Memahami Kekuatan Anda
Nyatakan satu kebolehan atau kemahiran yang anda fikir adalah satu kekuatan atau sekuramg-kurang menunjukkan kebolehan lebih jika dibandingkan dengan orang lain.
i. Kebolehan yang saya kenalpasti menjadi satu kelebihan ialah boleh mengetahui keadaan kelapa muda yang sesuai untuk dimakan dan diminum.
ii. Kemahiran ini ditambah dengan kebolehan saya menanam pokok kelapa supaya tidak tinggi dan mudah untuk memetik buahnya.
iii. Ianya berasaskan cara menyemai buah kelapa yang tua.
Bincangkan faktor-faktor yang telah mempengaruhi perkembangan kebolehan tersebut.
i. Ayah saya adalah seorang pekebun.
ii. Ayah menanam banyak pokok kelapa di sekeliling rumah.
iii. Saya selalu melihat ayah memetik kelapa muda jika haus setelah penat berkebun.
iv. Saya mula menggemari isi kelapa muda dan meminum airnya.
v. Sekali sekala saya bertanya ayah bagaimana untuk memastikan bahawa kelapa yang dipilih sesuai untuk dimakan isinya dan diminum airnya.
vi. Saya sendiri kerap memetik secara cuba jaya untuk mendapatkan buah kelapa muda yang sesuai tadi.
vii. Inilah yang saya lakukan apabila memetikkan buah kelapa muda untuk ayah. Saya gemar menawarkan diri untuk memberikan ayah kelapa muda.
viii. Lama kelamaan saya dapat menguasai kemahiran tersebut.
ix. Ianya ditambah lagi dengan kepercayaan keluarga memberi kepercayaan memilih dan memetik kelapa muda untuk ahli keluarga terutama yang balik ke kampung.
x. Tidak ketinggalan juga jika ada tetamu ayah yang datang bertandang dan kelapa mudalah menjadi hidangan utama untuk mereka, maka sayalah yang akan mengambil peranan memetik, membelah dan menghidangkan kepada tetamu.
xi. Ada kalanya orang lain yang datang untuk membeli kelapa muda daripada ayah. Maka saya jugalah yang akan bertanggungjawab memilih dan memetik kelapa muda.
xii. Saya berasa seronok apabila dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut.
xiii. Lama kelamaan ianya menjadi sebati dalam diri dan hobi.
Terangkan 3 perkara yang membuktikan bahawa anda melakukannya dengan baik.
i. Ahli keluarga memberi kepercayaan saya untuk memilih dan memetik buah kelapa muda untuk mereka sebagai buah tangan apabila mereka balik.
ii. Saya juga bertugas dan dipertanggungjawabkan oleh ayah untuk memilih, memetik, mengupas dan menyediakan hidangan kelapa muda untuk tetamu ayah.
iii. Begitu juga saya akan dipertanggungjawabkan oleh ayah jika ada orang lain yang datang untuk membeli kelapa muda.
Bincangkan bagaimana anda mengajar seorang pelajar untuk menguasai kebolehan tersebut.
i. Bagi memastikan kelapa muda sesuai untuk dimakan isi dan dimunum airnya perkara tersebut perlu diambil perhatian;
* Pastikan tampuk kelapa tidak terlalu gelap atau terlalu terang warnanya.
*Lapisan kulit di sekitar tampuk adalah hampir sama warnanya dengan warna kulit kelapa tersebut.
ii. Walaubagaimanapun untuk menguasai kemahiran tersebut memerlukan latihan secara praktikal yang berterusan. Ianya dapat digarapkan dengan teori cuba jaya dan akan menguasai sepenuhnya.
Kenalpasti satu kemahiran lain yang boleh anda kuasai dengan senang kesan daripada kekuatan yang diperolehi.
i. Kemahiran lain yang dapat dikuasai kesan daripada kekuatan yang saya perolehi ialah teknik menyemai benih kelapa tua untuk ditaman dan menghasilkan pokok kelapa yang rendah (tidak tinggi) untuk memudahkan memetik buahnya.

(Aziz Poniran, 2009)
No comments:
Post a Comment