Friday, February 13, 2009

Pemerhatian dan Perbandingan Kanak-kanak Khas dan Bukan Kanak-kanak Khas



1. Pemerhatian Tingkahlaku Kanak-kanak Bukan Kategori Pendidikan Khas

Biodata Murid (dirahsiakan)

Sampel Kajian
Arifin adalah anak sulung daripada 4 adik beradik kepada pasangan En.A bin H serta Pn.S bte M. Kedua ibu bapa Mohd Izam adalah pekerja sebuah syarikat swasta. Mohd Izam adalah kanak-kanak biasa yang tidak mengalami masalah pembelajaran.

A. Peringkat Pemerhatian

Pemerhatian yang dilakukan kepada kanak-kanak tanpa keperluan khas ini adalah memberi fokus kepada tindakan tingkahlaku dan memenuhi kehendaknya dalam perhubungan sosial rakan sebaya.

B. Peringkat Awal Pemerhatian

Subjek cuba untuk menghampiri satu kumpulan yang sedang bermain kereta mainan yang diberikan oleh guru dalam sesi permai$nan di luar bilik darjah. Pada mulanya dia tidak diterima oleh kumpulan tersebut kerana tidak mempunyai kereta mainan. Subjek tidak membantah atau menunjukkan rasa kecewa walaupun ditolak dan cuma mendiamkan diri. Namun subjek tersebut tidak juga beredar dari tempat itu.

C. Pertengahan Pemerhatian

Kereta salah seorang kanak-kanak telah rosak dan cuba diperbaiki tetapi gagal. Subjek yang tidak diterima dalam kumpulan tadi cuba untuk menghampiri kumpulan dan cuba bertanya tentang apa yang telah berlaku. Subjek cuba menawarkan diri untuk memperbaiki kerosakan kereta mainan mereka. Subjek berjaya memperbaiki kerosakan. Kumpulan kanak-kanak itu mula memberi ruang kepada subjek yang memberi pertolongan untuk turut serta dalam kumpulannya.

D. Akhir Pemerhatian

Subjek telah diterima oleh kumpulan kanak-kanak tersebut. Mereka mula bermain bersama-sama dengan berkongsi permainan. Apabila petang tamat sesi permainan guru meminta semua murid-murid menyimpan alat-alat permainan. Mereka berjanji untuk bermain lagi pada hari lain mengikut jadual yang telah ditetapkan.

E. Analisa Pemerhatian

Hasil daripada pemerhatian yang dibuat didapati bahawa kanak-kanak belajar melalui peneguhan dan pemerhatian. Apabila kanak-kanak tersebut mempamerkan tingkah laku yang sesuai dengan trait jantinanya seorang yang berkebolehan dan boleh memperbaiki mainan dia akan diberi peneguhan iaitu diakui sebagai ahli kumpulan walaupun dia datang dengan tangan kosong tanpa permainan yang boleh dikongsi.
Kanak-kanak memperolehi tingkahlaku melalui model yang sesuai. Mereka mula menerima subjeek sebagai kawan setelah melihat kebolehan subjek dan menanam minat untuk menjadi seperti subjek yang mana pada peringkat awalnya subjek telah didenda iaitu tidak diterima dalam kumpulan malahan ditolak.
Perkembangan jantina seseorang kanak-kanak itu bergantung kepada tingkahlaku yang mana diberi peneguhan atau dendaan dan model sosial yang wujud di persekitarannya. Sekiranya persekitaran sosialnya berubah perkembangan jantinanya juga akan turut berubah. Seperti yang disebut oleh oleh Serbin, Powlista Gulko 1993 dalam Children and their devlopement oleh Robert V.Kail “… Children consider gender stereotype less binding then many social convension and moral rules…”.

F. Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Jantina

Apabila kanak-kanak mula memasuki kelas tadika mereka sudah boleh membezakan peranan jantina selaras dengan stereotype tradisional. Contohnya kanak-kanak lelaki suka bermain dengan blok, kenderaan dan objek yang boleh dimanipulasikan. Manakala kanak-kanak perempuan pula suka bermain dengan anak patung, bermain masak-masak dan aktiviti-aktiviti domestic yang berkaitan dengan kewanitaan. Ianya berkaitan dengan apa yang disebut oleh Robert V.Kail “…Recent research comfirms that children understanding gender stereotypes bythe time the time they enter kindergarten and their understanding grows through oft the elementary school years…(Etaugh & Liss 1992). Walaubagaimanapun perkembangan jantina sepertimana perkembangan aspek-aspek laimn berlaku dalam konteks social yang berpengaruh. Antara factor yang mempengaruhi perkembangan karakteristik jantina ini adalah:

Pengaruh Keluarga
Keluarga yang datang dari kelas sosial tinggi membesarkan anak lebih stereotype dari segi tingkahlaku dan sikap mereka berbanding dengan kanak-kanak kelas sosial rendah. Bagi kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang terpisah (ibu bapa bujang) menunjukkan stereotype jantina yang kurang berbanding dengan keluarga yang ada ayah dan ibu bersama. Ini mungkin disebabkan oleh ibu atau bapa terpaksa memegang peranan dan tanggungjawab yang sama dalam satu masa dan menaarkan model egalitarian kepada anak mereka. “…Bagi ibu bapa bekerja meendapati anak-anak mereka kurang seterotype dari segi sikap, minat dan tingkahlaku berbanding dengan anak yang ibunya tidak bekerja…” ( Katz dan Boswell, 1986). Ini disebabkan ibu yang tidak bekerja lebih cenderung untuk mengekalkan stereotype jantina.
Salah satu cara ibu bapa mempengaruhi stereotype jantina adalah dengan menanam dengan kepercayaan tradisional seperti anak lelaki perlu membuat kerja-kerja kasar, lasak dan membuat perkara yang bertenaga berbanding anak perempuan yang akan diberi gerak balas yang positif apabila melakukan kerja-kerja domestic seperti membasuh pinggan, menjahit, menyapu sampah dan sebagainya.
Dari segi akademik pula anak lelaki lebih ditekankan pembelajaran akademik dan bukan akademik berbanding anak perempuan pada peringkat sekolah rendah. Mereka diajar cara bertukang, membaiki basikal dan kemahiran lain oleh bapa. Namun ibu bapa banyak memainkan peranan semasa kanak-kanak masih bayi lagi dalam membentuk perkembangan jantinanya.

Pengaruh Rakan Sebaya
Kanak-kanak juga banyak mempelajari tingkahlaku sosial dan interaksi social melalui bermain dengan memerhatikan model-model. Dalam masa yang sama juga kanak-kanak memperolehi maklum balas tentang tingkahlaku mereka. Kanak-kanak juga lebih menunjukkan tingkahlaku social apa bila bermain dengan rakan sejantina dengan mereka. Kanak-kanak perempuan lebih pasif apabila bermain dengan kanak-kanak lelaki berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Tambahan pula pasanga kanak-kanak perempuan menunjukkan lebih banyak perkongsian mainan serta tidak mudah marah dan menangis berbanding dengan bermain dengan pasangan lelaki.
Tekanan rakan sebaya turut mempengaruhi perkembangan jantina. Menurut Lamb, Easterbrooks dan Holden (1980) telah menyatakan “…Bahawa kanak-kanak akan menunjukkan timgkahlaku yang sesuai dengan jantina jika ia diberi peneguhan dan jika ia diberi dendaan mereka tidak akan menunjukkan tingkahlaku berkenaan…” Peneguhan atau dendaan ini akan jadi lebih kuat jika ia diberi oleh rakan sebaya yang sama jantina.
Bagi kanak-kanak mereka mula menunjukkan kecenderungan bermaindengan rakan sejantina semenjak mereka tadika lagi. Semas peringkat unur ini pengasingan jantina telah jelas kelihatan. Maccoby (1990) percaya bahawa “…Semasa bermain kanak-kanak lelaki memperkembangan tingkahlaku asertif dan corak interaksi yang cuba berunsur dominan. Sebaliknya kanak-kanak perempuan pula berorientasikan perhubungan dan perkongsian intimasi, memperkembangan sikap kerjasama dan menyokong serta cenderung untuk mengekalkan ikatan dalam kumpulannya…”.

Pengaruh Guru
Guru juga turut memainkan peranannya dalam membentuk tingkahlaku stereotype jantina. Ianya lebih ketara lagi apabila pelajar lelaki dikatakan leboh mendominasi subjek matematik berbanding pelajar perempuan. Sememtara pelajar perempuan pula lebih berpotensi dalam kemahiran bahasa dan social yang lain. Menurut seorang penulis (Feingold, 1992) “…Argue the gender defferences in verbal and math skill have become smaller in recent years. Reflecting less stereotyped views of reading, language and math…”.
Guru juga menunjukkan sikap dingin kepada pelajar lelaki yang menonjolkan tingkahlaku disruptif dalam kelas. Ini mungkin menggambarkan sikap guru yang percaya pelajar lelaki lebih cenderung bersikap nakal dalam kelas berbanding pelajar perempuan. Walaubagaimanapun guru tetap memberi peneguhan kepada pelajar-pelajar yang rajin dan memberi dendaan kepada tingkahlaku disruptif tanpa mengira perbezaan jantina.

Kesimpulan
Pada dasarnya tingkahlaku perkembangan jantina kepada kanak-kanak adalah satu usaha yang sukar dilaksanakan. Mungkin penghalangnya adalah mereka telah dibesarkan dan dididik dengan peranan jantina tradisional sejak awal lagi. Bagi mengatasi masalah ini konsep baru yang melihat peranan jantina sama penting perlu diwujudkan bagi merapatkan jurang perbezaan ini.

2. Pemerhatian Tingkahlaku Kanak-kanak Khas



Sampel Kajian
Arifin adalah anak sulung daripada 4 adik beradik kepada pasangan En.A bin K serta Pn. R bte K. Kedua ibu bapa Arifin adalah pekebun kecil. Arifin adalah kanak-kanak masalah pembelajaran.

Objektif
Kajian perkembangan pragmatik ke atas seorang kanak-kanak berkeperluan khas ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kemampuan dan kelemahan dalam fungsi komunikatif, respon kepada komunikatif dan interaksi serta perbualan. Hasil dapatan daripada profil pragmatik ini mampu menganalisa kelemahan serta mencari jalan dalam membantu penyelesaian masalah dan mengatasinya.

Metadologi Kajian
Kajian perkembangan pragmatik yang dijalankan ke atas kanak-kanak berkeperluan khas ini adalah dilakukan selama 5 jam dan ditinjau dengan cara pemerhatian dan temu bual bersama ibu bapa, guru serta kanak-kanak itu sendiri. Di samping itu pengunaan stimuli yang berkaitan dengan temu bual juga diutamakan dalam memperolehi isi pemerhatian.


Pengenalan
Perkembangan kanak-kanak adalah unik sejak lahir. Ianya dapat diperhatikan mengikut tahap-tahap perkembangan yang telah di tetapkan oleh pengkaji-pengkaji perkembangan kanak-kanak di dunia. Ianya melibatkan perkembangan kognetif, tingkah laku , fizikal dan pragmatik. Sejajar dengan itu maka perkembangan terhadap kanak-kanak berkeperluan khas juga perlu diintervensi seawalnya supaya perkembangannya dapat dibantu sewajarnya seiring dengan perkembangan kanak-kanak biasa.

Hasil Dapatan

A. Fungsi Komunikatif

1. Menarik Perhatian
Arifin akan memanggil nama guru dengan sebutan pelat secara berulang-ulang. Kemudian Arifin datang pula ke arah guru. Dalam perkembangan pragmati umur Arifin adalah 9 hingga 18 bulan. Ini dapat dilihat dengan cara Arifin melahirkan beberapa tujuan komunikatif bermula dengan bunyi suara bersama gerak geri dan kemudian datang untuk mendapatkan perhatian.

2. Meminta
Dalam proses meminta Arifin menunjukkan ciri-ciri umur antara 18 bulan ke 3 tahun. Ini adalah kerana didapati bahawa apabila Arifin menunjuk-nunjukkan perasannya kepada guru dengan cara murung (diam) jika tidak mendapat perhatian. Arifin akan melakukannya berulang-ulang. Kebolehan menggunakan tujuan komunikatif meningkat dengan menggunakan satu atau lebih daripada satu sebutan dan melahirkan perasaan.
Pada peringkat umur ini sepatutnya Arifin mampu bertutur dengan baik. Dalam pertuturan yang normal ianya memerlukan perbendaharaan kata yang lengkap, sesuai mengikut umur dan pertuturan diterima secara teratur serta logik. (Kirk dan Gallagher, 1979).


3. Bercerita
Dalam proses bercerita Arifin dapat menunjukkan aksi-aksi yang ditontoninya. Kemudian Arifin akan bercerita semula jika ditanya tetapi ceritanya sukar difahami kerana ceritanya tidak berturut. Pada keadaan ini Arifin hanya mempunyai kemampuan umur 3 hingga 4 tahun sahaja. Ianya hanya dapat menggunakan bahasa ringkas untuk menyatakan peristiwa lepas dan memberi maklumat. Penggunaan bahasa adalah terbatas.
Kanak-kanak ini mengalami kelewatan bertutur. Kanak-kanak ini mempunyai perkembangan serta pencapaian pertuturan yang lebih lambat dan rendah daripada umurnya berbanding rakan sebayanya. (Bangs, 1968).

B. Respon kepada Komunikatif

1. Sindiran
Apabila disindir Arifin tidak memberikan tindakbalas yang sewajarnya. Sebaliknya Arifin hanya tersenyum dan tidak mengambil peduli. Reaksinya seolah-olah keliru dengan kata-kata guru. Sepatutnya Arifin mampu memberi tindakbalas kepada kiasan kerana umurnya lebih 7 tahun. Namun begitu pada perkembangan pragmatiknya Arifin hanya berumur 0 hingga 9 bulan. Ini adalah kerana Arifin hanya tersenyum dengan reaksi guru. Arifin hanya menunjukkan kesedaran bahawa kiu interaksi membawa makna. Ini yang membuatkannya seolah-olah keliru.

2. Bertolak ansur.
Arifin akan menentang semula jika dirinya mendapat tentangan daripada kanak-kanak lain dan melahirkan bunyi-bunyi rungutan yang tidak jelas. Umurnya dalam perkembangan pragmatiknya adalah 18 bulan hingga 3 tahun. Ini adalah kerana Arifin mula mengenali tujuan komunikatif dan membuat tindakbalas yang sesuai dalam bentuk tingkah laku iaitu menentang dan merungut.

3. Meminta Penjelasan
Arifin akan bertanya berulang-ulang kali jika dia diberikan arahan yang tidak difahaminya. Kemudian Arifin akan melakukan arahan tadi sambil lewa. Arifin menunjukkan ciri-ciri umur lingkungan 9 hingga 18 bulan dalam perkembangan pragmatik.

C. Interaksi dan Perbualan

1. Memperbaiki Perbualan
Arifin akan berhenti berbual dan terdiam serta merta. Arifin seolah-olahnya hairan apabila guru menunjukkan yang perbualannya tidak difahami. Umur pada peringkat perkembangan pragmatiknya adalah 18 hingga 3 tahun. Ini adalah disebabkan ada perhatian daripada guru namun Arifin tidak mampu meminta penjelasan bagi memperbaiki bentuk perbualan. Namun begitu Arifin mampu menarik perhatian guru semula dengan menarik-narik tangan guru.

2. Melibatkan diri dalam perbualan
Arifin akan merapatkan dirinya ke kumpulan yang sedang berbual dan cuba mendengar perbualan. Arifin akan cuba juga mencelah perbualan dan meningkatkan suara untuk mendapatkan perhatian ketika orang lain sedang berbual. Umur Arifin pada peringkat perkembangan pragmatiknya dalan situasi tersebut adalah 9 hingga 18 bulan kerana dia mempamerkan aksi-aksi menunjuk dan membuat permintaan dengan meninggikan suara agar mendapat perhatian.

3. Menamatkan Perbualan
Interaksi dan perbualan akan berhenti secara tiba-tiba apabila sesuatu rangsangan lain mengganggu. Perhatiannya akan terus beralih kepada rangsangan tersebut. Umur pada peringkat pragmatik Arifin ketika situasi ini berlaku adalah 9 hingga 18 bulan. Jika guru menarik perhatian semula Arifin akan memberikan tindakbalas semula namun tajuk perbualan akan berubah mengikut keadaan dan suasananya pada ketika itu.




Strategi membantu satu aspek kekurangan bahasa.
Aspek respon kepada komunikatif
1. Sindiran
2. Bertolak ansur
3. Meminta penjelasan

1. Dalam situasi begini Arifin perlu menguasai perbendaharaan kata yang banyak. Latihan perbualan yang berterusan dan kerap sekurang-kurangnya akan dapat memahami maksud ayat pendek.
2. Penggunaan bahasa yang digunakan oleh orang lain yang berinteraksi dengan Arifin perlu ringkas, tepat dan menggunakan ayat mudah.
3. Beri peluang untuk Arifin membina keyakinan diri dengan cara memberikan stimuli yang bersesuaian pada ketika itu.
4. Berikan penuh perhatian kepada setiap perkara yang dilakukan olehnya. Jangan terlalu mendesak untuk memahami perkara yang ingin kita ketahui daripadanya.
5. Bantuan persekitaran penghidupan Arifin perlu ada dalam proses pembelajaran ke arah pemantapan fungsi pragmatifnya. Peranan ibu bapa, keluarga, rakan sebaya serta masyarakat perlu berfungsi secara maksima.
6. Sentiasa berinteraksi sosial dengannya setiap waktu. Tidak perlu rasa rendah diri terutama ketika berhadapan dengan masyarakat.
7. Penerimaan orang lain dalam kehidupan Arifin perlu kerana perhatian yang cukup terhadapnya akan membantu keyakinan dan perkembangannya.
8. Ganjaran serta peneguhan positif perlu diberikan sebagai motivasi intrinsik.
9. Kanak-kanak tersebut perlu dibimbing dan diberi peluang menyatakan kehendaknya secara lisan.
10. Penggunaan media elektronik dan teknologi komputer masa kini sepatutnya boleh digunakan untuk membantu dalam proses perkembangan pragmatiknya secara interaktif.

Rumusan
Pada keseluruhannya perkembangan pragmatik Arifin dari aspek fungsi komunikatif, respon kepada komunikatif serta interaksi dan perbualan kanak-kanan tersebut adalah terlalu lambat berbanding usia sebenarnya. Namun begitu banyak perkara yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah fungsi pragmatiknya.
Bernstein (1964) mendapati bahawa kanak-kanak yang datang daripada keluarga kurang berada berpencapaian rendah kerana mereka menggunakan bahasa terhad (restricted code), sementara kanak-kanak yang datang daripada keluarga yang berpencapaian tinggi kerana menggunakan bahasa yang baik (elaborated code). Ini adalah kerana ibu bapa kurang berada berinteraksi dengan menggunakan gaya bahasa yang berbeza dengan ibu bapa yang berada.




















Rujukan:

Abd Majid Mohd Isa, Rahil Mahyuddin, (1997), Psikologi Pendidikan 1,
Pertumbuhan & Perkembangan,

Bee, H. 2004. The Developing Child. 10th Edition. New York : Longman Inc.

Berk, L. E. 2006. Child Development. Ed ke 7. Bpston: Allyn & Bacon.

Creswell, W. John. 2005. Educational Research : Planning, Conducting, and valuating
Quantitative and Qualitative Research. New Jersey : Pearson Education.

DiBattista. D., & Sheperd, M. 1993. Primary school teachers’ beliefs and advice to
parents concerning sugar consumption and activity in children. Psychological Reports, 72, 47-55.

Hajah Hasnah Udin, (1988).Bimbingan Kanak-kanak Luar Biasa, DBP.

Kail, R. 2003. Child Development. New Jersey : Pearson Education.

Kos, J..M., & Clarke, V.A. 2001. Is optimistic bias influenced by control or delay ?
Health Education Research : Theory and Practice, 16, 533-540.

McDewit & Ormrod. 2005. Child Development. New Jersey : Pearson Education

Shore, C. 2004. The Many Faces of Childhood : Diversity in Development. New
Jersey : Pearson Education.

Welch, K. 2004. Development: Journey Through Childhood and Adolescence. New
Jersey : Pearson Education.

Zakay, D . 1996. The relativity of unrealistic optimism. Acta Psychologica, 93, 131.











No comments:

Post a Comment