Friday, February 13, 2009

Pengenalan ringkas kategori berkeperluan khas yang dipilih spesifik LD

Pengenalan ringkas kategori berkeperluan khas yang dipilih spesifik LD

Pendidikan khas merupakan perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Kategori individu kurang upaya yang perlu mengikuti program dan perkhidmatan pendidikan khas terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental (mental retardation), bermasalah pembelajaran(learning disabilities), gangguan emosi dan tingkah laku (emotional and behavioral disorder), gangguan komunikasi – pertuturan dan bahasa (communication – speech and language disorder), hilang pendengaran (hearing loss), hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah (blindnees or low vision), kecacatan fizikal (physical impairments) dan golongan pintar cerdas (giftedness).
Kategori Murid Bermasalah Pembelajaran

Murid-murid bermasalah pembelajaran dikategorikan kepada:-
Ø Sindrom Down ringan
Ø Autistik ringan
Ø Haiperaktif ringan
Ø Terencat akal ringan
Ø Perkembangan lewat.
Ø Dyslexia

Mengenal Pasti Ciri-Ciri Murid Bermasalah Pembelajaran.
Latar Belakang Murid Sindrom Down;

Ø bukan dikategorikan sebagai penyakit
Ø tidak boleh diubati
Ø terjadi disebabkan keadaan baka yang tidak normal
Ø berkait rapat dengan usia ibu ketika hamil (tiada bukti perkaitan dengan usia bapa)
Ø nisbah kejadian 1:650 setiap kelahiran
Ø selalu dikaitkan dengan paras rupa yang yang hampir sama
Ø boleh dikesan di peringkat awal kehamilan
Ø ujian membabitkan ibu dan janin (kaedah amniocentesis dan chrionic villus sampling)
Ø ujian kromosom dalam darah ibu.


Jenis Sindrom Down

Trisomi

Ø Penambahan pasangan kromosom 23 + 1(pada kromosom nombor 21) sepatutnya 46 menjadi 47.
Ø Nisbah kelahiran bagi ibu yang berumur kurang 25 tahun ialah 1:2000 kelahiran
Ø Nisbah kelahiran bagi ibu yang berusia 35-39 tahun adalah 1:50 kelahiran
Ø Bagi ibu yang berusia lebih 40 tahun nisbah kejadian adalah pada nisbah 1:30
Ø Darjah kecerdasan 50%-80%

Translocation

Tidak membabitkan lebihan kromosom dalam darah ibu hamil.
Terjadi dalam dua cara;

a) Secebis kromosom nombor 14 bercampur dengan kromosom nombor 21. Jika ibu pembawa kebarangkalian mendapat anak sindrom down adalah 10%-25%. Jika bapa pembawa kebarangkalian untuk mendapat anak sindrom down adalah 3%-5%.

b) Secebis kromosom nombor 21 bercampur dengan nombor yang sama.Jika ibu pembawa kebarangkalian mendapat anak sindrom down adalah 100% melibatkan semua kelahiran dalam keluarga.

Darjah kecerdasan 50%-80%.

Mosaic

Sindrom Down yang tidak begitu ketara pada wajah murid-murid, tidak 100% down. Kerosakan mental murid ini tidak teruk. Darjah kecerdasannya adalah 80%-90%.

Ciri-Ciri Murid Sindrom Down

Fizikal
Ø Hidung kemek
Ø Lidah tebal dan kerap terjelir.
Ø Tapak tangan lebar.
Ø Tapak tangan hanya ada satu lipatan.
Ø Jari kelengkeng tangn melengkung.
Ø Jarak ibu jari kaki dengan jari kedua lebar.
Ø Leher pendek dan besar.
Ø Kelopak mata berlipat-lipat.
Ø Otot lembek.
Ø Kurang pendengaran
Ø Pertuturan kurang jelas.
Ø Lambat bertutur/bermasalah pertuturan.
Ø Menghidap sakit jantung berlubang.
Ø Mudah mendapat radang tengkorok/selsema/radang paru-paru.
Ø Posisi tubuh di bawah tahap sederhana.
Ø Mobiliti lambat/kekok.
Ø Mobiliti tidak tepat/kekok.
Ø Koordinasi seluruh tubuh tidak memuaskan (kaku)
Ø Lemah koodinasi motor-mata tangan.
Ø Perkembangan sensori-motor lambat/tidak normal.

Intelek

Ø Perkembangan kronolologikal.intelek tidak selaras/lambat berbanding dengan perkembangan.
Ø Tumpuan perhatian singkat dan ingatan pada butir-butir tertentu adalah lemah.
Ø Tidak upaya untuk kritikan diri.
Ø Tindak balas streotaip dan mudah dipengaruhi cadangan.
Ø Memahami konsep melalui direct-interaction dan mempunyai konsep mujarad yang lemah.
Ø Kemampuaan yang tidak setara dalam kemahiran muzik, kerja kreatif, bahasa, keupayaan fizikal dan lain-lain.
Ø Kelihatan bijak tetapi tidak mampu melakukan kerja kompleks.

Emosi

Ø Tekanan emosi jelas terhadap sesuatu aktiviti kompleks
Ø Perasaan sama dengan orang normal, tetapi tindak balas tidak sama.
Ø Mudah menjadi tidak sabar, sebab tempoh perhatian singkat.
Ø Ketidakstabilan emosi, jika harapan terlalu tinggi, seterusnya bertindakbalas dengan perasaan takut atau marah.
Ø Bersifat pengasih

Autisma

Suatu keadaan yang menyebabkan murid-murid menuju ke arah perkembangan yang tidak menentu. Tanda-tanda awal autisma menampakkan kesannya dalam masa kanak-kanak itu meningkat umur antara 30 bulan hingga 36 bulan. Nisbah kanak-kanak autisma lelaki dengan perempuan ialah 4:1. Kajian menunjukkan terdapat 3 hingga 5 kes terjadi dalam setiap 5000 murid-murid di peringkat persekolahan di seluruh dunia.

Ciri-Ciri Murid Autisma

Ø Boleh mendengar tetapi berkelakuan seperti orang pekak.
Ø Boleh melihat tetapi tidak mengerti apa yang di lihat.
Ø Suka mengelak penentangan mata.
Ø Ketawa dengan tiba-tiba.
Ø Menangis dan marah tanpa sebab.
Ø Tidak mahu bermesra atau didakap.
Ø Kesukaran menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.
Ø Bermain permainan yang luar biasa.
Ø Tingkah laku aktif yang keterlaluan (hyperaktif) atau sebaliknya (hypo)
Ø Perasaan sayang yang keterlaluan pada sesuatu objek.
Ø Tidak mengenali bahaya.
Ø Kurang deria rasa.
Ø Suka meniru perkataan orang lain.
Ø Bercakap tidak putus-putus mengenai sesuatu tajuk.
Ø Perkataan yang diulang-ulang berkali.
Ø Memegang tangan orang dewasa untuk memberi arahan.
Ø Menunjuk dengan jari apa yang dihajati.
Ø Berkelakuan aneh.
Ø Tidak mahu perbezaan dalam hidup seharian.
Ø Tidak mengawal keseimbangan fizikal.
Ø Enggan menerima pelajaran biasa.
Ø Suka memutar barang.

Haiperaktif (Attention Deficit Disorder)

Haiper aktif dipercayai berpunca daripada gangguan mekanisma system saraf pusat
(central nerves system). Punca permasalahan ini adalah disebabkan oleh faktor;
Ø genetic
Ø infeksi
Ø kerosakan pada otak
Ø masalah persekitaran rumah
Ø keracunan (toksin)
Ø kekurangan zat makanan
Ø alahan kepada makanan
Ø alahan pada bahan kimia

Ciri-Ciri Murid Haiper Aktif (Add)
Ø Suka menjerit.
Ø Resah
Ø Kurang tidur/sukar untuk tidur.
Ø Tidak suka dibelai.
Ø Menghentak-hentakkan kepala atau marah tidak menentu.
Ø Gopoh
Ø Tidak suka duduk diam.
Ø Tingkah laku merosak.
Ø Agresif.
Ø Tidak dapat memberi tumpuan perhatian pada sesuatu.
Ø Suka mengulangi perkataan yang diucapkan dan bercakap kuat.
Ø Suka mengasingkan diri.
Ø Gagal dalam bidang yang diceburi walaupun mempunyai Darjah Kecerdasan yang tinggi.
Ø Tiada selera makan.
Ø Lemah koordinasi.
Ø Sukar memberi kerjasama.
Ø Depresi/jiwa tertekan.
Ø Sensitif terhadap bau-bauan, cahaya,bunyi,panas dan sejuk

Terencat Akal

Murid terencat akal merupakan murid yang kefungsian inteleknya di bawah tahap budak normal. Keadaan ini wujud bersama-sama dengan kelemahan tingkah laku adaptif murid iaitu kemahiran berkomunikasi,pengurusan diri, sosial dan psikomotor, yang dapat dilihat dalam proses perkembangan murid.

Fungsi intelek biasanya diuji melalui ujian kecerdasan (IQ Test). Di Amerika Syarikat, murid-murid yang terencat akal adalah murid-murid yang pencapaian ujian kecerdasannya di bawah 70.

Jadual Berikut Menynjukkan Darjah Kecerdasan

Kategori Murid
Darjah Kecerdasan (IQ)
Pintar Cerdas
140 ke atas
Sangat bijak
130-139
Bijak
120-129
Lebih daripada sederhana
110-119
Normal atau sederhana
90-109
Bawah daripada sederhana
80-89
Lembam atau pinggiran
70-79
Lemah akal, dungu
50-69
Tolol/Tongong
49 dan ke bawah


Faktor-Faktor Kerencatan Akal

Ø Genentik
Ø Masalah metabolic/Hormon
Ø Janin diserang kuman
Ø Janin diserang toksin/racun-dadah, arak
Ø Masalah pembentukan otak- malformation of the Central Nervous System
Ø Kecederaan otak semasa prenatal
Ø Radang otak – meningitis,encephalitis.
Ø Trauma/kemalangan/ abuse
Ø Kelahiran tidak cukup bulan

Ciri-ciri yang jelas tentang murid-murid terencat akal dapat dilihat dari segi perbezaan tahap mental murid dengan umur hayat mereka. Kerencatan akal yang serius menunjukkan kematangan yang rendah berbanding dengan umur hayat mereka.

Perkembangan Lewat

Murid-murid ini mempunyai pencapaian ujian kecerdasan mereka lebih sedikit daripada murid terencat akal. Jika disbandingkan dengan murid yang mempunyai kecerdasan sederhana, kategori murid perkembangan lewat agak lambat memahami konsep-konsep baru. Konsep ini juga dipanggil sebagai tingkah laku/motivasi lemah.

Disleksia

Definisi
Murid disleksia merupakan murid yang menghadapi kesukaran atau ketidakbolehan menguasai kemahiran membaca walaupun telah mnerima pendidikan yang mencukupi.(Spafford dan Grosser 1996 dan Smith, 1991)

Ciri-Ciri Murid Disleksia

Peringkat Prasekolah:

Ø Kemajuan pertuturan yang lambat.
Ø Susah faham atau ingat arahan.
Ø Lemah kemahiran gerak kasar,
Ø Contoh: senantiasa melanggar barang sekitar, sukar membaling atau menangkap bola.
Ø Lemah kemahiran motor halus seperti memegang alatulis atau menggunting.
Ø Tiada tangan yang dominan.
Ø Sukar mengesan perkataan berima.
Ø Sukar bertepuk mengikut irama.
Ø Sering lupa perkataan yang dipelajari.
Ø Kesukaran dengan preposisi, contoh; atas, bawah, dalam, luar, masuk, keluar, berbakat kreatif dan seni.
Ø Cekap dengan mainan binaan.
Ø Fikir mengikut gerak hati – melihat penyelesaian masalah dengan pantas.
Ø Sifat ingin tahun yang tinggi, berminat terhadap perkara baru, suka bertanya banyak soalan.

Sekolah Rendah:

Ø Lemah dalam bacaan, tulisan dan ejaan.
Ø Kekeliruan dengan abjad b / d , p / q, m / w, n / u.
Ø Tulisan cermin.
Ø Bermasalah mengingati perkataan.
Ø Kesukaran memahami konsep masa.
Ø Sering berangan-angan.
Ø Bertutur dengan baik.
Ø Tidak teratur.
Ø Perbezaan ketara dalam pencapaian.


Di Malaysia
Di Malaysia, Pendidikan khas dalam konteks Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui sekolah khas untuk murid-murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Manakala program pendidikan khas integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan. Program tersebut diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Program pendidikan khas yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melibatkan pendidikan peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Pendidikan peringkat menengah menyediakan dua jenis aliran iaitu akademik dan teknik atau vokasional. Manakala tempoh pengajian bagi murid-murid berkeperluan khas sekolah rendah selama enam tahun, sementara bagi sekolah menengah selama lima tahun. Namun demikian, tempoh tersebut boleh dilanjutkan sehingga maksimum dua tahun mengikut keperluan murid-murid berkenaan.
Perkhidmatan dan kemudahan pendidikan khas terhadap golongan berkeperluan khas seperti yang dijelaskan di atas tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian II 3(2) yang menjelaskan :
“Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai Kementerian Pelajaran dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti program Pendidikan Kebangsaan layak untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali murid-murid berikut :
(a) murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa; dan
(b) murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal yang berat.”

No comments:

Post a Comment