Tuesday, February 17, 2009

Sekolah Sebagai Pembentuk Masyarakat Harmoni

1.1 Masyarakat harmoni merujuk kepada satu masyarakat yang mempunyai keseimbangan dari segi sosio-ekonomi, berdemokrasi, setiap individu tidak berketakutan, tidak berkebimbangan terhadap individu yang berlainan latar belakang, mempunyai peluang yang saksaman dan konsep kendiri yang positif sebagai ahli masyarakat. Masyarakat harmoni wujud dengan wujudnya ahli-ahli masyarakat yang seimbang dan harmonis. seimbang bermaksud memberikan tempat yang wajar dan adil kepada semua keperluan manusia termasuk pertumbuhan akal, perkembangan rohani, emosi dan jasmani secara sihat dan bersepadu. Harmonis bermaksud keserasian dan kesesuaian antara unsur-unsur intelek, rohani, emosi, dan jasmani dalam diri manusia. Insan yang seimbang dan harmonis ini memiliki dan menghayai ilmu pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram, tubuh badan yang sihat dan cergas serta dapat bekerjasama dengan orang lain. Insan yang seimbang dan harmonis ini memiliki kesedaran, keinsafan tentang tugas dan tanggungjawab, serta sentiasa berusaha untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan tersebut dengan sebaik mungkin(KBSM,1992).
1.2 HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN MASYARAKAT
Di negara kita, sekolah sebagai agen mengubah sosial(Kementerian Pendidikan Malaysia,1992), berperanan untuk mencapai perpaduan nasional dan modenisasi(Abdullah.M.Noor et al,1998). Sekolah berperanan dalam menyebarkan ilmu pengetahuan, mengembangkan budaya bangsa dan mengasah potensi atau pakat pelajar. Dalam membentuk sebuah masyarakat yang harmoni, sekolah berperanan menyediakan satu persekitaran yang dapat memberikan pendedahan kepada kanak-kanak dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomi, agama, keturunan, kaum, budaya dan bahasa, dapat berinteraksi di antara satu sama lain. Sekolah merupakan institusi pertama yang dapat membolehkan pelajar dari pelbagai latar belakang dapatdigandingkan melakukan sesuatu tugasan secara bersama. Sekolah merupakan tempat awal yang dapat menyediakan ruang untuk pelajar mengenali sesama mereka. Sekolah adalah sebaik-baik gelanggang pertemuan bagi menjalinkan hubungan pesaudaraan dan hubungan kemanusiaan yang sejagat lagi tulus bagi pelajar di peringkat remaja(Abdullah A.Badawi,2005).
1.3 HUBUNGAN PENDIDIKAN DENGAN MASYARAKAT
Menurut Abdullah.M.Noor(1998), pendidikan dianggap sebagai penawar kepada masalah masyarakat. Pendidikan formal di sekolah bermatlamat membentuk individu yang sesuai dengan kehendak masyarakat. Peranan pendidikan mengalami perubahan dari untuk mencapai perpaduan negara sejak Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib(1960) dan Akta Pelajarazn 1961 kepada berperanan untuk pembentukan keperipadian insan selaras dengan pembangunan kemanusian sejak Laporan Jawatankuasa Kebinat 1979(Kementerian Pendidikan Malaysia,1992). Ekoran daripada itu, Falsafah Pendidikan Negara yang diisytiharkan secara rasmi pada 1987, dijadikan dasar utama dalam melaksanakan kurikulum pendidikan negara kita. Di dalam penyataan Falsafah Pendidikan Negara jelaslah hasrat dan tuju hala pendidikan yang bercorak individu, dan juga masyarakat. Kedua-duanya adalah selaras iaitu ke arah menghasilkan insan yang baik, dan merupakan anggota masyarakat dan warganegara yang baik. Berdasarkan Falsafal Pendidikan Negara, matlamat pendidikan adalah jelas iaitu melahirkan seorang insan yang baik. Insan yang baik menurut Tajul A. Noordin dan Nor’A. Dan(2002) adalah insan yang memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. Untuk memenuhi hasrat Falsafal Pendidikan Negara dan matlamat pendidikan, ransangan pendidikan iaitu Kurikulum Baru Sekolah Rendah(KBSR) dilaksanakan pada 1982/1983 yang bertujuan untuk memberi peluang yang sama kepada setiap murid dalam memperolehi pengetahuan, kemahiran, sikap, nilai dan amalan-amalan yang baik. Melalui KBSR murid-murid dapat mencapaikan kemahiran dalam tiga bidang asas iaitu komunikasi, manuisia dan alam sekitar dan perkembangan diri individu KBSR. Lanjutan dari KBSR, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM) dilaksanakan pada 1988. Pendekatan bersepadu dalam KBSM yang mempunyai hubungan rapat dengan Falsafah Pendidiakn negara yang menekankan " perkembangan potensi individu secara seimbang dan harmoni dari segi intelak, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan(Tajul A. Noordin dan Nor’A. Dan, 1988)
ISU DAN CADANGAN
2.1 PERSOALAN Setelah 22 tahun dari pelaksanaan KBSR dan 17 tahun pelaksanaan KBSM yang menenkankan melahirkan individu yang berilmu pengetahuan, berkemahiran dan perkembangan secara keseluruhan , persoalan timbul iaitu apakah kurikulum sekolah di negara kita telah menyumbang dalam mewujud masyarakat harmoni ? Kajian Kementerian Pendidikan Malaysia dalam penilaian pelaksanaan KBSR dan KBSM pada 1988, ternyata pencapaian matlamat tersebut masih boleh dipersoalkan(Omar.M.Hashim,1992). Kajian Abdullah M. Noor et al(1998) mencadangkan kurikulum sekolah yang sedia ada mempunyai kelemahan dan kekuatan dan masih boleh disempurnakan. Persoalan seterusnya adalah apakah budaya sekolah yang sedia ada sesuai untuk menghasil seorang individu yang berkembang secaran perseimbangan..Jika kita meninjau dari aspek budaya sekolah, satu fenomena yang biasa berlaku adalah setiap kali pengumuman keputusan PMR dan SPM, pihak Kementerian Pelajaran dan sekolah akan menumpu focus pada pencapaian akademik pelajar, mengumumkan senarai pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR atau SPM, dan akan “streaming” pelajar ke kalas yang berlainan berdasarkan keputusan pencapaian akademik pelajar. Budaya sekolah berorientasi akademik juga dapat dilihat memalui sikap guru-guru semasa menjalankan pedagogi pengajaran, di mana guru akan mengagihkan murid-murid kepada kumpulan baik, sederhana dan lemah dalam kelas mengikut tahap keupayaan akademik masing-masing. Jika pelajar diberi tugas kerja kumpulan, pelajar biasanya akan diberi kebebasan memilih rakan-rakan kumpulan, mereka akan memilih rakan yang sama latar belakang dengan sendiri, guru biasanya tidak campur tangan dalam pemilihan ahli kumpulan dalam menjalankan kerja kumpulan. Hasil daripada kajian-kajian dan fenomena budaya sekolah di atas, ternyalah kita terlalu mementingkan pendidikan formal, iaitu kurikulum yang sedia ada, di mana ia dapat diukur secara kuantitatif dan dengan itu dapat menentukan ‘kejayaan’ seseorang individu atau sekolah. Jelasnya telah berlaku ketidakseimbangan dalam fungsi kurikulum dan fokus pendidik dalam membina insan yang seimbang dan bersepadu, yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan matlamat pendidikan negara, maka nafas baru harus diberi kepada dasar-dasar pendidikan, kurikulum yang sedia ada, budaya sekolah dan pedagogi guru dalammenghasil seorang individu yang baik dan berguna Walaupun terdapat banyak perbincangan tentang cadangan-cadangan mengubahsuai dan menyempurnakan sistem pendidikan, sikap guru dan pedagogi pengajaran dengan tujuan menghasilkan individu yang memenuhi hasrat negara dan masyarakat, di sini, penulis cuba memperkenalkan satu perspertif pendidikan, iaitu Pendidikan Berbilang Kebudayaan(Multiculcural Education), satu pespertif yang perlu disemaikan dalam pemikiran pendidik semasa melaksanakan tugas mendidik dan juga sebagai satu cadangan untuk rujukan semua pihak dalam usaha menyempurnakan lagi fungsi pendidikan yang sedia ada dan justeru itu melahir insan yang baik dan mewujud masyarakat harmoni.
2.2 SEKOLAH SEBAGAI PEMBENTUK MASYARAKAT HARMONI
Banks & Banks(1995) mendefinisikan pendidikan berbilang kebudayaan(multicultural education) seperti berikut : Satu bidang penyelidikan dan disiplin yang bertujuan mewujukkan kesaksamaan peluang untuk pelajar yang dari pelbagai kaum, sosio-ekonomi dan budaya. Salah satu matlamat yang utama pendidikan berbilang kebudayaan adalah membantu pelajar memperolehi ilmu pengetahuan, sikap, kemahiran untuk berfungsi dengan berkesan dalam sosial demokrasi dan berinteraksi, berunding, berkomunikasi dengan individu yang dari golongan berlainan dalam mewujudkan satu komuniti yang sivik dan bermoral untuk mencapai kebaikan sejagat. Karth Wilsom( ) mendefinisikan pendidikan berbilang kebudayaan sebagai : Pendidikan yang direka untuk kaum-kaum yang berbilang kebudayaan dalam satu sistem pendidikan. Pendekatan pendidikan berbilang kebudayaan adalah berdasarkan pembentukan sebulat suara, penghormatan, dan mendorong berbilang kebudayaan dalam sosial yang berbilang kaum.
2.3 MATLAMAT PENDIDIKAN BERBILANG KEBUDAYAAN
Menurut James A. Banks(2002), pendidikan berbilang kebudayaaan mempunyai matlamat-matlamat seperti berikut :Membantu individu memahami kendiri dengan melihat mereka sendiri dari pespektif budaya lain, dengan andaian bahawa mempunayai fahaman dan pengetahuan sedemikin akan dapat wujud penghormatan antara satu sama lain.Membekalkan pelajar peluang untuk memilih budaya golongan lain. Keadaan sering berlaku selama ini iaitu sekolah biasanya mengamalkn budaya golongan majority dan jarang memperkenalkan budaya lain kepada golongan majoriti. Pada hakikatnya golongan majoriti perlu mengetahui keunikan dan kecantikan budaya golonagan lain.Membekalkan semua pelajar kemahiran, sikap dan pengetahuan untuk berfungsi dalam budaya sendiri dan juga budaya kaum lain.Mengurangkan diskriminasi dan derita pengalaman dari ciri-ciri budaya sendiri. Kajian menunjukkan sesetengah golongan terpaksa menolak budaya sendiri dengan keinginan untuk berjaya.Membantu pelajar menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Dalam konteks pendidikan berbilang kebudayaan, isi kandungan pengajaran pembelajaran yang berkaitan dengan kaum, agama socio-ekonomi pelajar akan lebih memberi makna dan meningkatkan motivasi pelajar. Secara ringkasnya, pendidikan berbilang kebudayaan bertujuan membantu pelajar memperolehi ilmu pengetahuan dan komitmen dalam membuat keputusan yang menimbangkan individu, sosial, dan sebagainya untuk mencapai kehidupan harmoni dan demokrasi.
2.4 KONSEP PENDIDIKAN BERBILANG KEBUDAYAAN
Pendidkan berbilang kebudayaan adalah satu idea, satu tindakan membentuk semula pendidikan dan satu proses(Banks,2002). Sebagai satu idea, pendidikan berbilang kebudayaan cuba mewujudkan satu peluang yang saksama kepada semua pelajar yang dari golongan, kaum, socio-ekonomi, budaya yang berlainan, dengan mengubah persekitaran sekolah agar ia dapat menunjukkan kepelbagaian kebudayaan dan golongan dalam sekolah dan sosial. Pendidikan berbilang kebudayaan adalah satu proses kerana matlamatnya adalah ideal di mana pihak pentadbir dan guru perlu terus berusaha dan berjuang untuk mencapai maklamat tersebut. Di samping itu, Banks(2002) juga telah memperkenalkan empat dimensi pendidikan berbilang kebudayaan, iaitu: Integrasi isi kandungan yang menginklusifkan bahan bantu mengajar, konsep dan nilai dari pelbagai kebudayaan dalam pengjaran dan pembelajaran.Proses konstruk ilmu pengetahuan adalah pengakuan bahawa semua ilmu pengetahuan adalah konstruk social, wujud dalam pemikiran menusia utnuk menjelaskan pengalaman mereka yang boleh berubah, dengan mendorong perubahan sosial.Pedagogi yang saksama : pedagogi yang saksama wujud bila guru-guru mengubahsuaikan pengajaran mereka untuk bersesuaian dengan pelajar yang berlatar belakang yang berlainan dalam mencapai kejayaan akademik.Memperkasakan budaya sekolah dan struktur sosial : membentuk semula persekitaran sekolah, termasuk sikap, kepercayaan dan tindakan guru-guru dan pihak pentadbir, kurikulum, prosedur peperiksaan dan strategi pengajaran guru-guru supaya membolehkan pelajar dari kaum, jantina, golongan yang berlainan mengalami pendidikan yang saksama. Salah satu konsep yang terserap dalam pendidikan berbilang kebudayaan adalah konsep kesaksamaan(equity).Menurut American Heritge Dictionary, kesaksamaan dijelaskan sebagai satu peringkat di mana semua pelajar, tidak kira majoriti atau minoriti, perempuan atau lelaki, pelajar yang berjaya atau gagal, dan pelajar yang pernah ditolak pada satu masa ketika – mempunyai peluang untuk belajar, menyertai program pendidikan, dan mempunyai penerimaan yang saksama bagi perkhidmatan yang mereka perlu dalam pendidikan(Pathways Home). Sebenarnya saksama dan pendidikan berbilang kebudayaan tidak dapat diasing dari antara satu lain. Ia memerlukan guru-guru memikir dan mengkonsep semula tentang pengajaran dan pembelajar, dan mengunakan pendekatan mengajarar yang tidak bias untuk membentuk pengajaran inklusif pada setiap bidang matapelajaran( North Central Regional Educational Laboratory,2001)
2.5 MENGAPA PENDIDIKAN BERBILANG KEBUDAYAAN ?
Terdapat kajian menunjukkan jika kanak-kanak memahami lebih banyak sterotaip golongan lain, akan kurang bersikap negatif terhadap golongan lain. Dengan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan tentang pelbagai kaum dan sumbangan mereka dalam pembinaan dan kemajuan negara, akan dapat mengurangkan ketidaktoleransi dan meningkatkan kerjasama untuk mencapai kebaikan sejagat(Martin,1985). Pendidik yang mengenal dan menghormati latar belakang yang pelbagai pelajar mereka juga akan berkewajiban dan bertanggungjawab berkongsi nilai-nilai sesama dengan pelajar. Walaupun pelajar dan guru-guru menunjukkan kebudayaan yang berlainan, tetapi terdapat juga budaya yang sama dikongsi terutamanya budaya kehidupan.
2.6 PRINSIP-PRINSIP PELAKSANAAN PENDIDIKAN BERBILANG KEBUDAYAAN
Berdasrkan definisi dan konsep pendidikan berbilang kebudayaan, beberapa prinsip perlu diberi pertimbangan dalam pelaksanaan program pendidikan berbilang budaya. Menurut Jame A. Banks(2002) dalam membantu pelajar meningkatkan pencapaian akademik dan mendorong kemahiran bergaulan antara golongan yang berlainan, Beberapa prisip asas yang perlu diambil kira semasa merancangkan polisi pendidikan berbilang kebudayaan :Program perkembangan profesional perlu diadakan untuk membantu guru memafami ciri-ciri pelbagai kaum negara kita dan unsur-unsur bangsa, kaum, bahasa, sosio-ekonomi yang saling berkaitan dalam mempengaruhi tingkah laku pelajar.Sekolah perlu memastikan semua pelajar memperolehi peluang yang saksama dalam pembelajaran.Kurikulum yang disedia perlu membantu pelajar memahami ilmu pengetahuan harus berasaskan konstruk sosial dan mengambarkan dapatan penyelidikan yang berkait dengan keadaan sosial, politik, ekonomi negara.Sekolah perlu membekalkan semua pelajar peluang untuk menyertai aktiviti kokurikulum atau aktiviti luaran yang membantu pengembangan pengetahuan, kemahiran, sikap serta meningkatkan pencapaian akademik dan mendorong interaksi positif di kalangan pelajar yang berasal dari pelbagai latar belakang.Sekolah harus menubuh persatuan yang ahlinya terdiri daripada wakil golongan yang berlainan untuk memperbaiki perhubungan antara golongan.Pelajar perlu memafami stereotaip dan bias yang mendatangkan kesan negatif terhadap perhubungan kaum.Pelajar perlu membelajari nilai-nilai yang dikongsi oleh semua golongan yang berbilang kebudayaan.( contoh : keadilan, kesaksamaan, kebebasan, keamanan, belas kasihan dan lain-lain.)Guru harus membantu pelajar memperolehi kemahiran sosial untuk berinteraksi secara berkesan dengan pelajar yang berasal dari kaum, budaya, bahasa yang berlainan.Sekolah harus membekalkan peluang kepada pelajar yang berlatar belakang yang berlainan berinteraksi dalam satu keadaan yang tidak berketakutan dan berkebimbangan.Strategi sekolah harus memastikan keputusan yang dibuat dapat berkongsi bersama dan semua warga sekolah membelajari kemahiran berkerja sama untuk menghasilkan satu persekitaran sekolah yang prihatin untuk pelajar.Pemimpin atau pegawai berkaitan perlu membentuk strategi yang memastikan semua sekolah mendapat peruntukan kewangan yang saksama.Guru harus peka tentang unsur-unsur berbilang kebudayaan semasa menilai kemahiran kognitif dan kemahiran sosial pelajar.
2.7 PERANAN KEMENTERIAN DAN JABATAN , PIHAK PENTADBIRAN, GURU-GURU, AGENSI SOSIAL SERTA PELAJAR
Untuk menjayakan pelaksanaan pendidikan berbilang kebudayaan, usaha dan gerakan perlu melibatkan seluruh makanisma pendidikan dari pihak perancang polisi hingga ke staf sekolah dan juga pelibatan agesi-agen sosial. Berdasarkan cadangan-cadangan yang disaran oleh pelbagai pihak(Elizabeth N,1999; The Department of Education,Employment and training,2001;Anonymous,2005) , penulis cuba memilih dan mengubahsuai cadangan-cadangan yang dianggap serasi dengan realiti masyatakat negara kita :
2.7.1 Peranan kementerian dan jabatan pendidikan Memandangkan kementerian dan jabatan pendidikan mempunyai kuasa pengaruh dalam sistem pendidikan, mereka harus mengambil kira faktor pendidikan berbilang kebudayaan semasa membuat dasar dan program pendidikan : Menghapuskan polisi-polisi yang sedia ada yang telah usung dan tidak sesuai dan menggantikan dengan polisi-polisi baru yang dapat mengambarkan keadaan masyarakat sebanar dan dapat mendorongkan kemajuan dan kehamornian masyarakat.Membentuk polisi yang bertujuan membekalkan satu persekitaran yang selamat dan bersepasukan di kalangan warga sekolah di semua sekolah.Merancang polisi dan tindakan yang menggalakkan warga sekolah berinteraksi dengan komuniti dan agensi-agensi perkhidmatan sosial.Memastikan perakuan dan insentif yang sesuai diberikan terus kepada pelajar yang pelbagai latar belakang yang berjaya. Membentuk persekitan sekolah di mana semua warga sekolah yang berlainan latar belakang saling menghormat.Mewujud satu persekitaran pembelajaran di mana bias, prejudis dan kekauman ditolak sama sekali.Membentuk kurikulum yang menekankan tingkah laku positif terhadap budaya dan bahasa yang pelbagai.Menyediakan latihan profesor perguruan atau perkembangan staf yang berkaitan dengan berbilang kebudayaan.
2.7.2 Peranan pentadbir sekolah Dalam melaksanakan polisi dan rancangan pendidikan pentadbir sekolah memainkan peranan yang penting sebagai seorang peminpin yang menggerakan polisi dan rancangan, kursusnya berkaitan dengan pendidikan berbilang kebudayaan. Beliau harus mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam isu-isu kaum dan perkembangan staf, menerima dan menyokong pilisi dan dasar dari pihak atasan, sedian membuat perubahan dan mempraktik pendidikan berbilang kebudayaan dengan bagus, Di antara perkara-perkara yang guru besar harus memberi pertimbangan termasuk : Mempromosi dan menekankan nilai-nilai berbilang kebudayaan di kalangan warga sekolah.Melaksanakan strategi-strategi yang mengelakkan timbulnya isu-isu kaum, kebudayaan dan bahasa. Menggalakan ibupaba mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sekolah dan menyertai komuniti-komuniti yang berprihatin terhadap keperluan khas pelajar.Memastikan kurikulum, kepimpinan dan pentadbiran sekolah menekankan prinsip berbilang kebudayaan.Mengedalikan satu persekitaran sekolah yang menunjukkan tingkalaku dan sikap yang positif terhadap bebilang kebudayaan.Memastikan terdapat prosedur yang sesuai dalam pengurusan tuduhan dan penyelesaian masalah yang berkaitan dengan berbilang kebudayaan.
2.7.3 Peranan guru Sebelum masuk ke sekolah, kanak-kanak Belajar terhadap budaya kaum sendiri dan kaum budaya lain dengan ibubapa atau pengasuh dalam keluarganya. Mereka adalah mudah terangsang dengan pandangan dan sikap orang dewasa dalam keluarga dan membentuk sikap yang serupa dengan orang dewasa dalam keluarganya. Sebagai agen pengubah sosial, sikap guru adalah sangat penting dalam melakasanakan pendidikan berbilang kebudayaan kerana pendidikan berbilang kebudayaan dilihat sebagai perspetif daripada kurikulum(Gomez A. Rey,1991). Guru perlu menimbang identiti kebudayaan pelajar dan menyedari bias mereka agar boleh mengikiskan prasangka dan menyatakan bahawa semua pelajar adalah saksama. Guru perlu membantu pelajar memperolehi ilmu pengetahuan dan membentuk komiment dalam membuat keputusan yang mengambil kira individu, sosial, bertindak sivik untuk mencapai kehidupan yang demokrasi dan seterusnya keharmonian masyarakat. Memandangkan pengajaran pembelajaran dalam kelas akan mendatangkan kesan yang amat besar terhadap pembentukan tingkah laku dan sahsiah pelajar, maka guru perlu memastikan semua pelajar dibekalkan peluang untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahairan sosial dalam pendidikan. Dalam konteks pendidikan berbilang kebudayaan, guru harus memainkan peranan termasuk : Mempertingkatkan kemahiran mengajar yang berdasarkan strategi yang berkesan dan mempertimbangkan latar belakang pelajar. Membentukan strategi pengajaran berpusat pelajar yang menggalakkan pelajar bertanya, membuat keputusan an menyelesaikan masalah.Menggunak bahan mengajar yang sesuai yang dapat menerapkan unsur-unsur berbilang kebudayaan. peranan komuniti sosial. Memahami latar belakang pelajar termasuk unsur-unsur kaum, budaya dan sosial-ekonomi agar dapat menaksir tingkah laku pelajar dengan lebih adil dan mengelakkan berlaku kesilapan dalam mendignostik, mengajar dan tindakan lain.Melayan pelajar secara saksama dan berdasarkan keperluan khas pelajr.Membentuk persekitaran kelas yang memperkukuhkan konsep kendiri pelajar.Mnubuhkan komuniti pendidik yang ahlinya terdiri daripada guru, pengawai jabatan pendidikan, ibupaba dan pelajar. Fungsi komuniti tersebut termasuk memilih dan mengadakan program-program untuk menghasilkan satu persekitaran sekolah yang selamat, mempratikan disiplin secara adil dan berterusan, melaksanakan aktiviti-aktiviti pendidikan kesihatan( contoh : dadah, AIDS) dan sebagainya.Memahami dan menyedarkan polisi-polisi pendidikan yang membawa kesan terhadap pelajar.
2.7.4 Peranan komuniti sosial Dalam memperjayakan pelaksaan pendidikan berbilang kebudayaan, selain daripada penglibatan pihak-pihak yang berkaitan secara langsung dalam sistem pendidikan, pihak lain misalnya persatuan ibubapa, agensi-agensi sosial juga memainkan peranan yang penting. Pihak sedemikian harus : Mengenalpastikan sokongan dan perkhidmatan pendidikan dibekalkan kepada pelajar dan keluarganya agar mencapai kejayaan akademik dan sosial.Membentuk dan melaksanakan rancangan-rancangan yang dapat membantu pelajar mengubah tingkah laku, membina penghormatan kendiri.berkerjasama dengan pihak sekolah, ibupaba, pelajar dan komuniti dalam membentuk satu persekitaran sekolah yang selamat dan harmoni.Membekalkan perkhidmatan kepada ibubapa untuk memahami hak-hak pelajar dan kesaksamaan pendidikan. 2.7.5 Peranan pelajar Pelajar sebagai penerima pendidikan juga memainkan peranan aktif dalam menjayakan pelaksanaan pendidikan berbilang kebudayaan : Bertanggungjawab dan aktif dalam menyerta aktiviti-aktiviti yang dirancangan oleh pihak sekolah.Menjadi pelajar yang aktif dan berusaha mencapai kejayaan dalam segala bidang.Menghargai sumbangan dan pencapaian yang dilaku oleh golongan lain dan menghayati kebudayaan yang wujud sejak turun-tumurun di negara kita.Membelajari kemahiran berinteraksi dan membina hubungan yang positif dengan guru dan rakan-rakan sebaya.Mengekalkan sikap positif, kerjasama dan tingkah laku yang baik sebagai seorang pelajar.Menghormati diri kendiri dan juga hak orang lain.
Rajah : Peranan sekolah sebagai pembentuk masyrakat harmoni MASYARAKAT HARMONI PELAJAR PENDIDIKAN BERBILANG KEBUDAYAAN(PENDIDIKAN INFORMAL) KURIKULUM(PENDIDIKAN FORMAL) CABARAN DAN RUMUSAN
Dapatan kajian Glock et.al (Martin,1985) menunujukkan jika kanak-kanak memahami lebih banyak streotaip golongan lain, akan kurang bersikap negatif terhadap golongan lain. Dengan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan tentang pelbagai kaum dan sumbangan mereka dalam pembinaan dan kemajuan negara, akan dapat mengurangkan streotaip golongan minoriti, mengurangkan ketidaktolenransi dan meningkatkan kerjasama untuk mencapai kebaikan bersama. Keadaan berbilang kebudayaan masyarakat di negara kita merupakan satu peluang dan juga cabaran. Negara kita gaya dengan pelbagai kaum, budaya dan bahasa, dengan adanya interaksi antara golongan yang berbilang kebudayaan akan mengurangkan timbulnya stereotaip atau diskriminasi. Sekolah memainkan peranan penting dalam melahirkan pelajar yang menghormati golongan yang berlatar belakang yang kepelbagaian dan justeru itu menghasilkan satu generasi dan masyarakat yang peka tentang kepelbagaian kebudayaan. Peka dan memahami pelbagai kebudayaan merupakan faktor yang penting dalam menjayakan sesuatu sisitem pendidikan. Kefahaman ini amat berguna dan membolehkan pelajar serta guru-guru membina hubungan berasaskan penghormatan dan penghargaan ke atas kepelbagaian kebudayaan. Pendidikan berbilang kebudayaan adalah mengenai perubahan sosial melalui pendidikan. Ia memerlukan pemikiran yang kritik dan mendalam, komitmen kepada orang lain, perkongsian kekayaan kebudayaan kita(Mary S. hanley,2002). Cabaran yang terbesar bagi para pendidik dalam konteks pendidikan berbilang kebudayaan ini adalah kita masih kurang terdedah kepada kemahiran-kemahiran menyampaikan pendidikan infomal. Guru-guru perlu menguasai kemahiran-kemahiran misalnya bahasa badan(nonverbal language), psikologi silang budaya(cross culture pyschology). Di samping itu guru-guru juga perlu menguasai pengetahuan sejarah dan kebudayaan yang wujud di negara kita. Pendidikan berbilang kebudayaan bukan sahaja mengajar pelajar tentang golongan lain, juga membantu pelajar memahami bahawa terdapat banyak corak hidup, bahasa, budaya dalam kehidupan. Diharap dengan adanya pendidikan berbilang kebudayaan akan menyemai perasaan positif pelajar terhadap pengalaman berbilang kebudayaan agar setiap pelajar akan merasa diterima dan dihormati ke arah membentuk masyarakat harmoni.
RUJUKAN Abdullah A. Badawi,2003. Ucapan konvensyen pendidikan umno Pulau Pinang. Abdullah.M.Noor dan Mohd. S.G.Hamzah,1998. Dasar pendidikan sebelas tahun: Beberapa cabaran kepada guru dan pendidikan guru. Prosiding Seminar Isu-isu Negara. UKM Anonymous. School Administrator. Arlington: Jan 2005.Vol.62, Iss. 1; pg. 32, 1 pgs. 12.09.2005 Elizabeth Norwood,1999. New Horizons for Learning : http://www.newhorizons.org/ 12.09.2005Gomez. A. Rey,1991. Teaching with a multicultural pespective. http://www.thememoryhole.org/edu/eric/index/index.html.1.9.2005 James A. banks,2002. An introduction to multicultural education. Boston : Allyn and Bacon. Kementerian Pendidikan Malaysia,1992. Kurikulum bersepadu sekolah menengah. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia,1992. Pukal latihan kurikulum bersepadu sekolah menengah. Pusat Perkembangan Kurikulum. DBP, Kuala Lumpur Martin, D.S. 1985. Ethocentrism revisited : Another look at a persisitent problem. Social Education. 49(1985):604-609 Mary S. hanley,2002. The Scop of multicultural education. http ://www.newhorizons.org.1.9.2005 Omar.M.Hashim,1993. Pendidikan : Persoalan, penyelesaian dan harapan. DBP:Kuala Lumpur Keith Wilson. Multicultural Education.http://www.ncrel.org/sdrs/(1.9.2005) North Central Regional Educational Laboratory,2001. Equity. http://www.nwrel.org/index.html1.9.2005 Pathways Home .http://www.edchange.org/multicultural/1.9.2005Jan2005. Vol. 62, Iss. 1; pg. 32, 1 pgs(12.09.2005) Tajul A. Noordin dan Nor’A.Dan,2002. Pendidikan dan pembangunan manusia : Pendekatan bersepadu. As-Syabab Media: Bandar Baru Bangi. The Department of Education, Employment and training,2001. Multicultural education : School programs and students welfare resources for schools. http://www.sofweb.vic.edu.au/lem/multi/pdfs/GuidelinesforSchools.pdf.1.9.2005.1.9.2005

No comments:

Post a Comment