Friday, February 13, 2009

Siapa Murid Pendidikan Khas?

Siapa Murid Pendidikan Khas?
29 September 2005
Mengikut Terjemahan Kirk (1993), Definisi Pendidikan Khas Ialah Kanak-Kanak Yang Berbeza Daripada Kanak-Kanak Sederhana Ataupun Biasa Dalam: A. Ciri-Ciri Mental B. Keupayaan Deria C. Ciri-Ciri Saraf Dan Otot Ataupun Fizikal D. Tingkah Laku Sosial Ataupun Emosi E. Keupayaan Komunikasi Ataupun F. Pelbagai Kekurangan
Program Pendidikan Khas Ialah Suatu Program Yang Disediakan Di Sekolah Khas Untuk Murid-Murid Yang Bermasalah Penglihatan Ataupun Bermasalah Pendengaran. Suatu Program Percantuman Di Sekolah Biasa Bagi Murid-Murid Yang Bermasalah Penglihatan, Bermasalah Pendengaran Ataupun Masalah Pembelajaran. Suatu Program Pendidikan Inclusive Bagi Murid-Murid Pendidikan Khas Yang Dapat Menghadiri Kelas Biasa Bersama-Sama Dengan Murid-Murid Biasa.Definisi Murid Pendidikan KhasMengikut Terjemahan Kirk (1993), Definisi Pendidikan Khas Ialah Kanak-Kanak Yang Berbeza Daripada Kanak-Kanak Sederhana Ataupun Biasa Dalam:A. Ciri-Ciri MentalB. Keupayaan DeriaC. Ciri-Ciri Saraf Dan Otot Ataupun FizikalD. Tingkah Laku Sosial Ataupun EmosiE. Keupayaan Komunikasi AtaupunF. Pelbagai Kekurangan Sehingga Memerlukan Amalan-Amalan Sekolah Yang Diubah-Suai Ataupun Memerlukan Perkhidmatan-Perkhidmatan Pendidikan Khas, Supaya Ia Dapat Berkembang Sehingga Kemampuan Yang Maksimum. Manakala Mengikut Terjemahan Culatta (1999) Pula, Definisi Pendidikan Khas Ialah Pengajaran Yang Bercorak Individu, Direka Bagi Memenuhi Keperluan-Keperluan Pendidikan Yang Berkaitan Dengan Murid-Murid Kurang Upaya. Pendidikan Khas Menyediakan Peluang-Peluang Pembelajaran Yang Tidak Disediakan Dalam Kurikulum Ataupun Perkhidmatan-Perkhidmatan Persekolahan Biasa.Kategori Murid Pendidikan KhasA. Bermasalah PenglihatanB. Bermasalah PendengaranC. Bermasalah PembelajaranD. Pintar CerdasBorang Pendaftaran Dan Cadangan Penempatan Kanak-Kanak Keperluan KhasPendaftaran Murid Ke Program Pendidikan Khas Perlu Menggunakan Borang Pendaftaran Dan Cadangan Penempatan Kanak-Kanak Keperluan Khas Yang Dicatatkan Diagnosanya Oleh Pakar Perubatan Berdasarkan Kriteria Di Bawah:1. Kurang Upaya PendengaranMinima (Mild)-20-<30dbsederhana>90 Db 2. Kurang Upaya PenglihatanA. Buta (Blind)Penglihatan Kurang Daripada 3/60 Pada Mata Yang Lebih Baik Walau-Pun Dengan Menggunakan Alat Bantu Penglihatan (Cermin Mata). B. Terhad (Low Vision Ataupun Partially Sighted)Penglihatan Lebih Teruk Daripada 6/ 18 Tapi Sama Dengan Ataupun Lebih Baik Daripada 3/60 Pada Mata Yang Lebih Baik Penglihatannya Walaupun Dengan Menggunakan Alat Bantu Penglihatan (Cermin Mata).3. Kurang Upaya FizikalKecacatan Anggota Badan Contohnya:Penyakit Polio, Kudung, Muscular Dystrophy, Myopathy, Neuropathy,Inclusive Osteogenesis Imperfecta Dan Lain-Lain.4. Palsi Serebrum (Cerebral Palsy)A. Hemiplegia Palsi Serebrum Yang Melibatkan Sebelah Bahagian Badan.B. DiplegiaPalsi Serebrum Yang Melibatkan Kedua-Dua Belah Kaki.C. Quadriplegia Palsi Serebrum Yang Melibatkan Kedua-Dua Belah Tangan Dan Kaki.5. Masalah PembelajaranDiagnosa Perubatan Di Bawah Kategori Ini Merangkumi:A. Lewat Perkembangan Bagi Kanak-Kanak Berumur <> 3 Tahun (Mental Retardation)F. Masalah Pembelajaran Spesifik Seperti Disleksia, Disgraphia Dan Discalculia 6. Lain-LainDiagnosa Perubatan Di Bawah Kategori Ini Merangkumi Semua Masalah Kurang Upaya Yang Tidak Dinyatakan Dalam Format Ini.7. Masalah Pembelajaran Khas (Slow Learner)Kanak-Kanak Yang Menghadapi Masalah Dalam Pembelajaran Yang Mung-Kin Disebabkan Oleh Faktor Intelek Ataupun Persekitaran. Ia Perlu Diberi Bimbingan Di Kelas Pemulihan.Kanak-Kanak Ini Perlu Dinilai Semula Sekiranya Masih Menghadapi Masalah Pembelajaran Selepas Mendapat Bantuan Dan Bimbingan Di Kelas Pemulihan.

Mengendali Murid Bermasalah Pembelajaran
30 September 2005
Tidak semua teknik berkesan untuk semua murid dan guru perlu menggunakan variasi teknik bagi membentuk persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif bagi membantu murid dengan keperluan khas.
Dari semasa ke semasa, guru berhadapan dengan murid-murid yang bermasalah pembelajaran, apatah lagi bagi guru pendidikan khas. Namun begitu, tidak dapat dinafikan masih ramai guru yang kurang mengetahui bagaimana murid itu perlu dibantu bagi memastikan ia berjaya di dalam kelas. Kebiasaannya pelbagai teknik dan cadangan yang diberi, namun mereka perlu membuat penyesuaian kerana setiap murid adalah berbeza. Tidak semua teknik berkesan untuk semua murid dan guru perlu menggunakan variasi teknik bagi membentuk persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif bagi membantu murid dengan keperluan khas.1. Mengendali murid bermasalah pembelajarana. Tugasan dan bahan bantu- Beri tugasan yang ringkas tetapi kerap. Dengan tugasan yang ringkas dapat membantu murid berpeluang menikmati kejayaan dan juga memberi peluang kepada guru mendekati murid. Tugasan yang kerap diberi pula meningkatkan peluang untuk berjaya. Ini dapat dilakukan dengan mengadakan analisis tugasan iaitu dengan men-jadikan tugasan dalam bentuk unit-unit kecil. Sebagai contoh, beri lima ayat ataupun lima soalan sahaja supaya murid dapat menerima maklum balas secepat mungkin.- Semak tugasan murid secepat mungkin bagi membolehkannya mendapat pujian dan maklum balas lebih awal.- Benarkan murid menggunakan pelbagai kaedah alternatif dalam memperoleh ataupun menyampai-kan maklumat seperti menggunakan pita rakaman dan lain-lain.- Sentiasa adakan perjumpaan dengan murid walau-pun dalam masa yang singkat sahaja bagi membolehkan murid bertanya, menyelesaikan masalah, berasa dihargai dan mengelakkan daripada rasa terasing.b. Masa dan ruang- Pastikan meja murid tidak dipenuhi dengan pelbagai bahan yang tidak diperlukan dan benarkan murid belajar di ruang yang diminati seperti di meja karel apabila diperlukan. Walau bagaimanapun guru perlu mengawal supaya murid tidak sering duduk bersendirian.- Apabila memulakan hubungan dengan murid, dudukkan murid berhampiran dengan guru bagi memudahkan pengawasan.- Guru perlu berusaha mengasingkan murid khas daripada murid yang mengganggunya.- Selang-selikan masa senyap dan masa aktif bagi mengekalkan minat dan motivasi murid.- Adakan kontrak kerja bagi tugasan tertentu supaya murid dapat idea berkaitan tanggungjawabnya.c. Gaya- Terdapat murid yang dapat belajar dengan lebih baik dengan melihat (pelajar visual), dengan mendengar (pelajar auditori) dan dengan me-nyentuh (pelajar tactile). Penyesuaian perlu dibuat bagi menentukan sistem pembelajaran yang terbaik bagi murid itu.i. Bagi murid jenis pelajar auditori:- beri arahan lisan dan tulisan- pastikan tugasan juga diberi dalam pita rakaman supaya murid dapat men-dengarnya semula- beri ujian lisan- pastikan murid menghafal maklumat penting dan merakamnyaii. Bagi murid jenis pelajar visual:- guna kad imbasan yang mengandungi warna yang terang- biarkan murid memejamkan mata bagi membolehkan mereka menggambarkan maklumat ataupun perkataan- sediakan bahan tambahan dalam bentuk visual bagi semua arahan lisan- galakkan murid mencatat nota dan memo kepada diri sendiri berkenaan perkataan, konsep ataupun idea penting.
Portal
Portal Pendidikan Utusan 2001-2005 © Hak Cipta TerpeliharaUTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR

UTUSAN MELAYU (M) BERHAD,







No comments:

Post a Comment