memberi iltizam terhadap maktab dan profesion perguruan) Dapatan tersebut juga menunjukkan 3.2 % guru pelatih tidak mempunyai iltizam terhadap prrofesion perguruan sewaktu menjalani latihan perguruan di IPG. Dapatan Minhat juga mempunyai persamaan dengan hasil kajian Noriah et al (2003) terhadap 6 orang guru pelatih dimana didapati 4 orang daripadanya sedia bertukar profesion dengan alasan profesion ini kurang menyediakan kenaikan pangkat dan merupakan pilihan terakhir kerana tidak mendapat pekerjaan lain. Muhamad Sani (2002) juga mendapati terdapat hanya 60.7% sahaja guru yang akan terus memilih profesion perguruan jika diberi pilihan kali kedua untuk memilih profesion lain. Dalam erti kata lain terdapat 30.3% bakal guru yang menjadikan profesion perguruan sebagai buka pilihan utama. Golongan ini akan meninggalkan profesion ini jika terdapat peluang lain. Jadi golongan ini tidak mempunyai iltizam di dalam profesion perguruan.
Perubahan dalam ragam faktor yang mempengaruhi pemilihan profesion perguruan perlu diberi perhatian kerana ianya akan mempengaruhi tingkahlaku guru yang akan menjalankan tugas mendidik. Negara sebenarnya amat bergantung kepada kualiti guru untuk membentuk modal insan yang akan menerajui dimasa akan datang sebagaimana yang diperkatakan oleh Turney (1994) bahawa kualiti sesebuah negara adalah bergantung kepada kulaiti warganegaranya. Kualiti warganegaranya bergantung kepada kualiti pendidikan sedangkan kualiti pendidikan sangat bergantung kepada kualiti-kulliti gurunya. Oleh itu untuk mendapatkan seorang guru yang berkualiti harus berpunca dari niat dan minatnya terhadap pekerjaan yang mereka ceburi. Seandainya mereka mempunyai minat dan kecenderungan yang kuat terhadap profesion mereka pastilah mereka akan menjadi guru yang cemerlang. Berdasarkan dari dapatan yang telah disebut terdahulu terdapat beberapa isu yang perlu diberikan perhatian
Isu Guru Yang tidak berminat dalam Profesion Perguruan
Isu yang perlu diberi perhatian ialah bilangan guru yang tidak mempunyai minat terhadap profesion perguruan adalah tinggi jika diukur dari segi kajian yang telah dijalan kan. Noran Fauziah misalnya mendapati faktor minat dan cita-cita calon guru di IPG mempengaruhi 70 % dari sebab mereka meilih profesion perguruan. Oleh itu 30% dari mereka menafikan kerjaya guru adalah cita-cita dan minat mereka. Sementara bagi dapatan Mohd Yusof pula yang dibuat 4 tahun kemudiannya mendapati faktor ini hanya mempengaruhi 21.4 % dari 265 orang guru yang memilih profesion perguruan . Angka ini sebenarnya rendah dan merisaukan kerana bilangan mereka yang mempunyai minat dan niat yang sejati terhadap profesion ini akan dapat menentukan perlaksanan pengajaran secara berkesan dan efektif. Kebimbangan tersebut adalah wajar apabila Sidek Mohd Noah (2002) menjelaskan bahawa faktor utama kejayaan seseorang di dalam kerjayanya ialah apabila minat dan rasa tanggungjawab individu disamping imej kendiri yang sesuai dengan sesuatu kerjaya. Jika penjelasan ini dijadikan ukuran kita seharusnya bimbang kerana kadar mereka yang tidak berminat telah menunjukkan penigkatan berdasarkan dua kajian diatas Sementara itu Halimah (2006) pula mendapati pelajar yang mencapai kejayaan cemerlang di dalam latihan mengajar yang di capai oleh pelajarnya adalah terdiri dari mereka yang menjadikan profesion perguruan sebagai minat mereka dan suka kepada pelajar. Sebaliknya mereka yang berprestasi rendah ialah mereka yang terdiri dari kumpulan yang menjadikan kerjaya guru kerana pengaruh orang lain dan kerjaya pilhan terakhir. Ini mengambarkan prestasi pekerjaan guru sangat berkaitan dengan faktor mereka memilih profesion guru. Mereka sebenarnya tiada pilihan pekerjaan lain ataupun gagal mendapat pekerjaan dan setengah bertukar perofesion kerana tidak mempunyai ketahanan dalam profesion asal mereka terutamanya apabila berkhidmat dengan sektor swasta. Golongan ini perlu diberi perhatian kerana bilangan ini adalah besar dan mempunyai pengaruh terhadap iltizam dan komitmen mereka terhadap kerjaya perguruan.
Kebimbangan tersebut wajar kerana akhir-akhir ini masyarakat mula mempertikaikan kualiti guru dan seringkali masyarakat menyalahkan mereka kerana kegagalan melahirkan pelajar yang berdisiplin dan berkualiti. Perubahan semasa yang menunjukan bebanan tugas guru sebagai berat memerlukan komitmen lebih besar dari para pendidik . Oleh itu peranan dan tanggungjawab guru semakin besar. Usaha ini memerlukan tuntutan tenaga dan masa yang buka sedikit dan yang paling dibimbangkan golongan yang tidak berminat dan memilih profesion perguruan kerana faktor ektrinsik akan menggangu usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan dinegara ini. Pemilihan kerjaya secara terpaksa akan ini akhirnya kan menimbulkan rasa bosan dan kecewa yang kemudiannya membawa kepada penurunan motivasi yang akhirnya akan menyebabkan individu tersebut tidak dapat memberikan umpuan dan penglibatan sepenuhnya terhadap tugas yang diamanahkan kepadanya ( Sidek Md Noah). Harus juga disedari dari senario semasa di dalam perkembangan pendidikan terdapat beban tugas yang mencabar yang perlu diharungi oleh guru. Jika tiada minat yang mendalam dikalangan guru mampukah mereka mengharungi masalah yang dilalui oleh 98 % dari 355 guru yang memilih bersara awal pada tahun kerana merasakan mereka sentiasa mengalami tekanan kerja kerana dibebankan dengan kerenah birokrasi , tahap kepusan yang rendah, gaji yang sedikit, keadaan kerja yang tidak memuaskan, tiada peluang kenaikan pangkat dan beberapa sebab lain( Siti Thaniza Toha : 2002) . Kehadiran mereka yang tidak berminat di dalam profesion perguruan ini sebenarnya mampu untuk menjejaskan harapan negara untuk mengangkat pendidikan negara ke pentas dunia. Oleh itu kemasukan kumpulan ini harus diberi perhatian dan beberapa pihak berkaitan perlu untuk mengambil langkah segera bagi menyekat kehadiran mereka yang mampu membantutkan inspirasi pendidikan negara.
Isu Pilihan Kerjaya Sementara
Penganguran merupakan satu masalah yang sedang melanda negara ketika ini . Dalam laporan akbar (Berita Harian -25/03/05) misalnya menyebut hampir 600,000 pengangur terdapat diseluruh negara dan 80,000 darinya adalah dikalangan garaduan. Keadaan kekurangan peluang pekerjaan ini sedikit sebanyak turut mendorong ramai dikalangan penganggur ini mengalihkan tumpuan kepada kerjaya perguruan kerana melihat kerjaya ini sentiasa berkembang dan terjamin pekerjaannya. Jika dilihat dari dapatan kajian yang dijalankan faktor kerjaya guru sebagai batu loncatan ke kerjaya lain mempunyai pengaruh yang tersendiri di dalam faktor pemilihan kerjaya guru dikalangan pelajar IPG. Jika dilihat di dalam kajian Noran Fauziah mendapati terdapat 22% dari pelajar IPG menjadikan kerjaya ini sebagai batu loncatan untuk ke kerjaya lain. Sementara itu Mohd Yusof pula mendapati 6.2 % daripada 355 guru menjelaskan bahawa mereka menjadikan kerjaya guru sebagai kerjaya sementara. Muhammad Sani pula dalam kajian yang lain dikalangan pelajar Universiti mendapati hanya 50% sahaja dari pelajar bidang pendidikan mahu terus kekal di dalam kerjaya guru sehingga bersara. Jika dilihat pula dari sebalik dapatan itu sememangnya tidak dapat dielakkan terdapat dikalangan pelajar IPG adalah terdiri dari mereka yang menjadikan kerjaya guru sebagai kerjaya sementara sebelum mereka mendapat pekerjaan yang sesuai dengan minat dan kehendak mereka . Di kalangan penganggur pula kerjaya ini mampu menghilangkan sedikit kerisauan mereka untuk mendapat pekerjaan yang sesuai. Di khuatiri pula kemasukan mereka di dalam bidang pekerjaan guru hanyalah sementara sebelum mendapat peluang pekerjaan yang lain sesuai dengan bidang dan kelayakan mereka.
Faktor berhasrat untuk mencari kerjaya lain dan menjadijkan perguruan kerjaya sementara juga di dapati oleh Halimah(206) telah menjejaskan prestasi pelajar di dalam latihan mengajar . Mereka yang berpegang dengan faktor ini menunjukan sikap tidak berminat menjadi guru, suka menyalahkan pelajar, lesu dan kurang tenaga dan tidak bersemangat untuk bekerja. Mereka tergolong dalam kelompok guru yang menjalani latihan mengajar yang mendapat prestasi rendah. Dapatan ini jelas membuktikan faktor menjadikan kerjaya guru sebagai batu loncatan mempengaruhi prestasi guru dalam perguruan. Jelas ianya membuktikan bahawa memang ujud dikalangan guru yang menjadikan kerjaya perguruan hanya sementara. Apabila berpegang kepada hasrat untuk menjadikan kerjaya guru sebagai sementara dibimbangi mereka tidak mempunyai tumpuan dalam kerjaya guru. Prestasi guru seperti ini mendatar dan tidak akan bekerja bersungguh sungguh kerana bagi mereka mereka tidak perlu pengiktirafan prestasi dan lambat laun mereka akan meninggalkan kerjaya peguruan . Keadaan ini akan melemahkan sistem pendidikan negara . Malahan mereka menjadi punca utama yang dijadikan gambaran oleh masyarakat bahawa kumpulan guru masakini dalam keadaan lesu dan tidak berkerja bersungguh-sungguh dalam mendidik anak mereka. Oleh itu fenomena pelajar IPG yang menjadikan kerjaya perguruan perlu ditangani segera bagi menyelamatkan bukan sahaja profesion guru malahan penganyiaan terhadap pelajar yang merupakan modal insan negara di masa akan datang.
Isu Sistem pengambilan gagal memilih guru yang berkualiti
Akhir-akhir ini kementerian pelajaran telah mula menegaskan mengenai syarat pengambilan guru dengan lebih ketat. Malahan di dalam salah satu matlamat PIPP dibawah perakuan Memertabatkan Profesion Keguruan ialah menambah baik sistem pemilihan calon guru. Sementara di dalam perakuan tersebut juga di perakui cabaran dalam pengambilan guru iaitu
8.09 Dalam usaha menghasilkan guru yang cemerlang, berkualiti dan bertaraf dunia , pemilihan calon guru pelatih yang bermina dalam profesion keguruan dibuat dengan teliti. . Cabaran KPM adalah bagi memantapkan sistem pemilihan guru pelatih supaya mereka yang berminat dan mempunyai sahsia yang baik sahaj di pilih. Langkah-langkah inovatif juga akan dipergiatkan bagi menarik lebih ramai pelajar cemerlang menyertai profesion keguruan.
(Status semasa , Cabaran dan tumpuan dalam RMKe – 9 Memperkasakan Profesion Keguruan PIPP 2006-2010)
Sementara itu dalam usaha ini juga Bahagian Pengambilan Guru (BPG), KPM telah memperbaiki sistem pengambilan guru dengan memperkenalkan instrumen Inventori Teacher Selection Test (MteST) dengan mengambil kira sahsiah guru (INSAK), analatikal, kuantitatif, Verval, dan penguasaan bahasa Inggeris sebagai sistem saringan pemilihan guru ke bidang keguruan. Instrumen ini telah diguna pakai mulai pengambilan pelajar IPG mulai tahun 2005 menggantikan instrumen Ujian Kelayakan Perguruan (UKELP). (Minhat Dolah :2006). Tumpuan terhadap proses memilih calon guru yang berkualiti sememangnya perlu diperkemaskan. Ianya penting kerana dari kajian oleh pakar penyelidik pendidikan memperlihatkan bahawa terdapat ramai calon guru yang tidak berkualiti telah terlepas dari saringan sistem yang terdahulu. Noran Fauziah pada tahun 1998 mendapati pelajar IPG yang menjadikan kerjaya perguruan sebagai pilihan terakhir meencapaian peratusan yang agak besar iaitu 19% Begitu juga mereka yang memilih kerjaya keran dipengaruhi oleh orang lain juga mencapai 25% . Dapatan yang lain juga seperti Mohd Yusof menunjukan guru menjadikan profesion ini sebagai pilihan terakhir adalah besar iaitu 9.7% dari bilangan responden berjumlah 335 orang. Sementara bagi Faktor pemilihan dipengaruhi orang lain mencapai 6.2% . Suhaini Suhardi juga mendapati angka itu lebih besar sehingga mencapai 54% dari respondennya. Kajian ini menjelaskan dapatan bahawa Inventori terdahulu gagal untuk memilih calon yang benar benar berminat memasuki bidang keguruan. Oleh itu kegagalan instrumen ini telah menyebabkan kehadiran sebilangan guru yang menjadikan kerjaya guru sebagai batu loncatan atau kerjaya sementara sebelum mendapat peluang kerjaya yang mereka ingini .sementara itu selari dengan kajian itu Muhamad Sani juga mendapati 72.5% guru di universiti turut dipengaruhi oleh orang lain semasa membuat keputusan memilih kerjaya perguruan. Halimah (2006) pula mendapati 48% dari 25 respondennya dari kalangan calon guru menyatakan pilihan mereka berdasarkan kepada kehendak keluarga. Dapatan ini menunjukkan keselarian dari 3 dapatan di IPG. Jelasnya golongan ini merupakan setitik hitam yang sedang mewarnai kesucian profesion perguruan di mata masyarakat.
Memandangkan seriusnya keadaan pengambilan guru yang tidak mampu menapis dengan tepat Menteri Pendidikan Dato Hishamudin Tun Hussin telah memberikan beberapa jaminan untuk memperketatkan syarat pengambilan guru dengan menjalankan pemilihan berdasarkan minat dan calon berkualiti (Utusan Melayu -17/07/05) . Namun begitu mampukah instrument MteST yang baru ini melaksanakan tujuan tersebut . Jika dilihat daripada dapatan terbaru yang dibuat oleh Minhat Dolah (2006) iaitu setelah calon pelajar melalui instrumen MteST ternyata terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki . Dari kajian tersebut di dapati 35.2% guru pelatih di IPG yang dikaji berada di dalam kumpulan individu yang kecewa. Mereka bersikap pesimistik , celaru fikiran dan emosi , prasangka terhadap kawan, tidak dapat memberi iltizam terhadap IPG dan proesion Keguruan. Sementara 3.2 % dari mereka tidak menunjukkan iltizam terhadap profesion perguruan. Jika bilangan yang tidak beriltizam ini di ambil kira usaha BPG telah memperlihatkan keberkesanan keran berjaya mengurangkan peratusan mereka yang berminat kepada angka yang lebih kecil . Keadaan ini tentulah membayangkan harapan bahawa kualiti guru akan semakin baik di masa akan datang. Namun begitu jika angka kumpulan guru yang kecewa semasa menjalani latihan perguruan di IPG sekitar 35% itu persoalan baru pula yang timbul. Apakah proses pengambilan gagal mengenalpasti guru yang berkualiti dalam proses pemilihan tersebut ? . Jika sewaktu di IPG lagi mereka sudah tidak mempunyai personaliti optimis , tiada ketahanan mental dan emosi, rendah daya juang di dalam latihan apakah mereka mampu mengharungi susana pekerjaan guru yang kian mencabar. Jika diukur dari kiraan logik mampukah mereka bertahan dalam perkhidmatan yang puratanya mencecah sehingga 30 tahun sebelum bersara. Dalam erti kata lain kualiti guru yang ada sekarang tidak memperlihatkan sebarang kemajuan walaupun proses penapisan itu bertujuan melahirkan calon guru yang terbaik dan berkualiti.
Hasil kajian yang dijalankan oleh Minhat juga menimbulkan keraguan mengenai peranan IPG dalam mengubah personaliti pelajarnya institusinya. Jika terdapat 35% pelajar IPG yang mempunyai keperibadian yang tidak unggul mengikut kehendak keperibadian guru ekoran kegagalan sistem pemilihan menggunakan instrumen MteST, mampukah IPG membentuk semula keperibadian guru tersebut ?. Walaupun diakui beberapa instrumen penilaian dan program untuk menigkatkan sahsiah pelajar IPG telah digunapakai (Sistem Mentor, Penilaian 10% -20% markah personaliti dalam tugasan , program bina insan) namun ia tidak menampakkan perubahan yang besar dalam merubah keperibadian guru . Kebimbangan ini turut dilahirkan oleh Zurinah dan Noriah (2007) yang mengatakan sukatan pendidikan guru perlu dikaji semula dengan lebih menekankan kepada aspek kepintaran emosi (EQ). Saranan ini adalah hasil dari kajian mereka terhadapa guru yang memperlihatkan pencapaian yang rendah terhadap kemahiran sosial iaitu 73.88, kesedaran kendiri (74.81) dan empati (79.91). Sebenarnya saranan itu amat berkaitan dengan apa yang disarankan oleh Razali Ismail bekas pengarah BPG yang mengatakan untuk melahirkan guru berkualiti KPM perlu
”Melaksanakan kurikulum guru yang komprenhensif di mana aspek pembentukan sahsiah guru diberi penekanan di samping meningkatkan tahap penguasan isi kandungan dan kemahiran pedagogi”.
Sememang diakui bahawa Instrumen dan kajian bukanlah satu petunjuk menyeluruh keadaan personaliti guru hari ini. Namun jika semua pihak mengambil berat petanda tersebut sebagai langkah berjaga-jaga dan mahu melihat peningkatan kualiti guru proses ”check and balance” perlu dilaksanakan. Setakat ini penjelasan yang wajar dari dapatan di atas menunjukkan bahawa masih lagi terdapat kebocoran dalam sistem pengambilan guru. Keadaan ini memungkinkan lahirnya golongan guru yang tidak beriltizam kepada profesion keguruan yang mulia dan dipandang tinggi masyarakat. Oleh itu keupayaan MteST perlu ditingkatkan dan BPG juga perlu menigkatkan peranan IPG dalam menangani isu keperibadian pelajar dan guru.
Cadangan
Dalam usaha meletakkan sistem pendidikan ke tahap dunia terdapat berbagai cabaran yang perlu di atasi. Guru adalah tenaga pengerak utama dalam usaha memertabatkan pendidikan negara. Oleh itu sebagai tenaga insan yang membentuk tenaga insan di masa akan datang , negara memerlukan kumpulan guru yang mempunyai keperibadian unggul , yang sanggup berkorban tenaga dan masa untuk merialisasikan harapan negara. Pandangan untuk memperbaiki sistem pengambilan guru perlu di ambil kira diantaranya ialah
1. Memperketatkan pengambilan guru
i. Peratusan penilaian aspek sahsiah dan ujian minat meliputi 50% .
ii. Menjalankan beberapa saringan ujian EQ
iii. Meningkatkan Keupayaan Inventori MteST
2. Menigkatkan Kualiti Pendidikan Guru
i. Membuat penilaian berterusan dengan peratusan markah lebih besar dari aspek sahsiah /personaliti di cadangkan melebihi 40%
ii. Merombak semula sukatan pendidikan guru yang lebih menekankan pembentukan sahsiah.
3. Memperkenalkan sitem penyingkiran pelajar di IPG yang lebih telus dan tegas apabila melangar tatacara perguruan dan sahsiah.
4. Melaksanakan Ujian minat dan personaliti sepanjang berada di IPG dengan lebih kerap (awal pengajian & akhir pengajian) dan melaksanakan sistem penyingkiran berasaskan ujian tersebut.
Penutup
Negara amat dahagakan guru ungul (Aziz Ishak :2005) merupakan satu satu ungkapan yang mencabar semua pihak di dalam bidang pendidikan. Ungkapan tersebut seolah-olah memperlihatkan dunia pendidikan dinegara ini sudah kehilangan guru yang berkeliber dan berkualiti. Robiah Sidin(2007) pula mengungkapkan bahawa guru yang kurang cekap dan terlatih akan menyebabkan satu lingkaran setan ; guru yang lemah akan melemahkan pelajar. Kesedaran begini sebenarnya mencabar banyak pihak terutamanya guru sendiri. Keadaan begini seharusnya merujuk kepada kelemahan mana-mana pihak tetapi seharusnya dirungkai dengan mencari jawapan ; apakah punca kelemahan guru masa kini ?; dimana silapnya? ; apakah langkah penyelesaianya.?. Semua persoalan itu sememangnya mengarah kepada guru . Guru adalah jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan berkaitan kualiti tersebut. Apabila melihat kepada pekerjaan guru tidak harus juga dilupakan apakah mereka benar-benar berminat menjadi guru atau sebaliknya. Semuanya itu akan berbalik kepada persoalan apakah faktor atau punca guru memohon pekerjaan keguruan itu. Faktor pemilihan boleh disamakan dari segi konsep niat kerana niat yang baik menghasilkan pekerjaan yang baik, begitu juga sebaliknya.
Telah dibincangkan terdahulu ternyata terdapat perubahan yang jelas dalam penentuan faktor guru di IPG memilih profesion keguruan. Perubahan tersebut mengambarkan bahawa faktor ektrinsik walaupun tidak mendominasi pengaruhnya dikalangan guru tetapi mula menjadi pilihan pelajar IPG memilih profesion keguruan. Perubahan dan bilangan yang sedikit ini harus diawasi kerana akan mendatangkan kesan buruk terhadap keungulan profesion perguruan yang sekian lama dihargai serta dipandang mulia masyarakat. Impian untuk meletakkan pendidikan bertaraf dunia hanya akan menjadi slogan dan mimpi kosong jika pemilihan terhadap calon guru yang komited terhadap profesion perguruan tidak dilakukan . Semua pihak harus berfikir secara sedar dan bertindak wajar untuk memperbaiki sistem pengambilan dan latihan keguruan agar dapat melahirkan kembali guru-guru ungul yang menjadi sandaran kepada espirasi negara. Apatah lagi modal insan negara (pelajar) memerlukan pembimbing yang mampu mendidik dan memimpin mereka menjadi warganegara Malaysia yang mampu bersaing dipentas dunia.
RUJUKAN
Awang Had Salleh & Zainal Abidin Ahmad, 1982,. Sejarah Perkembangan Latihan Guru dari Tahun 1922 hingga Kemerdekaan. Pendidikan Guru (terbitan Khas).
Aziz Ishak. 2005. Negara Dahagakan Guru Unggul . Utusan Malaysia. 3 Oktober : 10.
Halimah Harun. 2002. Ke Arah Meningkatkan Profesionalisme Guru. Adakah Andakah Pengajaran Anda Berkesan?. Prosiding Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan.Bangi : Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia
.
Harunnaja Najmudin.2007. Membimbing Remaja Memilih Pendidikan & Kerjaya Kuala Lumpur : Penerbit PTS Professional Publishing.
Minhat Dolah. 2006. Kebimbangan Personaliti dan Iltizam Guru Pelatih Maktab Perguruan.Tesis Dr. Fal. Universiti Kenbangsaan Malaysia.
Mohammed Sani Ibrahim, Sallh Amat & Norzaini Azman . 2002. Faktor Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Memilih Profesion Perguruan. Prosiding Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan.Bangi : Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd. Yusof Abdullah . 2002. Motif Pemilihan Profesion Perguruan Di Sabah. Prosiding Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan.Bangi : Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Noran Fauziah Yaakub & Ahmad Mahzan Ayob. 1990. Guru & Perguruan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Norasmah Othman, Zamri Mahmood & Mohammed Sani Ibrahim (peny.). 2006. Kesediaan Profesionalisme Guru Novis : Cadangan Model Latihan. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
NUTP Gusar Profesion Guru Sekadar Pilihan Terakhir 2005. Berita Harian , 3 Oktober. 17.
Razali Ismail . 2003. Hala Tuju Pendidikan Guru.Kertas Kerja Konvension Pendidikan Guru Kebangsaan 2003. Bahagian Pendidikan Guru . Kementerian Pendidikan Malaysia, Sarawak, 17-19 Ogos.
Robiah Sidin. 2007.
Ryan, D.G 1960. Charracteristic of Teachers, Washington D.C : American Council of Educatian
Sidek Mohd Noah. 2002. Perkembangan Kerjaya Teori & Praktis. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Shuhada Choo Abdullah. 2006. Perkasakan Peribadi Guru . Berita Harian.5 Mei . B7
Tuan Mohd Fadlan Tuan Jaafar . 2006. Kerjaya Sebagai Guru Kuala Lumpur : PTS Profesional Sdn. Bhd.
Ishak Ismail .1988. Statistik dan Pengeluaran. Pulau Pinang: Penerbitan Uniiversiti Sains Malaysia.
Wan Azmi Ramli . 1998. Latihan Profesional Pendekatan Kepada Teori-Strategi Amali Dalam Latihan Profesional Kuala Lumpur: Golden Book Centre Sdn Bhd.

No comments:
Post a Comment